Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PUPUK SEMANGAT TOLERANSI DALAM DIRI KITA

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 22 Disember 2008

Oleh:-Anak Dara Pinggiran

Terlalu banyak kiasan yang lampau terdengar kembali di ruang2 telinga mengenai pergaulan antara perkauman di antara negara-negara disebabkan tiada persefahaman antara kaum-kaum. Oleh yang demikian, tindak-tanduk yang perlu pada diri lita ialah menyatu padukan perkauman antara masyarakat di negara ini. Masyarakat hendaklah bersatu padu agar tiada pertelagahan antara kaum,supaya semangat toleransi dan setia kawan rakyat pelbagai kaum dapat dipupuk,Semangat toleransi dan setia kawan rakyat pelbagai kaum hendaklah bermula sejak daripada zaman persekolahan lagi tanpa memikirkan dan mencetuskan isu perkauman sememangnya lebih baik jika semua pelajar-pelajar dapat melibatkan diri atau mengikuti pengajian kurikulum semasa zaman persekolahan.

Namun, seperti yang diperkatakan oleh Menteri Pelajaran kita, DATUK SERI HISHAMMUDDIN HUSSEIN kewujudan pelbagai aliran sekolah dalam sistem pendidikan yang dilaksanakan sekarang perlu dilihat secara positif kerana ianya memberi kelebihan dan kepelbagaian kepada masyarakat di negara ini, sekaligus untuk menyumbang ke arah integrasi kaum. Kementerian sentiasa menyediakan pelbagai saluran-saluran dan program-program bagi meningkatkan interaksi antara murid-murid termasuklah siaran disiarkan di tv bertujuan untuk melahirkan dan meningkatkan perpaduan di antara kaum-kaum.Perlukah kaum-kaum bertelagah antara satu sama lain?

Disebabkan bumi Malaysia kini dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum dengan majoritinya bangsa MELAYU,dan Kaum CINA dan INDIA, kerajaan yang prihatin terhadap kehendak rakyat masih membenarkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil beroperasi. Kita yakin,jika negara mempunyai pemimpin, termasuk di kalangan bukan melayu yang jujur dan berjiwa besar, masalah polarisasi kaum hari ini dapat diselesaikan. Seperti batu asas perpaduan kaum yang dibina pemimpin kita pada awal penubuhan Malaysia dahulu, pencapaian perpaduan negara yang tulen hanya boleh lahir melalui wahana bahasa melayu.Namun demikian,bahasa inggeris dan bahasa lain boleh dipelajari supaya segala faedah globalisasi dapat dinikmati seluruh warga Negara ini. Tapi kelebihan pendekatan pembelajaran melalui bahasa kebangsaan tidak harus dipertikaikan..

Hakikatnya,kefasihan dalam bahasa Melayu dan kemahiran dalam bahasa inggeris serta bahasa lain memang penting dan saling mempengaruhi.

Tinggalkan komen