Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“ USAH TIMBULKAN ISU SENTITIF DALAM PARTI ”

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 19 Disember 2008

Oleh : Anggerik Desa

Adalah sesuatu yang boleh dianggap lumrah, jika isu yang dikatakan sensitif ini dibangkitkan dalam parti pembangkang. Seringkali Rakyat dikejutkan dengan kenyataan Timbalan Presiden MCA yang dipilih oleh, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek, yang mempersoalkan konsep ketuanan melayu.

Tiada siapa boleh menafikan bahawa keghairahan mengungkit isu seperti hak istimewa orang melayu, kedudukan Raja-raja melayu dan kontrak sosial diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hakikatnya Majlis Raja-raja melayu sendiri dijadikan sebagai tonggak kuasa dan kedaulatan Negara amat kurang senang dengan trend sepertimana yang dijelaskan melalui kenyataan khas pada 17 Oktober, langsung tidak diperdulikan.

Parti komponen Barisan Nasional ( BN ) pula seakan-akan menyalahkan UMNO atas prestasi buruk BN pada Pilihan Raya umum ke-12. Ada juga dikalangan pemimpin melayu berpendapat bahawa untuk proses bertolak ansur, perlu ada sikap sedia ‘memberi’ untuk ‘menerima’ sesuatu.

Kenyataan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir membuat cadangan supaya sistem pelajaran di negara ini disatukan dengan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar, supaya dapat menyatupadukan Rakyat pada masa akan datang. Malangnya, cadangan ini dianggap sebagai berbau perkauman dan mengandungi elemen hasutan, sedangkan kenyataan berhubung dengan kontrak sosial, ketuanan melayu, kedudukan Raja-raja melayu, kedudukan agama islam tidak dianggap menghasut.

Maka pemimpin bukan melayu, termasuk Ketua Parti Barisan Nasional ( BN ) menyelar Datuk Mukhriz Mahathir atas sebab sifat penyabar dan sentiasa bertolak ansur.Dalam persoalan ini, keputusan MT UMNO menubuhkan makanisme nampaknya hanya datang daripada orang melayu yang mewakili UMNO. Apa pula langkah yang akan diambil oleh kaum lain?

Fikir-fikirkanlah….mantapkan minda dengan gaya pemikiran yang bernas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: