Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

DEB LANJUTAN DARIPADA 153

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Disember 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

DEB merupakan lanjutan daripada Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 153 yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu.  Peruntukan tersebut menetapkan kuota yang diberikan kepada kaum bumiputera dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan pemberian biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat institusi pengajian tinggi serta penyertaan orang Melayu dalam sektor perkhidmatan awam.

Keistimewaan ini dah dipersetujui secara konsensus oleh

orang Melayu dan bukan orang Melayu ketika negara mencapai kemerdekaan. Ketika itu hampir satu juta orang penduduk bukan Melayu diberikan hak kerakyatan dan dibenarkan mengundi berdasarkan prinsip “jus soli”.  Sebagai balasan serta memandangkan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada negeri Melayu yang dinaungi oleh raja Melayu,  hak keistimewaan orang Melayu dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan seperti yang termaktub di bawah Artikel 153.  Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, serta agama Islam diterima sebagai agama rasmi negara.  Pada masa yang sama sekolah Cina dan Tamil terus dibenarkan beroperasi.

Kerakyatan yang diberikan kepada orang bukan Melayu selepas merdeka sudah dipersetujui, tetapi penguasaan ekuiti ekonomi dalam kalangan orang Melayu belum mencapai matlamat sebagai hal sensitif yang tidak boleh dipersoalkan lagi.

Namun, sekarang hak keistimewaan orang Melayu dipersoalkan semula.  Malah sekarang ada orang Melayu sendiri yang mendakwa bahawa mereka tidak memerlukan bantuan kerajaan.  Mereka tidak kisah jika DEB dimansuhkan.  Sekiranya DEB dimansuhkan, adakah orang Melayu perlu mengetepikan hak mereka? Adakah orang bukan Melayu juga bersedia  melepaskan sebahagian daripada hak mereka seperti sekolah Cina dan Tamil ditutup?

Sekiranya wujud satu sistem pelajaran kebangsaan, pergaulan antara anak Melayu dengan bukan Melayu dapat dipupuk sejak dibangku sekolah lagi. Di sekolah yang sama semua kanak-kanak belajar, bergaul dan berinteraksi tanpa mengira kaum. Keadaan ini merupakan antara langkah terbaik membina rakyat berbilang kaum bersatu padu dan faham memahami antara satu sama lain di bawah satu sistem pendidikan yang sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: