Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Artikel 153 Dan Kontrak Sosial

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 18 Disember 2008

Oleh: Putera_Adnan

Apa yang hendak dikupas mahupun difikirkan serta diperkatakan dalam pemikiran kali ini mengenai dua perkara penting yang melibatkan kedudukan orang Melayu dan Bumiputra di dalam negara ini. Ia melibatkan Artikel 153 yang berkaitan dengan kedudukan Keistimewaan Orang Melayu-Bumiputra dan kontrak sosial. Termaktubnya Artikel 153 itu adalah hasil daripada termeterainya kontrak sosial di antara semua kaum yang bermastautin di negara ini sebelum merdeka.

Kedua-dua perkara ini adalah penting bagi semua rakyat Malaysia mengetahui, menghayati dan mengamalkannya. Artikel 153 terkandung sebagai salah satu fasal yang amat penting dan signifiken dalam Perlembagaan Malaysia. Perlembagaan bukan saja merupakan undang-undang yang tertinggi negara, akan tetapi juga ia adalah merupakan sebuah dokumen yang suci kepada rakyat Malaysia. Artikel ini terkandung di dalam the Constitution of Federation of Malaysia 1957, hal.74. Ia menentukan kedudukan keistimewaan orang Melayu-Bumiputra dan memberikan kuasa undang-undang (legitimacy) bagi membantu dan melindungi mereka dalam bidang ekonomi dan pedidikan, (termasuk biasiswa dan quota pekerjaan di bidang perkhidmatan awam) dan diletakan di bawah tanggungjawab DYMM Yang Di Pertuan Agung.

Manakala kontrak sosial pula adalah merupakan dasar tolak-ansur orang-orang Melayu terhadap “orang dagang” dan “penduduk sementara” di negara ini yang ketika itu tidak diiktiraf sebagai rakyat negeri-negeri Melayu atau rakyat Raja-raja Melayu yang tidak mempunyai legitimacy dalam negeri-neeri Melayu.Tolak-ansur secara paksaan yang didorong British di bawah Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC) tajaan penjajah inilah yang telah melahirkan kerakyataan yang diberikan kepada orang dagang dan penduduk sementara ini.

Ia dilakukan atas dasar jus soli (kerakyatan secara lahir) dalam State Nationality 1951 dan pelonggaran kerakyataan Persekutuan secara permohonan yang telah mengikat kekrjasama antara orang Melayu dan bukan Melayu di Tanah Melayu yang telah dimeterai sebelum kemerdekaan 1957. Ini adalah merupakan satu political bargaining yang ditekankan kepada Raja-raja Melayu dan orang-orang Melayu-Bumiputra untuk membolehkan, bukan saja kepentingan-kepentingan politik-ekonomi British diteruskan, akan tetapi juga akhirnya membolehkan Malaysia mencapai kemerdekaannya.

Bagaimanapun, walaupun memperkatakan tentang Perlembagaan, khususnya Artikel 153 dan Kontrak Sosial itu penting, pada hemat saya, ini masih belum boleh lagi membolehkan kita merongkai permasalahan rumit yang membelenggu negara dewasa ini. Perbincangan mengenai Perlembagaan dan Kontrak Sosial hari ini hanyalah merupakan satu perbincangan yang tidak dan belum dapat menghuraikan isi sebenarnya kepada permasalahan yang kita hadapi. Maka itu perbincangan hari ini bolehlah dianggap belum dan tidak kena pada sasaran yang dituju.. Iaitu apa yang menyebabkan dan mengapa kita membincangkan tajuk perbincangan hari ini; dan mengapa perlu kita membincangkannya.

Bagi merungkaikan permasalahan yang ingin diperkatakan hari ini, kita hendaklah mencari punca atau sebab musabab timbulnya permasalahan itu sehingga kita semua perlu membincangkannya. Apa yang perkatakan hari ini hanya akan menyentuh kulit kepada permasalahan sahaja. Bukan menyentuh tentang isinya.Maknanya sekarang…fikir2 kan lah.
Perahkan minda untuk mencari dimana silapnya…

Allahuwaalam..

Satu Respons to “Artikel 153 Dan Kontrak Sosial”

  1. awang semutar said

    Kaum Cina atau India boleh bersuara apa sahaja kerana itu haknya. Tetapi tidak bererti pula Melayu tidak boleh menegakkan haknya. Kerana ini tanah airnya dan berhak berbuat yang selayaknya. Ketuanan Melayu dah jelas, soal orang menafikannya itu soal lain. Maka, memartabat dan menobatkan Melayu di negara adalah sah dan tiada siapa berhak menghalangnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: