Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

DEMO DONG JIAO ZONG: TUNTUT HAK DAN KETUANAN CINA

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 10 Disember 2008

Oleh: Kawan Lama

Dalam akhbar The Sun, 7 Disember lalu, Presiden Jiao Zong( Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Bersatu), Ong Chiaw Chuan menggesa Dong Jiao Zong  (Gabungan Persatuan Guru-Guru dan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina) untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran sekiranya pihak kerajaan masih lagi berkeras mahu subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Demonstrasi tersebut akan diadakan sejurus menerima maklum balas keputusan mesyuarat kelima Ahli Jawatankuasa Perbincangan Meja Bulat yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein tidak menyebelahi tuntutan mereka. Amaran dan ugutan mereka ini memperlihatkan bahawa mereka sudah bersedia untuk berdepan dengan pelbagai risiko dan memperlihatkan mereka tidak takut kepada sesiapapun walaupun pihak kerajaan, pihak berkuasa tempatan.  Perkara ini bersangkutan dengan hak dan bahasa mereka!!!

Menurut mereka, sekiranya kerajaan meneruskan rancangan untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam kedua-dua subjek tersebut, maka hak untuk mengajar dengan mengguna bahasa ibunda mereka tercabar. Usahan mereka bagi menerap nilai budaya dan adat resam mereka tercalar. Bagi mereka hak menggunakan bahasa Mandarin (bahasa ibunda) telah lama diamalkan iaitu sejak sebelum merdeka lagi dan tiada siapapun yang boleh mempersoalkannya. Justeru itu, ia seharusnya dikekalkan.

Penulis ingin menyorot kembali kepada beberapa cadangan yang membabitkan sekolah vernakular yang telah dibantah oleh Dong Jiao Zong sebelum ini. Apabila cadangan mengadakan Sekolah Wawasan suatu ketika dahulu oleh Tun Dr Mahathir, mereka menentang sekeras-kerasnya dengan pelbagai alasan. Setelah kegagalan dalam mengketengahkan sekolah wawasan, kerajaan di tekan pula dengan isu sekolah vernakular (cina dan tamil) tidak terima bantuan. Persidangan persatuan-persatuan kaum cina diadakan untuk mengunjurkan bantahan dan mengadakan demonstrasi. Perkara in diuar-uarkan dalam akhbar berbahasa cina dan tamil. Sehingga hari ini kita boleh lihat bentuk bantahan senyap yang jelas terpampang di hadapan KL-Selangor Chinese Assembly Hall di jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Tidak cukup dengan itu, mereka guna media luar tujuannya untuk memperlihatkan kepada dunia bahawa kerajaan tidak adil dan mengamalkan penindasan kaum.

Rungutan berkaitan isu mengajar Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris bukannya isu baru. Namun ia timbul balik dan diperbesarkan semula apabila mereka melihat bahawa ramai di kalangan masyarakat Malaysia mula melihat secara positif cadangan yang diutarakan oleh YB Mukhriz Tun Maharhir yang sedikit berbeza daripada cadangan asal bapa beliau.

Bagi penulis, sebenarnya usul mengajar kedua-dua subjek tersebut dalam bahasa Inggeris itu bagi mereka bukanlah isu pokok. Apa yang ditentang mereka sebenarnya adalah isu bahasa Mandarin yang seolah-olah mahu dipinggirkan. Dong Jiao Zong sebenarnya marah apabila bahsa ibunda mereka (Mandarin) yang menjadi bahasa pengantar selama ini diganggu gugat. Persoalannya adakah bahasa Mandarin itu bahasa ibunda mereka? Apa halnya dengan dialek lain seperti kantonis dan hokkien?

Mereka melenting kerana bagi mereka kerajaan atau sesiapapun tidak boleh mempersoalkan hak menggunakan bahasa ibunda mereka walaupun dalam ertikata pendidikan. Mereka akan mempertahankannya walaupun menghadapi risiko yang tinggi. Mereka sanggup mencabar sesiapa sahaja baik kerajaan mahupun pihak berkuasa demi mempertahan bahasa mereka. Mereka secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan akhbar mengugut untuk mengadakan demontrasi besar-besaran.

Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahwa Bahasa Melayu/Malaysia adalah bahasa rasmi Kerajaan Persekutuan. Apa agaknya akan berlaku sekiranya kedua-dua matapelajaran tadi dimestikan diajar dalam bahasa Malaysia?

Penentangan orang Melayu baik mengenai isu Ketuanan Melayu, Hak Istimewa Melayu/Bumiputera, Bahasa Melayu dan Islam adalah mempertahankan hak-hak mereka dalam Perlembagaan. Mereka dikatakan perkauman hanya kerana mempertahankannya. Namun apa yang cuba dipertahankan oleh Dong Jiao Zong termaktub dalam Perlembagtaan ke? Semestinya TIDAK. Mereka memperlihatkan sikap sebenar mereka – Mempertahankan Hak & Ketuanan Cina!! Mereka adalah golongan Chauvinist!!! Mereka secara rasminya mendedahkan kepada masyarakat Malaysia dan dunia bahawa meraka adalah golongan yang mengamalkan dasar perkauman. Mereka tanamkan sikap perkauman kepada anak-anak mereka sejak dari kecil/zaman pra sekolah lagi dan mereka menyebarluaskannya kepada kaum-kaum lain agar berjuang bersama-sama mereka untuk menghapuskan hak orang melayu dan bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan. Golongan inilah yang kuat melaungkan semangat Malaysia/ Bangsa Malaysia. Mereka sebenarnya berselindung di sebalik semangat Malaysia/Bangsa Malaysia.

Namun penulis yakin bahawa tidak semua kaum cina/india bersikap sedemikian. Ada yang rasional dan percaya kepada konsep perpaduan dan hidup harmoni antara masyarakat pelbagai kaum dan agama. Mereka sedar dan yakin bahawa apa yang telah dibina oleh kerajaan sejak merdeka telah sedikit sebanyak membentuk bangsa Malaysia yang dikagumi oleh dunia.

Advertisements

3 Respons to “DEMO DONG JIAO ZONG: TUNTUT HAK DAN KETUANAN CINA”

  1. arjuna waspada said

    Di Tangga Bradley,paras air sungai sudah sampai merah.semua penduduk ikut arahan pihak berkuasa.
    Sama tapi tak serupa.
    Kalau orang cina berani mencabar kerajaan Malaysia, sudah melepasi tahap berjaga.
    Tapi pihak berkuasa tidor ke ?
    arjuna waspada.

  2. aL-MaRBaWi said

    Saya rasa orang-orang Melayu kena sedikit sebanyak belajar bahasa Mandarin supaya kita boleh patahkan hujah-hujah mereka menggunakan bahasa mereka.

    Dan faedah lain supaya kita faham sekiranya ada antara mereka yang mempersoalkan hak orang-orang Melayu melalui tulisan Mandarin mereka, kita dapat membalas cacian atau makian mereka dengan “lembut”.

  3. arjuna waspada said

    saudara al marbawi, saya amat gembira anda usul itu.Pandang jauh tuh.
    Saya yakin hari ini sudah ade orang melayu yang fasih dan cekap bahase mandarin.
    hanya macam mana kita nak minta dia tolong kite dan cara apa dan sebagai nya.
    Kalau kita otai nak mula belajaw saye rase akan makan mase terlalu lama.
    Lagi pun dia ade berapa tahap kemahiran dan kecekapan.
    mandarin ade sendiri punye kunci.
    kalau nak patah hujah dalam bahase lain memerlukan cadre yang yang mesti di bangunkan.
    Zaman era USSR dan Parti Kominis Cina, saya masih ingat mereka tubuh beberapa insitut bahase asing untuk perang saraf serta siaran hasutan di gelombang radio.
    Itu aje cara nya.
    Keadaan sekarang di negara kita amat tegang, maka kena cari cara mengejut bidan terjun kepakaran ini.
    Sepatut nya kita sudah Think Tank kajian untuk laksanakan saperti yang di usul.
    Ta pe lah kita harap ade pihak yang prihatin dan akan mengambil langkah yang baik.
    Soal nya ikut loghat ownag putih Dong Zhong sedang”making hay while the sun shines”
    arjuna waspada

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: