Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Natijahnya Apabila Perpaduan Kaum Terungkai

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 4 Disember 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Banyak peristiwa telah berlaku sejak Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu yang menyaksikan kebangkitan kuasa pembangkang dalam politik negara. Kita menyaksikan kelantangan bersuara atas tiket kebebasan dan demokrasi menghancurkan nilai dan kesepakatan hidup bersama yang telah disemai sejak 51 tahun kita mencapai kemerdekaan.

Sayang sekali, setelah sekian lama kita mengecap kemerdekaan, Malaysia rupa-rupanya belum boleh berbangga mempunyai warganegara yang bernilai murni, mengenang budi, memahami dan mendukung semangat perpaduan masyarakat berbilang kaum di tanahair yang kononnya diakui milik bersama. Apalah yang diharapkan pemahaman tentang perlembagaan, malah apa-apa dasar pun yang dilaksanakan untuk mewujudkan nilai dan amalan budaya yang boleh menyatupadukan kaum-kaum di negara kita.

Rupa-rupanya masing-masing menanti masa untuk menunjukkan taring kekuatan. Masing-masing mengambil kesempatan atas pergolakan politik dan ekonomi negara untuk merealisasikan keinginan yang terpendam selama ini. Usaha yang dilaksanakan dan dipupuk demi keutuhan bangsa menjadi sia-sia. Hak istimewa Orang Melayu sering menjadi sasaran ketidakpuasan hati. Hak istimewa ini sering dicabar dan diajukan untuk dihapuskan atas nama keadilan. Sedangkan konsep keadilan itu sendiri tidak dirungkai dan difahami dengan mendalam. Namun, hal ini tidak boleh terus dibiarkan kerana tindakan seperti ini akan menghancurkan institusi masyarakat dan negara.

Persengketaan kaum akan memberikan ruang dan peluang kepada pihak luar untuk mencampuri urusan negara kita. Bunga-bunga campur tangan ini sudah pun dirasai apabila Amerika sering mempersoalkan tindakan kerajaan dalam isu yang berkaitan dengan pembangkang. Sekiranya Malaysia dapat berada di dalam tangan mereka, maka lengkaplah cengkaman dan pengaruhnya dirantau ini. Inilah natijahnya apabila perpaduan kaum terungkai.

Akta Hubungan Kaum yang sedang dirangka oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan adalah antara usaha yang dibuat untuk mengukuhkan kembali semangat perpaduan di negara ini. Biar apa pun usaha dan tindakan dirancang dan dilaksanakan, akhirnya ia akan berbalik semula kepada niat dan keikhlasan setiap individu yang menjadi Warganegara. Selagi perasaan marah, iri hati dan tamak dibiarkan menguasai minda dan jiwa, selagi itulah perpaduan hanya menjadi mainan bahasa yang menggelikan halwa telinga.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: