Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

MARUAH MELAYU TERCABAR

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 1 Disember 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Kebebasan ada batasnya. Sebagai rakyat Malaysia apapun bangsa yang melahirkan kita atau agama yang kita anuti, Perlembagaan negara harus dihormati.

Perpaduan Melayu tidak boleh lari daripada Perpaduan Ummah. Kenapa sekarang ini fatwa mula di pertikaikan? Kenapa tentang hal-hal ibadah orang islam dicampuri orang lain? Kenapa ada cadangan bahawa zakat perlu di beri kepada bukan islam? Semua ini wujud kerana terdapat ketidakfahaman dikalangan sesetengah orang islam sendiri dan dikalangan bukan islam terhadap islam.

Dalam hal-hal yang berkaitan agama islam jangan berlaku perbezaan pendapat terutamanya dalam perkara-perkara cabang (Furuq).

Apa yang malangnya, ada dikalangan Orang Melayu sendiri yang menyatakan roh melayu itu tidak lagi relevan. Malah mereka menuntut kesamarataan dan Meritokrasi di laksanakan dengan melupakan keindukkan orang melayu sendiri.

Ini berlaku kerana situasi yang berlaku sekarang menyebabkan seolah-olah orang melayu sebagai induk negara ini sudah terhakis. Bagaimana kita harus berhadapan tindakan-tindakan pihak tertentu mempertikaikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan apabila melihat perpaduan kita sudah longgar.

Orang Melayu terpecah kepada tiga kumpulan iaitu Orang Melayu UMNO, Orang Melayu PAS dan Orang Melayu PKR. Ia mungkin terpecah kepada empat kumpulam iaitu Orang Melayu yang tidak peduli dibawah parti politik manapun negara ini di perintah asalkan ia melaksanakan demokrasi. Apabila Melayu terpecah kepada tiga, maka kita harus mencari jalan bagaimana titik-titik pertemuan mesti diadakan bukan hanya untuk menterjemahkan agenda Ketuanan Melayu tetapi bagaimana Melayu sebelum ini yang menguasai bidang politik dan pentadbiran diperkasakan tanpa meminggirkan kaum dan agama yang lain.

Bagaimanapun kita juga berhadapan dengan pendirian sesetengah pemimpin politik yang mahu memusatkan pembahagian kuasa atas nama perubahan sehingga Ketuanan Melayu tidak lagi menjadi keutamaan.

Apa yang di hadapi oleh Orang Melayu sekarang adalah isu kritikal sehingga ia mendapat perhatian Istana. Malah akibat longgarnya perpaduan dikalangan Orang Melayu menyebabkan ia diambil peluang oleh kumpulan lain untuk menyanggah kedudukan orang melayu di negara sendiri.

Satu Respons to “MARUAH MELAYU TERCABAR”

  1. iraman Hj Karim said

    Jika kena bicara,
    Suasana sekarang hanyalah…
    Melayu pertahankan melayunya…
    India pertahankan kaum indianya…
    Begitu juga dengan Cina.
    Syukurlah Kadazan dan Iban tidak membuat angkara.
    Di Malaysia begitu banyak kaum,
    Jika semua meminta dimasa yang sama..
    Memang pening kepala dibuatnya.
    Di Malaysia, pemimpin kena bijaksana,
    Jika tidak semua kaum akan marah dan rasa terhina…
    Apakah melayu yang bersalah?
    Kalau kita bagi apa yang Cina minta?
    Kalau kita bagi apa yang India minta?
    Begitu juga dengan Iban dan Segala lain bangsa?
    Tidak…
    Cuma kenalah berpada-pada.
    Jangan kita habukpun tak ada.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: