Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Maruah Bangsa, Agama dan Negara Terguris Kerana Perkauman

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 17 November 2008

Oleh:Anak Kecil Dari Gunung

Majlis Peguam merupakan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dianggotai oleh para peguam. Majlis ini di tubuhkan bukan untuk ikut terlibat dalam permainan politik, condong kepada mana-mana ideologi parti atau tidak mengambil kisah isu yang menyentuh sensiviti kaum dan agama.

Forum “Memeluk Islam” merupakan provokasi kepada umat islam dan Orang melayu di negara ini kerana Melayu dan umat islam tidak boleh dipisahkan .

Menentang forum “Memeluk Islam” bukanlah bermakna orang melayu-islam menutup ruang perbincangan berkaitan dengan islam. Sebelum ini pun sudah banyak perbincangan secara aman dan tertib di anjurkan. Yang menjadi masalahnya, forum anjuran Majlis Peguam ini lebih menonjol sebagai provokasi.

Adakah forum ini cuba mempertikaikan Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan? Artikel ini antara lain menyebut bahawa Mahkamah sivil tidak boleh membuat sebarang keputusan yang membabitkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Umat Islam di negara ini. Artikel ini juga ternyata tidak pernah memberikan kuasa kepada orang islam melakukan penindasan atau yang sama maksud dengannya ke atas bukan islam. Sekirannya Majlis Peguam melihat artikel ini sebagai lesen untuk melakukan diskriminasi keatas bukan islam, ini suatu yang sangat sempit.

Apakah motif Majlis Peguam (Bar Council) bersungguh-sungguh menganjurkan forum “Memeluk Islam”? Apakah selama ini penganut agama lain yang memeluk islam mendepani diskriminasi dalam sistem sosial dan perundangan islam?
Sebab itulah kita berharap semua pemimpin melayu sedar apa-apa yang berlaku masa ini. Sudah terlalu banyak suara-suara sumbang dan biadap menuntut macam-macam. Ada sesetengah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang tak hormati sensiviti kaum dan agama. Mereka nak bahas semua perkara secara terbuka. Mereka nak bincang sampai soal hak istimewa orang-orang melayu. Ada yang berani bincang hal agama islam. Ini kononnya nak tebuka, nak mempertahankan demokrasi dan hak bersuara. Mereka ini bermain api, mereka nak bakar diri. Mereka lupa bahawa hal sensitif jangan diambil mudah. Tapi nampaknya mereka berdegil. Banyak pihak menasihati majlis Peguam , jangan buat forum memeluk islam. Pemimpin tertinggi negara pun bagi nasihat, tapi mereka meneruskan juga. Fikir-fikirkanlah, siapakah bayang-bayang di sebalik mereka ini…?

Tinggalkan komen