Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

BARA-BARA POLITIK PERKAUMAN

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 14 November 2008

Oleh: Anak Kecil Dari Gunung

Dalam pertarungan politik yang menentukan “Siapa Kuat, Dia Menang”. Kejernihan Moral dijadikan senjata politik yang paling tajam walaupun indvidu yang bercakap mengenainya, memaki hamun, mengutuk bahkan memfitnah. Sebenarnya persoalan moral yang amat penting dalam demokrasi. Kalau di lihat dalam konteks kuasa dan politik. Benarkah sekarang perhubungan kaum di negara ini berada dalam keadaan tegang sehingga perlu digubal satu akta khusus untuk menyelesaikan masalah ini? Negara ini semakin kepupusan pemikir tetapi sebaliknya semakin banyak pula orang yang memikirkan kepentingan diri sendiri demi mencapai cita-cita mereka.

Berpunca daripada gila kuasa dengan bertopengkan demokrasi, kebebasan, keadilan dan kesamaan. Ada pihak yang sanggup mengorbankan ketenteraman awam dan kedaulatan negara. Janji kosong, harapan palsu dan pendekatan populis adalah antara permainan politik sesetengah pemimpin pelbagai parti semata-mata mengambil kesempatan daripada “KETIDAK RASIONALAN”.

Jelas bahawa demokrasi memasuki ambang kegelapan apabila Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 September 2008 menyatakan bahawa hubungan kaum di negara ini” Tidak Menunjukkan Tanda Yang Baik”. Pertelingkahan dalam politik mewarnai wajah politik dan membentuk bahagian kegelapan demokrasi dalam erti kata lain “ Pelbagai berita dan maklumat, baik benar mahupun palsu tersebar di muka-muka akhbar dan media siber yang kadangkala boleh mencetuskan kekacauan”. Semua pihak mempunyai peranan untuk tidak membenarkan mana-mana pihak “Menangguk Air Yang Keruh”, terutamanya sekali ketika ketidakstabilan politik dan ekonomi negara ini berada pada tahap yang agak rapuh. Susah ataupun senang, inilah satu-satunya negara yang kita ada. Jalur gemilang ialah satu-satunya bendera yang mahupun tidak di kibarkan di kereta kita, tetapi tetap di hati kita.

Beberapa kenyataan yang tidak sepatutnya keluar dari mulut pemimpin MCA dan GERAKAN akhir-akhir ini sepatutnya tidak banyak membantu menjernihkan ketidaktentuan suasan politik di negara ini. Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng sebagai contohnya, baru-baru ini mencadangkan supaya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimansuhkan. Kata beliau lagi, sudah tiba masanya sebuah dasar baru yang lebih relevan dan diwujudkan bagi membentuk sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu. Hal yang sama juga, berlaku dalam GERAKAN bila Ketua Pergerkan Wanita mereka, Datuk Tan Lian Hoe memberikan peringatan kepada semua pihak agar tidak lupa asal usul sejarah dan mendakwa asal usul setiap kaum di negara ini adalah sama. Lantas mendakwa orang melayu juga merupakan pendatng dan bukan penduduk asal negara ini !

Gesaan juga turut kedengaran dari peringkat akar umbi dan di fahamkan kira-kira 60% daripada ahli GERAKAN mahupun parti tersebut keluar dari BN. Pada masa yang sama juga, GERAKAN begitu lantang mendesak kerajaan untuk meminda AKTA KESELAMATAN DALAM NEGARA (ISA). DAP begitu lantang menyuarakan konsep “Malaysian Malaysian” sejak penubunhannya. Tanpa memikirkan perasaan kaum lain. Sejak beberapa bulan lalu ada pemimpin DAP yang berani menggesa supaya suara azan yang di laungkan di beberapa buah masjid sekitar Puchong di perlahankan, membuat kenyataan terbuka berbau penghinaan terhadap institusi beraja, serta membantah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda jalan di sekitar ibu kota.

Belum pun reda, DAP menyuarakan bantahan, parti komponen Bn, Gerakan pula mencetuskan kontroversi bila AJK Pemuda Gerakan, Dr Thong Teong Ghee bertindak memasang papan tanda jalan berbahasa Cina di enam buah lokasi sekitar Bandar Raya Georgetown. Alasannya sebagai tindakan memprovokasikan DAP yang pada Kempen PRU-12 dahulu berjanji meletakkan papan tanda jalan dengan pelbagai bahasa di Pulau Pinang, tetapi gagal berbuat demikian selepas empat bulan PRU-12 berlalu. Semua pihak perlu memahami bahawa isu ini cukup sensitif. Isu ini perlu di bahaskan secara ilmiah dan tidak di politikkan.

Di pihak pemimpin parti komponen pula, apakah mesej yang ingin di sampaikan oleh mereka menerusi cadangan dan tindakan melampau ini?

Benarkah mereka sudah tidak peka kepada Konsep Musyawarah (Konsensus) yang dipraktikkan oleh BN. Sejak sekian lama? Kemanakah menghilangnya Semangat Kesepaduan yang wujud selama ini?

Advertisements

8 Respons to “BARA-BARA POLITIK PERKAUMAN”

  1. iraman Hj Karim said

    Semangat Kesepaduan atau Konsep Musyawarah?. Tidak akan kedengaran bunyinya kalau sebelah tangan saja yang bertepuk. Mana bisa UMNO berdiam diri dalam suasana yang ada pada masa kini.
    Kata-kata sumbang dan seolah mencabar kesabaran dari parti-parti yang majoritinya non.bumi itu bolehkah disambut hanya dengan kesabaran tanpa suara menunjukkan yang kita tidak terkilan? Bukan sahaja UMNO bahkan keseluruhan kaum melayu mesti bangun mempertahankan apa yang dipanggil dengan KETUANAN. Tapi kali ini, kita bangun dengan perkasa dan cukup dengan kekuatan bahasa lalu berkata…”TIDAKKAN MELAYU HILANG DITANAH TUMPAH DARAH MEREKA”…
    Semestinya…
    Kita bebas untuk mengerjakan suruhan ugama kita,
    Kita bebas untuk menggunakan bahasa kita,
    Kita bebas untuk menggunakan tulisan jawi kita,
    Kita bebas untuk melaungkan azan ugama kita,
    Kita bebas untuk menuarakan Hak Keistimewaan kita…
    DAN DAN DAN LAIN LAIN LAIN LAGI LAGI LAGI.
    Tidak sesiapapun boleh mempertikaikan apa yang kita rasa kita patut membuatnya.
    Perkataan MALAYSIA pun lahir dari sukukata malay dan sia. Melayu diNusantara.
    Saya ingin memberikan nasihat kepada mereka,
    Suruhlah anak dan cucu mereka mencari pemuda dan pemudi melayu untuk dijadi suami maupun isteri.
    Kelak cucu atau anak anda tidak lagi akan melalui jalan=jalan sukar seperti kini.
    Tidak lagi memperjuangan agama selain islam.
    Tidak akan marah kalau berbunyi AZAN,
    Pada ketika itu…
    Siapapun yang akan menang,
    Roh ku akan ‘picnic’ dalam keadaan yang riang.
    Kerana rakyatnya semuanya tidak lagi dikenali sebagai,
    anak cina atau anak india atau anak jawa atau anak dusun atau anak iban.

  2. arjuna waspada said

    Sahabat MANTAP dan Saudara Iraman Hj Karim: Rencana serta ulasan anda berdua adalah terpilih.
    Terima kasih.
    Hujah hujah dan ulasan mewakili dan mencermin kan hasrat Orang Melayu.
    Saya bangga dengan tulisan anda berdua.
    Adakah ini di sokong olih 12 juta orang Mealyu juga?
    Adekah ini yang harus amati dan di hormati olih orang bukan Melayu 6 juta orang Cina dan 1.5 orang India yang berada di semanjung ?
    Semoga rencana ini dan ulasan nya menjadi panduan kapada semua.
    Tapi hati kecil saya mengatakan hentaman nyata dan sindiran halus dan bisikkan kurang ajar masih akan terus di lemparkan terhadap kepentingan hak dan Orang Melayu.
    Hanya menunggu isu saje
    Lihatlah.
    arjuna waspada

  3. oversee said

    A non-malay even though he is more capable and more qualified but cannot:

    Be – the prime minister of the country
    Be – the deputy prime minister of the country
    Be – the head of any branch of the armed forces in the country
    Be – the head of department in a ministry
    Be – the head of state of the states with no rulers
    Be – the head prefect of a national school
    Be – the IGP of the country
    Be – the nominated as the best of the best in the school
    Be – the secretary-general or deputy secretary-general of a ministry

    What is worse is that the PM goes around telling people, repeating a crazy lie, by saying that – “We do not practice racial discrimination in our country”.

    Did the MCA and MIC leaders agree to this in 1957?

    Did the people in Sabah and Sarawak also agree to this in 1963?

    I think malays will keep on to give rubbish answer!

  4. kok said

    The truth is that the ability of education to bring people together is limited. On top of that, education – at least secular one – is about the pursuit of knowledge and truth, and hence whatever is taught in schools should be based on the truth and reality in order to unite the students.

    But when our society is already polarised by the law and other economic realities, and we tell our children otherwise in school, its likely that the unity lessons will never stick for long or even worse result in a backlash.

    What is more distressing is the fact that national education policy is only meant for the masses while our political leaders send their children overseas. Can we believe they have faith in our own educational facilities and that they are sincere in wanting the best for us?

    In Malaysia, unfairness is institutionalised. For example, it is alright for certain schools or universities like the Universiti Institut Teknologi Mara to bar non-malays.

    So it piques me to hear some blaming vernacular schools for racial tensions. Vernacular schools have never barred malays from enrolling into them unlike Mara educational institutions. If vernacular schools are to be blamed, so too must the Mara institutions.

    A minister responsible for higher education who can make such inflammatory statements confirms that the so-called meritocracy system of university entrance is a sham, since he was able to promise that the percentage for malay applicants will never fall below the previous quota percentage.

    Is he suggesting that we should rejoice over our poor education? Please do not confuse quality with quantity.

    I cannot help but think that the politicians have an ulterior motive. If so, please be honest and brave enough to admit it.

    With such narrow-minded people in charge, it is difficult to have confidence in any of their suggestions.

    When it came to choosing a career, I avoided public services for the fear of being excluded from promotions just like how I was excluded from matriculation etc. Many employers are also very racially defined.

    Now, as much as I miss hanging out with people of other races, I end up being with people of my own race.

    Looking back, I don’t think our primary vernacular system is the cause of disunity. On the contrary, it enriches our Malaysian heritage. The real problems are with the uneven playing fields that split malays and non-malays from secondary school onwards.

    Another examples are the Chinese Indonesians. Most of them don’t even speak their mother tongue, nor do they even carry Chinese names anymore, yet come any major political turmoil, they are targeted by the majority. Is this due to vernacular education?

    The government should be aware of the fact that the number of Chinese schools has not increased over the past 30 years despite the need for them due to increased demand from both Chinese and non-Chinese students.

    The diversity of education methods in the country is a national treasure and should be upheld. Unity will come from mutual respect and fair treatment for all – not necessarily from a uniform education.

    Whether they will take concrete steps to address the imbalance is another matter for, while I am optimistic about the people of Malaysia, I have very little faith in politicians.

  5. vesewe said

    Got NEP, you complain! Abolish NEP, you make noise!

    Become Ali Baba, you lament! Ask you to work hard, you don’t want!

    And you keep on blaming other communities for everything!

    “Pathetic” is the word my malay friends!

  6. arjuna waspada said

    Oversee dan Vesewa memang benci orang melayu kerana keluarkan isi hati perut.
    Saya harap anda berdua cari lah blog yang lain yang sam macam ini dan terus keluarkan kata serupa itu.
    Anda dan saya juga mengetahui bahawa ramai tuanpunya blog suka anda mencaci orang Melayu.
    Saya tak suka dan tidak akan suka orang saperti anda sampai bila sebab anda pun tidak suka orang Melayu.
    Jangan putus harapan sekiranya perasaan kuat anda berkurangan.
    Ulasan anda yang sama macam ini akan di terima olih blog orang melayu.
    arjuna waspada

  7. arjuna waspada said

    Saya mohon tuan punya blog sahabatmantap usah lah padamkan komen dari VESEWE OVERSEE dan KOK.
    Ulasan ulasan yang di karang mereka dan kaum sejenis dengan mereka itu adalah dari hati sanubari mereka.
    Maka tiap tiap komen yang sama atau serupa kata kata mestilah di kekalkan secara memahat kan tulisan (kumpulkan dari blog blog lain) atas batu dan Tugu sebagai peringatan untuk semua yang kasihkan Bangsa Melayu.
    Semoga kita semua akan mengingati berapa kuat dan mendalam perasaan kebencian dendam kesumat orang sekaum saperti mereka ,terhadap orang melayu.
    Supaya Melayu akan beringat selamalama nya.
    arjuna waspada

  8. KekohSokmo said

    melayu adalah dunia semata2
    islam adalah dunia akhirat

    fikir2kan

    heheheheeheeeeeeeeeee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: