Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Bajet: DSAI Buat Baru Betul. Orang Lain Buat Semua Tak Betul

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 6 November 2008

Oleh: Kawan Lama

DSAI memang terkenal dengan cara untuk menarik perhatian media agar mendapat publisiti demi kepentingan poltik beliau sendiri. Insiden terbaru adalah semasa pembentangan bajet tambahan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib di Parlimen baru-baru ini. Beliau bingkas bangun memohon diberikan peluang untuk menyoal DS Najib. Namun beliau tidak diberikan laluan kerana DS Najib memaklumkan bahawa akan memberi laluan untuk soalan apabila beliau selesai membuat perbentangan nanti. Dengan lagak sebagai Ketua Pembangkang, beliau bersama Ahli Dewan Parlimen Pembangkang bertindak keluar dewan. Tak cukup dengan peristiwa tersebut, keesokkan harinya beliau sekali lagi bangkit dan menyatakan bahawa pembentangan DS Najib tak sah kerana melanggar peraturan mesyuarat Parlimen.

Penulis tak rasa pelik dengan tindakan DSAI ni. Beliau dah biasa dengan pembentangan bajet kerana beliau sendiri pernah membentangkan bajet semasa menjadi Menteri Kewangan dulu. Tapi yang ramai nak tahu apakah tindakan keluar dewan tu pasal bantah pembentangan oleh DS Najib atau pasal tak diberi laluan atau pasal Ketua Penerangan PKR, Tian Chua diarahkan keluar dewan oleh Speaker?

Ramai penyokong tegar DSAI masih lagi bermimpi dan menggangap DSAI dah jadi PM. Begitu juga DSAI, selepas PRU 12 dah kata dia akan jadi PM pada 16 September lalu. Tambahan pulak, beliau masih merasakan beliau adalah Mneteri Kewangan yang tiada tandingannya dalam sejarah negara. Tapi tu cuma mimpi dan angan-angan saja. Biarkan dia terus bermimpi.

Bila baca artikel-artikel dalam media utama dan blog, ramai yang menghentam DSAI kerana semasa beliau jadi Menteri Kewangan dulu bajet yang dibentangkan tidaklah baik sangat dan sehingga ada yang menyatakan ‘yang terburuk sekali’. Tambahan pula cadangan bajet yang cuba dibawa oleh beliau, diyakini akan membawa malapetaka lebih teruk daripada tahun 1998 dulu. Cadangan menguncup yang akan menambahkan bebanan kepada rakyat dan merudumkan ekonomi negara.

Tindakan keluar dewan tu bukanlah pasal bantah pembentangan DS Najib tapi lebih berbentuk gimik politik.  Selain tu nak mempertahankan tindakan Tian Chua dan membantah tindakan yang diambil oleh Speaker yang mengarahkan Tian Chua keluar dewan. Bila keluar ramai-ramai, maka PKR, DAP dan PAS dapatlah ‘poltical mileage’ sikit. Bolehlah buat bahan jajaan kat akhbar dan penyokong-penyokong taksub mereka.

Namun perlulah penyokong-penyokong DSAI dan Pakatan Pembangkang tu sedar bahawa mereka dipilih oleh rakyat untuk membela nasib rakyat yang meletakkan mereka di situ. Tindakan keluar dewan bukanlah merupakan cara terbaik untuk tujuan itu. Takkan tak boleh sabar sampai diberikan laluan untuk menyoal.

Tindakan DSAI tersebut sebenarnya adalah untuk menutup kelemahan-kelemahan beliau sendiri semasa menjadi Menteri Kewangan dan menutup kelemahan yang terdapat dalam bajet cadangan beliau baru-baru ni. Tak payah lah nak kata ‘Bajet Pak Lah yang dibahaskan, Bajet DS najib yang diluluskan’. Bajet tambahan itu memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia tanpa megira kecenderungan politik mereka. Sepatutnya disokong sahaja. Tak payah lah berpegagang pada ‘DSAI buat baru betul. Orang lain buat semua tak betul.’

Advertisements

4 Respons to “Bajet: DSAI Buat Baru Betul. Orang Lain Buat Semua Tak Betul”

  1. shafifah said

    Pengajian Hikam Ibn ‘Athoillah

    Pengajian Hikam Ibn ‘Athoillah
    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429 / 15 November 2008 (Sabtu)
    Lokasi: Surau Tingkat 3, Anjung Rahmat, Batu 6, Jln Gombak 53100 KL
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Guru: al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari al-Maliki an-Nadwi
    http://pondokhabib.wordpress.com

  2. demang said

    masa pembangkang minta datang dengan revised bajet, kenapa ego? kenapa kata tak perlu? kenapa kata ekonomi kita kukuh?

    bila tiba masa nak gulung, baru terhegeh2 datang nak buat tambahan itu ini.. takkan tak tau undang2 mesyuarat parlimen.. apa guna parlimen kalau semua benda pm/tpm bawa kena setuju tanpa perlu dibahaskan? tak payah ada pembangkang kalau semua kena pakat setuju je!

    kenapa takde cerita pasal parlimen tolak pelan suntikan najib tu?

    ape cerita bang?

  3. iraman Hj Karim said

    Saya nak menjawab kenyataan Demang diatas ini. Bukan tak setuju. Perjalanan perbahasan dalam dewan Parlimen mestilah menikut peraturan. Yang Dipertua Dewan Rakyat mempunyai kata putus bagaimana caranya untuk mengatur perbahasan yang berjalan. Bukan macam senario dalam Pasar Ikan.
    Kebanyakan Ahli Dewan Rakyat dari Pakatan Rakyat masih baru dan tandas di Dewan Parlimen pun mereka belum tahu kat mana. U nampaktak bagaimana seorang ahli dewan dari pembangkang datang ke meja Yang Dipertua Dewan untuk mengenengahkan pendapat dan pandangan beliau. Cara itu adalah terlalu-lalu-lalu-lalu salah dan silap.
    Saudara Demang memang bebal dalam perkara seperti ini.

  4. demang said

    Mujur juga jadi bebal, jadi tak perlu marah lah kenapa saya tak faham dan tak nampak apa kaitan jawapan saudara Iraman dengan komen saya.

    Apa kaitan mesti ada notis dua hari untuk buat pindaan [perkara 66(15)] dengan parlimen mesti tidak sama dengan senario di pasar?

    Maaf, saya bebal! heheh..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: