Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

PENGKHIANAT BANGSA MELAYU

Posted by puteraadnan di Selasa, 4 November 2008

Oleh: Putera_Adnan

Apakah Anwar bukan pengkhianat orang Melayu sedangkan pada masa beliau menjadi Menteri Kewanganlah pencapaian orang Melayu dalam pemilikan ekuiti menjadi statik dan tidak bergerak?Orang melayu telah mencapai sekitar 18% penguasaan ekuiti syarikat BSKL pada tahun 1990. Malangnya apabila Anwar mengambil alih kepimpinan di Kementerian Kewangan sehingga 1998, angka tersebut tidak berubah banyak. Walaupun ekonomi negara sedang mencanak naik ketika itu, Anwar hanya berjaya meningkatkan tidak lebih 2% daripada statistik 1990 ketika Daim Zainuddin meninggalkan Kementerian Kewangan.

Mengapa Anwar gagal meningkatkan ekuiti Bumiputera sedangkan pada zaman beliau menjadi Menteri Kewangan begitu banyak syarikat swasta, mahu pun yang berkaitan kerajaan, disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)?

Bukankah Anwar memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 1993 dengan politik wang dan politik “pink form” Kementerian Kewangan? Bukankah Ezam dan Azmin menjadi pengedar “pink form” nombor wahid di seluruh negara? (Pink Form ialah borang pengagihan saham syarikat yang bakal disenaraikan di BSKL atas kuota Bumiputera).

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997, Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengeluarkan senarai penerima kontrak dan agihan saham sebagi membuktikan ramai orang Melayu, bukan orang tertentu atau kroni sahaja, yang menerima kontrak dan agihan saham. Malangnya Anwar yang melaungkan ketelusan dan menolak kronisme dalam sidang IMF di Hong Kong pada tahun yang sama diam membisu seribu bahasa mengenai senarai Kementerian Kewangan di bawah pimpinannya. Mengapa?

Apakah gagalnya pemilikan ekuiti Melayu dalam syarikat di BSKL kerana anwar mengamalkan konsep seperti dalam IOI Berhad di mana bapanya menjadi pengerusi tetapi saham-saham dimiliki oleh bukan Melayu? Jika polisi DEB dalam sektor pendidikan berjaya melahirkan ratusan ribu profesional Melayu pada 1990-an di bawah beberapa Menteri Pendidikan termasuk Timbalan Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengapa Anwar gagal di Kementerian Kewangan?

Apakah salah UMNO jika kementerian lain bawah UMNO dapat menjayakan polisi DEB tetapi Anwar gagal? Hari ini, Anwar ke hulu ke hilir mendakwa DEB gagal kerana UMNO hanya mementingkan kroni dan orang tertentu. Soalnya siapakah dalam UMNO yang menggagalkan pemilikan ekuiti orang Melayu ini?

Hari ini, bila dipecat dari UMNO atas salah laku seks dan pecah amanah, Anwar menggesa supaya semua isu-isu orang Melayu dalam DEB dihapuskan kerana kononya disalah guna oleh UMNO. Berdasarkan fakta tadi, apakah bukan terbukti Anwar pengkhianat orang Melayu?Satu masa dahulu beliau mengkhianati amanah membangunkan kekuatan ekonomi orang Melayu yang diberikan oleh Perdana Menteri dan UMNO. Hari ini beliau menyalahkan orang lain atas kegagalan tersebut dan menyarankan DEB dihapuskan terus.

Advertisements

4 Respons to “PENGKHIANAT BANGSA MELAYU”

  1. arjuna waspada said

    Saya nak tanya DSAI,Datuk Zaid Datuk Liow, kat mana kah ketuanan melayu menjadi benda yang membawa kapada rasuah dan salahguna kuasa ?
    Adakah Ketuanan Melayu menyusahkan semua Rakyat malaysia ?
    Jikalau majoriti penduduk negeri ini tidak nampak ketuanan melayu itu membebankan orang melayu dan bumiputra kenapa pulak DSAI yang nak sangat buang kan nya ?
    Ini ajenda siapa sebenar nya?
    Jika orang bukan Melayu dan parti politik berteraskan bukan melayu yang tidak setuju dengan ketuanan Melayu ,itu dah sememang kerja mereka !
    DSAI orang melayu ke, jangan lah perleceh dan perlekehkan orang melayu.
    Perlembagaan sebut Bahasa Melayu.
    Semua kuasa mengalir daripada nya.
    Kalau tak setuju, usul saja pindaan kapada perlembagaan.kalau berani usul PEMILU mengejut.
    arjuna waspada.

  2. iraman Hj Karim said

    Dahulu ketika DSAI masih menjadi pemimpin kuat ABIM, begitu lunak suara DSAI dalam memperjuangkan Melayu dan Islam. Kerancakkan wanita-wanita kini memakai tudung adalah hasil perjuangan ABIM sejak beliau memegang tampuk kepimpinan badan ngo melayu tersebut. Tapi menjadi
    hambar perjuangan nya itu setelah bergelar Menteri. Kini semakin hampar selepas bergelar Presiden sebuah parti Pembangkang. Akibat menjaga hati kaum India dan Cina, terkadang-kadang terpacul dari ucapan DSAI perkara yang menimbulkan sensitivity kaumnya sendiri, melayu.
    Dapatlah saya simpulkan bahawa DSAI adalah peluang bangsa dewasa ini. Maka diakhir usianya, beliau telah menjadi orang yang MURTAD MELAYU.

  3. juling said

    Datuk Zaid bercakap berlandaskan fakta yang semua umat melayu yang CERDIK (Bukan Melayu UMNO) dapat lihat la ni. Konsep ketuanan melayu gagal kerana setelah 51 tahun UMNO (Yg jadi tunjang BN) memerintah GAGAL menjaganya. UMNO gagal merealisasikan target 30% equity Bumiputra (majoritinya Melayu).UMNO gagal memperkayakan ekonomi orang Melayu (Yang kaya hanya kroni kroni).UMNO gagal menjaga kekebalan tanah rizab orang melayu (kebanyakan habis dibolot segelintir kelompok elit atas alasan pembangunan). Kalau dah gagal dalam EKONOMI melayu, kalau dah gagal memajukan umat melayu, ketuanan melayu apa yang UMNO nak perjuangkan?. Ketuanan perut sendiri boleh la…Malaysia Boleh…

    Kesimpulanya, itulah sikap pemimpin2 UMNO yang pantang menerima teguran, suka menafikan kebenaran apabila terkena batang hidung sendiri. Teguran Datuk Zaid amat membina, sepatutnya pemimpin2 Melayu UMNO menerima dengan hati terbuka. Seterusnya, mengambil inisiatif2 bagi memperbaiki keadaan umat melayu yang serba kekurangan dan tertekan ini. Itulah UMNO, yang benar di nafikan, yang salah di IYA kan. Sepatutnya pemimpin macam ni dah lama disingkirkan dari saf kepimpinan melayu.Seranan kita, agar Datuk Seri Shahidan atas kapasitinya sebagai orang kuat UMNO mendesak pemimpin2 UMNO yang terlibat politik wang agar BERAMBUS dari rumpun melayu (Kata Tengku Razaleigh “ada yang minta RM 2 juta”). Orang2 ini terbukti bukan memperjuangkan ketuanan melayu, sebaliknya MENJAHANAMKAN umat melayu.

  4. arjuna waspada said

    Sdr Awang Gedebe Pok Li dan OTAI Saya sangat gembira dapat jumpa blog anda semua dan sangat terharu membaca artikel.
    OTAI tu memang pedas ulasan pendek dan rengkas.Awang Gedebe memang berjiwa dan bersemangat.
    Macam mana kah hujjah dan ulasan saperti dapati di awang dan Otai di sampai kan kapada Sdr Liow,Sdr Ong Tee Keat,Tun Lim Keng Yaik,Tan Sri Ramon Zaid Ibrahim DSAI Datuk Tan Wanita Gerakan Bar Council dan ramai lagi penduduk negara ini agar mereka faham.
    Bila faham baru lah henti asakkan guris hati orang melayu, dan saperti Sdr Tee contoh kan ade bara menunggu kenyalaan.
    Ramai benar termasuk penulis rencana akhbar SUN STAR masih tak hayati dan tak hormati kenyataan demi kenyataan DYMM Raja Raja Melayu.
    arjuna waspada

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: