Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Pemimpin MCA dan Gerakan Cuba Pertikai Perlembagaan?

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 30 Oktober 2008

Oleh Salza Hedra

Tak reda isu yang di bawa oleh Ketua Wanita Gerakan yang baru menang dalam pemilihan partinya mempersoalkan asal usul orang Melayu, timbul pula isu yang diutarakan oleh YB Yong Tiong Lai meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing. Sejak kebelakangan ini, nampaknya begitu ghairah sekali MCA dan Gerakan untuk memulihkan imej dan menarik semula kepercayaan masyarakat Cina untuk yakin kepada parti mereka. Apa sebenarnya agenda mereka?

Penulis percaya bahawa MCA dan Gerakan ingin menjadi kumpulan pendesak dari dalam parti komponen. Menjadi kumpulan pendesak bukannya suatu kesalahan sekiranya ia membawa kepada kebaikan dan pengukuhan parti. Dilihat daripada dua isu di atas, yang cuba diketengahkan oleh MCA dan Gerakan nampaknya begitu keras dan melampaui batas. Ia cuba membelakangkan Perlembagaan Persekutuan.

Ini bukan pertama kali dilakukan oleh ahli parti-parti komponen BN. Dato’ Lee Kim Sai pernah ditarik balik darjah kebesarannya oleh DYMM Sultan Selangor kerana mempertikaikan mengenai melayu. Apa yang menghairankan ramai pihak adalah mengapa tiada tindakan diambil oleh ahli parti UMNO dan juga orang Melayu daripada parti-parti lain baik dalam PAS mahupun PKR. Mungkin bagi mereka perkara ini biarlah orang BN sahaja yang bising. Atau pun, isu ini merupakan ruang utnuk mereka mencari laba politik masing-masing.

Terdapat juga suara-suara yang meminta tindakan tegas dikenakan terhadap individu-individu tersebut khususnya dalam sidang Dewan Rakyat. Ada juga yang mahu tindakan displin atau buang parti. Ada juga yang berpandangan bahawa parti MCA dan Gerakan yang kena ambil tindakan terhadap mereka.

Penulis teringat insiden yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini di mana apabila Dato’ Ahmad Ismail menyuarakan pandangan beliau terhadap masyarakat Cina, ramai di kalangan ahli parti komponen dan DAP serta PKR lantang bersuara meminta tindakan tegas di ambil terhadap Dato’ Ahmad Ismail. Desakan dan tekanan demi tekanan, maka mesyuarat Lembaga Displin UMNO telah menggantung keahlian beliau untuk tempoh tiga tahun. Mengapa langkah sebegini tidak diambil oleh parti komponen? Kenapa mereka diamkan sahaja? Adakah kerana mereka ini berjawatan Menteri dan Timbalan Menteri maka tidak boleh dikenakan tindakan tegas?

Ada perkara yang boleh kita gunakan toleransi. Tapi apabila perkara yang melibatkan mempersoalkan Perlembagaan negara dan khususnya memeperkecil-kecil keupayaan orang melayu, maka di sini bukan masanya untuk kita bertoleransi. Kita kena maklumkan kepada mereka bahawa jangan menangguk di air keroh. Jangan persalahkan orang melayu dan yang pentingnya, jangan salahkan kerajaan yang membela nasib orang melayu tanpa mengambil atau mengurangkan hak mereka. Jangan salahkan UMNO khususnya orang melayu kerana kegagalan parti mereka mendapat undi daripada kaum mereka sendiri? Jangan cuba mempertingkatkan populariti diri hanya untuk kepentingan politik sendiri. Gunakan jalan yang bijaksana tanpa menyinggung rakan politik dalam parti komponen dan orang melayu untuk memgukuhkan dan menambat hati masyarakat Malaysia khususnya dari kaum cina.

Advertisements

7 Respons to “Pemimpin MCA dan Gerakan Cuba Pertikai Perlembagaan?”

  1. Cheguman said

    Melaka tak runtuh kerana rasuah sebaliknya kerana berpecah-belah.

  2. penulis_cyber said

    Salam tuan blog…

    blog anda antara blog2 yg saya himpunkan di blog saya :

    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

    dipersilakan jenguk dan memberi pendapat setiap berita yang disiar di blog saya.

    tq

  3. maaf kerana komen tiada kena mengena dgn topik, cuma ingin berkongsi..sila rujuk pada link blog ini, bagi saya ianya satu penghinaan kepada umat islam.. http://asylum60.blogspot.com/2008/10/fatwa-titis.html

  4. juling said

    Keputusan mahkamah yang dilihat memenuhi urutan peristiwa sebelum itu, terutama kandungan SMS Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak membantu memulihkan kepercayaan rakyat kepada institusi kehakiman.
    malah, keputusan itu juga akan menyebabkan integriti Najib semakin dipersoal dan dipertikaikan.

    Ketua Penerangan PAS Haji Mahfuz Omar membangkitkan perkara itu mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda dari tuduhan bersubahat membunuh ahli perniagaan Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

    “Keputusan mahkamah itu tidak membantu memulihkan kepercayaan kepada institusi kehakiman. Terlalu jelas keputusan itu memenuhi urutan peristiwa sebelum itu.

    “Mengapa keputusan itu selari dengan kandungan SMS Najib kepada Shafie yang menyatakan “all is not lost” di awal penangkapan Abdul Razak dahulu?” tanya Mahfuz.

    Dalam SMSnya kepada peguam Abdul Razak ketika itu Datuk Shafie Abdullah, Najib memberitahu “Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost”.

    Maksudnya, “Harap tidak beri apa-apa kenyataan kepada akhbar hari ini. Saya akan terangkan kemudian. RB (Razak Baginda) terpaksa menghadapi pendakwaan tentatif tetapi tidak semuanya hilang”.

    Najib tidak menafikan SMS tersebut adalah antara beliau dan Shafie.

    “Mempertikaikan keputusan mahkamah tidak diizinkan undang-undang negara ini. Tetapi, rakyat tidak boleh disalahkan jika mereka enggan mempercayainya,” kata Mahfuz.

  5. zai said

    Ada yang lagi pelik, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan semua perbincangan yang menjurus kepada sensiviti perkauman perlu dihentikan segera. Tidakkah pelik, Hishamuddin yang terkenal lantang dengan semangat keMelayuan dan hunusan keris UMNOnya, menyeru agar dihentikan isu perkauman. Bukankah menyeru kepada bangsa dan berjuang untuk bangsa hingga sanggup menghunus keris itu adalah ‘perkauman’? Atau, tidak mengapa jika perkauman yang diseru berapi-api itu adalah perkauman Melayu semata-mata, namun yang tidak bolehnya adalah mengaitkannya dengan bangsa lain?

    Pak Lah sendiri, selaku ketua parti Melayu terbesar menyeru agar menghentikan sensasi isu perkauman. Bukankah menyeru kepada Melayu itu sendiri merupakan seruan perkauman, yang sekali gus merupakan seruan Jahiliyyah? Sungguh pelik apabila mereka yang selama ini menyeru kepada kaum masing-masing, sekarang menyeru agar dihentikan seruan perkauman. Ada yang lebih pelik, bukankah UMNO itu sendiri parti perkauman. Bukankah ia untuk kaum Melayu dan bukankah perbincangan di dalam mesyuarat Agung UMNO adalah perbincangan yang senantiasa dipenuhi perkauman?

    Kalau sudah UMNO adalah untuk bangsa Melayu, MCA pula untuk bangsa Cina dan MIC adalah untuk bangsa India, dan ketiga-tiga parti terbesar ini berjuang untuk kepentingan kaum masing-masing, bukankah ini semua perkauman?

  6. juling said

  7. juling said

    sori zai aku copy pate ja yang ko punya komen ,tu tandanya aku sokong komen ko….. hi hi hi hi hi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: