Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Kehendak Akar Umbi Atau Tun Mahathir

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 20 Oktober 2008

Oleh: Kawan Lama

Baru beberapa hari sahaja mesyuarat UMNO Bahagian dah ramai calon yang telah dapat cukup pencalonan untuk layak bertanding. Memang seronoklah bagi mereka yang dah dapat kuota tersebut manakala bagi mereka yang belum dapat cukup pencalonan sedang giat berusaha ke seluruh pelusuk tanahair untuk memastikan mereka juga layak untuk bertanding. Persoalannya, apakah benar akar umbi mahukan perubahan kepimpinan tertinggi UMNO dan mahukan calon-calon tertentu bagi bagi mengisi jawatan-jawatan tertinggi dalam parti?

Persoalan isu akar umbi ni dah lama bermain di bibir pemimpin-pemimpin atasan parti dalam usaha untuk mempercepatkan proses peralihan kuasa. Kehendak akar umbi seperti yang dinyatakan telah memperlihatkan bahawa tempoh peralihan kuasa telah pun berjaya dilaksanakan. Pak Lah telahpun mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan mempertahankan jawatan Presiden dan akan menyerahkan pucuk kepimpinan parti kepada pengganti beliau, DS Najib. Maka DS Najib telah mendapat restu Pak Lah dan akar umbi untuk jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Perkara ini jelas kelihatan di mana semua bahagian yang telah bermesyuarat yang hanya mencadangkan nama DS Najib.

Pola pencalonan di hampir kesemua mesyuarat bahgian tidak memperlihatkan pola pemilihan akar umbi. Ia lebih mirip kepada kehendak sesetengah pemimpin yang galak mempromosikan kempen mempercepatkan peralihan kuasa. Cerita-cerita yang timbul selepas DS Najib memanggil Dato Zahid Hamidi dan TS Muhyiddin meminta Dato Zahid lepaskan hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dan bertanding jawatan Naib Presiden. Kononnya nak bagi TS Muhyiddin ruang jadi Timbalan Presiden atas kehendak akar umbi. Namun demikian, dalam satu sidang media pada 19/10/08, DS Najib telah menyatakan bagi beliau pilihlah mereka yang layak untuk membantu parti kelak. Yang jelas di sini, DS Najib tak pun kata orang tersebut adalah TS Muhyiddin. Tapi apa yang menghairankan, jentera TS Muhyiddin galak pukul kompang kat seluruh pelusuk tanahair yang DS Najib mahukan TS Muhyiddin melalui slogan ‘Najib-Muhyiddin’.

Sebelum itu, pada 18/10/08, Pak Lah mengumumkan di Sabah bahawa ada ‘orang dari luar parti’ yang cuba menjadi Pengarah’ dalam menentukan siapa yang perlu diletakkan untuk menerajui kepimpinan parti. Pengarah yang dimaksudkan adalah Tun Mahathir yang telahpun mengisytiharkan keluar parti sebelum ini. Kita tau la Tun masih mempunyai pengaruh yang kuat dalam UMNO, khususnya ketua-ketua bahagian yang nama tak naik jadi calon PRU 12 lalu kerana ahli di bahagian mereka dah muak dengan karenah mereka. Seperti biasa la Tun memang pandai ambil peluang daripada mereka-mereka ni. Maka dia orang ni pun jadi la ’kepala jentera tak bertauliah’ di bahagian masing-masing. Sebenarnya dia orang ni nak kekalkan jawatan mereka kat bahagian je. Harap-harap dalam PRU 13 nanti nama naik jadi calon.

Dalam hal berkaitan peralihan kuasa, TS Muhyiddin jelas menjadi orang yang paling kuat menyuarakan agar proses tersebut perlu dipercepatkan. Tempoh Jun 09 yang telah dipersetujui oleh MT bagi beliau terlalu lama. Maka mesyuarat MT pun buat resolusi baru peralihan kuasa iaitu pada Mac 09. Pada 7/10/08 Pak Lah umumkan tak akan pertahankan jawatan Presiden demi keutuhan parti. Tun terperanjat namun gembira. Begitu juga TS Muhyiddin tersenyum lebar.

Masa mesyuarat bahagian sedang hangat, tup-tup TS Muhyiddin minta pulak masa kempen dipercepatkan. Beliau mendakwa bahawa perkara ini disalahtafsirkan oleh sestengah pihak dan media. Beliau kata yang beliau sarankan hanyalah tempohmasa kempen perlu dipendekkan hingga Disember je. Kalau itu maksud beliau, maka lepas bulan Disember tak boleh ada kempen. Tiga bulan yang mendatang, semua calon yang layak duduk diam je. Boleh ke? Beliau dan jentera beliau akan pasti buat demikian ke? Ramai berpendapat bahawa beliau ’yang menjadi suara Tun’ mahu memastikan peralihan berlaku Disember ini. Pastinya Perhimpunan Agong Umno juga mahu dipercepatkan iaitu pada bulan yang sama. Dengan lain perkataan, beliau mahu menjadi Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri dalam waktu tu.

Tak kira apapun, persoalan sebenarnya perubahan yang mahu dibawa semestinyalah demi memastikan parti tetap utuh. Kepimpinan negara mesti dipimpin oleh BN yang diterajui oleh UMNO. Perubahan yang diminta bukannya menambahburukkan lagi parti. Ianya perlu demi memperkukuhkan parti. Tidak perlu ada ’tukang atur’ dari luar parti dan ’tukang cakap’ dari dalam parti. Perubahan mestilah ikhlas dan datangnya dari kesedaran membela agama, bangsa dan tanahair. UMNO bukannya sebuah parti yang diterajui oleh mereka yang ’mahukan kuasa’ demi tujuan politik pribadi. UMNO peneraju kemajuan orang melayu. UMNO peneraju pembangunan Islam. Dan UMNO untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.

Advertisements

11 Respons to “Kehendak Akar Umbi Atau Tun Mahathir”

  1. apeapele said

    “UMNO peneraju kemajuan orang melayu. UMNO peneraju pembangunan Islam. Dan UMNO untuk kesejahteraan rakyat Malaysia.”
    umno mmg mcm ni
    tapi
    yg dalam umno tak mcm ni…utk kepentingan perut dan bawah perut mereka. kalau tak, kenapa pru12, bn merosot teruk???

  2. juling said

    apeapele …guna ayat yang Anwar gunakan masa di pimpin ABIM lu..
    tak takut kena marah ker??? nanti Encik suara,jembalang dan apahallu marah la….mereka penyokong tegar umno jangan ko tegur dan perli2 umno nanti darurat jadinya

  3. Biarlah mereka berusaha…kalau pun menang tak jadi apa apa…sebab Pakatan rakyat dah pegang kuasa negara…itulah hakikat yang kena terima walaupun pahit

  4. UMNO D.U said

    Persoalan yang lebih menarik adalah: Tahukah saudara apa kehendak akar umbi sebelum menuduh akar umbi mengikut telunjuk “pengarah”?

    Setahu penulis, semenjak PRU 12,di peringkat Cawangan, sudah ada suara-suara mempersoalkan kepimpinan Pak Lah TETAPI kerana sifat Melayu atau mungkin sifat UMNO, mereka tetap cuba menyokong Pak Lah.

    Realitinya adalah sokongan terhadap Pak Lah memang sudah terhakis di kalangan ahli UMNO.

    http://www.suaradu.com

  5. layarbahtera said

    TALQIN KIAMAT
    ( IMAM MAHDI )

    ————————————————–

    ( SULIT DAN PERSENDIRIAN )

    Salinan kepada:

    Yang Di Pertuan Agong Malaysia ( Baginda Sultan Mizan )

    Pejabat Istana Negara ( u/p Ust. Abd Aziz, Ust. Abd Rahman)

    Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (u/p Mufti)

    Pejabat Perdana Menteri Malaysia

    —————————————————

    JUMAAT 17 OKTOBER 2008

    Sila layari http://www.layarbahtera.com . Terima Kasih

  6. Demang said

    Akar umbi atau akar ubi?

    “Diam ubi berisi…”

    Tapi kalau lama sangat tak dicabut, ubi boleh bertukar jadi kayu. Rebus berapa lama pun takkan empuk.

  7. zai said

    UMNO sekarang sudah kian terpinggir dari hati nurani rakyat. Biarpun pemimpin atasan bertukar, tetapi budaya dalam UMNO tetap sama. Wang menjadi penentu dalam kemenangan dalam pemilihan UMNO sama ada di peringkat cawangan, bahagian apatah lagi di peringkat pusat. Tidak hairanlah jika Dato’ Rais Yatim mencadangkan pemilihan jawatan tertinggi dalam UMNO dibuat secara ‘open tender’.

    Apa yang harus pemimpin-pemimpin UMNO perlu sedar bahawa biarpun mereka menang dalam pertarungan dalam UMNO, belum tentu mereka dapat memenangi pilihanraya.

    Ini kerana, ahli UMNO mungkin boleh disogok dengan wang tetapi rakyat jelata sudah muak dengan sogokan demikian. Mereka sudah bijak memilih pemimpin. Pemimpin berkarisma pemimpin diterima, pemimpin rasuah pemimpin disanggah

    Saranan Tun Musa Hitam harus diberi perhatian jika UMNO ingin kembali berada di persada jiwa rakyat. Rasuah harus digempur dari pucuk hingga ke akar umbi. Hatta, jika pemimpin tertinggi yang melakukan rasuah pun harus diseret ke mahkamah untuk diadili. Hanya dengan cara itulah nama UMNO dapat dibersihkan.

  8. juling said

    sedutan ayat penulis tajuk ni

    “(Kepimpinan negara mesti dipimpin oleh BN yang diterajui oleh UMNO). Perubahan yang diminta bukannya menambahburukkan lagi parti. Ianya perlu demi memperkukuhkan parti. Tidak perlu ada ’tukang atur’ dari luar parti dan ’tukang cakap’ dari dalam parti.”

    INI LAH YANG DIKATAKAN KHURAFAT( KEPERCAYAAN KARUT )YANG DIBAWA OLEH UMNO DAN CUBA DITANAM SEMULA DALAM PEMIKIRAN ORANG2 MELAYU KHASNYA.

    MAJORITI ORANG MELAYU DAH BAGI KEPERCAYAAN KEPADA UMNO SELAMA 50 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA DAN HAMPIR SEMUA NEGERI .TAPI UMNO TELAH KHINATI, RAKUS DAN MENGABAIKAN AMANAH YANG DIBERIKAN,SEHINGGALAH MEREKA DITARIK JATUH TERSUNGKUR MALU OLEH RAKYAT DALAM PILIHANRAYA LALU.

    PERSEKUTUAN MALAYSIA DAN NEGERI2 TIDAK AKAN KEBULUR, HURU HARA
    BERPERANG,PELABUR LARI ,HASIL TANAMAN TIDAK MENJADI DAN SEBAGAINYA SEKIRA “DIPERINTAH OLEH ORANG MELAYU SELAIN DARIPADA PARTI UMNO/BN”.SESUNGGUHNYA KUASA MEMERINTAH ITU BUKAN SESUATU YANG MUTLAK MESTI DIANUGERAHKAN PADA UMNO UNTUK MENGATUR SISTEM NEGARA INI MENGIKUT KEPALA HOTAK PEMIMPIN UMNO SAHAJA.

    AYUH BUANGKAN LAH KEPERCAYAAN KARUT TU NUN JAUH KE ANTARTIKA.

  9. AHO said

    Pada persoalan kehendak akar umbi atau Tun, saya kira jawapannya nyata tetapi cuba ‘dipesongkan’ untuk memperlihatkan seolah-olah Tun itu jahat. Ianya sememangnya kehendak akar umbi. UMNO itu parti keramat dan jika ada pemimpin yang khianat maka dia akan jayuh. Teatapi yang paling tidak seronoknya dan memalukan ialah apabila sahabat2 tahu akan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin tetapi membiarkan sahaja pemimpin itu merosakkan bangsa, itu juga sama seperti khianat.

  10. juling said

    Dalam akhbar Sinar Harian hari ini 25/10/08, yang katanya, bakal Perdana Menteri Malaysia dilaporkan berkata ‘Unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh dihapuskan secara beransur-ansur’. Najib berkata ” Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputra sudah mempunyai keyakinan diri.

    Dan sukacita dinyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.

    Kata Najib lagi “Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB akan diganti”. Najib berkata macam tu sewaktu ditemuramah dalam program “Bloomberg Voices’, terbitan Bloomberg TV.

    Bila direnung-renung kata-kata Najib, apa bezanya dengan maksud yang Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim kata. Pokoknya Najib akan tetap hapuskan DEB. Tak kiralah beransur-ansur ke segera ke. Yang pasti Najib juga akan buang ‘tongkat’ itu. Saya tidak pelik apa yang Najib cakap itu, cuma saya pelik ke mana perginya pendekar-pendekar UMNO yang ‘bersilat pulut’ berdemonstrasi semasa Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim bercakap pasal nak ‘kaji’kanDEB dulu?

    Atau mereka boleh terima hujah Najib kerana hendak menghapuskan secara beransur-ansur. Kalau begitu, mereka kena renung balik kata-kata Najib ‘….dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi…’, sama lah tu dengan apa yang Lim Guan Eng cakap !.Anwar pula, hanya kata kalau Pakatan Rakyat memerintah, tapi setakat ini PR tidak perintah lagipun ,dan Najib dah nak buang DEB!

    Jadi siapakah sebenarnya paling khianat dan pengkhianat DEB, Najib atau Anwar ! Tentulah Najib, sebab dia kata ‘dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi’ …..dah tu mananya nasionalis-nasionalis Melayu yang sibuk bertempik dulu tu ? Belalah orang Melayu ! Dan ke mana pergi Naib Canselor bermisai tebal dengan budak-budak uitm yang beria-ia menentang Tan Sri Khalid Ibrahim pasal kes kuota bukan Melayu di Uitm dulu? Tan Sri Khalid cadang tambah kuota bukan Melayu masuk uitm tapi Najib lagi ‘brutal’ nak hapuskan elemen-elemen dan akhirnya DEB !!

    Kalau berani dan sanggup ‘miss soru’, buatlah demonstrasi tentang Najib pula !! Hah….takut !!!!

  11. juling said

    KUALA LUMPUR 24 Okt. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB), yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Ekonomi Nasional (DEN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

    UMNO cabar Guan Eng tarik balik kenyataan hapus DEB

    1) Seperti yang telah dinyatakan Najib adalah Rejim Mahathir. Iaitu pelingkup ‘UMNO, Melayu dan Agama Islam’.

    2) Bila Lim Guan Eng menyuarakan perkara yang sama terhadap kecacatan DEB, maka ramai sekali juak-juak UMNO keluar berdemonstrasi di Komtar, P.Pinang membantah kenyataan Guan Eng.

    3) Adakah selepas ini terdapat juak-juak UMNO akan membantah kenyataan Najib itu?

    4) Kini retorik Pemimpin-pemimpin UMNO kononnya berjuang demi Agama, bangsa dan negara hanyalah ‘slogan kosong’ sahaja dan semasa musim pemilihan mesyuarat agung UMNO.

    5) Hakikatnya, siapakah sebenarnya yang telah mengikis atau menghapuskan keistemewaan orang Melayu sedikit demi sedikit. Adakah pakatan Rakyat atau UMNO sendiri?

    “Kami tidak akan teragak-agak untuk mengadakan protes sekiranya ada tindakan untuk memberhentikan DEB. Kami akan bertindak bangun untuk pastikan DEB diteruskan.

    “Sejarah DEB harus dilihat dengan betul. Siapa yang nak nyahkan DEB ini sebenarnya mereka buta sejarah. Mereka lupa nikmat yang diperoleh hasil daripada DEB sejak 1974 lagi,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dengan penyokong Umno Bahagian Kapar dekat sini. – Rahman Palil Bernama 15 Mac.

    Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata sebarang usaha untuk menolak DEB akan membawa kepada akibat negatif bukan sahaja kepada masyarakat Melayu tetapi negara Malaysia secara keseluruhannya.

    Ini kerana tegas beliau DEB telah memainkan peranan amat penting dalam menentukan agihan ekuiti dan penyertaan ekonomi yang lebih seimbang sekaligus dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum di kalangan rakyat majmuk selama ini. – pemudaumno . org

    Bila Najib kata nak hapuskan DEB ,sikit demi sikit …. Semua Hulubalang2 dan pembodek tegar UMNO terkedu lidah tak cakap sepatah. UMNO pening sebab tak tau nak sokong apa. Nak setuju atau tak?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: