Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Ceritera Dongeng DSAI

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 13 Oktober 2008

Oleh: Kawan Lama

Tak habis-habis DSAI mengumumkan tarikh kerajaan pakatan pembangkang akan mengambi alih tampuk pemerintahan negara. Tarikh terbarunya adalah pada Hari Raya Kurban. Walaupun dua tarikh awal telah diberikan dengan penuh keyakinan namun kesemuanya tidak menampakkan sebarang tanda bahawa kepimpinan negara akan berubah kepada mereka.

Setelah memenangi beberapa negeri dalam PRU 12 lalu, pakatan pembangkang merasakan seolah-olah mereka telah menang dan menguasai kepimpinan negara.. Tindakan demi tindakan yang mereka lakukan memperlihatkan mereka seolah-olah memperbodoh-bodohkan penyokong taksub mereka. Antaranya:

Kalau masa berkempen dulu kata pasal harga minyak turun, lepas PRU kata kalau hari ni mereka perintah esok minyak turun 50 sen. Bila kerajaan BN turunkan harga minyak mengikut kadar pasaran dunia, waluk-waluk DSAI mula berkata bahawa ”Kalau tak pasal cadangan dan desakan DSAI, kerajaan BN tak akan buat sedemikian”. Akhirnya modal isu minyak yang digunakan tak boleh pakai lagi. Semua dah tau tujuan utama hanyalah untuk memastikan kemenangan DSAI dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh aje.

Nak menambah-hangatkan lagi keseronokkan penyokong yang taksub dengan beliau, maka DSAI menyanyikan lagu baru iaitu PKR akan ambil alih kepimpinan kerajaan pada 16 September 08. Maka menarilah penyokong taksub termasuklah Lim Kit Siang. Karpal Singh, Lim Guan Eng, Haji Hadi dan ramai lagi dengan dendangan lagu baru DSAI yang begitu mengasyikkan. Untuk menambah-yakinkan lagi, DSAI menambahkan lirik ’ada 30 orang daripada BN akan lompat parti.’ Maka pengikut yang umpama burung kakak tua ni pun mengiyakan dan mengulangi lirik DSAI kerana mereka percaya benar bahawa memang terdapat 30 orang BN akan lompat parti.

Nak kuatkan cerita lagi, pelakon utama DSAI, Tian Chua diarah pulak pergi ke Taiwan untuk susul rombaongan ahli Backbencer BN. Kononya nak ’deal’ dan ’finalized’ dengan mereka yang nak lompat parti. Tup-tup berita melaporkan mereka gagal berbuat demikian kerana bila sampai depa terperangkap oleh taufan. Balik Malaysia, buat lagi skrip baru yang dah mereka dah berjumpa dan ‘comfirmed’. Maka bergembiralah penyokong taksub umpama burung kakak tua bahawa dalam masa terdekat ni, DSAI akan jadi PM.

Untuk menampak seolah-olah ianya pasti berlaku, maka mereka buat ‘flyers’ ’Perhimpunan Menyambut YAB DSAI PM ke 6 Malaysia’ yang ditampal kat LRT. Maka beriya-iyalah mereka yang melihat ‘flyers’ tersebut pergi ke Istana Negara. Ada yang sampai seawal jam 6.30 pagi walaupun kat flyers tulis jam 10 pagi.

Tak cukup-cukup ke kena tipu dengan dendangan syahdu DSAI. Satu persatu kenyataan beliau tu tak da kebenarannya. Semua tarikh beliau bagi tu sebenarnya beliau sendiri tahu ianya tak akan menjadi kenyataan. Ia hanya untuk meraih simpati dan mengalihkan pandangan penyokong terhadap isu peribadi beliau . Selain itu, beliau cuba nak main wayang agar pakatan pembangkang nampak gah pada mata masyarakat khususnya ’partner’ mereka kat luar negara.. Tapi semua orang tau bahawa dia memang suka mengarut. Beliau dah lama main wayang. Pakai ’colar guard’ kat leher masa lepas dari tahanan tup-tup lepas beberapa minit sahaja dah buang.dan jalan macam biasa je.

Sama-samalah kita tunggu episod lawak baru DSAI…..

9 Respons to “Ceritera Dongeng DSAI”

  1. mazlan said

    Jangan hairan dan terkejut, satu hari nanti DSAI akan berjalan bersendirian dari Permatang Pauh ke Putrajaya sambil bercakap-cakap seorang diri “AKU PERDANA MENTERI, AKU PERDANA MENTERI” siap dengan cardboard terlekat pada depan dan belakang bajunya yang tertulis “AKULAH PERDANA MENTERI, AKULAH PERDANA MENTERI”. Mati beragan nampaknya kawan kita ini.

  2. hafizal78 said

    Orang melayu memang suka dengar cita dongeng mcm tu ditambah ulam habuan yang menanti belum tentu pasti (spt janji turun harga barang,harga minyak,elaun tu elaun ni) .Kalau cita sejarah perjuangan bangsa menuntut kemerdekaan mcm Hati Malaya dan cerita bagaimana kita dijajah mcm Leftenan Adnan,rencana dlm National Geografi spt Inside Baghdad,Rwanda Scar do Fade,Astro Oasis kembara Palestin dan macam lagi cerita negara yang menunjuk kegagalan perpaduan memusnahkan sebuah negara.Kepada pembaca blogger sekelian kalau nak kenal Negara kita dapatkan pandangan dari orang luar seperti pendatang yang bergelendangan di negara ini tanya mereka kenapa datang Malaysia ? kenapa tak cari kerja dinegara kamu ? Bagus x kehidupan negara kamu? .Kalau tanya orang kita kita sendiri bercelaru mcm penyokong depa tu…… .Ingat kita dah senang 48 tahun sekarang diuji baru 3 tahun dah pikir nak tukar kerajaan.Renunglah kata Nabi Ayub pada isterinya apabila mereka diduga .

  3. zai said

    sori ek aku coppy paste juling punya

    ala apa la yang nak digelabahkan oleh umno ngan si anwaaar tu….umno kena kerja kuat kembalikan keyakinan rakyat…wat la kerja .seingaat aku si anwar hanya pancing rakyat malaysia ngan 2 isu besar ja.1)”harini menang esok harga minyak turun”isu ni sebelum dan semasa PRU 12…2)selepas pilihanraya lak “sept nanti pakatan rakyat tubuh kerajaan baru”…ngan 2 isu ni leh wat umno jadi haru biru dan huru hara jadinya……{TAK PEERCAYA PUN, NANTI KALAU MEENJADI LAK TENTU KELAM KABUT JADINYA’ NAK PERCAYA PUN NANTI WAT UMNO BN JADI GILA BABI JADDINYA }Perkaara ini lah menyebabkan umno mengumpul segala senjata yang ada untuk menghalang dan menyekat kemaraan kenyatan si anwar tu…kelam kabut jadinya.. tak lena jugak la mereka di putrajaya, rakyat selesa menanti ja .6 bulan gak la umno risau ek?

    berjaya la gak bagi aku si anwar wat perang saraf dan tahniah gak la pada pengarah strategik dia wat umno meroyan jab ..ermmm ciaan pak lah ek dan balacinya

  4. Aidid bin Ismail said

    Ada orang kampong saya ( panggil MNR) memang handal berpidato. Politiknya memang gah dulu. Dia menjadi org kuat YB. Sehinggakan bila saya tanya org kampong lain, mereka berkata hanya MNR lah pemimpin sejati dikampong ini. Tiada yg lebih hebat dari dia.

    Tetapi sekarang MNR sudah tidak dipedulikan lagi. Malah jawatan Ketua Cawangan pun tidak dia perolehi.Dia kalah dan tidak disokong lagi. Penduduk sudah memulaukan dia. Kerana apa? Kerana terlalu banyak menipu orang kampong. Bukan saja dengan kata-kata malah dengan tanah hak orang2 kampong juga ditipunya.
    Jadi sekarang dia terima pembalasan. Dulu dia pakai Mercedes tetapi sekarang jalan kaki. Ingatlah pembalasan Tuhan.

  5. apahallu said

    aku tengah cuba membayangkan seorang gay sebagai PM aku…mampus aku…tapi cam banyak je penganut agama gay sampai dah buat patung untuk ‘disembah’…hahaharun….

  6. juling said

    Aku lak berasa bangga dengan bakal PM dari umno ..beliau seorang berkarisma dan mempunyai vision yang hebat bukan la macam Pak Lah slow motion..anwar lagilah hampeh asyik dok gertak dan gempar dengan nak tukar kerjaan pemerintah umno/BN ja wat aku gelisah …….

    The following text message correspondence is between YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Deputy Prime Minister of Malaysia, and Dato’ Shafee Abdullah, a Malaysian lawyer who initially represented Abdul Razak Abdullah Baginda who is on trial for abeting the murder of Mongolian national, Altantuya Shaariibuu.

    While it does not answer lingering questions about Najib’s alleged past relations with Altantuya, the text messages show clearly Najib’s active intereference in the case very early on. The messages highlight Najib’s willingness to speak with both members of the Attorney General’s Chambers and Inspector General of Police about the case, something that suggests an abuse of executive power.

    What is particularly revealing and troubling is that the counsel, Shafee, keeps asking Najib for details indicating some political intervention that may have influenced the case. This observation is strengthened by Najib’s message to Shafee on 16 November 2006: “Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost.” This message raises a lot of questions about Najib’s role in this case. Why did he mention “tentative” charge and that “all is not lost” for RB (Razak Baginda)? How would Najib know this before Razak was charged? Is there already a deal in place that will see Razak aquitted? These are important questions which will have ramifications not just on this case but far beyond.

    The text messages were transmitted between Najib’s personal mobile phone (+6012 2143177) and Shafee’s mobile phone (+6012 3257052).

    http://mt.m2day.org/2008/content/view/13687/84/

  7. juling said

    Selasa Oktober 14, 2008
    Tubuh kerajaan, Anwar mahu MP BN bersabar

    Oeh ZANARIAH ABD. MUTALIB

    KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis meminta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya bersabar berhubung usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kepimpinan kepimpinan kerajaan.

    “Kalau ada ahli yang berbunyi angkuh sikit tu, saya minta sabar la sikit kerana angkuh itu tak mungkin lama. “Kalau (ada ahli Parlimen BN) yang jerit tu (dalam Dewan), biar la tatkala itu nanti kepalanya turun lebih bawah dari mikrofon,“ katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2009 di Dewan Rakyat semalam.

    Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Saifudin Nasution Ismail (PKR-Machang) berhubung perubahan yang akan dilakukan Pakatan Rakyat jika berjaya menubuhkan kerajaan.

    Anwar berkata, beliau yakin perubahan tampuk kepimpinan oleh pakatannya itu akan berlaku.

    “Kalau persoalannya 16 September, permulaan sudah berlaku. Kita nak runding dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi)… dialah Perdana Menteri pertama yang nak bincang dengan pembangkang tapi tak boleh bincang sebab nak jaga hati pemimpin Umno.

    “(Tapi) Tak sempat jumpa pun, orang dah gulingkan dia… sebab tu saya sopan dan lembut dengan dia sebab dia agak sengsara,” katanya.

    Pihaknya juga telah meminta sesi khas Parlimen diadakan sebelum ini, bagaimanapun telah ditolak tanpa alasan.

    “Manusia boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka yang senang dengan kekuasaan yang melimpah ruah sukar nak terima kenyataan.

    “Sebab tu dia kata 8 Mac (pilihan raya umum ke-12) tak mungkin, Permatang Pauh tak mungkin (dimenangi pembangkang)… semuanya tak mungkin sebab dia tidak berlandaskan Insya Allah. Insya-Allah, saya yakin akan berlaku (ambil alih kerajaan),” katanya.

  8. zai said

    Juling!!!!!!!!
    aku terpaksa marahkan kamu yang bengap dan penentang umno yang tegar.ko bawa berita yang tak masuk akal itu semua siti fitnah bin mohd tohmah

    apa lagi nie!!!! Ish! juling nie tak paham ke yang bakal PM saya nie kudus dan bedul?

    Takkan lah bakal PM saya nak buat kerja tak senonoh …mana nak ade masa nak SMS dengan kengkawan. Mereka ini tidak tahukah bahawa bakal PM saya nie kuat bekerja dan kuat memberi semangat kepda mereka yg patah hati serta dibolos.

    tak payah la nak concern-concern wahai mereka2 yang dengki dengan bakal PM saya. Jika tak percaya, nanti bakal PM saya akan bersumpah di depan Imam WP. Jika dah bersumpah, tak payah lagi ke mahkamah, buang masa sahaja.

    Tuhan telah menjadi saksi bhw bakal PM saya adalah lurus, tulus dan mulus serta BENAR SENTIASA.

  9. hafizal78 said

    zai dan juling ini memang munafik macam sesumpah kejap karler biru air laut kejap merah putih pulak…… .Peninnn aku.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: