Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Anwar Pemimpin Reformasi?

Posted by puteraadnan di Selasa, 7 Oktober 2008

oleh: Putera_Adnan

Patut ker Anwar pimpin reformasi? Sebenarnya Anwar tidak layak langsung menjadi rakyat Malaysia. Kenapa? Sehinggakan DSAI begitu istimewa sampai semua Badan Risikan Negara Asing sanggup menyalurkan segala maklumat kepada DSAI? Kenapa Tun Dr Mahathir beritahu dahulu bahawa Anwar mengancam keselamatan negara? Kerana Anwar sanggup menjadi boneka negara asing menyalurkan maklumat keselamatan dan rahsia negara kepada pihak luar. Adakah itu tindakan seorang PATRIOTIK? Tidak, Itu adalah tindakan seorang yang mementingkan diri sendiri. Siapa yang membantu dari segi segala kewangan Anwar? Semuanya dari sumber luar negara.

Celikkan mata bahawa DSAI sebenarnya seorang pengkhianat negara dan rendah moralnya. Sanggup berkompromi untuk menurunkan darjat AGAMA ISLAM YANG SUCI DAN BANGSA MELAYU semata-mata kepentingan politik, dan dia berjaya kerana sokongan MELAYU yang mudah lupa. Persoalan utama: Adakah semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir, rakyat mengalami kesempitan hidup akibat ekonomi yang tidak stabil? Adakah semasa Tun Dr Mahathir jadi PM ekonomi Malaysia tidak berkembang? Adakah kerana Tun Dr Mahathir memecat Anwar satu kesilapan beliau sedangkan Timbalan Beliau sudah silih berganti tetapi tidak ada yang gila meroyan gila kuasa seperti Anwar Ibrahim? Adakah Anwar layak memegang portfolio Menteri Kewangan sedangkan dia sendiri tidak habis belajar (kalau belajar pun sastera). Benarkah semasa Anwar jadi Menteri Kewangan dan TPM tidak ada projek yg diberi kepada kroni-kroninya? Semuanya bohong belaka. Rambut saja sama hitam. Tapi hati yang busuk siapa yang tahu (Iskandar – komentator blog Pokka)

Anwar bukan seorang pejuang berani mati. Anwar hanya seorang pejuang retorikal yang akan berapi-api ucapan beliau tapi hilang bila timbul sebarang konfrontasi terbuka. Tragedi Baling pada tahun 70-an membuktikan sikap beliau. Beliau berucap berapi-api namun hilang dalam arus demontrasi besar-besaran pelajar. Malangnya, Anwar tiada keberanian dan semangat perjuangan tulen untuk berkata demikian. Anwar hanyalah opportunis.

Beliau bercakap soal korupsi dan keadilan hanyalah apabila dipecat dan didakwa di mahkamah. Untuk apa ini jika bukan untuk menyelamatkan dirinya? Berpuluh tahun dalam kerajaan, mengetuai Jawatankuasa Anti Rasuah Kabinet, menjadi pemangku Perdana Menteri Selama dua bulan apa yang dilakukannya? Hanya mencari jalan untuk membunuh musuh politiknya sendiri yang mana DSAI yang mengancam kedudukannya. Begini ker cara kepimpinan seorang pemimpin yang di kagumi.

Kini beliau bersama DAP dan PAS kerana parti tersebut memberi keuntungan kepada beliau. Kini beliau bercakap soal pembaharuan kehakiman dan keadilan (justice) kerana itu modal politik beliau. Jika esok beliau ditawarkan masuk UMNO dengan kedudukan tertentu, pastinya UMNO dan BN akan menjadi baik segalanya. Maka bercakaplah beliau soal penyatuan Melayu, kepentingan orang Melayu dan Islam sederhana.

Reformasi Anwar? Semuanya lakonan untuk diri sendiri.

Advertisements

24 Respons to “Anwar Pemimpin Reformasi?”

  1. zai said

    Apa nak ditakutkan sangatlah dengan pengaruh Anwar, kerana sejarah telah membuktikan, Anwar boleh ditangkap, dilebamkan matanya, diracunkan dengan arsenik!Semasa DSAI dipenjarakan, negara okey sahaja, aman, tiada darurat, ekonomi tak runtuh, semua orang boleh hidup!

    Pasal meliwat pun boleh ditangkap dihumban ke penjara, inikan pula sebagai agen subversif!Taraf pengkianat negara, bangsa dan agama!

    Ini tidak pun, malah DSAI bebas sahaja untuk ke mana-mana, walau ke luar negara, memberi ceramah di sana sinun semasa PRU, menulis blog, berjumpa rakyat dan bersenang-senang dengan isteri dan keluarga beliau di rumah.

    Hindraf 5 orang pun belum dibebaskan atas keselamatan negara, kononnya mampu menjadi musuh negara dan Duli Tuanku, ini pula DSAI agen zionis, agen israel, agen illumanati, agen amerika, agen yang ada kepentingan sendiri, agen, aihhh macam-macam agen lah DSAI ini!!James Bond pun tabik spring bang!

    Bolehlah dikatakan DSAI agen rahsia paling hebat di dunia ini, kerana dalam satu-satu masa mampu menjadi agen pelbagai komplot jahat.

    Tahniah DSAI!”

  2. Demang said

    Sudah terang lagi bersuluh…

    Namun tidak semudah itu untuk memenjarakan Anwar begitu sahaja, apatah lagi atas tajuk politik. Namun jebak tidak pernah lupakan merbah. Cuma kadang-kadang tidak membingkas namun umpan yg lesap membuktikan ada merbah yg bertandang ke situ.

    Seorang rakan ditanya: “kenapa engkau tak bersama Anwar sedangkan dulu engkau pernah bekerja di bawahnya?” Jawab rakan itu: “sebab aku dah kerja dengan dia la aku tak sokong dia.”

    Demang tak faham sangat.

  3. tun jeram said

    Salam,

    Kalau tidak salah, pada tahun 1998 dahulu pengaruh Anwar sudah begitu kuat, dan merupakan ancaman kepada Mahathir. Mahathir takut dia akan dijatuhkan seperti Soeharto di Indonesia. Itulah sebabnya Mahathir merekacipta isu lewat dengan bantuan polis dan peguam negara, memecat Anwar dari jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO dan menyumbatnya ke penjara.

    Mahathir pernah berkata, Anwar “menikamnya dari belakang.” Apakah maksudnya? Tentulah Mahathir bimbang Anwar akan “menjatuhkannya”. Itu saja.

  4. hafizal78 said

    kepada zai anda perlu menonton cerita star wars episod 1-3 (jangan cita James Bond)kerana anda perlu amati watak anakin skywalker hingga kemudian jadi darkvader .fikirkan dari mana Anwar hingga dia mengikut telunjuk USA haramjaddah tu.Umpamakan Anakin sebagai Anwar,Obiwan sebagai Tun M,Darth sith sebagai agen syaitan USA dan kemana Anwar jadi adakah dia memilih kebaikan @ kekuasaan yang membinasakan segalanya?.Fikir-fikirkanlah jika anda seorang pemikir hebat.

  5. zai said

    aku macam setuju dengan kamu duhai Tun jeram

  6. juling said

    Salahkah Anwar ajak rakyat bersama-sama ??

    rakyat- anti-Corruption,
    anti-miscarriage of justice,
    anti-discrimination,
    anti-ketuanan umno,
    anti-religion intolerance,
    anti-uncouth MPs,
    anti-totalitarian rule,
    anti-hegemony of a single party rule,
    anti-untouchable cronies,
    anti-fixed judiciary,
    anti-sleeping on the job,
    anti-propaganda and brainwashing,
    anti-daily lies from national media

  7. Jembalang said

    Ini adalah petikan dari (harakahdaily)

    “Biarpun ramai yang mengatakan hasrat Anwar dan Pakatan Rakyat mahu menubuh kerajaan baru sebagai sesuatu yang mustahil tetapi ahli parlimen Permatang Pauh tetap yakin BN akan tumbang dalam tempoh terdekat.

    Keyakinan Anwar itu membuatkan ramai yang menunggu beliau membuktikan bahawa hasratnya itu bukanlah omongan kosong semata-mata.”

    Dari 16 september ke 16 oktober kemudian 16 November dan 16 Disember dan mungkin dah tak ada tarikh.

    Cuba kita lihat yang jadi Menteri Besar Perak orang PAS (Parti Islam) yang ingin menegakkan ajaran Islam ada kroni yang mengaku berzina hanya di pecat adakah hukum Hudud yang dilaung-laungkan hanya setakat pecat sahaja?

    renunglah wahai Juling jangan pandang kiri tengok kanan

  8. juling said

    jembaalang

    ala apa la yang nak digelabahkan oleh umno ngan si anwaaar tu….umno kena kerja kuat kembalikan keyakinan rakyat…wat la kerja .seingaat aku si anwar hanya pancing rakyat malaysia ngan 2 isu besar ja.1)”harini menang esok harga minyak turun”isu ni sebelum dan semasa PRU 12…2)selepas pilihanraya lak “sept nanti pakatan rakyat tubuh kerajaan baru”…ngan 2 isu ni leh wat umno jadi haru biru dan huru hara jadinya……{TAK PEERCAYA PUN, NANTI KALAU MEENJADI LAK TENTU KELAM KABUT JADINYA’ NAK PERCAYA PUN NANTI WAT UMNO BN JADI GILA BABI JADDINYA }Perkaara ini lah menyebabkan umno mengumpul segala senjata yang ada untuk menghalang dan menyekat kemaraan kenyatan si anwar tu…kelam kabut jadinya.. tak lena jugak la mereka di putrajaya, rakyat selesa menanti ja .6 bulan gak la umno risau ek?

    berjaya la gak bagi aku si anwar wat perang saraf dan tahniah gak la pada pengarah strategik dia wat umno meroyan jab ..ermmm ciaan pak lah ek dan balacinya……

    jembalang,
    dalaam mesyuarat agung umno nanti usulkan agar umno sokong usul pelaksaan undang2 islam kepada umat isslam kemudian sarankan wakil rakyat umno mengusulkan dan meenyokong di parlimen pengubalan undang2 dengan pindaan perlembagaan untuk melaksanakan undang2 tersebut…setuju??/umno bn majorriti kat perlimen hi hi hi ..masa pas cadaangkan umno memperlekehnya

  9. Jembalang said

    Hai si juling!

    Buat apa nak usulkan hukum hudud dlm mesy UMNO, itukan senjata PAS kroni Pakatan Rakyat (yang bertopengkan Agama Islam) besok hasil jual babi oleh kerajaan selongor pun halal oleh orang-orang PKR & PAS. DAP daging anjing pun sedap

  10. putera_adnan said

    sokong…jembalang!
    si juling tu memanglah….dah kena bancuh diam jer!
    apa barang…ingaat si juling tu dah kena kipas telur dengan PAS kroni PR kut.
    mcm2 hal la ko juling!
    aku rasa better ko duk senegara dengan mat2 indon lagi bagus.

  11. juling said

    umno tak nak sokong ker perlaksanaan undang2 islam kepada umat islam di malaysia ni??? takut komponen BN marah ek??

  12. Jembalang said

    UMNO telah lama mengamal undang-undang islam kan dah ada makamah syariah & mufti dan jabatan agama di setiap negeri. Saya rasa Juling ni dah salah pandang tengok kiri pastikan apa yang berada disebelah kiri bukan di kanan

  13. Jembalang said

    saya lupa nak katakan bahawa “Ayah Pin” dah muncul di Batu Caves untuk memerintah kerajaan Langit

  14. Jembalang said

    Isu Kuil Sri Maha Kalliaman:

    SHAH ALAM, 8 Oktober – Penggantungan tugas Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Abdul Hamid Husain berhubung isu perobohan Kuil Sri Maha Kalliaman berakhir semalam, kata Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

    Bina Kubur Bertingkat

    11 Sept 2008 (HMetro) – SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang mempertimbangkan cadangan pembinaan kubur bertingkat di tanah perkuburan Islam di seluruh negeri itu bagi mengatasi masalah kekurangan tanah untuk tujuan berkenaan.

    Inilah jasa-jasa atau hasil kerja Kerajaan Pakatan Rakyat

  15. juling said

    Apa yang nak dihairankan kalau orang bukan islam menolak negara yang berteraskan sistem Islam? Yang hairan bin ajaibnya kalau dia terima. Boleh terkejut babun aku. Siap melengung lagi macam kucing basah terkena hujan.

    Apa yang nak merah menyala muka bertempik sakan kalau DAP ,MCA dan MIC bersuara begitu? Itu hak demokratik dia. Suka hati dia la nak guna hak demokratik dia.cuma kita orang yang mengaku islam ni lah yang kena pahamkan mereka.

    Salahkah menyokong sepenuhnya tujuan atau matlamat perjuangan PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian lslam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara serta Islam menjadi dasar yang diperjuangkan dengan Allahu Akbar menjadi seruannya.

    Yang paling hairan…UMNO dah dakwa negara ini sebuah negara Islam tapi bila Pas nak laksanakan lagi hukum Islam…UMNO pulak yang menolak… tukan lagi HAIRAN..????

    Pemerintahan sedia ada yg byk menghalang pemahaman umum mengenai ajaran ISLAM sebenar.

    Sepatutnya sebagai Muslim yg cintakan ISLAM, kita membantu pihak-pihak yg berjuang utk menjelaskan mengenai keindahan dlm pemerintahan ISLAM yg sebenar. Bukan sekadar pada nama sahaja..

  16. juling said

    jembalang
    – isu replika Anwar tu mudah saja… pertama pergi tengok sendiri dulu, replika patung ke, poster ke atau arca ke…
    tanya siapa yang banyak keluar modal..yang Hindukah atau orang Islam..kalau Hindu biarlah pakar2 agama Hindu menjawabnya..kalau orang Islam maka kita harus ada pendirian terhadapnya..
    Rakyat sokong Anwar dengan agenda reformasinya tetapi bukan mendewakannya..

    ia menjadi hangat kerana ia replika “Anwar”..kita juga pernah lihat gambar besar Dolah dan Najib di Bangunan DBKL (besar betul..), kita biasa tengok gambar besar Maya Karin selaku model syarikat telekomunikasi atau Mawi dengan mee segeranya, juga iklan Fara Fauzana dengan nescafe..gambar di billboard ni cukup besar..tiada kecoh isu penyembahan kerana mereka bukan ANWAR..tapi ia tetap boleh dibahaskan!!

  17. juling said

    Masjid Al-Jamiul Badawi adakan Kubur Bertingkat

    oleh : Mohd Hilmi Basarudin

    KEPALA BATAS : Kaedah kubur bertingkat yang dipraktikkan oleh Masjid Al-Jamiul Badawi di Jalan Perak membabitkan timbunan tanah di atas kawasan perkuburan lama dan bukannya seperti konsep bangunan bertingkat sebagaimana yang difahami sesetengah pihak.

    Pengerusi Qaryah, Dato’ Haji Arshad Zakaria, berkata kaedah kubur bertingkat terpaksa diamalkan kerana keluasan kubur adalah terhad dan sudah penuh.

    Imam masjid, Dato’ Haji Abdul Rahim Bakar, berkata kaedah kubur bertingkat sesuai diamalkan di kawasan bandar atau masjid yang mempunyai masalah keluasan kubur yang terhad.

  18. juling said

    Apabila ada tentangan mengenai cadangan Menteri Besar, Datuk Khalid Ibrahim untuk buat kubur bertingkat di Selangor sedangkan perkuburan Islam bertingkat pernah dirancang oleh kerajaan negeri ketika zaman Datuk Seri Khir Toyo menjadi MBnya, saya agak hairan kerana dibatalkan dengan alasan tidak dipersetuji waris. Benarkah waris tidak setuju atau JAIS tidak memberikan penerangan sebaik mungkin? Atau ada faktor politik BN terhadap PR yang kini meneruskan rancangan yang tidak sempat diselesaikan oleh kerajaan BN ketika memerintah dulu?
    Walaupun Mufti Selangor seorang ahli agama telah mengeluarkan fatwa ia boleh dilakukan, tetapi sebaliknya masih ada sebahagian orang Islam menafikan fatwa ini. Dari segi hukum feqah “keputusan” siapakah yang patut diutamakan: MB,Waris atau Mufti?

  19. hafizal78 said

    juling antara manusia yang telah tertelan Hollywater yg dipelbagai gunakan hingga hitam hatinya untuk terima kebenaran.Ingat Allah tidak mengubah hati seseorang melainkan ia sendiri yang mengubahnya.moga mu diberikan hidayah.amin……. .

  20. Jin said

    Dalam kan ilmu agama sebelum kita membincangkan hal-hal agama jangan kita ikut hati nanti binasa!!!!

  21. adibeta said

    utk juling….gambar besar mawi dan maya karim hanya untuk iklan sahaja…gambar besar pak lah dan najib kerana ada majlis tertentu…gambar besar anuar berbeza….bukan kerana diri anwar tapi apakah tujuaan didirikan….itulah puncanya timbul soal pemujaan dll.Kalau dibina di pejabat pkr barulah nampak releven…pasti tak timbul soal pemujaan atau lain-lain kerana ada tujuaan pembinaan…….ADIBETA

  22. hafizal78 said

    Adios adibeta!!! baru juling biji mato juling tu .heh!heh!

  23. apahallu said

    aku raser si juling nih kategori orang kanan anwar la…kalo anwar mandi mau ditadahnya air mandi tuh pastuh minum..tak gituh?lagi satu,kalo ko nih baik sangat,takderlah sampai taruk nama pena ko ‘juling’..ko tak raser ker ko akan affect hati saper2 yang juling…tapi inikan sifat pembangangkang,biar orang lain terasa asalkan diri sendiri puas…pikir2kanlah…

  24. padan muka ko.. said

    padan muka ko juling..aku sokong sangat adibeta.
    kalo muka anwar di pampang besar kat pejabat pkr,baru puas hati.
    ni nak buat tugu lak kat anwar.ko ingat negars ni ko punys.
    undang2 ada.otsk tsrsk ka?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: