Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

ANWAR TIDAK PERCAYA ALLAH S.W.T. BOLEH BERLAKU ADIL.

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 24 September 2008

Oleh: Pokka a.k.a Sesumpah

Mengapa Anwar membuat laporan Polis bahawa Tan Sri Musa Hasan dan Ghani Patail memalsukan bukti dalam kes mata lebamnya 10 tahun yang lalu? Bukankah aneh sekali untuk Anwar membuat laporan sebaik sahaja Saiful mengadu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim? Tujuan Anwar adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa jika Polis dan Pendakwaraya menyatakan ada bukti prima facie untuk mendakwa Anwar atas tuduhan liwat maka ia merupakan bukti-bukti yang direka atau dipalsukan. 

Anwar juga sedar bahawa Musa Hasan dan Ghani Patail telah mengalahkan beliau dalam kes pertama dahulu. maka beliau perlu menyingkirkan kedua-dua ini. Jika mereka berdua terbabit tentulah kes ini akan dikendali dengan teliti dan cermat hasil pengalaman kedua mereka berhadapan Anwar sebelum ini.Bukankah ini kelihatan Anwar seolah-olah sudah menyediakan jalan keluar untuk dirinya terus maksum di mata penyokongnya?

Tidak cukup itu beliau juga menggunakan ulama-ulama yang tidak ketahuan hujung pangkal makna liwat supaya menyarankan beliau membuat aduan qazaf. Inilah kali pertama dalam sejarah perundangan Islam, orang yang mengadu beliau diliwat perlu membawa empat saksi yang melihat perilaku itu.Ulama-ulama ini walaupun belajar ilmu agama dengan begitu mendalam mereka tidak lebih daripada kaset atau CD sahaja. Otak mereka tidak berjalan tetapi hanya menghafal apa yang ada dalam kitab dahulu. Mungkin sebahagian otak mereka ini sudah terkena virus maka ia tidfak lagi mampu berfungsi dengan sempurna biar pun banyak data sebelum ini.

Ulama-ulama celaru ini membiarkan mereka dipermainkan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya.

KITA MAHU BERTANYA ULAMA INI, APAKAH NANTI SEMUA MANGSA ROGOL TERPAKSA MEMBAWA EMPAT SAKSI UNTUK MEMBUAT LAPORAN MEREKA DIROGOL. JIKA TIDAK MEREKA AKAN DIKENAKAN TUDUHAN QAZAF?

Hari ini kita terbaca pula kenyataan Nurul Izzah bahawa Bapanya dinasihatkan oleh ulama-ulama celaru ini agar jangan melakukan mubahalah kerana ia merupakan perkara besar dalam Islam. Memanglah mubahalah atau bersumpah ini perkara besar dalam Islam. Apakah membuat aduan Qazaf juga bukan satu perkara besar dalam Islam?

Kita lihat Anwar bukan sahaja tidak percaya kepada Polis dan Pendakwaraya, beliau juga tidak percaya kepada Allah.

Beliau tidak percaya Allah boleh melakukan keadilan jika melakukan mubahalah atau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak melakukan sebarang kegiatan meliwat terhadap saiful. Beliau juga tidak berani bermubahalah kerana tidak yakin Allah akan menyebelahinya. Jika benar beliau tidak membuat perkara terkutuk tersebut mengapa takut pengadilan Allah?

Malangnya ulama-ulama celaru dan penyokong Pas lebih percaya putar belit Anwar berbanding sumpah Najib dengan nama Allah secara terbuka bahawa beliau tidak mengenali Altantuya.

Inilah dikatakan pada akhir zaman setan-setan pun diangkat menjadi ulama.

5 Respons to “ANWAR TIDAK PERCAYA ALLAH S.W.T. BOLEH BERLAKU ADIL.”

  1. demang said

    yang tulis artikel ni ulama juga ka? ulama bukan celaru yer?

  2. demang juga.. said

    bkn ulama…tapi hamba allah.memang pun anwar takut nak bersumpah sebab dia yng buat.kalo dia x buat dia akan bersumpah….nampak sangat dia takut!

  3. mohdjai said

    berapa ****(elakdariditangkapisa) bayar kat penulis blog ni ? lol..

    kalau mau bayar pun..jangan la bayar kat penulis yang bangang camni..

    total loss money!

  4. comeltembam said

    penulis sendiri tak faham ayat Al-Quran yang dimaksudkan oleh ulama. Telitilah ayat AlQuran yang berkaitan dan elakkan tulis ikut perasaan.

    jangan sekali-kali menghina ulama kerana jika kamu menghina ulama dan Al Quran maka kamu menghina Allah swt. bertaubatlah !!

  5. zai said

    Encik suara….komen lah artikel ni,En suara banyak ilmu ,adakah pendapat dalam artikel ni nak mempertikaikan undang2 syariah Jakim @ mempertikaikan Ulama dari jakim ker??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: