Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Dilema Tun Mahathir 2

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 20 September 2008

Oleh: Salza Hedra

Senario politik tanah air tidak putus-putus dilanda badai dan gelora yang mengancam bangsa dan agama. Selepas kita dilambung badai kes Ahmad Ismail, kita dikejutkan pula oleh gelora badai yang yang di bawa oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mengumumkan pada media Singapura bahawa proses peralihan kuasa perlu dipercepatkan. Persoalan yang bermain diminda ramai pemerhati politik adalah kenapa dan mengapa TS Muhyiddin memilih Singapura? Kalau sebelum ni dalam mesyuarat MT UMNO beliau bersetuju dengan keputusan mesyuarat tapi kenapa tiba-tiba ubah fikiran? Ada ke arahan orang tertentu ke? Tun Dr Mahathir ke atau Kuli ke? 

Menurut pemerhati politik, Tan Muhyiddin sebenar ’has to go for broke’. Jawatan Naib Presiden yang beliau sandang sekarang ni tergugat kerana ramai ‘tokoh-tokoh yang kuat’ telah menawarkan diri untuk bertanding. Peluang beliau dilihat tipis, maka atas faktor ini beliau sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian. Jelaslah kepada kita bahawa ada kebenaran pada kata-kata bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Zaid Ibrahim bahawa ada kalangan ahli MT sedang berusaha keras untuk mendapatkan kuasa dan sanggup lakukan apa sahaja demi kepentingan diri sendiri dan bukannya untuk rakyat dan negara.

Apabila Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa Tun Dr Mahathir akan kemukakan permohonan untuk masuk UMNO semula, ramai tertanya-tanya. Betul ke Tun nak masuk UMNO semula? Kenapa? Dah sedar ke terhadap kesilapan dan hura-hara yang beliau timbulkan menjelang PRU 12 sehingga kini? Handalnya juga Muhyiddin ni ek. Beliau ‘single-handedly’ berjaya memujuk Tun? Masa Tun umumkan nak letak jawatan dulu ramai yang kena pujuk Tun – satu Malaysia! Tak tau siapa pujuk siapa? ‘You scratch my back, I scratch your back”. Kedua-dua mereka mempunyai agenda masing-masing. Tun nak jatuhkan Pak Lah dan Muhyiddin pula nak memastikan jawatan tertinggi parti. Maka bolehlah beliau jadi TPM / Timbalan Presiden atau jadi PM/ Presiden UMNO. Dengan kata lain, Tun masuk UMNO semula dengan ”single mission” iaitu bukan pasal nak mantapkan UMNO tapi nak pastikan Pak Lah dijatuhkan.

Tun kata UMNO la ni tak kuat seperti masa dia jadi Presiden. Tapi kenapa pada 1988, UMNO diharamkan dan ditubuhkan UMNO baru? Baru tujuh tahun menjadi Presiden UMNO, sumbangan utama yang dilakukan beliau adalah menjadikan UMNO yang diasaskan pada 1946 sebuah parti haram. Tak cukup dengan tu, para hakim yang tak ikut perintah kena pecat. Tunku, Tun Razak dan Tun Hussien tak pulak haramkan UMNO. Ye le tu, sebab masa depa jadi Presiden, UMNO tak kuat. Jadi bila UMNO tak kuat kita kena bubarkan. Tubuh UMNO baru, maka kita boleh kata UMNO dah kuat sebab tak da seorang pun yang berani kata apa.

Tun kata dasar dan kepimpinan kerajaan sekarang lemah dan gagal mendapat sokongan rakyat. Ini terbukti dalam keputusan PRU 12 yang lalu. Beliau juga mengaku bahawa kritikan-kritikan beliau terhadap Pak Lah menyumbang kepada keputusan yang sedemikian rupa. Sempat juga beliau selit juga kata-kata bahawa Pak Lah salahkan pengundi khususnya ahli UMNO sabotaj. Bukankah Tun sendiri pada masa tu orang UMNO dan bekas Presiden parti. Kalau Tun yang di sanjung oleh ahli parti sanggup lakukan begitu, apatah lagi mereka yang tak dapat jadi calon atau digugurkan nama sebagai calon dalam PRU lalu. Ceramah-ceramah Tun dimainkan di tempat-tempat ceramah pembangkang. Semua jadi bahan kempen pembangkang dan ianya ‘dihadiahkan percuma’ oleh seorang yang sayangkan bangsa dan parti?

Menurut Tun, era kepimpinan Pak Lah banyak berlaku rasuah, kronisme, nepotisme dan kepincangan pengurusan dalam jabatan-jabatan kerajaan serta perundangan. Sebenarnya, apa yang dilakukan Tun terhadap Pak Lah adalah perkara yang wujud sejak zaman beliau sendiri. Kelemahan yang ditonjolkan sebenarnya kelemahan pemerintahan beliau sendiri. Bak perpatah Inggeris ”Pot telling kettle black”.

Tun telah ’meghukum tanpa membicarakan’ bahawa kerajaan BN di bawah Pak Lah dan lebih parah lagi. Parti UMNO telah mengamalkan rasuah. Pada pandangan Tun perkara ini bermaharajalela dan tidak dapat dibendung lagi. Kalau kita amat-amati dan cuba tanya-tanya diri sendiri le sama ada perkara yang Tun sebut ini tak berlaku ke pada zaman kepimpinan terunggul Tun? Baiklah, kita ambil kes Tun Daim sebagai contoh. Tun Daim ’dipaksa’ berhenti dan dikurung dalam rumah sebab semua orang tahu Tun Daim, kawan baik Tun sendiri telah menjalankan aktiviti ‘daylight robbery’ bernilai berbillion-billion ringgit. Tak ada dakwaan atau pembicaraan terhadap Tun Daim pun.

Jikalau kita nak bandingkan ‘apple dan pear’ antara Kalimullah dan Tun Daim, Patrick Lim seorang dibandingkan dengan Vincent Tan, Ananda Krishna, Lim Kim Yew, Rim Kim May, Eric Chia, Theng Peck Ching, Brain Chan dan banyak lagi yang menjadi kroni Tun selama 22 tahun era kegemilangan dan bersihnya pemerintahan Tun.

Kes–kes seperti skandal BMF yang menyebabkan pegawainya Sdr Jalil mati dibunuh sedang Carirrian Group langsung tak kena apa-apa. Siapa yang arah bunuh dan siapa bertanggung jawab, sampai hari ni kita tak tahu. Ada yang tahu macam Ku Li pun diam-diam aje. Tamabahan pulak sekarang ni dah jadi partner Tun. Kalau dulu asyik kena main dengan Tun – lawan Tun Musa dan selalu kalah je.

Kita faham bahawa Tun amat sayang kepada parti. Beliau sanggup berbuat apa sahaja demi parti. Tapi yang menghairankan kenapa beliau sanggup keluar daripada UMNO? Jawapannya telah pun diberikan oleh beliau sendiri – ”selagi Pak Lah menerajui kepimpinan parti dan negara”. Marah betul Tun kat Pak Lah. Bagi Tun, nilah caranya untuk betulkan parti. Hairan juga saya kerana dulu Tun kata kita mesti dok pakat baik-baik. Semua yang nak diselesaikan perlulah dalam parti. Tapi kini beliau sendiri tak buat macam mana beliau cakap.

Baru-baru ni TS Muhyiddin Yassin kata Tun nak masuk UMNO semula. Tun akan jadi ahli UMNO semula sebab apa pulak ni? Ye tak ye, beliau nak pastikan Pak Lah ditumbangkan. Kalau masa kat luar tak berupaya kerana beberapa kerat je ahli UMNO yang terdiri dariapda ahli keluarga dan DS Sanusi Junid aje yang ikut. Maka, Tun rasa perlu masuk semula dan gunakan TS Muhyiddin untuk tekan dan desak Pak Lah lepaskan jawatan secepatnya. Jangan sampai tahun 2010. Setahu saya Tun bukannya seorang pendendam tapi hairan juga kenapa sampai macam tu sekali tingkahlaku pemimpin yang dikagumi ramai termasuk diri saya sendiri.

Tun telah lama menghentam kepimpinan Pak Lah atas dasar kononnya Pak Lah ’silap’ dalam menguruskan negara. Dengan kata lain, tak macam dia le tu. Pak Lah amalkan kroni tapi tindakan Tun cuma nak selamatkan ahli-ahli korporat yang berhutang bernilai berbillion-billion ringgit di luar negara. Apa yang sebenarnya berlaku hari ini adalah bila rakan-rakan dan kroni-kroni Tun mula merasa perniagaan mereka tertekan maka mereka mengadap Tun untuk minta tolong agar Tun ’tegur’ sikit Pak Lah. Mula-mula tu ok le juga. Lama-kelamaan dah jadi kritikan dan seterusnya mengutuk.

Mahu tak mahu, beliau secara sedar atau tidak, telah menyebabkan apa yang melanda UMNO hari ini. Tun baik hentikan sahaja apa yang sedang dan akan dilakukan. Jangan sampai ’menang jadi arang kalah jadi abu’. Yang rugi orang melayu dan yang tergugat adalah negara. Janganlah nak bela golongan yang kecil sehingga lupa pada yang ramai.

Advertisements

5 Respons to “Dilema Tun Mahathir 2”

  1. hakim72 said

    orang melayu memang mudah lupa. bukan sahaja lupa, tetapi suka menjilat semula ludah sendiri.

  2. kamar said

    analisis yg bodoh………

  3. batu berapi said

    rasanya bknya analisis yang bodoh seperti yg di paparkan.itu adalah kebenarannya….rasanya siapa yang makan cili pasti rasa pedasnya…..seperti hamba allah yang mengatakan analisi ini adalah analisis yang bodoh.mungkin ada kebenarannya.fikir2kan lah!

  4. zai said

    DULU, sewaktu Anwar menentang agar ringgit ditambat, maka menjerit-jeritlah ahli UMNO mendakwa Anwar ejen Zionis, Anwar ejen IMF, Anwar boneka Yahudi. Tun Mahathir dijulang-julang sebagai wira yang bijak kerana menambat ringgit.

    KINI, bila Najib mengumumkan tidak akan menambat ringgit, ahli UMNO berdiam diri dahulu. Masyarakat maklum dengan budaya UMNO yang suka mengampu pemimpin dan sentiasa memijak-mijak pemimpin yang jatuh. Waktu Anwar dalam UMNO dahulu, melangit pujian ke atasnya oleh UMNO.

    pehal la kamu ni orang umno kenapalah dibongkar segala bentuk kemungkaran politik yang dilakukan oleh TUN sekarang,Dulu masa Pas,DAP,Pkr dok menyalak segala kebobrokkan TUN korang menyinsing lengan mempertahankan TUN…..

  5. Aidid bin Ismail said

    Masa Tun menjadi PM banyak kemajuan yang dibawa untuk rakyat Malaysia terutama Melayu. Ramai yang merasai nikmat dan bersyukur dengan kebijaksaan Tun membangunkan negara. Tetapi sekarang bila dia dah tak berkuasa, semua sudah lupa jasa-jasa Tun. Semua mengambil peluang kutuk beliau. Cuba pandang anak-anak dan keluarga kita. Sejahterakah mereka sekarang atau sebaliknya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: