Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Talqin Untuk Raja Petra

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 15 September 2008

oleh: Keris Terbang

Raja Petra KecewaRaja Petra Raja Kamarudin, Ketua Pengarang laman web MalaysiaToday.net telah selamat ’disemadikan’ mengikut Seksyen 73(1), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 pada 12 September 2008. Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atasnya serta diberikan taufik dan hidayah dalam menjalani hidup sebagai seorang muslim dan warganegara yang baik.

Wahai Raja Petra Raja Kamarudin, tetapkanlah hatimu. Inilah antara dugaan yang besar dalam hidupmu. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang ditahan di bawah ISA, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibebaskan. Insaflah wahai Raja Petra, bahawasanya hukuman itu benar, dibebaskan kelak adalah benar. Semoga Allah akan memberi sejahtera kepada kamu. Allah jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah menjinakkan hati kamu yang liar. Mudah-mudahan Allah akan memberikan keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Wahai Raja Petra, bukankah telah datang kepada kamu orang-orang yang memberikan keterangan dan peringatan tentang apa yang telah kamu lakukan. Mengapa pula kamu terus menutup hati, membutakan mata dan memekakkan telinga. Maka, penjara itulah sebaik-baiknya tempat kembali.

Allah jua telah mengingatkan kamu, ”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’raaf : 179)

Apakah kamu tidak melihat bagaimana Allah telah memberikan kamu sebuah negara yang aman dan harmoni. Dibentangkan di hadapan kamu akan kerukunan hidup masyarakatnya. Diberikan pakaian, tempat tinggal, makan dan minum, isteri dan anak-anak, agar dengannya kamu mensyukuri akan nikmat-nikmat dari Tuhanmu.

Bukankah kamu selama ini telah beroleh kebebasan dan kesejahteraan di dalam negara. Kamu keluar rumah dengan selamat. Sekembalinya kamu juga dengan selamat. Apakah kamu tidak dapat membandingkan darihal hidup saudara-saudara kamu di luar negara? Demikian itu mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu berfikir.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan” (Surah Ar-Rahman)

Wahai Raja Petra, tidakkah kamu melihat bagaimana Perlembagaan Negara dan undang-undang persekutuan itu disusun oleh orang-orang sebelum kamu? Agar dengannya dapatlah kamu memperlakukan diri sebagai warganegara yang baik. Janganlah pula kamu tergolong dari kalangan orang-orang yang melampaui batas.

Telah berlaku kerosakan dalam negara hasil dari tangan dan mulut kamu. Telah berpecah perpaduan masyarakatnya juga hasil dari apa yang kamu lakukan. Kamu hina agama Allah dan Pesuruh-Nya. Kamu merendah-rendahkan martabat Raja-Raja Melayu. Kamu sampaikan kepada manusia berita-berita berupa fitnah dan pembohongan sedangkan kamu mengetahui akan kebenarannya.

Kamu mengatakan orang lain sebagai zalim. Padahal kamulah orang yang zalim itu. Kamu mengajak masyarakat untuk melakukan pemberontakan, kezaliman dan kekufuran. Telah terang dan nyata kepada kamu darihal orang-orang Yahudi dan orang-orang kafir yang sentiasa memusuhi Islam. Tetapi kamu engkar malah kamu menuruti kata-kata mereka. Maka, penjara jualah sebaik-baik tempat bagi orang-orang yang zalim.

Lalu dikatakan kepada kamu, inilah ISA yang sering kamu dustakan. Sesungguhnya ISA itu tidak dijadikan untuk orang-orang yang melakukan kebaikan. Tetapi dijadikan untuk orang-orang seperti kamu. Kamu menuntut agar ISA dihapuskan agar kamu beserta golongan yang munafik itu bebas untuk melakukan kejahatan. Ingatlah, kerajaan dan rakyat tidak sesekali terpedaya dengan tipu-daya kamu walau sedikit pun. Kerajaan tidak menzalimi sesiapa melainkan mereka itulah sebenarnya zalim terhadap negara dan diri mereka sendiri.

Bukankah telah diperintahkan kepada kamu melalui Pesuruh Tuhanmu agar taat dan patuh kepada pemerintah selagi pemerintah tidak meminta kamu melakukan kejahatan? Maka dengan itu kamu akan beroleh keselamatan dan kesejahteraan. Betapa telah dijadikan bagi kamu agama yang indah yang terkandung di dalamnya segala panduan yang baik. Tetapi kamu menolak sekeras-kerasnya keterangan dari ayat-ayat Tuhanmu. Maka, jadilah kamu dari kalangan orang-orang yang sesat lagi menyesatkan.

(Kewajiban untuk taat kepada pemerintah dan pengharaman dalam melakukan penentangan pernah dibincangkan dalam blog ini di bawah tajuk Kewajaran Untuk Memerangi Pembangkang I, II, III dan IV

Nampakkah (wahai rakyat) keburukan keadaan orang yang menghuru-harakan negaranya? Maka dapatkah kalian mengawalnya agar jangan berbuat demikian? Maka dengan sebab itulah dijadikan bagi kalian kerajaan yang telah terbukti selama 51 tahun dalam menjamin keselamatan dan kesejahteraan negara dan rakyatnya. Semoga kalian tidak tergolong dari kalangan orang-orang yang berpaling tadah.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan” (Surah Ar-Rahman)

Wahai rakyat Malaysia, tidak diberitakan peristiwa ini melainkan segala-galanya mengandungi hikmah dan pengajaran. Demikian itu akan menjadikan kalian terus beringat bahawa keamanan, kemakmuran dan keharmonian adalah anugerah yang terlalu agung dari Tuhanmu. Beruntunglah bagi mereka yang mahu mengambil pengajaran dan menggunakan akalnya. Tetapi amatlah rugi untuk rakyat dan negara bagi orang-orang yang menuruti hawa nafsunya.

”Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang hendak kamu dustakan” (Surah Ar-Rahman)

(Berikut adalah paparan ’dosa-dosa’ Raja Petra terhadap rakyat dan negaranya sepertimana telah dimuatkan di dalam blog ini sejak setahun yang lalu. Antaranya Petisyen RPK – Untuk Rakyat Atau Agenda Peribadi, RPK Dalang Perhimpunan Kuning, Bloggers Of The Year, Epilog Pengakuan Bersumpah dan Stop Humiliating The Malays And Islam)

19 Respons to “Talqin Untuk Raja Petra”

  1. cheguman said

    Sebuah analogi yg tepat utk isu ini. Org yg cuba mencabul keharmonian negara adalah pengkhianat.

  2. Aidid bin Ismail said

    Kita sebagai orang yang tahu berfikir janganlah terpengaruh dengan dakyah seperti itu. Dari dulu lagi sudah diketahui tidak tanduk orang ini, maka marilah kita sama-sama menjauhkan diri daripadanya.

  3. penulis_cyber said

    Tersentuh hati membaca kisah sedih ‘anak emas’ Anwar sudah ditangkap dan Anwar pula gagal dan rombongan ‘meminang’ MP BN pula diserang taufan di taiwan.

    Tetapi bukankah kesudahan yang buruk – suul khatimah – bagi orang yang jahat dan engkar dengan perintah Allah ?

    Neraka tidak dicipta untuk orang orang taatkan Allah tetapi kepada mereka yang dipesan pesan dengan kebaikan dan kebajikan namun mereka enggan dan engkar …

    Maka tidalah orang dapat menolong mereka yang menzalimi dirinya melainkan Allah juga.

    salam Ramadhan Blogger Sahabat Mantap….

  4. jalak_jolok said

    alah…RPK ditangkap sebab tau rahsia besar pemimpin negara…..
    bila kena atas batang hidung…baru bertindak….
    apsal tak ISA je UMNO Penang yang melatah pasal ketuanan melayu….
    terang2 bangkitkan perkauman siap koyak poster cina lagi…..
    ni lagi jelas…jangan jadi bongok sangat…..huhuhu….

  5. thing-3 said

    dia ni mmg tak tau menda pasal Melayu ke Islam.
    Dia ingat dia kerabat diraja, hebat sangat.
    Yg pasti, dia ni idup atas simpati org ramai.
    ingat dia masuk jail dulu, ramai yg bazirkan duit utk jamin dia. bangang btul

    tgk jer cara lifestyle dia semua, modern. takde dia kisah punya Melayu ke Islam.

    yg ramai ramai defend dia apahal. kat ulamak taknak percaya. kat blogger boleh plak diorg maafkan dia.

    sok dlm kubur, bila Malaikat tanya apa diorg wat tatkala Islam dipermainkan, diorg boleh panggil RPK suh explain. haha.

    Rest in peace RPK.

  6. juling said

    Tangkap orang kena bicara la …wat per ada undang2, manaleh tangkap dan tahan orang tanpa bicara.tangkap ,dakwa ,di dapati bersalah hukum ja……ISA .jangan la macam tu nafikan hak seseorang

  7. juling said

    kenapa RPK di ISA kan ??????,,,celuparnya dia dalam menilai sesuatu yang berkaitan ngan AGAMA???? kenapa umno tidak pernah nak tangkap dan ISA kan Astora jabat,Tun Mahatdir pun amat celupar dan lantang mengkritik soal agama mengikut logika nya semasa beliau jadi PM……apa2 pun tangkaplah sesiapapun yang bersalah ,tapi dakwala kalo didapati bersalah dan berilah peluang seseorang membela dirinya…maka hukum lah ….

    jangan lah ISA ini digunakan untuk menjaga keselamatan pemimpin BN dan UMNO ja sudah la yer ..rasa terancam dan nak hilang kuasa guna ISA….cipta ketegangan ,takutkan rakyat cipta suasana macam kelam kabut pastu tangkap rakyat yang menentang umno BN,,aparaaaaaa

  8. suara said

    RPK bkn kena ISA hanya sbb hina agama jer. Terlalu byk dia lakukan…hasut org, hina raja, buat fitnah, hina nabi, hina quran, hina mahkamah, degil utk ikut nasihat yg baik. Rakyat yg membaca & mengetahui dah jd saksi.

    Tak pyh ckp kt org la pasal tangkap bicara nih. Buktikan diri sendiri tu dulu. Kalu seorg suami dgr hal isterinya main kayu tiga di blkgnya, agak2 suami tuh akn siasat dulu tak sblm menaruh apa2 prasangka? Atau pakai jatuh hukum jer kt isteri sbg curang.

    Kalu hari ini kita sbg rakyat lihat minyak naik, kita siasat tak secara adil atau kaji secara ilmiah kenapa minyak naik tanpa dgr apa2 hasutan org? Atau kita terus jatuhkan hukum kpd kerajaan sbg zalim.

  9. juling said

    kalo macam tu encik suara ,semua kesalahan yang di lakukan RPK tu pernah dah sememang di lakukan oleh pemimpin umno dan umno sendiri ,,,,,,jangan lah bg alasan semudah itu nak cekup ISA …..umno pernah hasut rakyat negara akan huru hara bila pembangkang menang pilihanraya,umno pernah hasut rakyat dan menghina Raja dan Keputusan raja,umno pernah mempelekeh kan soal hukun alquran,umno tak berani menyanggah pressiden umno mempertikaikan sunnah nabi cthnya (isu pisau cukur)bagaimana nabi bercukur pada zamannya.umno sendiri mengajar dan memebiarkan undang2 islam di perlekehkan oleh orang bukan islam..kerana islam itu bukan menjadi agenda perjuangan umno dan pemimpinnya.
    sebagai parti perkauman umno lah juara memainkan dan mengapi2 isu perkauman bersama teman dlm BN MCA ,MIC pastu tuduh pembangkang ….yang aku heran ni ISA ni amat suka mendampingi penentang UMNO BN.

  10. juling said

    tangkap kena bicara la….kalo tak boleh didakwa melalui undang2 yang ada sekarang ..gubal undang2 tu semula …tangkap tahan tanpa bicara ..sememangnya zalim…buat pertuduhan tanpa dibicarakan…bacul demi memepertahan kan BN guna kan ISA pada penentang umno…..
    tanya ezam dulu dia kena siasat ISA pasal ader bahan letupan dia simpan dan bawak masa gi demontrasi(dakwa drpd polis) he he he he.tapi sekarang kalo dia (ezam)ajak rakyat wat demontrasi menetang kerajaan pakatan rakyat dia adalah pejuang rakyat marhain dan dipandang suci oleh menteri dalam negeri dan polis.tapi kalo aktivis pakatan rakyat hasut rakyat berarak menyuara rasa tak puas hati mereka kepada kerajaan BN(umno) di anggap mengamcam keselamatn negara hu hu hu hu hu

    harus pada adatnya penentang umno dan BN akan di ISA sekiranya didapati oleh umno dan polis, dia boleh menggugat keselamatan dan kesetabilan BN..

  11. juling said

    PULAU PINANG 19 Sept. – Sekumpulan 25 orang yang menggelar diri mereka sebagai ‘Rakyat prihatin yang cintakan keamanan’ telah membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakannya yang ingin memerintah negara dengan menarik Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melalui kaedah melompat parti.

    Kumpulan yang diketuai Wan Abidin Zain, 45, itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini kira-kira pukul 2.45 petang ini.

    Menurut Wan Abidin, pihaknya membuat laporan polis kerana tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menguar-uarkan akan berlaku peralihan kuasa pada 16 September lalu yang menyebabkan keresahan dan ketakutan di kalangan rakyat..

    Encik suara pasni adalah peluang Anwar Ibrahim di ISA kan hu hu hu hu hu hu ………rakyat takut????@ umno yang Takut????? ini sudah mengancam keselamatan negara….ala senang ja umno arahkan pada mahkamah tarik balik jaminan bon perbicaraan kes sumpah liwat si sepol tu.bicara 24/9 nanti ..maka anwar ibrahim di tahan sampai tamat perbicaraan,pastu x leh la ketua pembangkang buat usul undi x percaya secara sulit di parlimen oktober nanti…..pastu tangguh dan lambatkan hari perbicaraan ,maka makin lama la anwar di dalam tahanan,semapt lah umno nak cari ruang bernafas…tak yah lah nak sekat kemaraan anwar dengan mencari pasal meng ISA kan nya..he he he he

  12. juling said

    Encik Suara
    lepas ni kamu akan tidor lena ilang lah kerisauan anda tentang DSAI yang membuat orang umno meracau tengah malam diganggu mimpi ngeri ….

    Talian Hayat DSAI Sudah Tidak Lama Lagi…

    Merujuk kepada kenyataan Dr Rais itu lagi..

    Saya berpendapat, talian hayat Anwar Ibrahim sudah tidak lama lagi.. berkemungkinan besar beliau akan ditahan dibawah akta ISA (sekiranya masih berdegil dan besar kepala) berdasarkan keterangan-keterangan berikut :

    1. Kenyataan Dr Rais mengaitkan Anwar dengan kepentingan dan matlamat Amerika di Malaysia.

    2. Amaran Timbalan Ketua Polis, Ismail Omar yang memberi amaran kepada pihak yang cuba berspekulasi dan membuat cerita peralihan kerajaan.

    3. Laporan polis terhadap Anwar telah dibuat oleh sekumpulan rakyat Malaysia di ibu pejabat polis George Town, yang menyatakan Anwar telah menimbulkan kegelisahan rakyat dan mewujudkan ketidak-stabilan di negara ini.

    4. Kenyataan Pak Lah yang menuduh Anwar sebagai ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

    5. Kenyataan Syed Hamid Albar yang akan memantau perkembangan semasa sebelum mengambil tindakan seterusnya terhadap Anwar.

    6. Penukaran portfolio Menteri Pertahanan kepada Pak Lah.. apabila sesuatu tindakan yang keras diambil terhadap Anwar, berkemungkinan besar Pak Lah akan menyerahkan kuasa PM kepada DS Najib dan meletakkan segala beban hasil tindakan tersebut kepada DS Najib kelak.

  13. suara said

    Hadis kt bwh nih adalah salah satu drpd berpuluh2 hadis atau nas yg mengandungi arahan supaya tidak terlibat dlm pemberontakan terhdp pemerintah. Cuba Juling huraikan atau tafsirkan hadis ini jika benar Juling berjuang atas nama agama…

    Drpd Arafjah al-Asyjai’e, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Sesiapa yg mendatangi kamu dan menyuruh kamu berhimpun di atas seorang lelaki dan tujuan utk memecahkan kekuatan kamu atau memisahkan jemaah kamu, maka hendaklah kamu bunuh dia, iaitu bunuhlah org yg memberontak terhadap pemerintah.” (Riwayat Muslim)

    Bknkah jika mengikut hadis ini, anwar tuh sepatutnya dah lama kena ‘bunuh’. Sbbnya, telah jelas bhw gerakan yg dibuatnya selama ini menjejaskan perpaduan dlm negara, memecah-belahkan jemaah2 Islam yg majoritinya terdiri drpd org2 Melayu. Adakah Juling nak menafikan sumer nih?

    So, jika setakat kena ISA ker, tangkap tanpa bicara ker, kena tangkap masuk penjara ker…aper la sgt. Sepatutnya dia bersyukur krn Allah memanjangkan hayatnya lg agar sempat dia bertaubat.

  14. juling said

    EN SUARA
    ermmmmmm macammana pulak umno dok buat demontrasi kebelakangan ni??? en suara boleh kah terangkan latar belakar sejarah @ sebab2 hadis tersebut.. boleh kah encik suara terangkan maksud jemaah islam tu??? umno dan barisan nasional tu jemaah islam ka??

  15. suara said

    Tak kira sesape shj yg memberontak terhdp pemerintah baik umno mahupun pembangkang, hadis itu tetap merujuk kpd mereka. Sbb itu agama menyarankan kita taat kpd pemerintah. Nampak tak 1000 kebaikan yg tersirat dlm saranan tuh? Lihat plak pd tujuan demo. Jika tujuannya mengajak kpd ketaatan kpd pemerintah atau menyeru kpd perpaduan, oklah. Jika sebaliknya, mereka itulah sepatutnya dihukum.

    Perkataan ‘jemaah’ dlm hadis tersebut merujuk kpd kump manusia yang berdiri di atas satu fikrah, satu matlamat dan mengabdikan diri mereka untuk mencapai matlamat tersebut. ‘Fikrah’ di sini pula merujuk kpd agama Islam itu sendiri. Dlm konteks negara, diperluaskan lg ‘Fikrah’ ini kpd ‘agama, bangsa & negara’, iaitu demi kalimah Allah; melalui bangsa yg dipilih utk mewarisi & mengembangkan kalimah2 Allah sebagaimana bangsa Arab telah dipilih; dlm negara yang majoritinya org2 Islam dan ditadbir oleh org2 Islam sendiri.

    Sbb itu jemaah ini jgn dipecah-belahkan dan jgn sesekali ada seruan utk berpecah-belah terutamanya org2 Melayu yg mewarisi 2 kalimah yg mengalir dlm setiap inci darah mereka. Wujudnya mereka adalah warisan utk memastikan kalimah2 ini terus tertegak dan tersebar di atas muka bumi. Berpecah atau lenyapnya mereka akn memungkinkan amanah Allah tidak lg bleh dilaksanakan.

    Sbb itu anwar seboleh2nya disekat drpd jd PM. Kuasa yg ada pd anwar akn membolehkan utk Amerika & Zionis terus masuk & bertapak dlm negara bg melaksanakan misi sulit mereka terhadap bangsa yg masih mewarisi Islam.

    Dalam buku Haza addin, Syed Qutb menyebut; “Islam tidak tertegak sendiri tetapi mestilah wujud umat yang melaksanakan Islam pada diri mereka”. Hasan Hudhaibi ada menyebut; “Tegakkan Islam pada diri kamu, nescaya ia tertegak pada bumi kamu”. Oleh itu, sepatutnya PAS, jika betul berjuang utk agama, perbetulkan diri sendiri dulu. Toksah duk kutuk2 org dlm ceramah, tak pyh buat fatwa yg bkn2. Cuba buat sesuatu yg org lain bleh nampak akn keindahan Islam itu sendiri; agar org lain bleh ambil iktibar.

    Pasal latar belakang sejarah hadis tersebut, apa kata kita minta Juling yg terangkan. Bukankah Juling nih pejuang agama kononnya. Kenapa mesti minta org yg dituduh sekular nih utk terangkan?

  16. juling said

    encik suara ciri-ciri jemaah islam yang ada pada umno

    1. Dasar perjuangan jemaah tersebut ialah Islam

    Kita telah diperintahkan oleh Allah dan kita juga telah meyakini bahawa Islam itu adalah agama yang lengkap dan menyeluruh seperti mana yang telah di sebut dalam ayat terakhir yang diturunkan oleh Allah swt: Maksudnya: “Hari ini telah aku sempurnakan bugi kamu agama kumu,telah aku cukupkan keatasmu, nikmatku dan aku redhakan Islam itu sebagai cara hidip kamu yang sebenar”. (Surah al-Maidah ayat:3)

    Di atas dasar keyakinan ini maka wajib bagi kita untuk meletakkan Islam di hadapan dalam semua ruang lingkup kehidupan kita.

    2. Perlembagaan hidup yang utama adalah Al Qur’an dan As Sunnah

    Hadith Nabi saw yang bermaksud: “Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara. selagi mana kamu berpegang kepada dua perkara ini kamu tidak akan sesat buat selama lamanya. iaitu Kitab Allah dan sunnahku “(Bukhari)

    3. Rujukan dan panduan hidup yang utama adalah Al-Qur’an

    4. Terbinanya jemaah itu adalah atas kesedaran umat Islam sendiri kerana tuntutan al-Qur’an dan sunnah.

    Ia bukan kerana dengki, khianat, atau hasutan dan pihak lain. Tetapi Islam yang nak dibawa adalah Islam yang timbul atas kesedaran terhadap kewajipan mereka untuk menyampaikan dakwah dan kewajipan untuk menegakkan Daulah Islamiah.

    5. Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar secara serentak.

    Keadaan ini mengambarkan tasawwur Islam yang sebenar yang mana perlaksanaan dua perkara dalam keadaan serentak bahawa Islam itu adalah al-Din yang bencikan kepada kekufuran dan sangat memerlukan perkara yang ma’ruf sebagai landasan utama. Islam tidak boleh tertegak bersama terbinanya jahiliah di atas muka bumi.

    6. Menyeru ke arah Islam yang syumul dengan menjadikan Islam sebagai Ad-Deen.

    Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya. Dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan”.

    Sebagai individu yang mengaku dirinya sebagai muslim tidak boleh mengambil dalam perkara-perkara tertentu yang dirasakan penting untuk diri sendiri dan tidak bercanggah dengan kehendak diri. Islam dengan agama lain adalah seperti minyak dengan air yang tidak akan bercampur walau dengan apa cara sekalipun kita lakukan. Islam adalah Islam, yang ada manhaj hidupnya sendiri dan manhaj itu tidak pernah ditiru dari mana-mana manhaj golongan kuffar yang ada di atas muka bumi ini.

    bersambung

  17. juling said

    encik suara ,sambungan ciri2 jemaah islam yang 100% ada dalam umno

    7. Jemaah yang membina akal pemikiran manusia serta yang mengarahkan penghayatan terhadap Islam.

    Ia mengutamakan keredhaan Allah tanpa mencicirkan dunia dalam kehidupan Islam adalah agama yang mementingkan kehidupan yang seimbang antara dunia dan akhirat. Manusia boleh mencari apa sahaja yang mereka mahu di dunia ini, tetapi mereka tidak boleh melupakan akhirat, sepertimana pepatah Arab yang mengatakan:

    Maksudnya: Dunia ini adalah ladang bagi akhirat. Islam tidak pernah menganjurkan umatnya untuk hidup semata-mata kerana dunia atau akhirat. Islam bukannya agama yang menyuruh umatnya menjadikan maddiyyah sebagai wawasan untuk berjaya. Itulah sebabnya Islam tidak menggalakkan umat manusia melonggokkan harta kemudian lalai dengan perintah Allah, tetapi harta itu disedekahkan atau dihadiahkan kepada golongan yang lemah. Itulah sebabnya di dalam Islam ada zakat. Islam mendidik hati dan syakhsiah umatnya untuk taat kepada perintah Allah. Selepas itu manusia akan dapat apa yang dihajatinya di dunia dan di akhirat.

    8. Jemaah yang menjadikan ulama’ sebagai pimpinan atau rujukan utama mereka selepas al-Qur’an dan al-Hadith, ijma’ dan qiyas sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: (Ulama’ yang benar-benar menghayati Islam itu adalah pewaris kepada nabi-nabi)

    9. Jemaah yang terawal dan tertua (jamaah yang pertama) di dalam satu-satu daulah. , dan mengamalkan Islam secara lebih menyeluruh dan sempurna serta meletakkan al- Qur’an sebagai perlembagaan.

    Jemaah yang terawal dalam satu-satu kelompok manusia, itulah jemaah Islam yang wajib diikuti. Selagi mana syarat penubuhannya memenuhi kriteria yang telah disebutkan sebelum ini. Sekiranya ada sesuatu yang dirasakan tidak betul pada jemaah tersebut, maka betulkanlah dengan cara , (muzakarah/munaqasyah) atau berdebat (mujadalah) dengan cara yang baik di antara ahli jemaah. Bukannya dengan cara memprotes dari luar.

    10. Jemaah yang tidak memilih orang tertentu sahaja menjadi ahlinya.

    Jemaah ini boleh disertai oleh semua manusia, dan syarat utama untuk menggabungkan diri dengan jemaah ini adalah Islam, dan ahlinya mestilah taat sepenuhnya kepada pemimpin tanpa membantah, selagi mana pemimpin itu taat kepada Allah.

    Rasulullah SAW ada bersabda: Maksudnya: “Tidak ada ketaatan yang boleh diberikan kepada makhluk lerhadap perkara maksiat yang dilakukan di sisi Allah”.(perbuatan mungkar politik,sosial dan ekonomi)

    Jemaah itu pula mestilah membela hak-hak Islam serta umatnya. Tidak ada ‘double standard’ dalam membela hak umat Islam sama ada terhadap golongan miskin atau kaya.

    11. Asas perjuangan tersebut adalah ke arah penyempurnaan aqidah umat Islam.

    Aktiviti utama yang ditekankan dalam jemaah tersebut adalah aktiviti yang lebih mementingkan aqidah umat islam. Mereka membela aqidah umat dan cuba mengelakkan umat dari terkeluar Islam. Mereka sanggup mempertahankan aqidah dengan berani dan berterus terang serta menolak segala bentuk amalan syirik. Mereka juga tidak mengambil sebarang dasar atau sistem dalam hidup mereka dengan sesuatu yang boleh menyebabkan syirik

    12. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk menubuhkan sebuah negara berasaskan pemerintahan Islam.

    Ini kerana perjuangan umat Islam yang ada sekarang adalah lebih kepada mengikut waqi’ perjuangan Rasulullah di Madinah. Matlamat utama jemaah tersebut adalah untuk meletakkan semua umat Islam di bawah satu pemerintahan Islam, yang mengamalkan dasar-dasar dan sistem Islam di dalam pemerintahan secara kaffah (sepenuhnya). Ianya ditadbir oleh seorang pemimpin yang beragama Islam dan faqih serta boleh menjadi qudwah untuk semua dalam mencari kebaikan.

    Mereka dengan berani dan tidak bersembunyi memperjelaskan kepada semua manusia bahawa cita-cita mereka adalah untuk mengembalikan Khilafah Islamiah dan melaksanakan perundangan mengikut ketetapan Allah. Untuk itu, mereka perlukan suatu kuasa untuk melindungi hukum-hukum Allah. Jika tidak ada kekuasaan bererti kebenaran tidak dapat dinyatakan dengan sebenarnya.

    13. Jemaah yang menyerahkan seluruh pergantungan dan ketaatan (wala’) hanya kepada Allah SWT, walaupun tidak diterima oleh manusia atau makhluk lain.

    Jemaah ini akur dengan segala ketetapan qada’ dan qadar Allah. Mereka redha terhadap apa yang patut di terima tanpa mengingkari perintah Allah. Yang penting mereka dapat menjalinkan hubungan dengan Allah sebagai hubungan antara tuan dengan hambanya tanpa ada sebarang sekatan atau hijab.

    Jemaah Islam juga akan sentiasa bertentangan dengan kebatilan dan kezaliman(seperti yang berlaku terhadap Ikhwan Muslimin, Hamas ,Pas,jamiat islami dan mana-mana saja). Rasulullah SAW juga menyatakan di akhir zaman nanti, Islam sentiasa akan bertentangan dengan kebatilan dan kezaliman dan Rasulullah saw memerintahkan kita supaya tetap berpegang teguh dengan islam. Jemaah sebenar akan mendapat tentangan dari semua pihak. Tetapi tentangan itu adalah ujian dari Allah.
    apabila ujud perkara di atas lah mencerminkan Jamaah Islam

  18. juling said

    Jemaah Islam atau dipanggil juga sebagai gerakan Islam merupakan satu tuntutan yang lahirnya disebabkan kejatuhan khalifah Islam yang terakhir, iaitu di turki pada tahun 1924. Ekoran dari kejatuhan khalifah islam itu menyebabkan, dunia dan umat Islam di timpa dengan pelbagai kekusutan disamping diserang dengan pelbagai serangan yang datang dari musuh Islam, samada musuh Islam itu dari kalangan mereka yang non muslim, juga dari mereka yang beranggapan mereka beragama Islam.

    Kejatuhan khalifah islam telah menyebabkan ramai ulama-ulama Islam telah berijtihad dengan ijtihad yang disandarkan kepada nas agar melakukan sesuatu tindakan dalam menghadapi kehinaan yang telah dilakukan oleh musuh Islam terhadap islam ketika itu.

    Dari itu, lahirlah insane-insan yang nama-nama mereka yang sering disebut sejarah disebabkan hasil perjuangan mereka dalam pembentukan gerakan islam di seluruh dunia. Maka itu, boleh dikatakan mejoriti umat Islam akan menyenali insane yang bernama As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, As-Syahid Sayed Qutub, As-Syaikh Said Hawa, Abu ‘Ala Al-Maududi, As-Syahid Dr Abdullah Yusuf Al-Azzam, As-Syaikh Abu Bakar Al-Bakir dan banyak lagi.

    Kelahiran ulama-ulama haraki ini adalah menggambarkan betapa perjuangan untuk mengembalikan khalifah yang hilang itu telah diijtihadkan dengan wadah perjuangan yang disebut sebagai “jamaah islam” atau “gerakan islam”.

  19. suara said

    Jika itulah pandangan Juling bhw UMNO 100% jemaah Islam, maka parti lain perlu belajar & ambil pengajaran drpd UMNO. Ciri-ciri org yg berada dlm jemaah Islam juga hendaklah menyertakan sekali link di bwh jika cedok 100% drpd org lain sbg tanda menghormati & penghargaan.

    http://disertasi.blogspot.com/2007/12/ciri-ciri-jemaah-islam.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: