Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

“LOMPAT DSAI LOMPAT”

Posted by Sahabat MANTAP di Ahad, 14 September 2008

Oleh : Putera_Adnan

Heboh di dalam media elektronik dan media cetak bahawa DSAI ingin menjadikan tarikh 16 September sebagai cuti umum bagi seluruh Malaysia demi meraikan kejayaan beliau menjadi Perdana Menteri sekaligus menjadikan hari itu bukan sahaja ulangtahun penubuhan Malaysia tetapi juga ulangtahun penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat (PR). Negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang seperti Pulau Pinang dan Kelantan sudah menyokong cadangan yang dibawa oleh DSAI ini.

Sebenarnya, cerita 16 September adalah retorik semata-mata yang dicipta oleh DSAI. Sudah tentu bagi memastikan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi tidak tentu arah dan berada dalam keadaan kegusaran. Apabila kerajaan merasakan segala rancangan DSAI seakan benar dan nyata, maka kerajaan tiada pilihan lain kecuali mengisytiharkan darurat bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin. Ini kerana rancangan DSAI untuk mengambil alih pentadbiran negara melalui ‘pintu belakang’ amat tidak beretika dan boleh meletakkan negara dalam keadaan kacau-bilau.

DSAI dikatakan seorang yang amat licik dalam berpolitik. Selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, beliau telah merangka rancangan yang cukup besar bagi mencapai cita-cita menjadi PM. Bak kata mantan PM, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “DSAI ini seorang yang cukup licik. Beliau boleh menukar sesuatu perkara daripada salah menjadi betul dan begitu sebaliknya”.

Mengapa DSAI mengisytiharkan untuk bertanding di Parlimen Permatang Pauh? Beliau ingin menjadikannya sebagai medan ujian dalam menilai sokongan rakyat terhadap beliau. Ternyata keputusan menyebelahinya malah jumlah majoritinya melebihi daripada yang pernah diterima oleh isteri beliau sendiri. Walaupun ketika dalam suasana pilihan raya kecil itu, DSAI menghadapi dakwaan terhadap kes liwat, sokongan terhadap beliau tetap tidak berubah dan dengan ini menjadikan beliau yakin bahawa kekuatan politik beliau semakin kukuh dan kuat.

Setelah berjaya memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh, DSAI menyusun langkah untuk menduduki kerusi PM dalam masa terdekat. Beliau menghebohkan bahawa pada 16 September ini akan ada kira-kira 30 Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak melompat parti untuk menyertai PR. Nampaknya cita-citanya semakin menemui jalan buntu apabila kesemua Ahli Parlimen BN amat setia terhadap parti dan memegang janji serta mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Tidak cukup dengan itu, DSAI menyatakan pula bahawa ada di kalangan Ahli Parlimen dari Semenanjung terutama Terengganu akan menyertai PR. Kecanggihan teknologi hari ini seperti sistem penghantaran Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan pemimpin di dalam BN. Maka, pada beberapa hari lepas telah dilakukan upacara mengumpul tandatangan ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menyatakan taat setia mereka kepada PM dan BN. Perkara ini mencetuskan kontroversi di mana salah seorang daripada Ahli Parlimen Sabah bernama Datuk Anifah Aman tidak mahu menandatangani akujanji tersebut sambil menyatakan bahawa tidak perlu lagi diragui akan kesetiaan Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak.

Tandatangan bagi menyatakan kesetiaan Ahli Parlimen daripada Sabah dan Sarawak tidak perlu dilakukan kerana ia hanya membuatkan DSAI tergelak besar kerana berjaya mewujudkan keadaan ribut dalam kem BN. Bukankah lebih elok jika kerajaan BN tidak melayan setiap ungkapan atau propaganda yang dimainkan oleh DSAI kerana kelak bisa memerangkap kerajaan BN sendiri.

Mengapa DSAI cukup suka jika kerajaan mengisytiharkan darurat pada 16 September ini? Rancangan DSAI akan menjadi kenyataan apabila kerajaan terpaksa mengadakan pilihan raya umum yang baru selepas darurat ditarik balik. Apabila darurat, pentadbiran kerajaan akan diambil alih oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Mengikut Perlembagaan yang ada, pilihan raya akan diadakan semula selepas darurat ditarik semula. Ketika inilah DSAI akan melaksanakan perang saraf yang cukup hebat bagi memastikan cita-cita beliau menjadi PM tetap tercapai.

Harus diingat bahawa UMNO berada dalam keadaan yang cukup lemah akibat daripada perpecahan dalaman dan serangan dari luar berbentuk perang saraf yang dilancarkan oleh DSAI. DSAI telah melihat akan kelemahan ketara jentera parti UMNO yang serba-sedikit telah membantu kemenangan lebih besar beliau di Permatang Pauh tempoh hari. Di samping itu, parti komponen di dalam BN sendiri telah mula tidak percaya kepada UMNO sehingga mengugut untuk keluar dari BN jika UMNO terus memainkan sentimen perkauman.

Inilah perkiraan yang telah dibuat oleh DSAI. Beliau tidak perlu mengambil alih kerajaan Malaysia melalui ‘pintu belakang’ seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Pilihan raya umum yang dibuat selepas darurat dijangka beliau sebagai lebih menguntungkan kerana kebarangkalian untuk PR menang adalah tinggi. 

Kerajaan tidak harus terus terperangkap dalam permainan politik DSAI. Beliau hanya ibarat memasang jerat. Apabila jerat mula mengena, talinya akan terus direntap. 16 September hanyalah propaganda politik untuk agenda peribadi beliau; sekadar meletakkan kerajaan dalam keadaan tertekan dan seterusnya menyaksikan kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat. Dengan itu, dapatlah DSAI melaksanakan perang saraf dengan menuduh kerajaan telah berlaku zalim dan mengisytiharkan darurat tanpa sebab. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan rakyat menjadi muak dan benci kepada kerajaan BN. Apabila perang saraf DSAI berjaya, maka BN akan tumbang pada pilihan raya umum kelak.

Tidakkah kita perasan, pembebasan DSAI seterusnya kembalinya beliau ke medan politik negara lebih banyak mengundang kemusnahan daripada keharmonian. Semua yang dilakukan kerajaan untuk rakyat adalah salah di mata dan fikiran DSAI. Semua yang dibuat DSAI adalah betul kononnya. Jangan gadaikan negara semata-mata kerana seorang manusia bernama Anwar Ibrahim yang hanya ingin membalas dendam, menunjukkan kekuatan dan mencapai agenda peribadi.

Advertisements

4 Respons to ““LOMPAT DSAI LOMPAT””

  1. demang said

    kelakar nya entri ni!

  2. bumilangit said

    ya demang, aku gelak sampai muntah

  3. penulis_cyber said

    Sokong!

    kita hantar ke ISA pula makhluk pengacau ini …. agar tiada lagi pengkhianat agama bangsa bermaharajalela di dalam negara kita.

    Moga mahkamah akan buktikan DSAI sesuai atau tidak menduduki penjara buat kali kedua nanti.

    Mahkamah sudah adil sekarang – komen fanatik DSAI – kerana banyak keputusan menyebelahi mereka.

    Tunggu nanti apabila mereka tidak setuju dengan keputusan tersebut pasti mereka akan kata PM sudah mengawal mahkamah.Dan hakim telah diugut Pak Lah.

    macam macam gelagat orang kita….

  4. Affuan said

    Kenapa orang2 AMENO/ BE END takut sangat pada manusia kerdil yang satu ni? Aku pun tak faham. Dah tak ada daya nak melawan dan mempertahankan diri ke? Kih3. Apa2 pun, kita tunggu dan lihat saja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: