Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

16 September – Hanya Pembohongan, Bukan Realiti

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 10 September 2008

oleh: Keris Terbang

syyy...jangan bagitau orangOrang-orang politik seolah-olah terperangkap dalam permainan psikologi yang biasa mereka mainkan. Sehebat-hebat mereka, rupanya tersungkur jua apabila orang lain memainkan kembali taktik tersebut kepada mereka.

Tarikh 16 September (yang kemudiannya dianjak kepada 20 September ketika berucap di kediamannya pada malam 9 September 2008) bagi proses peralihan kuasa hanyalah satu harapan atau ’repetitive brainwash’ yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim kepada para penaja dan penyokong-penyokongnya. Kaedah yang sama juga telah dilakukan ketika mempromosi manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR) sempena Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu yang dipanggil sebagai ’Harapan Baru Untuk Malaysia’.

Sebelum perang antara Vietnam dan Amerika berakhir pada tahun 1975 yang menyaksikan 58 ribu tentera Amerika dan 3 juta warga Vietnam terkorban, beberapa anggota tentera Amerika telah ditahan oleh pihak komunis. Anggota-anggota yang ditahan telah diprogramkan melalui ’repetitive brainwash’, satu kaedah menerapkan sesuatu fahaman berulangkali sehinggalah seseorang itu yakin akan fahaman atau perkara tersebut. Akhirnya anggota tentera ini telah berpaling tadah sehingga berani menyiarkan fahaman komunis di frekuensi radio yang ditujukan kepada rakan-rakan tentera mereka yang lain.

Kaedah ini sama seperti melakukan ’repetitive hypnotism’ yang sering digunakan oleh musuh-musuh Islam untuk menerapkan fahaman dan nilai-nilai keji mereka. Sesuatu perkara baru yang sensitif, bersifat aneh, mengandungi pembohongan atau fitnah jika diulang beberapa kali akhirnya akan menjadi perkara biasa, kelihatan benar dan boleh diterima oleh masyarakat.

Kaedah inilah yang dilakukan oleh Presiden Amerika, George W. Bush tatkala membuat tuduhan dengan bukti yang direka terhadap Al-Qaeda sebagai kumpulan pengganas yang bertanggungjawab menyerang World Trade Center pada 11 September 2001 yang akhirnya berjaya menanamkan bibit-bibit benci penduduk dunia terhadap agama Islam dan para penganutnya sehingga ke hari ini. Begitu juga dalam tahun 2003, apabila beliau mengatakan bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran (WMD) demi menghalalkan tindakan perang terhadap Iraq tetapi setelah pencerobohan dan peperangan itu selesai, segala-galanya tidak dapat dibuktikan.

Kaedah yang sama juga dilakukan oleh sebahagian bloggers dalam menyebarkan siri fitnah dan pembohongan seperti Raja Petra Raja Kamarudin, melalui laman webnya MalaysiaToday sebelum ditalqinkan pada 26 Ogos 2008. Maka tidak hairanlah jika kaedah ini juga digunapakai oleh Anwar Ibrahim selaku anak emas kepada agen-agen Zionis antarabangsa dalam misi menakluk Malaysia.

Barisan Penyangak Negara-Negara Islam
Anwar Ibrahim (berdiri paling kiri) selaku ahli panel kepada National Endowment for Democracy (NED), membarisi barisan jawatankuasa tertinggi NED, sebuah pertubuhan yang ditaja oleh Amerika dan Yahudi untuk mempromosikan sistem demokrasi ala-Amerika ke atas negara-negara Islam seluruh dunia

Peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim sama lagaknya sepertimana yang biasa dimainkan oleh spekulator ekonomi atau spekulator matawang yang akhirnya akan mempengaruhi jatuh-bangun ekonomi satu-satu negara.

Orang-orang politik memang suka memberi bunga-bunga harapan biarpun harapan tersebut hanya omongan kosong semata-mata. Bagi mereka yang telah lama berkecimpung dalam politik sudah tentu tidak dapat menafikannya. Harapan demi harapan yang diberikan akan memastikan para penyokong tidak akan lari dari terus memberikan kesetiaan. Secara tidak langsung, para penyokong ini akan terus bergerak ke arah merealisasikan agenda dan harapan itu.

Selain itu, momokan seperti ini juga bertujuan untuk memastikan PKR terutamanya, terus mendapat dana daripada pelabur-pelabur asing atau badan-badan yang ditaja oleh Amerika dan Yahudi bagi meneruskan perjuangan songsang mereka terhadap tanahair. Sekurang-kurangnya karier politik Anwar tidak berhenti separuh jalan apabila terus-menerus dibiayai oleh mereka yang terus mengharap dan tidak sabar-sabar untuk melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang amat tegas akhirnya tunduk kepada perintah Amerika dan sekutu-sekutunya.

Siapa yang sedar, dalam keadaan masyarakat dimomokkan dengan peralihan kuasa ini, rupanya hanya visualisasi yang berjaya diterapkan dalam minda tetapi bukan realiti. Kaedah ’repetitive hypnotism’ yang sentiasa dimainkan berjaya meletakkan kerajaan Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan halusinasi sehingga bercakaran sesama sendiri. 

Adakalanya perlu juga untuk kita melihat kembali apa yang pernah diperkatakan oleh Allahyarham Tuan Guru Abdullah Fahim, datuk kepada Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Allahyarham pernah menyatakan bahawa satu hari nanti Tanah Melayu akan dipimpin oleh orang yang akan mengkhianati agama, bangsa dan negaranya sendiri. Sejauhmana kebenaran kata-kata ini? Nampaknya senario yang berlaku dalam negara hari ini memungkinkan kata-kata itu menjadi realiti.

Dari Tsauban katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Umat-umat dunia ini akan mengerumuni kamu semua dari segenap tempat sebagaimana semut-semut mengerumuni makanan.” Mereka bertanya, “adakah ini disebabkan bilangan kami yang sedikit?“ Baginda menjawab, “Tidak, bilangan kamu adalah ramai umpama buih-buih di lautan akan tetapi kamu semua lemah, dan Allah akan mencabut rasa gerun dari hati musuh kamu terhadap kamu, dan Allah akan meletakkan di dalam hati kamu penyakit ‘waham’.” Mereka bertanya lagi “Apakah ‘waham’ itu wahai Rasulullah?” Jawab baginda, “cintakan dunia dan takutkan mati”. (Riwayat Abu Daud)

23 Respons to “16 September – Hanya Pembohongan, Bukan Realiti”

  1. juling said

    Aku pun heran gak umno….dulu dok kata pas ni kerja dia dok mengumpat dan mengata orang ja pastu mengajak rakyat benci kerajaan BN…Tapi sekarang ni dalam akbar dan ceramah umno sekarang kenapa dok asyik caci maki anwar ja??? adakah ini di nama kan pendedahan …kalo umno boleh mendedahkan keburukan anwar kenapa rakyat diajar untuk menolak segala bentuk pendedahan kemungkaran politik ,kemungkaran ekonomi dan kemungkaran sosial yang di lakukan oleh umno dan pemimpinnya.
    Kenapa tidak kait anwar sebagai agen Arab kena beliau juga penasihat kewangan beberapa2 syarikat di negara Arab,baru2 ni pun Dia pi indonesia,juga penasihat ekonomi kepada syarikat di china dan jepun.adakah beliau juga menjadi agen asing ???

    16 sept ….kenapa nak takut dan gerun dengan tarikh tu….perang saraf la …tapi kalo tak percaya kenapa nampak macam ada halangan ja..jangan la menghalang biarkan saja dan kita tengok ..malu lah ahli parlimen BN terpaksa kena buat aku janji dan kena bawak gi rombongan ,takper strategi penting dalam politik….
    janji anwar hanya lah royalti minyak 20% pada sabah dan serawak demi rakyat di sana.

  2. Zulkiffli said

    Anwar = penasihat ekonomi kpd syarikat china dan jepun. Hehehhe…menggelitik perut aku mendengorkannya. Ya lahhh ….apa pon yg anwar brahim ckp semuanya ko telan ya. budak2 beringus boleh la telannn.

  3. juling said

    en Zulkifli….

    anwar tu bekas menteri kewangan dan timbalan perdana menteri malaysia la…tentu la tak da pengetahuan langsung dalam sistem ekonomi……

  4. suara said

    Juling…nak tau naper org duk caci anwar? Drpd segala bukti yg didedahkan baik internet mahupun SB, MI dsbnya menunjukkan bhw anwar secara jelas mempunyai hubungan rapat & perancangan sulit dgn musuh2 islam dr kalangan bangsa yahudi berfahaman zionis, musuh ke-3 umat Islam selepas iblis dan nafsu. Rapat dgn mereka bermakna sama seperti mereka. Allah kutuk mereka ini sbg org yg zalim (ini baru betul zalim) & org yg sesat (bermakna segala pengikutnya adalah penyokong tok guru sesat). Lihat ayat2 di bwh:

    “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” (Al-Maidah:51)

    “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah (s.a.w) dan juga mengeluarkan kamu (dari Tanah Suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. Dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul.” (Al-Mumtahina:1)

    “Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Mumtahina:9)

    Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan teman rapat mana-mana kaum yang dimurkai Allah, mereka telah berputus asa daripada mendapat kebaikan akhirat, sebagaimana berputus asanya orang-orang kafir yang ada di dalam kubur. (Al-Mumtahina:13)

  5. Pembebel said

    Elleh.. Takut tu takut lah jugak. Tak payah nak sebarkan dakyah..

  6. juling said

    KONSPIRASI DR. MAHATHIR (UMNO)& YAHUDI

    Kronologi hubungan Dr. Mahathir (umno)dengan Yahudi

    1. 1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang. Bahkan perlantikan ‘luar biasa’ Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato’ Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan ‘asing’ di Australia. Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir. Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

    2. 10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi. Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

    3. 1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

    4. 1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan ‘anak didik Kissinger’.

    5. 6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai “Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur”. Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para ‘intelek’ Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

  7. juling said

    HUBUNGAN UMNO DAN YAHUDI

    6. Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.
    7. 6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.
    8. 16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.
    9. 17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :”Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres”. …”Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa”.

  8. juling said

    sdr Suara dan En Zulkifly

    Itu adalah serba sedikit catatan peristewa yang pernah dicatatkan yang melibatkan hubungan Dr.Mahathir dengan Isreal-Yahudi secara langsung. Kenapa akhbar dan MEDIA tidak menuduh Dr.Mahathir sebagai pengkianat bangsa, agama dan negara lebih-lebih lagi UMNO sekarang menghadapi kecaman yang paling hebat daripada Dr.mahathir, malah sepatutnya Dr.Mahathir tidak perlu membuat sebarang tuduhan dan dakwaan yang melulu terhadap Anwar Ibrahim.

    Dr. Mahathir juga mempunyai pendekatanya tersendiri untuk membela bangsa, agama dan negara.

    Persoalanya, kenapa Anwar dituduh sedemikian rupa sedangkan beliau juga mempunyai pendekatan tersendiri bagi membina negara ini, buruk sangatkah Anwar Ibrahim?

    Perkembangan terkini menunjukkan bahawa politik Anwar Ibrahim menonjak naik melambung, berbanding Abdullah Ahmad Badawi saham politiknya menjunam jatuh akibat beliau menghadapi berbagai masalah dalaman parti dan hal-ehwal pentadbiran negara menyebabkan UMNO menjadi lemah dan boleh ditumbangkan bila-bila masa dari sekarang. Oleh itu, mahu tidak mahu Dr.Mahathir terpaksa melakukan sesuatu untuk menyekat kemaraan Anwar lebih jauh dalam arus politik negara ini. Jadi, isu Anwar menjadi agen asing difikirkannya masih relevan untuk menakutkan rakyat agar menjauhkan diri daripada perjuangan Anwar yang mulai diterima rakyat berbilang kaum dan agama.

  9. suara said

    sehingga thn 1994, masih takde lg org spt Juling yg sedar akn bahaya jalinkan pertalian dgn zionis nih. Atau sehingga thn itu takde org yg nk ingatkan Juling. Jd, skrg dah sedar, mengapa mesti memilih bulu. Adakah krn seseorg itu jd idola kita, maka kita terus pejamkan sblh mata di atas apa yg dilakukannya?

  10. juling said

    Dan pada September 1999, Menteri Luar Malaysia ketika Syed Hamid Albar [kini Menteri Dalam Negeri] telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Israel, David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

  11. juling said

    wahai encik /puan suara …. berkata la kamu, bahawa “umno juga pernah dan menjadi agen yahudi” bukan anwar ibrahim sahaja(pendapat kamu)…

  12. suara said

    Jgn ditanya lg anwar buruk ke tidak…mmg dia BURUK pun dan sape2 shj yg masih TIDAK BERTAUBAT dr bersekongkol dgn Zionis mmg buruk. Mahathir sekurang2nya dah ‘bertaubat’. Cuma dia bernasib baik sbb takde org yg tibai dia zaman tuh. Skang, sumer dah celik ilmu.

    Rujuk balik Persidangan OIC, 2003 bagaimana mahathir menghentam Yahudi sehingga dikutuk keras oleh CNN yg mengatakan mahathir anti-semitik dan cuba utk mengajak Yahudi berperang dgn Islam. Lebih 20 laman web telah mengutuk mahathir sebaik shj ucapan tuh selesai.

    Sebuah akhbar Australia menyamakan Mahathir mcm Osama Laden. Duta Israel ke Singapura mengaitkan kenyataan Mahathir mcm seorg pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler. Dan mcm2 lg yg dibuat media barat dlm misi melakukan “pembunuhan” karektor mahathir.

    Sehingga beliau bersara sbg PM dan sehingga hari ini, puak2 zionis masih terus membenci mahathir. So, apakah maknanya ini? Cuba anwar buat sesuatu agar zionis menganggapnya sbg musuh plak. Ada berani ker? Musuh Allah tuh tau…jgn buat main2 mende nih. Berdebat guna ayat Quran la utk merasionalkan apa kewajaran anwar utk rapat dgn agen2 Zionis nih.

  13. suara said

    ok, juling…mmg ada kedengaran seorg ahli UMNO dikatakan agen Zionis. Dedahkan bukti2nya dulu perkaitan ttg sumer ini satu persatu sptmana anwar didedahkan; sptmana mahathir didedahkan oleh Juling. Jika Raja Petra bleh tahu mende dlm kain spt yg beliau dakwa akn penglibatan Rosmah dlm pembunuhan Altantuya cthnya, takkan ttg ahli UMNO agen Zionis tak dpt dibongkar. Pelik tak? Ada bukti kita bleh berckp..

  14. juling said

    Dato’ Mukhriz Tun Mahathir (BN-Jerlun) meminta kementerian terbabit menyatakan sama ada kerajaan sedar bahawa syarikat Halliburton itu adalah pembekal senjata yang terbesar bagi tentera AS di Iraq, sekali gus melibatkan mereka dalam pembunuhan lebih 1 juta rakyat Iraq yang tidak bersalah dan bagaimana ia dibenarkan membuka kilang di Johor.

    Jacob, dalam jawapannya berkata adalah menjadi dasar kerajaan untuk menarik dan menggalakkan pelaburan, termasuk pelaburan asing dalam industri-industri yang terpilih dan berteknologi tinggi.

    Beliau juga berkata keputusan kerajaan untuk membenarkan syarikat terbabit membuka kilang di Johor merupakan satu keputusan yang dibuat berasaskan faedah terkumpul yang boleh diperolehi dari pelaburan tersebt.

    “Kementerian juga telah dimaklumkan bahawa Halliburton sudah tidak terlibat lagi dengan apa-apa perkhidmatan dan peralatan yang dikaitkan dengan ketenteraan sejak awal 2007, iaitu sebelum kelulusan lesen pengilang diberikan,” jelas Jacob lagi. – mns

  15. juling said

    Parlimen Malaysia dikejutkan pagi ini Rabu 15 J’Awal 1429/21 Mei apabila Timbalan Menteri MITI mengesahkan bahawa Syarikat Halliburton dari US diberi keizinan untuk melabur di Wilayah Pembangunan Iskandar [WPI]. Umum mengetahui Halliburton adalah syarikat Yahudi yang telah mengaut keuntungan berbillion dollar hasil penaklukan Iraq. Malahan kontraktor keselamatan Halliburton telah dilapur membunuh rakyat Iraq dengan sewenang-wenangnya. Mereka bertindak saperti koboi yang tiada langsung berperikemanusiaan.

    Jadi sangatlah mengejutkan apabila Malaysia yang mendabik dada sebagai negara Islam Hadhari boleh membenarkan pembunuh kemanusiaan saperti Halliburton melabur hasil keuntungan haram mereka di negara ini. Apakah kita rela darah rakyat Iraq dihalalkan atas nama pembangunan ekonomi. Moga rakyat Malaysia membuka mata dengan perkosaan kedaulatan negara ini oleh golongan yang rakus ini. Umum mula memperkatakan tentang penguasaan WPI oleh Singapura. Terdapat dakwaan bahawa Singapura mendapat sokongan rejim Yahudi dalam pelbagai bentuk termasuk nasihat ketenteraan. Apakah kemasukan syarikat Halliburton ini sebagai sebahagian agenda Yahudi! Moga negara kita dilindungi ALLAH.

  16. juling said

    en Suara

    Suka saya bawa perhatian kita semua kepada ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation satu masa dahulu.

    Selepas menghalusi ucapan Najib Tun Razak ini, seseorang itu tidak dapat tidak terpaksa membuat kesimpulan bahawa UMNO/Najib Tun Razak/Dr Mahathir/BN adalah agen Amerika yang jauh lebih besar dari Anwar Ibrahim.

    Saya ambil contoh, di dalam pembukaan ucapan, Najib berkata:

    “I considered titling my talk today: “Malaysia-U.S. Defense Cooperation: The Untold Story.” The reason is that for many years U.S. and Malaysian forces have cooperated on a wide range of missions with virtually no fanfare or public acknowledgement. And in spite of its success, our bilateral defense relationship seems to be an all too well-kept secret.”

    Di sini Najib dgn bangganya menyatakan betapa ikhlasnya Malaysia memberikan kerjasama tentera kepada Amerika tanpa Malaysia mendapat apa2 pengiktirafan dari sesiapa. Ertinya Malaysia telah memberi kerjasama ketenteraan kepada Amerika tanpa meminta apa-apa balasan serta pengiktirafan

  17. juling said

    Najib juga menyenaraikan beberapa kerjasama yang diberikan oleh Malaysia kepada Amerika:

    * The United States averages more than 1,000 overflights per year. Since September 11, this number has increased dramatically, and all requests have been approved.
    * The United States has excellent access to Malaysian intelligence.
    * Malaysia occupies a strategic location along the Strait of Malacca and southern South China Sea, and devotes considerable resources to maintaining safe and free shipping lanes for commercial and military vessels. Since September 11, Malaysian forces have been protecting U.S. ships in the Strait.
    * Malaysia has a considerable number of troops and military assets on our islands to thwart the threat of Abu Sayyaf terrorists in the Southern Philippines.
    * In addition, Malaysia is actively identifying assets of terrorists and teaching Indonesia and other ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) countries how to freeze assets.

    Semua ini menunjukkan betapa pemimpin-pemimpin UMNO ini kesemuanya bangsa lidah bercabang. Di saat mereka menuduh Anwar Ibrahim sebagai “stooge” atau “barua” Amerika, mereka sendiri telah berhempas pulas untuk menjadikan membodek Amerika dengan memberikan Amerika apa sahaja bantuan ketenteraan yang diperlukan oleh Amerika.

  18. juling said

    En Suara
    Jelasnya, bukti yang menunjukkan UMNO barua Amerika adalah lebih jelas jikalau dibandingkan tuduhan mereka terhadap Anwar Ibrahim. Begitu bangganya Najib Tun Razak menyenaraikan segala jasa Malaysia kepada Tentera Amerika tanpa meminta jasa dan balasan dari mereka. Begitu ikhlasnya Najib mewarwarkan sumbangan kita kepada tentera yang telah bertanggungjawab menumpahkan darah ribuan nyawa umat Islam yang tidak berdosa. Tetapi yang dituduh agen Amerika adalah Anwar Ibrahim dan bukannya Najib dan UMNO. Hairan hairan.

    Hati-hatilah semua di atas penipuan UMNO/Barisan Nasional. “UMNO” Mereka ini adalah bangsa lidah bercabang.

  19. jalak_jolok said

    wa sokong lu juling……
    UMNO kononya anti yahudi la….tunjuk baik….walhal Islam pun tak bela……
    pemimpin negara Islam tapi bini bukak sana sini…tak tunjukkan ciri2 pemimpin negara Islam….
    memang UMNO dah mereput…..UMNO juga mereputkan pemikiran jumud rakyat Malaysia yang masih menyokong pereputan UMNO tu…..tak payah cerita lah pasal Yahudi….kalo kat Malaysia pun banyak barangan buatan Yahudi boleh masuk…kalau dah mereput….gitulah….meroyan tak tentu pasal….kekeke

  20. suara said

    Bukti yg Juling kasi tak cukup kuat. Bezakan antara hubungan politik dgn hubungan rapat. Tak salah berbuat baik dgn jiran yg byk mendtgkan mslh kpd jiran yg lain. Sekurang2nya kita menyelamatkan isi rumah kita dr gangguan2nya. Selamatkan rumah kita dulu sblm selamatkan org lain. Prinsip dlm Bulan Sabit Merah, Bomba atau mana2 pasukan penyelamat tetap guna prinsip yg sama iaitu pastikan nyawa sendiri selamat sblm menyelamatkan org lain.

    So, kerajaan berbuat baik sbb mereka anggota pentadbir negara (jaga hubungan politik antarabangsa). Anwar berbuat baik sbb mmg mereka bersahabat-rapat & ada agenda utk ‘menakluk’ M’sia agar akhirnya akur dgn perintah Amerika yg selama ini kerajaan BN byk tak setuju, Terutamanya FTA. So, sape yg lebih barua antara anwar dgn kerajaan?

    Cuba lihat ini plak. Paul Wolfowitz sendiri semasa memperkenalkan Anwar kpd staff Bank Dunia pd 19/6/2006 mengakui Anwar adalah kawan rapatnya dan pernah kerja di Bank Dunia thn 1998. Kenal tak Wolfowitz? Inilah salah seorg yg jd tulang blkg kerajaan Amerika.

    Katanya, “Today I am especially pleased and honored to welcome as our speaker a colleague, a close associate to the World Bank and the development community, and a personal friend, Dr. Anwar Ibrahim…He’s also well-known to us at the World Bank and the IMF because of the instrumental role that he played as Chairman of the Development Community in 1998. He’s been described as one of the forefathers of the Asian renaissance for his passionate commitment to interfaith dialogue and his respect for human dignity.”

    Anwar juga turut mengakui Wolfowitz adalah kawan baiknya,

    Kata Anwar, “It is very rare that I can get such accolades from a good friend and president of the World Bank, a controversial friend; difficult at times, but a very valued friend through my difficult days”

    Bleh baca ucapan bersama antara Wolfowitz dan Anwar di Bank Dunia pada 19 Jun 2006 kat sini.

  21. suara said

    Pernah dgr isu Shaha Riza dgn Wolfowitz. Siapa yg selamatkan Shahariza demi Wolfowitz? Kalu anwar dah buat keje2 peribadi utk sahabatnya, apa makna sebaliknya ttg hubungan persahabatan spt ini? Membela anwar sama spt membela wolfowitz seterusnya merestui & bersetuju utk meruntuhkan sebuah lg negara Islam yg cukup sukar utk ditakluki selama ini. Ingat tuh…

    Rujuk di sini plak sbg bukti hubungan peribadi yg rapat ini…

  22. juling said

    wei suara’
    mereka saling mengenali diantara satu sama lain semasa menjadi tuan dalam kerajaan masing2 DSAI tu kalo tak jadi menteri kabinet dulu ….sapa pun di US ka? di Wold bank ka? tak kan kenal dia…adakah sifat mengenali sesama mereka harus di hentikan pabila sudah tidak berjawatan dalam kerajaan…..hu hu hu ….cian la orang umno punya pemikiran ek??
    tapi masa DSAI dalam umno dulu semua orang sanjung dan nak cium tangan diar,tapi bila terpelanting keluar semua orang menghina dan menefikan keujudan beliau dalam umno dulu….macam tu nasib mahatdir dan lepas ni Pak lah pula…orang umno hanya berani menentang kemungkaran peminpin mereka semasa pemimpin terbut punya kuasa sahaja dan jatuh @ tewas….sebab tu pak lah tak undur lagi dia tahu akan akibatnya…..pak lah pun kalo stakat jadi pesyarah kat um tu sapa lah nak kenal dia,mahatdir pun kalo jadi doktor kat GH mana la dunia tau sapa dia.

  23. suara said

    Ya, benar…mmg mereka kenal semasa masih berjawatan. Mula2 kenal bleh dimaafkan sbb kita tak tahu latar belakang org yg jd kwn kita. Lama2 terserlahlah tanduknya bila Anwar semasa jd Menteri Kewangan mula mencdgkan agar negara buat pinjaman IMF. Juling sendiri tau apa kesannya slps buat pinjaman tuh berdasarkan pengalaman negara2 lain yg dah buat pinjaman. Kesimpulannya, dgn sape dia berkwn? lawan atau kawan?

    Apabila kita dah kenal kwn kita tu rupanya lwn, maka seharusnya kita tinggalkan dia. Bkn terus berkwn! Lg kesian dgn puak2 pembangkang punya pemikiran. Mungkin termkn dgn hasutan Nik Aziz agar berkwn dgn syaitan kot…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: