Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

ISU DATO’ AHMAD ISMAIL: HINA KAUM CINA KE?

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 5 September 2008

Oleh: Salza Hedra

KENYATAAN AKHBAR PENGERUSI PERTUBUHAN MENJANA TINDAKAN PEMIKIR (MANTAP), TUAN HAJI MOHD SAIFUL ADIL BIN DAUD BERHUBUNG SOKONGAN TERHADAP KENYATAAN YANG DIBUAT OLEH YBHG DATO’ AHMAD ISMAIL, KETUA BAHAGIAN UMNO BUKIT BENDERA MENGENAI KEDUDUKAN ORANG CINA DI MALAYSIA.

MANTAP memberikan sokongan sepenuhnya terhadap kenyataan yang dibuat oleh YBhg Dato’ Ahmad Ismail tersebut. Tidak salah bagi beliau memperlihatkan kasih–sayang terhadap bangsanya. Tidak ada salahnya beliau memperlihatkan sikap yang sentiasa mahu memastikan keselamatan dan kemajuan bangsanya. Adakah ini yang dikatakan perkauman? Adakah dengan menyatakan perkara yang benar dan tercatat dalam fakta sejarah dikatakan mempunyai niat menghasut? Inilah yang selalu diputarbelitkan oleh mereka dalam pembangkang khususnya DAP yang jelas sikap perkaumannya.

Bagi MANTAP, kenyataan beliau bertepatan dengan sejarah kemasukan dan kehadiran masyarakat Cina di Malaysia. Sebelum diberikan taraf kewarganegaraan oleh orang melayu, mereka merupakan kaum pendatang dan kaum pelarian. Ini adalah fakta. Mereka telah meninggalkan kampung halaman mereka di China atas beberapa sebab, antaranya kesukaran mencari rezeki di tempat asal atau mempunyai masalah politik dan ada yang sedang diburu oleh pemerintah tempatan. Selain itu, ada di kalangan kaum pendatang berketurunan Cina mahupun India telah dibawa oleh penjajah untuk bekerja sebagai kuli di lombong bijih timah dan ladang getah.

Negara-negara seperti Vietnam, Burma, Thailand, Indonesia dan Sri Lanka tidak menerima langsung mereka ini. Ada di kalangan mereka yang ditangkap telah diseksa dan ada yang dibunuh. Perkara ini bukan rekaan. Ia adalah fakta yang tercatat dalam lipatan sejarah kaum pelarian dan kaum pendatang tersebut.

Namun di Malaya (Malaysia) amat berbeza. Orang Melayu telah bersetuju untuk memberikan kewarganegaraan dengan mudah. Apa yang perlu mereka lakukan adalah menghormati Perlembagaan negara dan menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu. Menjadi warganegara itu sendiri adalah anugerah yang amat besar dan tinggi nilainya.

Apa yang jelas di sini, kenyataan oleh Dato’ Ahmad Ismail tidak mempunyai ciri-ciri yang berbentuk hasutan atau penghinaan. Tindakan DAPSY yang membuat laporan polis adalah satu agenda dan muslihat politik. Mereka sepatutnya sedar bahawa pemimpin mereka lebih banyak menghina orang Melayu. Sejak daripada penubuhan DAP, macam-macam isu yang mereka timbulkan khususnya mengenai hak keistimewaan orang Melayu itu sendiri. Mereka sanggup menghina undang–undang dan Perlembagaan Negara. Lebih menyakitkan lagi, ia juga memperlihatkan unsur-unsur menghina dan merendah-rendahkan orang melayu. Bukankah lebih baik mereka memperbetulkan pemimpin mereka sendiri terlebih dahulu yang jelas sikap perkaumannya.

Seperkara lagi, perlu diingatkan kepada mereka dalam DAP yang melaung-laungkan bahawa rakyat Malaysia tidak perlu dilihat melalui bangsanya kerana bagi mereka, kita semua adalah rakyat dan bangsa Malaysia. Melalui peristiwa ini, jelas bahawa kenyataan pemimpin DAP dan apa yang mereka war-warkan hanyalah retorik politik sahaja. Mereka sendiri masih lagi kekal dengan melihat sesuatu mengikut kaum.

MANTAP juga berpendapat bahawa adalah lebih baik sekiranya rakyat Malaysia bersatu-padu dan bekerjasama memajukan negara tercinta. Hidup aman dan harmoni. Perpaduan membawa kesejahteraan dan kejayaan kepada semua tanpa mengira kaum dan agamanya.

Advertisements

23 Respons to “ISU DATO’ AHMAD ISMAIL: HINA KAUM CINA KE?”

  1. aberamly said

    sampai bila dia nak keras…. lagipun salah sebut pendatang sebab dalam buku disebut imigran… mereka di sini kerana ekonomi bukan kerana….

  2. AMalaysianChinese said

    I am a Chinese born in Malaysia. Yes, my ancestors are from China. But mind this, i am BORN in Malaysia. I think it is unfair that I should be treated unequally just because MY ANCESTORS are immigrants. I am sad to hear Dato’ Ahmad Ismail’s statement.

  3. Mylasia said

    Semuanya salah pemimpin terdahulu yang duk gila sangat nak merdeka sampai sanggup berkongsi ngan kaum2 imigrant. Kalau aku lar jadi pemimpin masa tu, lepas jer dapat declaration merdeka aku halau depa nie suma balik kampung halaman masing2. Org dah bagi kerakyatan bukannyer reti nak berterima kasih…malah dimintaknya pulak yang lebih2…..

    AMalaysianChinese
    Ada berani kalau you mintak kaum you hapuskan semua sekolah jenis cina…hapuskan bahasa ibunda..and then study in one school and speak in one language….barular betul2 malaysian….ni depan2 org melayu you punya kaum cakap you punya bahasa entahkan mengutuk ker apa…

  4. zai said

    U*** jahanamkan tulisan JAWI
    U*** jahanamkan bahasa melayu jadi bahasa malaysia
    U*** jahanamkan bahasa melalui jadi pengantar BI sains
    U*** jahanamkan melayu denga lebih awal bukak kuota kepada bukan melayu dalam mrsm ( lupe ke..???)
    U*** jahanamkan akhlak umat melayu dengan melayu jadi juara carta keburukan manusia dalam malaysia
    U*** jahanamkan islam dengan cuba haramkan guna nama islam dalam mana2 pertubuhan
    U*** jahamkan melayu dengan robohkan surau
    U*** jahanamkan melayu dengan tarik balik royalti minyak terengganu
    U*** jahanamkan melayu dengan menyambut kemerdekaan dengan konsert avril lavign
    U*** jahanamkan melayu dengan bagi lesen francais yang belambak2 pada geng cina bukak IPTS
    U*** jahanamkan melayu dengan hapuskan biasiswa
    U*** jahanamkan melayu dengan hentam duit rakyat yg majoritinya melayu
    U*** jahanmkan melayu dengan biarkan isu murtad
    U***jahanamkan melayu dengan mengongkong media melayu
    U*** jahanamkan melayu dengan bagi kondom dan jarum suntikan percuma kepda penagih dan pelacur.
    U*** jahanamkan melayu dengan menolak ISLAM…

    Nah. ! lihat apa yang dibuat oleh Umno ? Yang nyata melayu dah sedia jahanam kerana Umno ! Umno jugak jahanamkan ekonomi melayu dengan naikkan harga minyak…Umno jahanam dan menjahanamkan orang ! di petik dari komenter ( anak bapak )

  5. penulis_cyber said

    Ingat yer Cina India datang sini sebagai pendatang…

    Selepas tu diberi kerakyatan…

    Fakta pendatang tepat. Bukan menghina.

    Hak tak rata memang tepat. kerana hak Melayu lebih banyak dari hak Cina dan India…

    Takkan tuan tanah kurang haknya dari pendatang ?

    Jadi, mengkritik tuan tanah bermakna tidak bersyukur dengan kerakyatan diberikan percuma oleh Melayu sebelum merdeka dahulu.

    Apa nak buat ?

    Cina India kena faham maksud sebenar Datuk Ahmad..

    dan kita kena pertahankan Hak hak istimewa Melayu artikel 153 dari dikacau oleh agenda Malaysian Malaysia…DAP dan juga PKR.

    Hidup Melayu !!!

    Hidup Islam !!!!

  6. Salam,

    Fakta sejarah menunjukkan negara ini telah ada raja-raja Melayu dan kerajaan Melayu sebelum orang Cina datang.

    Rakyat asal negara ini juga orang Melayu, termasuk orang yang datang
    dari “kawasan budaya yang sama” atau Alam Melayu”.

    Jadi kalau datuk nenek orang Cina yang ada sekarang tidak mahu dipanggil pendatang, hendak dipanggil apa lagi?

  7. jacky said

    saya juga seorang kaum cina di M;sia. saya tak setuju apa yg disampaikan oleh

    Ahamd Ismail.
    Sbg cth, saya sbg seorang kaum cina di M’sia, tetapi saya juga membantah kuat

    terhadap penggunaan Bhs Inggeris di IPTS serta pengajaran subjem Sains& Maths

    di peringkat sekolah rendah dan menengah. saya menyokong penuh penggunaan

    Bhs M’sia dlm pengajaran sains& maths serta di IPTS. Saya juga membenci

    terrhadap Bhs Inggeris, negara kami ni telah menetapkan Bhs M’sia sbg bhs

    kebanngsaan, kenapalah kita susah nak gunakan bhs Inggeris dlm proses

    pengajaran di IPTS dan subjek sains dan maths di sekolah rendah dan menengah.
    Jikalau kita menyaksikan ngr Jepun, walaupun kebanyakkan IPT di ngr mereka

    gunakan bhs Jepun sbg bhs pengantar, tetapi ngr mereka masih dpt mencapai ngr

    yg maju di peringkat antarabangsa, apatah lagi kami? kami juga boleh mempelajari

    apa yg dilakukan oleh org Jepun., tak perlulah gunakan bhs Inggeris dgn susah

    susah, lebih baik kekalkan proses pengajaran dlm Bhs M’sia yg merupakan bhs

    kebangsaan kita.

    Justeru, saya menegaskan sekali lagi, jgnlah anggap kami cina ni sbg org luar atau

    penumpang. saya mengakui dan juga percaya terdapat segelintir kaum cina yg

    asyik menyokong penggunaan bhs Inggeris di IPTS, dan juga terdapat segelintir

    pelajar cemerlang dari kalangan cina yg asyik merebut peluang kemasukan IPTA

    dan hak yg lain-lain, saya juga tidak puas hati terhadap pelajar cemerlang cina ini

    yg membuat permintaan sedemikian, jikalau pelajar sedemikian ingin memasuki

    IPTA, saya berharap pelajar sedemikian akan menyokong penggunaan Bhs

    Malaysia di IPTA dan IPTS sama ada dlm kursus sastera atau sains.

    Sekian terima kasih.

    segala kesilapan, harap maaf.

  8. kj said

    Bangsa Melayu ni dari negara mana?Dulu…negara ini dipengruhi budaya hindu.Melayu bila pulak yang ujud?Boleh sapa2 huraikan sikit?

  9. aberamly said

    KITA SEMUA BELAJAR AGAMA, SEMUA AGAMA. MANA ADA AGAMA YANG AJAR KITA SUPAYA JADI SYAITAN ATAU IBLIS DENGAN PERANGAI TAMAK, GELOJOH, TERBURU, TAK USUL PERIKSA, IKUT KATA HATI,DENDAM KESUMAT,IKUT NAFSU MARAH SAHAJA. HARI INI DISEBUT DESPERADO?

    CONTUHNYA BILA BACA DALAM bernama.com BARULAH KITA FAHAM UJUNG PANGKAL KISAH RIBUT KONONNYA SEORANG KETUA UMNO DI PULAU PINANG TU PERKAUMAN. BELIAU JELAS TELAH MENCABAR SESIAPA SAHAJA UNTUK MENOLAK HUJAHNYA TERMASUK AKHBAR YANG DIDAKWA SALAH LAPOR BAHAWA UCAPANNYA MENGENAI ISU “PENDATANG” TU ADALAH BERDASARKAN FAKTA SEJARAH. KATANYA IKUT SEJARAH SEBELUM MERDEKA ORANG CINA DAN INDIA DI TANAH MELAYU BUKANLAH PENDUDUK SAMA TARAF DISEGI UNDANG-UNDANG DENGAN MELAYU. LEPAS ITU MENGIKUT UNDANG-UNDANG MEREKA JADI WARGANEGARA DAN TANAH MELAYU MENJADI “MALAYSIA.”

    NAMPAKNYA SEJARAH INI BUKTI YANG KUKUH DALAM MAHKAMAH ATAU PERUNDANGAN KITA. ABE SUKA SEBAB ABE GRADUAN SEJARAH. DULU ORANG CAKAP BUAT APA BELAJAR SEJARAH SEBAB TAK ADA MASA DEPAN. HMMM… MASA DEPAN KITA KHASNYA HAK ISTIMEWA RUPANYA AKAN SELAMANYA DITENTUKAN OLEH SEJARAH!

    ABE HARAP PEMIMPIN DAN CERDIKIAWAN TIDAK LAGI HINA ORANG ATAU MATA PELAJARAN SEJARAH. PENTINGNYA SEJARAH SEBAGAI HUJAH DALAM DEBAT DAN DI MAHKAMAH. SEJARAH JUGA ADALAH SEBAGAI FORMULA UNTUK KITA SELESAIKAN MASAALAH SEMASA. SEBABNYA SEMUA KEJADIAN DALAM DUNIA NI ADALAH ULANGAN. CUMA PELAKONNYA SAJA YANG BERTUKAR. CONTUHNYA KRISIS PERKAUMAN NI… ULANGAN SAJA. TETAPI KALAU KITA TAK ADA FAKTA SEJARAH MAKA KITA TEWAS. CONTUHNYA BERAPA KALI ORANG BUKAN MELAYU BANGKIT TENTANG SENSITIVITI PERKAUMAN? BERAPA KALI PULA ORANG MELAYU MAAFKAN? BEGITULAH SEBALIKNYA. TANPA FAKTA SEJARAH NAMPAKNYA MELAYU DIPIHAK YANG KALAH DAN KENA TOLAK … DAN BERANSUR!

    CUKUPLAH DULU DIK SEBAB ABE NAK ULAS BUDAYA TERGOPOH-GAPAH DAN DESPERADO YANG MERUPAKAN TSUNAMI SAKIT JIWA RAKYAT KITA SEKARANG. NAMPAKNYA SEMUA KITA TAK SABAR DAN CEPAT MELENTING TAK PASAL-PASAL TANPA FIKIR PANJANG. BUKTINYA KES ISU PERKAUMAN DI PULAU PINANG NI… DAH MALULAH TU! DAN KALAU PERANGAI INI YANG TAK MATANG ADA PADA ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN DAN KAWAN-KAWANNYA MAKA MALAYSIA TIDAK MACAM HARI INI. SEBABNYA MASA ITU ADA KOMUNIS, ADA BINTANG TIGA,ADA HALUAN KIRI, PERKAUMAN, PELAMPAU AGAMA DAN LAIN-LAIN YANG BERSAING NAK MERDEKAKAN TANAH MELAYU IKUT ACUAN MEREKA. TAPI MEREKA DESPERADO MAKA ALLAH TAK IZINKAN. OLEH ITU TAK USAHLAH DIPERTIKAI SEJARAH 31 OGOS 1957 LAGI. JANGANLAH NAK JADIKAN MEREKA YANG GAGAL MENCIPTA SEJARAH TU SEBAGAI HERO ATAU PEJUANG TULIN PULAK.

    INGAT PESAN ABE SELAKU PAKAR SEJARAH… SEJARAH ADALAH BENDA HIDUP MACAM MAHKAMAH JUGA. SESIAPA YANG BOLEH MEMBUKTIKAN FAKTA DIA BENAR BERDASARKAN MASA, TARIKH, TEMPAT DAN SEBAGAINYA DIA AKAN MENANG KES. SEJARAH ATAU KEPUTUSAN MAHKAMAH BOLEH DICABAR SEKIRANYA KITA ADA FAKTA ATAU BUKTI BARU. OLEH ITU CINTALAH SEJARAH. DAN DATUK AHMAD ISMAIL, PULAU PINANG TU BUATLAH MAJLIS DEBAT UNTUK BUKTIKAN FAKTA SEJARAH DATUK TU, ABE BOLEH JADI FASILITATOR. BACANYA bernama.com!

    datuk-ahmad-ismail-isu-perkauman

  10. AMalaysianChinese said

    Like my malay and indian friends I am born and lived in this beautiful country and we all are the children of Malaysia. Do I not deserve the same treatment as our brothers and sisters of other races but same citizenship?

  11. cina penang said

    fakta memang fakta, tapi cara ia disampaikan

    apakah niat sebenar Ahmad nih?

    sy sbg Cina tak kisah pun dia cakap apa,sebab sy tau kedudukan sy dan realitinya sy dan anak2 cucu sy nanti tak akan mendapat apa2 yg istimewa.Kami cuma boleh merancang yg terbaik utk survival kita dlm malaysia.

    apa2 sj dr mulut org politik ni bukan lain lagi dr menjaga kedudukannya dalam kancah politik.

    kita ni dok asyik sgt dgn rentak mereka buat apa?

    dari kita keluar membuang masa buat ribut pasal ni, baik pakai masa tu bersama2 sanak saudara tersayang!

  12. atas pagar said

    Helllo,

    memang betul cina dan india adalah pendatang di malaya… tapi orang melayu juga perlu ingat bahawa melayu juga bukan penduduk asal di sini….. sila baca buku sejarah melayu ye… kalau si ahmad kata dia cuma memperkatakan tentang sejarah sebelum merdeka… saya juga boleh membangkitkan tentang sejarah lama dahulu berdasarkan buku sejarah melayu iaitu tentang kehadiran melayu di sini jadi kesimpulannya jangan suka2 nak kata orang pendatang sebelum selidik sejarah bangsa sendiri… penduduk asal di sini adalah orang2 asli… seperti penan dsb. Perlu diingat untuk mencapai kemerdekaan suatu ketika dahulu, bukan darah orang melayu sahaja yg tumpah tetapi juga darah bangsa2 lain seperti cina dan india… kena ingat tu…..

  13. juling said

    kepada kekawan ahli umno…

    musim sekarang adalah musim AGM(mesyarat agong) parti politik yang berasaskan perkauman.so masing2 lah nak menunjukkan hebatnya parti tersebut membela kaumnya .
    maka api perkauman pun di mainkan lah ..aku semacam dah perasan bila tahun ada pemilihan dalam mesyarat agong umno maka isu perkauman pun dimainkan nak kutip semangat dan simpati ahli dan orang melayu kononnya begitulak sebalik pada parti perkauman cina dan india yang lain.saling ancam mengamcam ,tuntut menuntut dan kuasa dan hak kaum masing2.pemimpin mengapi-apikan ahli dan rakyat tentang perkauman supaya mereka dianggap sebagai pejuang tulin dan pembela kepada bangsa mereka ,maka mereka diberi kuasa oleh ahli .maka dapat jawatan penting dalam parti dan mugkin parti tersebut menjadi pemerintah tapi matlamat perjuang menjadi hampeh demi kuasa dan harta….
    ala selepas pemilihan agong parti perkauman di malaysia ni selesai ujung tahun ni maka selesailah isu ini,kita tunggu lah ujung tahun depan lak…tahun lepas isu hishamudin jelita hunus keris di AGM umno…umno kalah byak tempat di kawasan majoriti melayu, Gerakan pun tewas di pulau pinang waluapun kawasan cina, maka masing nak tunjuk teror lah maka main isu perkauman supaya leh tarik simpati bangsa masing yang amalkan perkauman tegar tu….aleh rakyat mahu ketuanan rakyat lah untuk masadepan negara.zaman telah berubah.

  14. juling said

    apa sudah jadi.adakah umno bukit bendera mendapat lampu hijau dari presiden umno sendiri utk memulakan pergaduhan kaum.sehingga kini,president umno belum mengambil apa apa tindakan terhadap mereka.perlakuan semakin biadap dan menjijikan.menteri dalam negeri sendiri masih diam membisu.

    mungkinkah ada sesuatu di sebalik tindakan perlakuan umno bukit bendera.demi melayu?kahkahkah…….kuasa sudah tiada baru nak sebut tentang melayu.ketika sokongan melayu mulai pudar baru nak fikirkan bangsa.media putar belit cerita?kenapa tiada laporan polis terhadap media tersebut.!!sudah la UMNO………….jangan perbodoh melayu lagi.jangan memulakan sengketa kaum.polis diam je?belum dapat peluang ke nak tangkap ahmad ismail.

  15. luqq said

    Nak kata dato ahmad betol ke…mCA betol ke Gerakan betol ke DAP betol ke…itu semua tak payah cerita…apa yang penting sekarang adalah perpaduan dan janji telah dibuat oleh nenek moyang kita semasa sebelum merdeka….sapalah kita untuk mempersoalkan apa jua perjanjian yang telah dibuat….kerana perjanjian itu merupakan satu pengorbanan yang terpaksa diterima oleh semua bangsa yang akan duduk di tanah melayu…seperti kata tunku abdul rahman, semua bangsa di malaysia hendaklah taat setia serta menumpahkan seluruh jiwa dan raganya untuk tanah melayu ini dan memastikan keunikan negara kita ini terus dipelihara kerana kita hanya satu satunya negara di dunia yang mempunyai pelbagai bangsa hidup harmoni dan bersatu padu….apapun yang penting kalu u melayu ke…u cina ke…u india ke atau u apa apa kaum di malaysia we must understand that we live in malaysia and anything happen this is only our country…if china or india or singapore or indonesia they want to destroy us…we must think who we are in their eyes…they only can say….all malaysian people is our enemy….!!!!!

  16. Azmy said

    Ada sebab kenapa Encik Ahmad Ismail sanggup bertindak sedemikian. Dia tahu akan risiko yang bakal dihadapi.Mentelah lagi kedudukannya sebagai ahli politik. Untuk menegak satu kebenaran dizaman ini amatlah perit sehingga akan melalui pelbagai rintangan dan dugaan. Bukan masaalah nak jadi “Hero” tapi ini adalah fakta kehidupan yang berlaku dimana-mana. Orang melayu harus punyai kesedaran bahawa tanah yang mereka pijak adalah tanah yang Allah amanahkan kepada mereka. Sehingga menjadi sebuah negara yang berpaksikan Islam. Contohnya apa yang berlaku kepada Singapura yang mana sekarang ini walaupun namanya masih kekal bahasa Melayu tapi segala kekuasaan, ekonomi dan majoriti penduduk adalah bangsa Cina. Ketetapan 77 peratus berbangsa cina dan orang melayu dikekalkan hanya pada 11 hingga 13 peratus yang mana tempat tinggal mereka dipeacah-pecahkan mengikuti kuota yang telah ditetapkan kerajaan. Ini kerana untuk tidak memberi ruang kepada kaum Melayu bersatu bila tiba pilihan raya dan dengan ini mudahlah bagi mereka untuk menang dikawasan undi yang mereka tandingi. Sekiranya peratusan bangsa Cina merosot akan diambil pekerja professional atau pun bukan professional walaupun tidak boleh bertutur bahasa Inggeris namun akan diberi menjadi penduduk tetap negara ini dan dengan cepat mendapat kerakyatan demi untuk memelihara peratusan bangsa Cina. Adakah kita ingin melihat seterusnya tanah melayu jadi seperti Singapura. Harus kita sedar kehadiran bangsa Cina ketanah Melayu dengan matlamat iaitu untuk memiliki kekayaan dan kuasa. Baik Cina di Singapura, Malaysia atau di Indonesia sebenarnya mereka bersatu dalam gerakan untuk berkuasa dirantau nusantara ini. Bukan berisikap perkauman tapi bagaimanakah nasib generasi orang melayu kita akan datang jika Cina yang memerintah tanah melayu sedangkan kita sedar bahawa sekarang ini sahaja kita tidak berupaya untuk bersaing dengan mereka dari sudut ekonomi ataupun pelajaran. Sekianlama kehadiran mereka kita tak halangi kerana adanya sifat ikhsan dalam diri orang Melayu tapi itu tak bererti segala-galanya adalah untuk mereka. Maka jika kuasa berada ditangan mereka akan hilanaglah Malaysia sebagai negara Islam. Jangan satu hari orang Melayu menjadi hamba ditanah sendiri. Ada di kalangan orang Cina bertanyakan dari mana asal orang melayu di Malaysia beranggapan kita juga sebagai pendatang pertayaan yang sama diutarakan Melayu di Singapura. Inilah bangsa yang tak kenal diuntung. Kalau kita tanya balik dari mana asal orang Cina di China. Bukankah cina disana juga asalnya sebagai pendatang. Sesungguhnya didalam diri mereka orang cina tak mahu mengiktiraf bahawa Malaysia adalah milik orang Melayu kerana sikap keanggkuhan tak mahu berada dibawah kerana rasa diri mereka terhina.

  17. jalak_jolok said

    oii bongok…kalau dah jelas-jelas koyakkan poster pemimpin kaum diorang…tak hina lagi ke???
    cuba orang cina koyakkan gambo Paklah….terkujat aku rasa melayu UMNO ni….
    harus jadi raksaksa semua….jangan jadi jin pakai toncit dah……hehehe….tulah…kalau dah bodoh dan ngok bergabung…jadilah bongok…..hahahaha…!!

  18. Azmy said

    Cuma orang bongok saja yang tak tahu sentimen manusia. Kalau dah taik atas kepala hanya orang bongok saja yang cuma buat bodoh saja.. Baru koyak poster dah nak melenting. Tempat US dan negeri lain bukan setakat poster dikoyak gambar presiden diorang bakar pijak-pijak tak jadi hal pun.Deh tambi baca berita dunialah jangan berita dalam ngeri aje. pegidah Ha..Ha..Ha!!!

  19. whiteorange said

    Yang betul – bila nak merdeka cina dan india akur dengan syarat yang ditetapkan. Tapi bila dah lama anak cucu mereka dah lupa perjanjian ini. Orang melayu tak nafikan hak cina dan india yang lahir dimalaysia dan menerima mereke sebagai rakyat negara ini. orang melayu hanya mahu orang cina dan india menghormati apa yang telah dipersetujui oleh nenek moyang mereka. persefahaman itulah yang membolehkan rakyat malaysia hidup aman selama ini.itu sahaja.

    Malangnya ada beberapa orang chauvanist cina dan india melalui parti-parti politik tertentu yang menghasut kaum mereka untuk melanggar perjanjian ini. dan apabila hasutan ini tidak dikawal dengan bijak maka terjadilah apa yang terjadi hari ini.

    aku melayu yang bergaul dengan semua kaum sejak sekolah rendah dan berjiran dengan cina sehingga sekarang. aku tak nampak masalah pun kecuali apabila kaum-kaum cina dan india yang jenis tak reti bahasa ungkit-0ungkit perkara ini.

    Mana ada hak samarata dalam kehidupan manusia ini. berlaku adil mungkin boleh. aku tak nampak hak apa yang orang melayu nasikan kepada orang cina dan india. jalan masuk kampung aku tersergam megah tok kong cina walaupun tak ada seorang cina tinggal dikampung aku. kami tak bantah pun. aku lihat tok kong dan kuil terdapat merata-rata yang aku rasa cukup ontuk kegunaan mereka. aku tengok sekolah cina dan tamil berjalan tanpa diganggu gugat oleh orang melayu. aku tengok ramai jutawan cina malah ekonomi malaysia didominasi oleh mereka. begitu juga aku tengok kontrak-kontrak yang dianugerahkan kepada orang-orang melayu tetapi yang dapat untungnya orang cina. sila semak fakta ini. aku tengok orang cina bebas keluar masuk kampuing melayu untuk apa jua urusan tanpa orang melayu ganggu, tapi aku susah tengok orang melayu masuk kampung cina untuk apa jua urusan.

    soalan aku

    1.apakah niat sebenar orang cina dan india sekarang mahu menafikan hak orang melayu?

    2. mengapa hingga sekarang orang cina sukar menerima bahasu melayu, sebagai mana orang cina menerima bahasa indonesia, untuk dijadikan bahasa kebangsaan dalam erti kata sebenar.

    3. mengapa orang cina dan india sukar untuk menghapuskan sekolah jenis kebangsaan mereka (aku percaya mereka rasa kerana ini hak mereka) demi menyatukan bangsa dimalaysia. adakah orang melayu dianggap perkauman jika mereka menuntut dihapuskan sekolah sekolah jenis ini?

    atas kertas memang nampak macam orang melayu tidak adil pada bangsa lain tetapi hakikatnya orang melayu makan hati dinegaranya sendiri.

    PADA AKU KITA TERIMA PAKAI SAHAJA PERJANJIAN TUK NENEK KITA DULU UNTUK MENERUSKAN KECEMERLANGAN NEGARA KITA. PERJANJIAN ITU TAK SALAH PADA AKU TAPI YANG SALAH IALAH OTAK KITA DAN JUGA SEGELINTIR PENGAMAL POLITIK YANG KOONONNYA MAHU MEMPERJUANGKAN HAK. 50 TAHUN IA BERJALAN DENGAN BAIK, KALAU SAHAJA TIDAK ADA ORANG-ORANG SEPERTI ANUAR IBRAHIM, LIM KIT SIANG DAN LAIN-LAIN AKU RASA KITA BOLEH TUMPUKAN LEBIH BANYAK MASA UNTUK MEMPERKASAKAN NEGARA INI.

    KURANGKAN CAKAP DAN DEMONSTRASI TAPI LEBIHKAN KERJASAMA DAN KERJA KUAT. LU PIKIR LAH

  20. juling said

    Selepas pilihan raya umum ke-12 Umno mencanangkan Melayu hilang kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Nasib Melayu dan Islam akan terancam.

    Negara dikejutkan dengan kenyataan seorang pemimpin Umno di Pulau Pinang, Ahmad Ismail yang mendakwa masyarakat Cina hanyalah penumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan Bumiputera. Ucapan itu dibuat dalam siri kempen BN di Permatang Pauh.

    Setelah disergah parti komponen BN dari kalangan Cina, Umno jadi gelabah dan Timbalan Presidennya, Najib Tun Razak sepantas kilat menuntut maaf kepada masyarakat Cina atas perlakuan yang bukan dilakukannya.

    Ahmad lalu menjelaskan bahawa apa yang disampaikan beliau adalah pernyataan di zaman British. Beliau hanya menyampaikan fakta sejarah, bukan berniat mahu memusuhi orang Cina.

    Soalnya mengapa kuliah sejarah itu diadakan sewatu berlangsung pilihanraya kecil Permatang Pauh, di hadapan pengundi Melayu?

    Bukankah kerana mahu memberitahu orang Melayu bahawa ketuanan serta hak istimewa mereka akan hilang jika mengangkat manusia bernama Anwar Ibrahim menjadi pemimpin lantaran beliau bersekongkol dengan DAP yang kononnya mahu mensaksamakan hak-hak rakyat jelata negara ini berasaskan Malaysian Malaysia?

    Alangkah lebih baik jika Ahmad menjelaskan begitu dari berputar-belit ke hulu ke hilir menyalahkan wartawan kononnya menyalahtafsirkan kenyataannya.

    Isu besar yang diprojekkan ke benak pemikiran orang Melayu pasca-pilihanraya umum ke-12 ialah Melayu kehilangan kuasa politik, sekurang-kurangnya di tiga negeri, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

    Kehilangan kuasa Melayu, ditakrifkan Umno sebagai keadaan di mana Umno tidak lagi memegang jawatan dalam kerajaan.

    PAS dan Melayu KeADILan tidak sempurna Melayunya. Umno sahaja barangkali yang lebih Melayu dari orang Melayu. Isu yang dibawa Umno selepas mereka hilang kuasa ialah isu berasaskan asobiyyah kaum.

    Sejak Umno hilang kuasa di lima negeri, isu-isu yang mereka ketengahkan sentiasa berbaur perkauman. Isu kandang khinzir, pemberian tanah kepada masyarakat bukan Melayu, pelajar bukan Melayu di UiTM, pemberian projek tidak berasaskan kronisme DEB adalah antara yang dimainkan Umno.

    Persoalan besarnya ialah mengapa isu ‘memperjuangkan’ Melayu hanya bergegar selepas Umnohilang kuasa. Separuh abad Umno berkuasa di Pulau Pinang, masih terdapat orang Melayu yang merempat di pinggir bandaraya.

    Ahmad Ismail pun tentu menyaksikan sendiri satu demi satu tanah milik Melayu Pulau Pinang tergadai kepada orang lain. Tanah orang Melayu yang menguasai Balik Pulau 30 tahun dulu, sekarang apa dah jadi?

    Isu Melayu Pulau Pinang sudah jelak untuk diperkatakan. Semakin diulas semakin menyakitkan hati.

    Sepanjang separuh abad Umno-BN berkuasa di negeri itu, tidak ada satu hari di mana ekuiti orang Melayu bertambah dari sebelumnya (berbanding bukan Melayu) melainkan terus berkurang dan berkurang.

    Umno ternyata gagal membangunkan Melayu sewaktu berkuasa. Mengapa sekarang, waktu hilang kuasa, baru terhegeh-hegeh nak perjuang hak Melayu yang terhakis?

    Semua tahu Pulau Pinang adalah negeri yang didominasi Gerakan. Penasihat Gerakan Tun Dr Lim Kheng Yaik sewaktu bersama Umno pun menyampah dengan gelagat parti itu. “Kami menghadapi Umno yang paling bongkak sekali ekoran keputusan pilihanraya 2004.

    Penyalahgunaan kuasa, rasuah, tender secara perundingan yang kebanyakannya diperolehi syarikat yang ada kaitannya dengan Umno,” kata Lim Kheng Yaik dalam temubualnya dengan The Edge.

    Paling menarik ialah pembongkaran beliau mengenai budaya politik wang Umno yang turut memberi kesan kepada parti komponen BN yang lain. “Semuanya wang, wang, wang dan wang,” ujar Kheng Yaik.

    Amat memalukan apabila rakan bukan Melayu Umno yang mendedahkan perangai buruk mereka yang meletakkan duit sebagai mauduk perjuangan.

    Jelaslah, dakwaan bahawa kuasa Melayu hilang ekoran kekalahan Umno adalah khurafat kedua yang mesti diperangi. Khurafat itu pula mereka peralatkan untuk menagih kuasa.

    Teruk benar Umno, bukan setakat ‘sumpah’ mereka peralatkan, ‘melayu’ pun mahu diperalatkan. –

  21. Azmy said

    Mungkin satu hari bila pentadbiran kerajaan jatuh dibawah tangan orang cina barulah melayu nak sedar diri. Kalau hari ini melayu ambil tak kisah saja tak mustahil tanah melayu dan sejarah melayu akan diubah suai dengan sejarah cina. Macam-macam cerita orang cina boleh bikin seolah-olah orang cinalah yang menemukan tanah ini sebelum wujud orang melayu disini. Waktu itu melayu rela diri diperhambakan demi untuk mendapat kesenangan yang tak seberapa. DAP mempergunakan Anwar untuk mendapat sokongan orang melayu dan parti-parti komponen dari BN seperti MCA, Gerakan. Baik parti apapun dari orang Cina sudah pasti akan berpaling tadah. Adalah mustahil mereka orang Cina tidak akan bersatu demi untuk mendapat apa yang telah mereka rancangkan berabad-abad lamanya. Mereka cuma tunggu masa saja seperti time bomb yang akan meletup. Inilah dia orang cina yang tahu mengambil kesempatan diatas kelemahan dan kelembutan orang Melayu. Kita kasi mereka sejengkal mereka nak sedepa, kasi betis nak peha. Jangan cepat terpedaya dan tertipu dengan sandiwara orang cina kerana itulah permainan dan senjata mereka. Yang penting perpaduan orang Melayu haruslah segera dilakarkan agar kekuatan dapat diperolehi. Kalau asyik kita menuding jari sesama sendiri kita sendiri yang akan terbakar orang cina tinggal tuang minyak saja dan ketawa. Mereka ahli professional Melayu harus bergerak pantas mengekang kemaraan orang cina dengan mengunakan cara yang munasabah bukan emosi. Kerana disebabkan ingin negara ini berkonsep nationalism maka risiko yang dihadapi adalah kaum Melayu sendiri. Hanya dengan mengembalikan cara Islam yang sebenar dan sederhana yang dapat menstabilkan kedudukan orang Melayu. Selagi sistem demokrasi yang diambil pakai dari barat digunakan di negara Islam maka tidak mungkin akan dapat memberi kemajuan kepada umat Islam. Kerana demokrasi membuka ruang yang luas untuk manusia tidak kira bangsa dan agama menuntut hak mereka tanpa menghormati hak milik penduduk asal sesebuah negara apatah lagi kalau negara itu adalah negara Islam. Sebab itu China tidak mahu mengunakan sistem demokrasi kerana jika tidak negara mereka mudah dijajah oleh barat. Sistem demokrasi adalah sejata barat untuk menakluki mana mana negeri untuk berkuasa didunia. Contohnya seperti Amerika. Mana-mana negara yang mengamalkan sistem demokrasi dengan tidak secara langsung negara itu sudah dijajah baik pemikiran, cara hidup dan macam macam lagi. Kembalikan sistem Islam yang telah wujud dan berjaya sejak zaman rasullulah dan sahabat. Hari ini kita hanya megah dengan sejarah Islam in the Golden Age tapi tidak memikirkan bagaimana mereka dapat mengecapinya.

  22. Awang Soh said

    Bukan isu menghina tetapi sejarah. Orang Cina sebenarnya hanya anak pungut. Yang masih terus mengekalkan kecinaannya yang tidak sepatutnya di negara ini, misalnya mengabaikan bahasa negara bahasa Melayu dan bercita-cita pula meluaskan hegemoni kecinaannya di sini. Sepatutnya tulisan Cina tak payah nak diletakkan di papan tanda, cukuplah digunakan bagi peribadi sesamanya sahaja.

  23. lawak-aku said

    Pasal Dato AI tuh, cubalah baca artikel nie…
    http://syukran.wordpress.com/2008/09/26/perkauman-dr-asri-pekena-batang-hidung-umno-hidup-hidup/
    untuk renungan semua …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: