Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Layakkah DSAI Jadi PM ke 6 (I)

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 29 Ogos 2008

Oleh: Salza Hedra

Kemenangan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Permatang Pauh tempohari memang telah dijangka. Kemenangan dengan majoriti yang besar juga telah dijangka. Beliau sendiri telah pun mempunyai keyakinan untuk menang besar kerana Permatang Pauh adalah kubu kuat beliau, walaupun digembar-gemburkan sebelum ini beliau akan bertanding di kawasan di Selangor atau Perak. Perkara utama yang terlintas di minda ramai pihak mengenai kemenangan ini – ‘Apakah DSAI akan berjaya membawa pakatan pembangkang menerajui kepimpinan Negara dan layakkah beliau dilantik sebagai PM Malaysia ke 6?’

Semalam (28 Ogos 08), beliau akan mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat. Dalam kempen PRK Permatang Pauh lalu, beliau mendesak agar aturcara angkat sumpah itu perlu dilakukan segera iaitu pada Rabu 27 Ogos 08. Apa yang menghairankan ramai pihak, kenapa DSAI tak pulak sanggup untuk angkat sumpah seperti Saiful maupun DS Najib bagi membuktikan yang beliau bersih daripada tuduhan dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau?

Apapun, kita tahu bahawa DSAI mahukan kuasa politik. Nak tebus maruah diri dan mahu ‘pulangkan paku buah keras’ kerpada mereka-mereka yang beliau katakan menganiayai beliau. Beliau tak akan senang selagi dendam ni tak dibalas. Bagi DSAI, pertamanya hancurkan UMNO. Maka diwujudkan konsep ABU (Asal Bukan UMNO) dalam kempen mereka. Kalau UMNO dah lemah, maka kepercayaan orang melayu khususnya terhadap UMNO, akan luput. Langkah ini diambil kerana semasa beliau dibuang oleh Tun Dr Mahathir daripada kerajaan dan parti, tak seorangpun dalam UMNO yang membantu beliau. Kepedihan beliau ditambah dengan kutukan dan penghinaan oleh mereka-mereka yang menerajui Majlis Tertinggi UMNO dan parti komponen BN.

Langkah beliau selanjutnya dalam memastikan UMNO terkubur adalah dengan menjaja konsep satu parti untuk semua kaum. Parti komponen dalam BN adalah gabungan parti-parti mengikut kaum. Maka, kesempatan ini diambil untuk menyatakan bahawa kerajaan BN mengamalkan perkauman. Apa bezanya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang? Malahan lebih teruk lagi. Rakan dalam pakatan pembangkang seperti DAP merupakan sebuah parti khusus untuk bukan melayu. Beberapa tokoh melayu yang terdapat dalam DAP hanyalah bersifat ’superficial’ sahaja. PAS yang juga demikian. Walaupun kita dah lama tahu pakatan pembangkang mengamalkan dasar perkauman, perkara ini cuba ditutup dan dikaburi mereka melalui kempen PRU 12. 

Menurut DS Najib, DSAI dulu masa dalam kerajaan, kuat semangat melayunya dan dalam memperjuangkan hak orang melayu. Kini sudah bertukar arah dan sanggup membelakangkan apa yang beliau perjuangkan selama ini. Semuanya kerana mahukan kuasa politik bagi melunaskan ’hutangnya’ bantuan negara asing dan dendam kesumatnya terhadap UMNO. Beliau mahu memastikan UMNO yang dibina atas kesedaran melayu dan membawa kepada kemerdekaan negara dan pembelaan kepada orang melayu terkubur. Beliau juga mahu hapuskan kerjasama erat antara kaum yang terbina sejak sekian lama antara kaum atas usaha murni pemimpin-pemimpin UMNO MCA dan MIC sejak dahulu hingga kini. Beliau sanggup menggadaikan keharmonian kaum dengan mempermainkan isu perkauman agar kerjasama, kesefahaman dan keyakinan antara kaum yang tersimpul erat dileburkan. Bila hal ini berlaku, beliau mahu dilihat sebagai individu yang berjaya menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama dengan memberikan hak sama rata dan sama rasa kepada semua.

Advertisements

6 Respons to “Layakkah DSAI Jadi PM ke 6 (I)”

  1. zai said

    BN perlu dipakejkan semula – Muhyiddin

    SINGAPURA, 28 Ogos – Laporan yang menyatakan ada kemungkinan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) akan keluar dari gabungan tersebut tidak boleh dipandang ringan, kata Menteri Perdagangan dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    “Saya rasa kecewa bila ada cerita parti nak keluar BN. Trend begini tak pernah berlaku dahulu,” kata Muhyiddin yang juga Naib Presiden UMNO.

    Beliau berkata, BN perlu melakukan langkah proaktif untuk menggerakkan pelan pemulihan dalam semua aspek termasuk menjenamakannya semula.

    “Kami tahu ada kelemahan pada parti komponen,” kata Muhyiddin ketika bertemu dengan wartawan Malaysia di luar Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi Asean (AEM) di sini hari ini.

    Beliau berkata, BN perlu dipakejkan semula untuk mempersembahkan imej yang bersesuaian kepada para pengundi.

    – Bernama

  2. apaapele said

    kete kalau dah buruk byk masalah. kita tukar kete baru walau kita tak pasti yg baru itu lebih baik atau sebaliknya berbanding dengan kete buruk.

    yg pasti kete buruk mmg banyak masalah dan malahan ada masalah yg dah tak bleh repair dah.

    jadi kita cuba dulu kete baru. pakai sat. tgk camner. kalau dirasakan kita terus pakai kete baru maka kita pakai terus kete baru. kalau dirasakan kete buruk tu yg lebih bagus, kita jual balik kete baru dan kita pakai balik kete buruk.

    PR=kete baru
    BN=kete buruk

    kita sbg rakyat ada kuasa utk tentukan kerajaan. apa takut. bagi le sepenggal ke dua penggal ke.
    kalau PR ni lebih baik dari BN, kita terus pangkah. Kalau tak ok, kita pangkah BN balik.
    sbb apa? mg BN skrg ni byk sungguh masalah nyer. so,ketepi dulu, repair apa2 yg patut dan barulah berlumba balik dengan kete baru

  3. jamalatat said

    tapi bro,kalo da amik kete baru,sure kena pakai terus punya,maneleh pakai kejap terus jual.pikir r,kalo kita ambik kete baru tu harga yang perlu di bayar sure MAHAL.kalo nak jual balik sure akan RUGI BESAR.KERUGIAN dari jual kereta baru tu sape nak tanggung?

  4. jalak_jolok said

    kalo kete jenis mantap bole pakai lama bro…..
    kete buruk baik tukar….
    nak merasa jugak pakai kete baru……
    daripada selamanya pakai kete buruk yang dah nak relai….
    lama-lama jadi besi buruk…..huhuhu….

  5. whiteorange said

    apeapelah – tukar kerajaan tak macam tukar kereta . buatlah perbandingan yang betul. kesannya tak macam mana kita menukar kereta. kereta baru walau apa pun alasan tetap lebih baik dari kereta buruk

    aku bagi satu contoh lainlah. Katalah kita dah jemu dengan perangai bini kita, maka kita tukar sahajalah bini baru. apakah keannya sama dengan menukar kereta baru juga?

    Manusia khasnya manusia melayu ni memang klasiknya begitu. ambil mudah apa yang dah diperjuangkan selama ini. apa jaminan yang baru itu tidak akan bermasalah dan lebih baik.

  6. juling said

    Al-marhum Ustaz Fadzil Mohd Noor pernah mengajak rakyat memerangi khurafat yang dibawa Umno di kalangan orang Melayu, iaitu dengan mendakwa hanya Umno boleh memerintah.

    Al-marhum sendiri yang menamakan dakwaan itu sebagai khurafat, iaitu amalan atau kefahaman yang bertentangan dengan ajaran Islam. Khurafat besar itu berakar umbi dalam kefahaman orang Melayu sejak sekian lama.

    Hasil penerangan bersungguh-sungguh dan penuh istiqamah pejuang PAS, khurafat itu makin hari makin terhakis. Hari ini sekurang-kurangnya enam buah negeri di Semenanjung pernah menolak fahaman khurafat tersebut.

    Setelah terbukti di depan mata bahawa Umno boleh untuk tidak jadi pemerintah, maka fahaman songsang itu tidak lagi dijaja di kalangan orang Melayu.

    Namun tidak bermakna usaha menyambung hayat kuasa melalui fahaman khurafat yang diterapkan di kalangan orang Melayu dihentikan.

    Mereka menukar pula fahaman yang ditolak tadi kepada kenyataan baru iaitu kuasa Melayu-Islam terhakis jika Umno hilang kuasa.

    ha ha ha ha ha ha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: