Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

SKETSA PERMATANG PAUH

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 25 Ogos 2008

Oleh: Salza Hedra

Esok para pengundi di Permatang Pauh akan membuang undi bagi menentukan Ahli Parlimen mereka. Apakah mereka akan memilih DSAI (PKR) atau Dato’ Ariff Shah BN? Calon seoranglagi boleh dianggap tidak tersenarai sebagai calon ’favourite’. Apa yang menarik adalah pembongkaran mengenai masalah moral dan pembohongan DSAI Apabila DS Mohd Najib dalam sesi kempen ceramahnya semalam memaklumkan bahawa DSAI perlu menyelesaikan persoalan moral sekiranya beliau ingin dipilih menjadi wakil rakyat di Permatang Pauh. Itu yang menarik minat penulis untuk menulis artikel ini

Isu mengenai kes liwat tidak banyak dimainkan tetapi apabila Saiful (mangsa/pendakwa) mengangkat sumpah di mesjid baru-baru ini, maka tiba-tiba persoalan timbul adakah DSAI akan melakukan perkara yang sama? DSAI masih lagi enggan melakukannya. Menurut DSAI, beliau mengambil tindakan tersebut kerana dinasihati oleh beberapa pakar/ulama agama Islam menyatakan bahawa beliau tak perlu berbuat demikian. Sebaliknya beliau telah ke JAWI, memohon agar kes beliau ini dijalankan mengikut peruntukan undang-undang syariah dan perlu ada empat saksi.

Persoalan yang bermain di minda ramai orang ternasuklah mereka dalam PKR dan PAS mengapa DSAI tak mahu/berani berbuat sepertimana yang telah dilakukan oleh Saiful? Ada yang berkata: ’Kalau beliau tak buat angkat sumpah je le’. ’Kenapa perlu ditangguh-tangguh atau berdalih-dalih dengan mengatakan ini konspirasi kerajaan khususnya Pak Lah yang dikatakan zalim?’

Sibuk sejak dulu sampai le ke hari ni dalam kempen di Permatang Pauh, DSAI dok pukul canang DS Mohd Najib terlibat dengan kes pembunuhan Altantuya. Melalui waluk paling kanan beliau RPK dalam blognya Malaysia Today, dok kata ada bukti dan dah pi ke Mongolia jumpa keluarga Altantuya dan mempunyai dokumen penting yang boleh mensabitkan DS Najib. Tapi Duta Malaysia ke Mongolia kata bahawa perkara ini merupakan satu pembohongan dan semua dokumen mengenai kes Altantuya tak tercatit pun nama DS Najib. DS Najib pun dah angkat sumpah. DSAI bila pulak?

Ada yang bercerita pada penulis adalah lebih baik sekiranya rakyat Malaysia khususnya di Permatang Pauh, ahli PKR dan PAS buat tekanan kepada DSAI agar beliau juga angkat sumpah macam Saiful dan DS Najib. Tapi penulis berpendapat bahawa penyokong DSAI dalam PKR, DAP dan PAS takkan nak buat macam tu. Mereka takut nanati peluang untuk menang di Permatang Pauh akan terlepas macam tu aje. Tambahan pula impian DSAI untuk jadi PM 16 Sept ini dan DAP untuk adakan perhimpunan agung mereka di PWTC lenyap. Rancangan untuk ambil alih kerajaan Persekutuan tak mahu dijadikan galang gantinya.

Tapi kalau di amat-amati, pakatan pembangkang dah biasa dengan buat demonstrasi untuk tuntut sesuatu macam Demontrasi Bersih dan Demontrasi Hindraf. Apa kata Tian Chua? Tak sanggupkah untuk buat demontrasi atau buat bantahan terhadap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada DSAI? Tambahan pula, dalam pakatan pembangkang terdapat ramai para peguam handalan seperti Karpal Singh, Philip Singh Deo (anak Karpal) dan rakan sekongkol mereka dalam Majlis Peguam? Buatlah dakwaan kepada kerajaan Malaysia atas konspirasi ni. Tapi kenapa mereka senyap juga?

Lim Guan Eng yang acapkali berkata untuk jadi pemimpin mesti di kalangan mereka yang bersih dan diyakini oleh rakyat. Mereka mestilah orang yang jujur, cekap, amanah dan bermoral. Tapi apabila terdapatnya ’masalah moral’ yang wujud pada DSAI, beliau senyap je. Nallakaruppan dedahkan bahawa DSAI terima duit sebanyak RM60 juta daripada Magnum DSAI cepat-cepat jawab kata Nallakaruppan yang terima duit tu. Betullah Nallakaruppan terima duit tu tapi duit tu untuk diberikan kepada DSAI. Begitulah kata Nallakaruppan. Yang hairannya, DAP khususnya Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tak komen apa-apan pun. Mungkin mereka diam kerana bila DSAI jadi PM selepas dapat ambilalih kerajaan Persekutuan, maka jika timbul masalah ni, maka senanglah dijadikan modal untuk menyuruh DSAI lepaskan jawatan dan serahkan kepada TPMnya. Siapa lagi kalau bukan Lim Kit Siang. Kena ingat dalam Perlembagaan Persekutuan takda peruntukan yang menytakan PM tu mesti orang melayu

DSAI juga dikatakan sanggup gadai prinsip beliau sendiri demi untuk kepentingan mencapai matlamat peribadinya. Kalau masa menjadi TPM dulu, beliau amat tegas dan tidak menyokong sebarang tindakan dan perjuangan DAP dan PAS. Tapi sejak terkeluar daripada kerajaan dan UMNO, beliau perjuangkan agenda DAP bagai nak rak. Konsep ’Malaysian Malaysia’ PAP (Lee Kuan Yew) yang kini diteruskan oleh DAP disamping perkara-perkara dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya mengenai hak istimewa orang melayu dan Islam sebagai agama Persekutuan yang ditentang DAP, kini menjadi laungan DSAI. Dengan kata lain, DSAI menjadi lidah DAP dan sanggup gadai pembelaan nasib bangsa dan agamanya sendiri !

Penulis kesian tengok kat Datin Seri Wan Azizah. Selain daripada terpaksa melepaskan kawasan yang dimenangi beliau hanya kerana nak bagi suami jadi PM ke 6 Malaysia, DS Wan Azizah terpaksa menutup mulut walaupun selepas Saiful dan DS Najib dah angkat sumpah. DS Wan Azizah terpaksa buat bodoh aje bila rakan dalam pakatan pembangkang dan pengundi Permatang Pauh dok tunggu bila DSAI nak angkat sumpah bagi menafikan dakwaan liwat. Anak beliau, Nurul Izzah, ahli Parlimen Lembh Pantai juga senyap. Dah tak boleh nak kata apa, sebab tu ayah dia. Patutnya, DS Wan Azizah dan Nurul Izzah menjadi orang pertama yang bersungguh-sungguh memastikan DSAI angkat sumpah cara Islam untuk membuktikan kebenaran DSAI. Tapi nampaknya macam tak ada apa-apapun tindakan daripada mereka kecuali membiarkan DSAI berdolak-dalih dan membuat tohmahan-tohmahan terhadap kerajaan dan pemimpin BN.

Bagi mereka yang akan mengundi di Permatang Pauh, undilah dengah bijak. Jangan perjudikan nasib bangsa dan agama hanya untuk merealisasikan impian seorang insan yang moralnya kini menjadi tanda-tanya. Jangan kelak sesal kemudian kerana ia tidak berguna lagi. Jangan sampai nasi dah jadi bubur. Jangan dah terantuk baru nak terngadah. Jangan terpedaya dengan mainan politik mereka-mereka yang pandai bermain madah – manis dibibir tapi penuh dengan helah bak udang di sebalik mee.

Advertisements

4 Respons to “SKETSA PERMATANG PAUH”

  1. drmshukri said

    hahahahahhaha
    kantoi lagi sekali
    tutup jer lah webblog ni

  2. Anak Dara Mantap said

    tak de kena mengena dengan webblog ni kalo permatang pauh di tawan oleh pkr…
    web blog just untuk kita berfikir yang manakah patut untuk mempimpin negara kita ni…
    kalo telinga dah tak tahn dengan kerajaan pi la duk jauh2…..
    menghabiskan bore jer!

  3. Anak Dara Mantap said

    aku nk tgk mcm mana PR memimpin seperti yang ko(Drmshukri)bangga kan….
    janji yang tak pernah ditetapi,bermain kata, tapi habuk tara….!
    manisfesto konon!!!!pooorah…
    aku nak tanya,selama ni anak2 ko sekolah,Pr ker yang sediakan,bina?lu fikirlah sendiri!Ko ingat Pr tu ada duit ker nak buat benda semua ni….subsidi pun kerajaan yang bagi…dah tunjuk belang.Pemimpin yang keadilan tu….pengkhianat ank bangsa melayu kita sendiri….dulu berkata,TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA…TAPI SEKARANG DIA BERKATA HILANG MELAYU AKU BAGI KEPADA ORANG BUKAN MELAYU! weiiiii ko fikirlah sendiri…..
    kalo da tak tahan duk lah kat dlm hutan.

  4. demang said

    hak er lar.. bina sekolah tu mmg la dah jadi tanggung jawab kerajaan.. ape yang nak bising nyer? isk.. katalah kalau PR jadi kerajaan, jadi sekolah tu siapa yang bina? kerajaan ke PR?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: