Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

SEMARAKKAN JIWA BANGSA MALAYSIA MERDEKA

Posted by Sahabat MANTAP di Sabtu, 23 Ogos 2008

Oleh: Salza Hedra

Sambutan Kemerdekaan ke 51 tahun semakin hampir. Jiwa merdeka rakyat Malaysia terhampar jelas dalam kehidupan setiap rakyatnya. Tiada kegusaran dan jiwa terkongkong yang menghantui kita. Kemerdekaan amat bermakna kerana kebebasan mentadbir dan membangunkan rakyat dan negara dibentuk mengikut acuan kita sendiri. ”Perpaduan Teras Kejayaan’ menjadi slogan sambutan hari kemerdekaan ke 51. Tema sebegini pernah digunapakai selepas merdeka khususnya pada tahun 1970-an iaitu semasa zaman kepimpinan Perdana Menteri Kedua, Allahyarham YAB Tun Abdul Razak Hussein.

Perpaduan dan keharmornian masyarakat Malaysia menjadi sebutan dan impian banyak negara dunia. Kerjasama antara kaum telah lama terpahat dalam hati sanubari rakyat Malaysia melalui dasar-dasar dan program-program yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan dengan jayanya. Dasar dan program tersebut adalah untuk memastikan keharmornian dan perpaduan dapat disemat dan menjadi azimat kepada keutuhan jatidiri rakyat Malaysia bagi menghakis dan meluputkan dasar pecah dan perintah oleh kolonial demi kepentingan mereka.

Pada zaman kolonial, pengasingan mengikut kaum dibentuk melalui bidang ekonomi dan geografik. Tujuan utama penjajah agar tidak akan wujud persefahaman dan kerjasama antara kaum bagi memudahkan urusan pentadbiran dan mengekalkan penjajahan mereka. Mereka juga yakin dengan dasar sebegini maka masyarakat Malaysia tidak akan melakukan rusuhan atau menuntut kemerdekaan Namun jangkaan mereka meleset apabila masyarakat melayu melalui UMNO mula menentang Malayan Union dan akhir membawa kepada tuntutan kemerdekaan.

Bagi memastikan tuntutan kemerdekaan tersebut gagal, pihak penjajah meletakkan syarat khas iaitu orang melayu dikehendaki menerima kaum pendatang yang mereka bawa diberikan taraf warganegara. Sekali lagi jangkaan mereka meleset. Kebijaksanaan pemimpin UMNO telah mengadakan perbincangan dengan ketua-ketua kaum Cina dalam MCA dan kaum India dalam MIC telah mewujudkan persetujuan lisan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial. Persetujuan dan kesefahaman antara kaum ini juga jelas terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan yang tujuan utamanya untuk melindungi orang melayu dan bumiputera dan menjaga keharmornian kaum dengan memberikan hak mereka. Begitu besarnya nilai perpaduan yang akhirnya membawa kepada kemerdekaan negara.

Akhirnya Malaysia merdeka dan tugasan membina negara terletak kepada semua kaum dan diterajui oleh UMNO. Bagi memastikan perpaduan dan keharmonian kaum sentiasa mekar dan tersemat dalam jiwa rakyat Malaysia, pelbagai dasar menyatupadukan rakyat Malaysia dilakukan khususnya melalui dasar pendidikan dan kebudayaan.

Namun sejak akhir-akhir ini ada golongan yang sanggup menggadaikan perpaduan dan mempersoalkan perkara-perkara sensitif atas dasar untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang membelakangkan prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Isu-isu sensitif mula dilaungkan oleh kumpulan-kumpulan tertentu khususnya oleh parti pembangkang dan sekutunya. Perpaduan kaum yang selama ini utuh mula dipermainkan supaya seolah-olah rakyat Malaysia mahu dipecah-pecahkan mengikut kaum masing-masing. Walau apa nama yang digunakan baik daripada aspek ’hak sama rata’ dan ’Malaysian Malaysia’, semua ini berbaur perkauman dan bertujuan untuk memperoleh sokongan demi untuk mendapatkan kuasa politik. Apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mula dipersoalkan khususnya mengenai hak keistimewaan orang melayu dan Islam sebagai agama persekutuan.

Sejak 10 hingga 15 tahun kebelakangan ini, isu perkauman dihamparkan khususnya daripada kalangan ahli politik pembangkang. Isu yang sensitif sebegini semakin bertambah rancak bila kempen pilihanraya hampir dengan hari mengundi.. Apa yang penting bagi kumpulan ini adalah untuk mendapatkan kuasa politik untuk memerintah negara. Hak rakyat atau pembelaan terhadap rakyat hanya satu manifestasi kosong yang dilaungkan semasa berkempen.

Jangan gadaikan perpaduan dan keharmonian kaum yang telah terbina atas semangat Malaysia. Jangan cuba mengasingkan rakyat Malaysia mengikut warna kulit dan agamanya. Bersatul dan bersama-samalah kita semarakkan jiwa bangsa Malaysia yang telah lama dipupuk dan diasuh oleh para pejuang dan pemimpin terdahulu demi kecemerlangan negara.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 51 Malaysia. ’Perpaduan Teras Kejayaan’.

Advertisements

2 Respons to “SEMARAKKAN JIWA BANGSA MALAYSIA MERDEKA”

  1. Mat Sufi said

    Bangsa Malaysia Merdeka akan benar-benar wujud apabila dasar-dasar negara yang telah disusun dan digubal dihayati oleh sgenap lapisan masyarakat dan tidak lagi terperangkap dengan fahaman kaum yang sempit dan salah. Peranan setiap pemimpin amatlah diharapkan membela soal bangsa dan negara ini.

  2. hi saya elavarassan,baru baru ini saya ada menghantar sebuah sajak 1 malaysia,untuk akbhar utusan minda,saya berharap saya akan dapat satu berita yang baik,terima kasih,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: