Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

”DI MANAKAH KEPERCAYAAN KITA”

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 20 Ogos 2008

Oleh: Putera_Adnan

Kemenangan UMNO dalam PRU yang ke-12,memastikan tampuk kepimpinan UMNO adalah yang terbaik dalam pilihanraya Umum kali ini,walaupun sesekali kemenangan ini dicabar,di tentang dengan manifesto-manifesto yang tak mungkin di tunaikan oleh PR kepada rakyat.Rakyat kini semakin bijak membuat keputusan. Mereka mahukan sebuah kerajaan yang lebih cekap dan amanah untuk mentadbir urusan negara. Rakyat sudah muak,penat dan tak sanggup dengan penipuan dan penyelewangan yang dilakukan oleh mereka yang telah terlalu lama berada di atas. 

Soalnya sekarang,siapakah yang mampu mengurus negara dengan baik? Adakah Barisan kerajaan yang ada sekarang, atau Pakatan Rakyat yang kurang bersepakat dengan idealogi-idealoginya? Adakah kemenangan PR di 5 negeri disebabkan kekuatan PR itu sendiri, atau lebih merupakan undi protes oleh penyokong-penyokong kerajaan yang mahukan perubahan?

Hakikat yang tidak dapat dinafikan, UMNO sebenarnya lebih mampu dan layak mentadbir negara sekiranya dalang-dalang pengkhianat ini dapat dibersihkan dan di hapuskan dalam dunia politik sekarang ini.Maka,fikir-firkanlah, dasar dan matlamat mereka lebih jelas, penyokong-penyokong yang setia di samping sejarah membuktikan UMNO mampu menyatukan melayu. Sekurang-kurangnya UMNO / ORANG Melayu akan tetap menjadi ketua.

Memanglah BENAR, Islam tidak mewakili melayu. Bersatu di dalam Islam adalah tuntutan syara’. Namun penduduk asal Malaysia, yang merupakan majoriti adalah Melayu yang beragama Islam.InsyaAllah, jaga melayu, terjagalah Islam.

Islam yang macam mana? Disebabkan kesensitivitian melayu-Islam inilah, Islam dipergunakan oleh banyak pihak atas nama agama.
Bila dikatakan kerajaan sekular – timbul Islam Hadhari..
Islam itu nasihat – tapi kalau soal politik, dibolehkan mencerca, memfitnah, mengadu domba, memutuskan silatur rahim dan sebagainya.
Islam itu syumul, satu cara hidup. Asingkan Islam dari politik Malaysia. Politik itu kotor, kebiasaannya matlamat politik akan menghalalkan segala cara.

Islam patut diamanah kepada mereka yang tidak ada kepentingan politik di atas mereka, para mufti dan Majlis fatwa mereka. Negara ditadbir oleh pemimpin yg amanah, cekap dan berwibawa.
Insya Allah, Malaysia akan lebih Islamik dan cemerlang.

Wallahu a’lam…

Satu Respons to “”DI MANAKAH KEPERCAYAAN KITA””

  1. cekka said

    Setuju.. setuju.. setuju..

    Bagaimana pun, Islam dan pemerintahan mesti saling lengkap-melengkapi.. tak boleh diasingkan terus.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: