Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Wan Azizah Tidak Hormati Kehendak Rakyat.

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 1 Ogos 2008

Oleh: Adijagat

 

Semalam Datuk Seri Wan Azizah melatakkan jawatan beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

 

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Wan Azizah, 55, berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya itu hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini yang turut dihadiri Anwar dan anak mereka, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai, Wan Azizah berkata, perkara itu telah dibincangkan dengan kepimpinan PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, adalah wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi tersebut diwakili oleh Anwar.

Wan Azizah berkata, beliau akan mengekalkan jawatan Presiden PKR manakala penggantinya sebagai Ketua Pembangkang akan ditentukan Pakatan Rakyat.

Anwar, 60, pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada isterinya yang telah sanggup melepaskan kerusi itu walaupun ia bukan satu perkara yang senang untuk dilakukan.

Beliau berkata, keputusannya untuk bertanding di Permatang Pauh adalah kerana ianya merupakan kerusi yang selamat baginya walaupun beliau ditawarkan beberapa kerusi Parlimen yang lain, termasuk kerusi Bandar Tun Razak yang disandang oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Gombak yang diwakili Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958, kerusi Parlimen itu perlu diisi dalam tempoh 60 hari mulai dari tarikh ia dikosongkan.

Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil Barisan Nasional dari tahun 1982 sehingga beliau dipecat daripada UMNO pada September 1998, dan menjadi anggota Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun kerana tuduhan rasuah.

Disebabkan hukuman penjara yang dikenakan terhadapnya, Anwar yang dibebaskan pada September 2004, tidak layak bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Menyentuh mengenai pengumumannya baru-baru ini untuk bertanding kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru, Anwar berkata, proses petisyen pilihan raya kerusi itu akan memakan masa untuk diselesaikan.

“Setelah berunding dengan keluarga, (Anggota Parlimen Cheras dari DAP, Tan) Kok Wai, (Anggota Parlimen Ipoh Timur, Lim) Kit Siang dan (Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim) Guan Eng serta (Presiden Pas, Datuk Seri) Hadi Awang dan rakan-rakan di Permatang Pauh, mereka bersetuju untuk saya tawarkan diri,” katanya – Utusan Malaysia 31 julai 2008.

 

Datuk Seri Wan Azizah sebenarnya perlu ingat yang beliau dipilih oleh rakyat Permatang Pauh untuk berkhidmat kepada mereka. Beliau dipilih untuk mewakili mereka dan beliau merupakan suara penduduk Permatang Pauh. Pada Pilihanraya Umum yang lepas pengundi di Permatang Pauh telah memilih beliau dan itu merupakan satu amanah yang amat besar yang perlu di pikul oleh beliau. Tindakan beliau untuk meletakkan jawatan tersebut hanya semata mata untuk memberi laluan kepada suami beliau bertanding di kawasan yang selamat dirasakan satu tindakan yang membelakangkan pilihan rakyat dan merupakan satu pengkhianatan terhadap amanah yang diberikan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang ini maasih berupaya untuk memainkan peranan beliau di dalam arena politik tanahair walaupun tidak berada di Parlimen. Apa yang perlunya DSAI berada di dalam Parlimen jika beliau boleh melalak di luar Parlimen seperti sekarang? DSAI diberikan peluang untuk muncul di dalam Debat Perdana yang disiarkan di dalam Televisyen Nasional. Beliau sentiasa bercakap dan menyalahkan kerajaan hari ini tanpa perlu hadir di dalam parlimen. Masih ramai yang termakan oleh dakyahnya.

 

Mungkin sebenarnya DSAI telah rindu untuk dipanggil Yang Berhormat dan Yang Amat Berharmat…… Cita cita beliau memang besar tetapi rakyat kena ingat siapa di belakang DSAI dan PKR. Janganlah tertipu dengan sandiwara mereka yang menjadi tali barut Amerika dan yahudi ini. Ingatlah apabila tiba hari pengbuangan undi nanti; undilah BARISAN NASIONAL.

2 Respons to “Wan Azizah Tidak Hormati Kehendak Rakyat.”

  1. cekka said

    Wan Azizah tak salah.. Beliau hanya menjalankan tanggung-jawabnya sebagai isteri kepada Anwar. Umum mengetahui, PKR ditubuhkan untuk membantah penahanan Anwar pada 1998.

    Ayat-ayat orang politik kepada media bukannya boleh di pakai mana, baik dari PR mahupun BN. Yang penting, logik akal dan suara hati kita yang boleh menahan kita daripada mempercayai sesuatu sumber berita secara bulat-bulat.

    Siapa tahu ini arahan Anwar kepada Azizah ketika di bilik tidur mereka? Lagipun, kes liwat ni akan dibicarakan pada bila-masa shj sekarang. Anwar kesuntukkan masa.

  2. Menurut saya:
    Apa yang di lakukan Wan Azizah merupakan proses demokrasi.
    Malaysia harus belajar berdemokrasi yang baik.

    Hidup Anwar Ibrahim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: