Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Muzakarah UMNO-PAS: DAP Tidak Pernah Mempercayai PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 28 Julai 2008

Oleh: Adijagat

Dalam pada orang melayu begitu ghairah dan teruja dengan kesediaan UMNO dan PAS untuk mengadakan muzakarah membincangankan hal-hal kepentingan Islam dan Melayu, tiba tiba Karpal Singh telah mengejutkan semua dengan mempersoalkan kredibiliti PAS dan keanggotaan PAS di dalam Pakatan Rakyat.

“Pas ternyata mengundang keraguan tentang kredibilitinya dan berdasarkan perkembangan mutakhir, Pakatan Rakyat perlu menimbang secara serius sama ada Pas patut terus dibenarkan menganggotainya,” kata Karpal Singh.

“Jaminan Presiden Pas (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa Pas tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini.”

“Selepas pilihan raya umum pada 8 Mac, Pas mengadakan perbincangan dengan UMNO bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor. Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara itu,” katanya.

“Jelas sekali, kenyataan pemimpin Pas kebelakangan ini memberi persepsi bahawa mereka akan meninggalkan Pakatan Rakyat,” kata Karpal.

Karpal Singh dengan angkuhnya menyatakan PAS tidak boleh dipercayai dan beliau yakin Pas akan meninggalkan Pakatan Rakyat. Memang umum mengetahui Pengerusi DAP ini merupakan seorang yang bermulut celupar dan akan mengatakan apa sahaja yang tidak disenanginya sehinggakan baru baru ini beliau berani mempertikaikan kuasa Sultan Dan Yang DiPertuan Agong.

Apa yang perlu ditakutkan kerana UMNO-PAS hanya berbincang mengenai perkara yang kedua dua parti itu mempunyai persamaan iaitu mengenai kepentingan Agama Islam dan perpaduan Melayu. PAS dan UMNO merupakan parti yang memperjuangkan kedua dua perkara tersebut jadi adalah tidak molek jika mereka terus bercakaran di dalam perkara yang sama sama mereka perjuangkan. Mungkin kaedah dan modus operandi mereka berbeza tetapi intipati perjuangan mereka adalah sama. Seorang bijak pandai pernah berkata “jika kita ingin berpecah carilah perbezaan diantara kita tetapi jika kita ingin bersatu carilah persamaan diantara kita.”

Inilah yang ingin dicari oleh kedua dua belah pihak, iaitu persamaan yang adalah di dalam parti dan bermula dari ini mereka akan membincangkan apakah yang boleh dilakukan oleh kedua dua pihak dalam membela Islam dan Melayu uuntuk kepentingan negara juga. Karpal perlu memahami ini kerana tidak ada seorangpun di dalam dunia ini yang mahu melihat agama dan bangsannya tidak terbela dan terus terpinggir. Tidak timbul soal PAS menyertai BN kerana Dato’ Seri Hj Hadi telah memberikan jaminan itu tetapi Karpal menolaknya mentah mentah. Ini jelas menunjukkan Karpal tidak pernah mempercayai PAS dan pakatan mereka hanya merupakan satu “marriage of convenience” untuk mendapatkan kuasa politik sahaja.

DAP tidak pernah menerima dasar perjuangan PAS selama ini sehinggakan Karpal Singh pernah berkata jika PAS ingin mendirikan Negara Islam langkah mayatnya dulu (over my dead body). Orang seperti Karpal ini sebenarnya tidak pernah dan tidak akan mempercayai PAS kerana fahaman politiknya yang terlalu jauh berbeza dari fahaman dan dasar perjuangan politik. Jika berlakupun pakatan seperti sekarang ini ianya tidak akan berpanjangan apatah lagi berkekalan kerana Karpal Singh dan DAP yang sebenarnya tidak ikhlas. Beliau Cuma seorang tua yang gila kuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kuasa tersebut. Karpal Singh seolah oleh menunjukkan beliau dan DAP ikhlas untuk berpakat dengan PAS sehinnggakan sanggup berkompromi mengenai dasar perjuangan mereka tetapi sebenarnya beliau hanya menggunakan PAS untuk mendapat kuasa dan menunggu masa yang sesuai untuk menyembelih PAS!

Advertisements

5 Respons to “Muzakarah UMNO-PAS: DAP Tidak Pernah Mempercayai PAS”

  1. sontot said

    Semakin seronok hamba melihat suasana politik di negara Antah Berantah ini. Inilah yang hamba tunggu-tunggu, apabila rakyat negara Antah Berantah sibuk sangat dengan hal-hal politik yang siol biol ini..maka pada ketika itulah kita akan menyerang mereka. Sembelih mereka, kepalanya digantung di halaman rumah kita. Gamaknya itulah yang sedang dikatakan oleh musuh-musuh Islam terhadap kita ini. Wallah Wa’alam

  2. juling said

    sulaiman

    “Ia sekarang muqabalah, bukan lagi muzarakah. Ia penting diketahui daripada aspek epistemologi.

    “Muzakarah bermaksud diskusi biasa untuk mencari persefahaman. Muqabalah bermaksud, kamu berdiskusi atas pendirian kamu.”

  3. cekka said

    DAP makin panas dengan PAS. Alasan mereka boleh diterima atas dasar semangat kesetiakawanan parti. Tetapi kenapakah PAS mencari UMNO?

    Ambo rasa, Anwar lah punca kekalutan politik sekarang. Ambo rasa dia yang jadi punca keluh-kesah dalam PR sekarang..
    Artikel ambo : http://cekka.wordpress.com/2008/07/29/anwar-punca-keretakkan-pakatan-rakyat/

  4. Sulaiman said

    Juling

    Jangan terlalu emosi sangat sebab saya belum pun masuk campur tentang hal muzakarah atau muqabalah dan selalunya betulkan diri sendiri sedangkan ejaan pun tak betul

  5. apaapele said

    malas aku nak sibuk dengan benda siol biol ni.
    aku hanya sibukkan diri kat kertas undi jer
    tu yg terbaik

    ringkas, senang, berkesan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: