Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Berbaik Sangka Dengan Muzakarah Perpaduan Melayu

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 23 Julai 2008

Oleh: Adijagat

 

Saya merasa amat gembira apabila pemimpin pemimpin Melayu merasakan satu muzakarah perlu dilakukan diantara parti parti politik bagi memastikan Islam dan Melayu terus terbela di negara yang kita cintai ini. Apa lagi bila saranan untuk diadakan muzakarah ini datangnya dari pemimpin yang mempunyai ideologi politik yang berbeza.

 

Dato’ Seri Abd Hadi Awang dan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan pemimpin tertinggi dua buah parti politik Melayu Islam yang terbesar di negara ini yang pastinya dapat memberikan impak yang sangat besar kepada senario politik negara. Kalau dilihat dari apa yang diperkatakan mereka mengenai nasib orang melayu dewasa ini, sudah pasti mereka mengetahui sesuatu yang mungkin tidak diketahui oleh orang ramai. Maklumat mereka sudah pasti sangat tepat berdasarkan dari sumber sumber yang banyak dan boleh dipercayai.

 

Apapun, yang penting adalah muzakarah ini dapat menyatukan orang Melayu secara keseluruhannya tetapi beberapa garis panduan harus diikuti oleh kedua dua pihak yang terlibat di dalam muzakarah tersebut.

 

Pertama: semua pihak mesti mengetepikan fahaman politik masing masing.

 

Kedua: semua pihak mesti ikhlas dalam perbincangan untuk perpaduan Melayu dan bukannya untuk kepentingan parti politik masing masing.

 

Ketiga: Islam mestilah menjadi landasan muzakarah.

 

Saya yakin sekiranya ketiga tiga syarat di atas dipenuhi oleh kedua dua pihak, muzakarah ini akan berjaya dan kita akan dapat melihat Islam dan Melayu menjadi tunjang di negara ini. Sebagai rakyat biasa saya merasakan sudah tiba masanya untuk kita sama sama menyokong usaha murni ini dan bersangka baik terhadap kedua dua pihak yang ingin mengadakan muzakarah ini. Islam menganjurkan kita agar sentiasa bersangka baik terhadap orang lain dan jangan sesekali bersangka buruk.

 

Tetapi kegembiraan saya itu tersentak apabila mendengar Nik Aziz yang bertaraf ulama itu berburuk sangka terhadap UMNO sehingga dia sanggup menyamakan pemimpin UMNO yang ingin muzakarah ini dengan orang munafiq yang mendirikan masjid Dhirar! Nik Aziz mahukan segala usaha untuk mengadakan muzakarah ini dihentikan hanya kerana ingin menjaga hati sekutunya di dalam Pakatan Rakyat konon. Hanya kerana mahu menjaga hati DAP yang jelas tidak pernah meletakkan Islam sebagai perjuangan mereka. Jangankan Islam Melayupun ditentang oleh DAP!

 

Apakah Nik Aziz sudah menukarkan label orang UMNO kepada munafiq pula? (dulu orang Pas kata orang UMNO kafir) Sejak bila Nik Aziz boleh menjatuhkan hukum munafiq keatas seseorang? Sedangkan munafiq atau tidaknya seseorang itu tiada orang lain yang tahu kerana orang munafiq tidak akan menzahirkan kemunafiqannya.

 

Saya bukan hendak menyatakan Nik Aziz salah dan bukan mahu menyalahkan Nik Aziz tetapi saya ingin mengajak beliau untuk sama sama berlapang dada, berbaik sangka sesama umat Islam walaupun berbeza fahaman politik. Berilah mereka ini peluang untuk membuktikan keikhlasan mereka dan jika terbukti mereka tidak ikhlas, Pas boleh menarik diri dari bermuzakarah dengan UMNO. Tidak menjadi masalah sekiranya Pas mahu menarik diri apabila muzakarah tersebut telah diadakan.

 

Saya tidak mahu mengungkit apa yang dikatakan oleh Nik Aziz pada bulan lepas apabila beliau mengatakan bahawa UMNO yang telah meletakkan syarat untuk bermuzakarah dengan Pas sedangkan Pas sedia untuk bermuzakarah tanpa syarat. Saya juga tidak mahu mengungkit bagaimana Nik Aziz menjadi seorang yang sombong yang menyatakan Ezam tidak layak memberikan nasihat kepada Anwar kerana taraf yang berbeza. (sejak bila dalam Islam ada kasta pulak?) dan saya juga tidak mahu mengungkit bagaimana Nik Aziz sanggup bekerjasama dengan syaitan untuk memastikan kemenangan menjatuhkan UMNO yang seagama dengannya tetapi tidak sama sekali bersetuju untuk bermuzakarah dengan UMNO.

 

Saya tidak hairan apabila Khalid Samad menyatakan sokongan terhadap Nik Aziz supaya muzakarah ini dihentikan dan berkata muzakarah yang diadakan selepas PRU 12 tempohari adalah satu usaha UMNO untuk menggagalkan usaha PKR meletakkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Khalid Samad masuk ke gereja di Shah Alam dan menyatakan orang beragama kristian boleh menggunakan sebutan Allah bagi tuhan mereka! Orang seperti ini sudah pasti tidak bersetuju jika diadakan muzakarah untuk Islam dan perpaduan Melayu. Khalid Samad kena faham ini adalah untuk memastikan Melayu terus berkuasa dinegara ini. Seperti yang saya telah nyatakan di dalam tulisan saya yang lepas, jika kita membela Melayu di Malaysia ini bermakna kita membela Islam kerana di dalam perlembagaan Malaysia jelas termaktub Melayu itu mestilah beragama Islam.

 

Saya cuma ingin mengajak semua orang berfikiran terbuka dan berbaik sangka seperti yang dianjurkan oleh Islam. Marilah kita berdoa ke hadrat Illahi agar muzakarah ini berjaya dilaksanakan dan hasilnya akan dapat dinikmati oleh semua orang tidak kita bangsa, agama dan fahaman politik mereka.

Advertisements

2 Respons to “Berbaik Sangka Dengan Muzakarah Perpaduan Melayu”

  1. juling said

    Selepas kekalahan besar Pasukan BN didalam Pilihan Raya ke 12 baru baru ini menyebabkan Kerusi Perdana Menteri ibarat seperti “Telur dihujung Tanduk” lebih lebih lagi bila komponen Pasukan Bn itu sendiri ini bermasalah, Bermula dari MCA, Gerakan dan MIC, malah termasuk Umno itu sendiri makin retak akibat penangan kebangkitan Pembangkang dan juga kelemahan Perdana MEnteri itu sendiri

    Masalah bertambah lagi bila SAPP cuba bermain api dengan mengeluarkan usul tidak percaya kepada kepimpinan PM. Diikuti juga khabar angin terdapat segelintir Adun dari Sabah yang bercadang untuk “bertukar baju”

    Melihat keyakinan rakyat pada pembangkang semakin bertambah maka Pasukan gerak khas BN terpaksa mencari formula baru untuk memperbaiki prestasi pasukan mereka untuk terus mengkaut dan terus mengkaut keuntungan hasil bumi Malaysia kepada Kaum Kroni mereka dan keluarga mereka.

    Pada andaian saya kes liwat DSAI dan Muzakarah Umno Barisan adalah antara Formula untuk mengembalikan cengkaman BN dalam arena politik Malaysia. Kenapa selepas beberapa tahun lamanya memerintah dengan selesa tanpa sebarang kerjasama dengan Pembangkang kenapa kini bila Orang Melayu itu sendiri tidak mempercayai BN atau Umno baru rancangan untuk Muzakarah itu timbul.

  2. juling said

    Sedangkan masalah kemiskinan tegar, masalah sosial, keugaman itu sendiri telah menghantui negara sejak 10 tahun yang lepas. Kenapa tidak Muzakarah itu diadakan 10 tahun yang lepas? Mengapa cadangan untuk Muzakarah sejurus selepas keputusan Pilihanraya ke 12 ?

    Cakap cakap pula mengatakan terdapat pujukan dan sogokan jawatan yang akan diberikan kepada pemimpin PAS sekiranya PAS sedia bergabung dengan BN sehingga jawatan TPM ?Bukankah sogokan itu untuk semata mata memecah-belahkan Pakatan Rakyat itu sendiri. Begitu juga Gabungan PAS BN mampu menawan kembali Selangor Kedah dan juga Kelantan. Ibarat “Serampang 3 Negeri”

    Forum Majlis Peguam yang menyentuh pasal Kontrak Sosial juga antara formula yang dirancangkan untuk menguatkan kan lagi Pisko fikiran Rakyat dan NGO keperluan Muzakarah ini.

    Pada saya BN dan UMNO sudah dijangkiti Kanser tahap Kritikal, Rawatan yang terbaik yang perlu dibuat hanyalah potong dan buang saja. Muzakarah antara senjata untuk BN untuk meneruskan memijak PAS terus ditakuk lama, dan sekiranya Muzakarah masih teruskan maka berkemungkinan jangkitan tersebut bole merebak dan menghancurkan PAS.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: