Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Dilema Tun Mahathir I

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 17 Julai 2008

Oleh: Salza Hedra

Tun Mahathir adalah seorang pemimpin Malaysia yang disegani, dihormati dan disayangi oleh rakyat. Jasa beliau amat besar kepada negara. 22 tahun mengepalai negara dengan jayanya. Menjadikan Malaysia dikenali dan disegani di serata dunia. Kecekapan beliau mentadbir negara sukar ditandingi. Kesemua ini fakta dan tidak dapat dinafikan baik oleh kawan dan lawan. Beliau merupakan tokoh yang amat dihormati oleh dunia luar. Kuasa besar sentiasa melihat perkembangan beliau dan mahu tidak mahu terpaksa menerima bahawa pemimpin kerdil ini merupakan pemimpin terbaik Asia pada kurun ke 20. Walaupun telah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, pengaruh Tun masih kekal dalam senario politik tanahair. Setiap ungkapan atau kenyataan yang dibuat, ia akan diberi perhatian dan menjadi topik perbincangan dan borak-borak baik oleh kaki lepak kedai kopi mahupun tokoh ternama. Impaknya amat kuat.

Pada Perhimpunan Agung UMNO beliau yang terakhir sebagai Presiden UMNO, Tun telah menitiskan airmata kerana beliau sedih melihat segala usaha beliau dalam membangunkan bangsanya ‘gagal’. Dengan nada hiba beliau mengumumkan mahu melepaskan jawatannya dalam parti dan kerajaan. Dewan Merdeka sepi. Perwakilan UMNO, pemimpin parti komponen dan seluruh rakyat terperanjat dengan pengumumnan tersebut. Beliau kemudian berjaya dipujuk oleh MKT dan selepas itu mengumumkan akan terus memimpin parti dan kerajaan untuk tempoh 2 tahun lagi bagi memastikan penggganti beliau dapat diterima rakyat khususnya orang melayu bagi menerajui dan meneruskan kepimpinan negara dan parti kerana beliau sedar bahawa untuk menerima seseorang yang baru bukan mudah kerana beliau telah menjadi aras tanda (benchmark) dalam mengukur kejayaan kepimpinan negara.

Perkara ini tidak dapat kita sangkal. 22 tahun memerintah, hanya beliau dikenali oleh ramai generasi baru. Bagi mereka itulah pemimpin yang mereka tahu dan kenal sejak lahir. Pemimpin itulah yang mereka kenal sejak mula berjinak dalam politik atau perniagaan. Tun adalah idola semua rakyat Malaysia. Bukan mudah bagi Tun untuk memilih pengganti beliau. Empat Timbalan beliau silih berganti; Tun Musa Hitam, Tun Ghaffar, DSAI dan terakhir sekali Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Tun Musa terpaksa melepaskan jawatan. Tun Ghaffar juga terpaksa melepaskan jawatan untuk memberikan laluan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pilihan Tun pada masa itu. DSAI pula dipecat dan digantikan dengan Pak Lah. Akhirnya beliau telah membulatkan tekad mengumumkan untuk memberikan jawatan PM kepada Pak Lah. Beliau dengan yakin berkata bahawa Pak Lah adalah pilihan terbaik dan calon yang sesuai. Maka berlakulah peralihan kuasa selama dua tahun sehingggalah Pak Lah menjadi PM.

Pada PRU 11, BN menang besar. Tun bangga kerana Pak Lah berjaya meneruskan perjuangan yang dititipkan oleh beliau. Tidak salah beliau memilih Pak Lah sebagai penggganti. Namun dalam PRU 12 lalu BN kalah dan hilang 5 + 1 negeri, Tun kata beliau silap jangka tentang Pak Lah. Dalam nada berseloroh beliau berkata “Kot saya memang tak pandai pilih. Timablan saya dua orang lepas jawatan, seorang lagi kena pecat dan yang ni lemah.”

Serangan demi serangan oleh Tun terhadap Pak Lah yang dilakukan beliau sejak Perhimpunan pertama Pak Lah menjadi Presiden UMNO. Semuanya dikatakan berpunca daripada kegagalan Tun untuk menjadi perwakilan angkara ada gerakan yang dilakukan oleh mereka yang khuatir akan kehadiran Tun semasa persidangan.

Bermula daripada situlah maka berlaku serangan demi serangan yang semakin hari semakin hebat dilontarkan Tun terhadap kepimpinan Pak Lah – termasuklah mengenai MV Agusta, Proton, jambatan bengkok, landasan keretapi berkembar dan sebagainya. Tidak cukup dengan itu, unsur kroni dan nepotisme pula sering ditalakan.

Sebagai pemimpin yang diakui kecemerlangan kepimpinannya, maka kenyataan-kenyataan Tun banyak mempengaruhi apa yang berlaku dalam senario politik dan ekonomi negara pada hari ini. Kemuncak serangan terhadap Pak Lah adalah apabila Tun bersama isteri dan anak beliau keluar UMNO. Bagi Tun, UMNO dah lemah. Barisan kepimpinan UMNO sekarang ini dah tak boleh pakai kerana tunduk ikut telunjuk Pak Lah. UMNO dah jadi milik keluarga Pak Lah.

Kenapakah Tun masih mengkritik atau lebih tepat lagi mengutuk kepimpinan Pak Lah.? Kritikan yang datang dari Tun, secara langsung dan juga tidak langsung akan mewujudkan perbandingan di antara kepimpinan Tun dan Pak Lah oleh rakyat. Membandingkan tokoh yang 22 tahun pengalaman memimpin negara dengan yang baru satu pengggal terajui kepimpinan negara adalah sesuatu yang tidak diifikirkan wajar.

Mengapakah Tun masih meneruskannya walaupun Pak Lah dah mengumumkan akan menyerahkan jawatan beliau kepada DS Najib pada Jun 2010? Jawapannya telah diberikan oleh Tun sendiri – Tumbangkan Pak Lah! Kalau Pak Lah dah dijatuhkan maka baru Tun akan berhenti. Apakah serangan dan tindakan sebegini sesuatu yang wajar dilakukan oleh seorang pemimpin yang amat kita kasihi dan sanjungi? Apakah serangan oleh Tun tidak mempengaruhi keputusan PRU lalu? Mahu tak mahu kita kena terima bahawa tindakan Tun memberi kesan terhadap politik orang melayu dan memberikan kelabaan bagi pembangkang dan mereka yang sentiasa menangguk di air yang keroh.

Sebagai seorang yang amat mengagumi dan menyangi Tun serta menghargai jasa Tun terhadap agama, bangsa dan negara cukuplah tindakan yang Tun lakukan ni. Ia makin lama makin memberikan impak buruk kepada negara dan parti. Nasihatlah dengan cara yang lebih afdal demi kebaikan semua pihak khususnya UMNO dan orang melayu.  

 

Satu Respons to “Dilema Tun Mahathir I”

  1. penulis_cyber said

    Ada ketika kita baik…

    Ada ketika kita jahat…

    Tun Mahathir ada ketika ketika berbeza….dan jelas ada ketikanya itu merugikan agama…bangsa, negara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: