Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

SELAMAT BERSIDANG AHLI UMNO.

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 Julai 2008

Oleh: Adijagat

 

Bulan ini akan bermula persidangan tahunan UMNO dan yang menariknya kerana tahun ini merupakan tahun pemilihan bagi setiap peringkat. Sudah pasti apa yang berlaku di dalam pemilihan nanti akan menjadi tumpuan ramai. Ini kerana UMNO yang bersidang pada kali ini tidak lagi dilihat oleh orang luar sebagai parti yang mendapat sokongan yang kuat dari rakyat dan merupakan parti yang hampir kehilangan kuasa dan kepercayaan.

 

Tanggapan ini sebenarnya tidak benar sama sekali kerana UMNO tidak kalah dalam pilihanraya yang lepas dan majoriti yang diperolehi UMNO tidak menurun. Kerusi UMNO tidak menurun. Cuma parti komponen yang besar di dalam Barisan Nasional sahaja yang tewas atau menurun prestasi mereka atas sebab sebab yang tertentu. Namun masyarakat tidak melihat itu sebagai satu hakikat tetapi mereka melihat UMNO sebagai parti yang telah menipis sokongan dari rakyat terhadapnya.

 

Rakyat ingin melihat adakah orang UMNO terutama pemimpin pemimpinnya telah sedar dan belajar dari apa yang dimenifestasikan pada pilihanraya yang lepas atau masih sombong dan angkuh di dalam merebut jawatan dan kuasa. Jika pemimpin UMNO sedar dan mahu merobah diri mereka, rakyat pasti akan dapat menerima mereka dan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional semasa pilihanraya yang akan datang pasti juga akan bertambah. Tetapi jika pemimpin UMNO masih lagi angkuh dan sombong, alamatnya tunggu sahajalah pada pilihanraya yang akan datang rakyat akan menghukum UMNO dan barisan Nasional dengan lebih dahsyat.

 

Suasana politik yang berbeza hari ini menyebabkan pandangan orang juga menjadi berbeza. Ada yang melihat sesiapa yang ingin menawarkan diri sebagai pemimpin sebagai orang yang memang benar benar mahu berjuang dan menabur bakti lebih lebih lagi di negeri yang telah ditawan oleh parti lain. Ada juga orang yang melihat mereka ini sebagai orang yang masih cuba untuk mendapat kuasa dari cara politik kerana tidak tahu melakukan pekerjaan lain. Ada yang melihat dengan sinis mengatakan orang UMNO tidak berubah dan tidak akan berubah.

 

Apapun yng penting adalah setiap ahli UMNO perlu mengetahui bahawa perjuangan UMNO adalah satu perjuangan yng tulus dan suci. Perjuangan ini telah berjaya menyelamatkan Institusi Raja Raja Melayu, telah berjaya menggagalkan Malayan Union, telah berjaya memerdekakan negara ini dan telah berjaya memajukan orang melayu. Dengan memajukan melayu bermakna UMNO sebenarnya telah memajukan Islam dan mendaulatkan Islam kerana jelas di dalam perlembagaan yng menyatakan bahawa ‘orang melayu mestilah beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu.’

 

Percayalah perjuangan UMNO adalah perjuangan yang benar dan diredai Allah. Tetapi ramai yang mula bertanya dan meragui perjuangan ini kerana apa yang mereka lihat adalah berbeza sama sekali dengan apa yang mereka dengar keluar dari mulut pemimpin UMNO. Ramai yang menyatakan bahawa pemimpin UMNO sekarang tidak lagi berjuang untuk rakyat tetapi hanya berjuang untuk perut masing masing. Kalau adapun orang lain yang diperjuangkan adalah ahli keluarga dan kroni mereka sahaja. Ini merupakan luahan dari rakyat yang meluat dengan perlakuan dan sikap tamak haloba pemimpin UMNO.

 

Jika dilihat dan diteliti sebenarnya saya yakin masih ramai pemimpin UMNO yang ikhlas berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara. Namun tidak dapat dinafikan adanya parasit dan virus yang telah menular di dalam UMNO malah di dalam mana mana organisasi pun. Jadi terpulanglah kepada kebijaksanaan ahli ahli UMNO untuk memilih pemimpin yang mereka mahukan. tanggungjawab ini besar kerana di atas bahu anda semua terletak satu amanah untuk mengangkat pemimpin yang akan menentukan masa depan Agama, Bangsa dan Negara kita ini. Jika anda tersilap pilih padahnya akan ditanggung oleh kita semua.

 

Fikirkanlah dengan semasak masaknya siapa yang harus dipilih dan siapa yang tidak sesekali harus diangkat. Ingatlah bahawa Rasulullah telah memberikan panduan kepada kita bagaimana untuk memilih pemimpin. Sifat kepimpinan yang ada pada Rasulullah mestilah menjadi panduan kepada kita bagaimana untuk memilih pemimpin. Pilihlah pemimpin yang SIDDIQ, AMANAH, TABLIGH dan FATANAH.

Satu Respons to “SELAMAT BERSIDANG AHLI UMNO.”

  1. mansaid said

    di cadangkan penjenamaan semula UMNO ….buat lah dalam persidangan nanti dan daftarkan semula dengan ROC dengan nama baru ,UMNO holding,Pemuda Trading dan wanita dan putri sdn bhd.

    umno diperjuangkan bukan lagi berlandaskan perlembagaan parti..setelah cedera teruk dalam pilihanraya lalu maka terbongkarlah pelbagai noda dan dosa pada ugama dan bangsa umat melayu….terhakisnya hak2 keistimewaan orang melayu akibat 50 tahun umno memerintah negara….DAP tak pernah menghakiskannya kerana mereka baru jadi kerajaan campuran berusia 3 bulan…..perlembagaan persekutuan telah menggariskan hak2 keistimewaan orang melayu.tapi umno dan BN telah merobeknya,,,selamat bersidang rentaplah pemimpin yang kaya raya dan hipokrit….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: