Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Archive for Julai 2008

Muzakarah UMNO-PAS: DAP Tidak Pernah Mempercayai PAS

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 28 Julai 2008

Oleh: Adijagat

Dalam pada orang melayu begitu ghairah dan teruja dengan kesediaan UMNO dan PAS untuk mengadakan muzakarah membincangankan hal-hal kepentingan Islam dan Melayu, tiba tiba Karpal Singh telah mengejutkan semua dengan mempersoalkan kredibiliti PAS dan keanggotaan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 5 Comments »

Berbaik Sangka Dengan Muzakarah Perpaduan Melayu

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 23 Julai 2008

Oleh: Adijagat

 

Saya merasa amat gembira apabila pemimpin pemimpin Melayu merasakan satu muzakarah perlu dilakukan diantara parti parti politik bagi memastikan Islam dan Melayu terus terbela di negara yang kita cintai ini. Apa lagi bila saranan untuk diadakan muzakarah ini datangnya dari pemimpin yang mempunyai ideologi politik yang berbeza. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 2 Comments »

Dilema Tun Mahathir I

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 17 Julai 2008

Oleh: Salza Hedra

Tun Mahathir adalah seorang pemimpin Malaysia yang disegani, dihormati dan disayangi oleh rakyat. Jasa beliau amat besar kepada negara. 22 tahun mengepalai negara dengan jayanya. Menjadikan Malaysia dikenali dan disegani di serata dunia. Kecekapan beliau mentadbir negara sukar ditandingi. Kesemua ini fakta dan tidak dapat dinafikan baik oleh kawan dan lawan. Beliau merupakan tokoh yang amat dihormati oleh dunia luar. Kuasa besar sentiasa melihat perkembangan beliau dan mahu tidak mahu terpaksa menerima bahawa pemimpin kerdil ini merupakan pemimpin terbaik Asia pada kurun ke 20. Walaupun telah melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia, pengaruh Tun masih kekal dalam senario politik tanahair. Setiap ungkapan atau kenyataan yang dibuat, ia akan diberi perhatian dan menjadi topik perbincangan dan borak-borak baik oleh kaki lepak kedai kopi mahupun tokoh ternama. Impaknya amat kuat. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

SELAMAT BERSIDANG AHLI UMNO.

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 Julai 2008

Oleh: Adijagat

 

Bulan ini akan bermula persidangan tahunan UMNO dan yang menariknya kerana tahun ini merupakan tahun pemilihan bagi setiap peringkat. Sudah pasti apa yang berlaku di dalam pemilihan nanti akan menjadi tumpuan ramai. Ini kerana UMNO yang bersidang pada kali ini tidak lagi dilihat oleh orang luar sebagai parti yang mendapat sokongan yang kuat dari rakyat dan merupakan parti yang hampir kehilangan kuasa dan kepercayaan. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Politik | 1 Comment »

Epilog Pengakuan Bersumpah Raja Petra Dan Balasubramaniam

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 9 Julai 2008

Oleh : Salza Hedra

Raja Petra dan Bala merupakan dua insan yang menjadi tajuk utama di dada akhbar harian dan blog. Kedua-dua individu ini digunakan atau merelakan diri dipergunakan untuk tujuan politik pakatan pembangkang khususnya DSAI. Tidak ketinggalan peranan Majlis Peguam yang juga lebih condong kepada memperjuangkan kebebasan undang-undang dan terbaru mempersoalkan kontrak sosial yang memberikan tamparan hebat kepada orang melayu. Di sini penulis perturunkan komen yang diberikan dalam tulisan penulis mengenai “Kes Liwat DSAI II: Kenapa Takut kalau Benar?” untuk kita sama-sama renungkan. Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Perundangan | 4 Comments »

Bertaubatlah wahai Anwar……

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 8 Julai 2008

Oleh: Adijagat

 

Anwar Ibrahim semakin garang kebelakangan ini. Merata rata tempat dia melalak dan bercakap yang bukan bukan. Kenapalah jadi begitu? Apakah rancangan untuk menjadi PM Malaysia dikhuatiri tidak dapat dicapai oleh Anwar?

 

Cuba kita lihat apakah yang telah dinyatakan oleh Anwar sejak kebelakangan ini. Baca baki entri ini »

Posted in Agama, Isu Kepimpinan, Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 6 Comments »

Konspirasi Kerajaan Atau Konspirasi DSAI?

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 1 Julai 2008

Oleh : Salza Hedra

DSAI mempunyai kekuatannya yang tersendiri dalam memastikan beliau sentiasa relevan dalam kancah politik tanahair. Keputusan PRU 12 lalu juga memperlihatkan penglibatan DSAI begitu terkesan dan hampir-hampir menumbangkan kerajaan BN. Menurut PKR, kerajaan BN telah merancang konspirasi bagi mencalarkan imej DSAI ‘once and for all’ – melalui kes liwat yang dilaporkan Saiful Bukhary Azlan pada 28 Jun 08 lalu. Sama seperti kes liwat DSAI I pada 1998, kes liwat DSAI II membawa tumpuan kita kepada satu persoalan yang amat menarik : Konspirasi Kerajaan atau Konspirasi DSAI.? Baca baki entri ini »

Posted in Isu Pemikiran, Isu Semasa, Pelbagai & Lain-lain, Politik | 18 Comments »