Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Forum Kontrak Sosial Majlis Peguam Memperlekeh Melayu

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 30 Jun 2008

Oleh: Salza Hedra


“Kontrak Sosial tidak pernah wujud.” “Ketuanan Melayu merupakan imaginasi politikus yang mahu mengambil kesempatan” “UMNO menjaga orang melayu macam binatang ternakan yang kemudiannya akan disembelih”.

Tiga kesimpulan yang dibawa oleh panelis yang mempunyai latar belakang sains politik ini sudah cukup untuk menggambarkan bagaimana kesempatan inii diambil untuk memberikan fakta yang tidak tepat dalam keseluruhan forum tersebut.

Kewujudan Kontrak Sosial dalam Perlembagaan Persekutuan cuba dinafikan oleh Dr Mavis Puthucheary, Pensyarah di UKM. Beliau berpendapat bahawa Kontrak Sosial ini hanya digunakan oleh pemimpin-pemimpin Melayu sebagai senjata untuk memastikan dominan Melayu kekal berkuasa. Bagi beliau Kontrak sosial juga mahu mengekang perkembangan demokrasi di Malaysia. Dalam menjawab soalan yang diajukan oleh salah seorang peserta mengenai sama ada Kontrak Sosial ini perlu didokumenkan, dengan bongkaknya beliau menegaskan bahawa bagaimana mahu didokumenkan sesuatu yang tidak wujud. Beliau menegaskan bahawa UMNO sejak tahun 80-an telah menggunakan terma Kontrak Sosial dan Ketuanan Melayu untuk memperlihatkan keangkuhan mereka sebagai pemerintah yang hanya mementingkan kaumnya sahaja.

Seorang lagi panelis, Dr Kua Kia Soong (Pengarah SUARAM), bekas Ahli Parlimen yang ditahan di bawah ISA semasa Operasi Lalang, pula meyifatkan UMNO adalah samseng yang hanya tahu bertindak keterlaluan seperti yang berlaku dalam peristiwa-peristiwa 13 Mei, Kg Medan dan sebagainya. Hanya adegan mencium keris UMNO juga dilabel ’mencabar’ kewujudan bangsa lain.

Beliau juga masih mengekalkan pandangan beliau terhadap Ketuanan Melayu sebagai imaginasi politikus yang mengambil kesempatan dan menjadikannya bahan jajaan bagi mendapat perhatian masyarakat melayu. Menurut beliau, UMNO memberi amarandan ancaman kepada kaum lain bahawa jangan sesekali menyentuh perihal melayu khususnya hak keistimewaan orang melayu. Pembangunan ekonomi orang melayu selepas merdeka pula dianggap sebagai peningkatan Kelas Kapitalis Negara Melayu.

Mengambil kenyataan mantan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Shafie Salleh yang dikatakan pernah menyuarakan bahawa semasa beliau menjadi menteri, maka UiTM hanya akan diisi dengan 100% anak melayu sebagai suatu semboyan amaran kepada tindakan-tindakan perkauman yang dijalankan oleh UMNO. Beliau juga membangkitkan hal mengenai Pusat Asasi Sains dan Matrik USM.

Menjawab pertanyaan sama ada sanggupkah sekiranya sekolah Cina dan Tamil ditutup untuk memperlihatkan Malaysiannya masyarakat Malaysia, beliau berkata bahawa perkara tersebut tidak perlu dilakukan kerana hak tersebut perlu dikekalkan.

Seperkara lagi yang ditimbulkan beliau adalah mengenai Kg Baru (New Village), yang diwujudkan sejak selepas perang dunia kedua yang masih kekal sehingga ke hari ini. Kg baru merupakan kem tahana yang menempatkan masyarakat cina. Beliau juga menegaskan bahawa UMNO adalah Facis dan perlu dikurangkan kuasanya dari masa ke semasa bagi memberi laluan kepada konsep Malaysian Malaysia.

Berbeza dengan kedua-dua panelis di atas, Tommy Thomas menyangkal pandangan mereka dengan memberikan alasan bahawa Kontrak Sosial dapat dilihat dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau menyatakan bahawa walaupun kontrak tersebut tidak didokumenkan, bermakna tidak semestinya ia tidak wujud. Beliau juga menjelaskan bahawa Kontrak Sosial merupakan manifestasi setiakawan antara tiga kuam utama antara UMNO yang diwakili oleh Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Dr Ismail dan Abdul Rahman Hj Wahab dengan wakil MCA dan MIC,Tan Cheng Lock, Kol H.S Lee dan V.T Sambanthan. Ia sesuatu yang benar dan merupakan ‘alat’ perpaduan dalam menyelesaikan kemelut isu tertentu khususnya mengenai keperluan orang melayu tidak diabaikan, tiada penindasan dan pemecahan kaum dan sebagai imbalannya, orang melayu hanya meminta ‘bukan melayu’ memberikan taat setia tidak belah bahagi kepada Negara.

Namun apa yang menyedihkan dalam forum tersebut apabila Dr Farish Noor mula bercakap. Beliau memperlihatkan bahawa tiada jiwa melayu dalam dirinya. Mula memberi andaian bahawa orang melayu seperti ternakan yang digembala oleh pemerintah melayu yang akhirnya akan ‘disembelih’. Diikuti dengan kenyataan beliau bahawa Negara Malaysia adalah ‘artificial’ maka Kontrak Sosial juga sesuatu yang kabur. Beliau mencadangkan agar ianya dirombak semula agar lebih bersifat Malaysian dan mewujudkan semangat kekitaan.

Keadaan menjadi lebih panas kerana kenyataan yang menghina melayu dan UMNO tersebut. Bahasa kurang ajar yang digunakan beliau menyatakan bahawa sistem politik Malaysia adalah berdasarkan kepada pemerintahan berpuak dan hanya menjaga kepentingan dan mengikut kaum.

Menjawab penerangan Dato’ Rais Zainuddin mengenai Islam agama Persekutuan termaktub dalam Perlembagaan dan pencapaian UMNO dalam PRU 12, Dr Farish berkata bahawa inilah contoh orang UMNO yang tipikal, kerana masih tidak mahu menerima hakikat bahawa UMNO sudah goyah dan tidak mendapat tempat. Beliau dengan sombongnya menyatakan bahawa Pakatan Pembangkang akan pasti mendapat kemenangan dalam PRU 13 dengan konsep samarata dan adil seperti Malysian Malaysia.

Presdien Majlis Peguam Puan Ambiga menutup forum dengan berjanji bahwa perbincangan mengenai Kontrak Sosial akan dibuat ‘roadshow’ agar ia dapat memberikan gambaran sebenar kepada masyarakat Malaysia.

 

 

2 Respons to “Forum Kontrak Sosial Majlis Peguam Memperlekeh Melayu”

  1. Good luck with the site I appreciate your comment about my magnificent counselor I have a nice joke for you) What is a Mummy’s favorite kind of music? RAGtime music! or wRAP!!!

  2. Peancanna said

    no signification how [url=http://www.favit.de/story.php?id=2915]cialis[/url] neath

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: