Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

KETUANAN MELAYU DAN PERLEMBAGAAN DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH MAJLIS PEGUAM

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 27 Jun 2008

Oleh: Salza Hedra

Esok, 28/06/08 jam 9.00 pagi, Majlis Peguam akan mengadakan program debat di Auditorium Majlis Peguam di Jalan Medan Pasar ,Kuala Lumpur (berhampiran Agro Bank). Pembentangan akan berkisar kepada tajuk : “BENARKAH WUJUDNYA KONTRAK SOSIAL” dan “DEBAT KETUANAN MELAYU”. Tanpa mengambilkira sensitiviti masyarakat melayu, mereka cuba membawa pendekatan dan konklusi mengikut pandangan mereka sendiri. Maruah bangsa melayu sudah mula diperkotak-katikkan oleh orang bijak pandai undang-undang bukan melayu. Perlembagaan negara dikesampingkan. Kedaulatan Raja dan Kesultanan Melayu dihina dan diinjak-injak.

Difahamkan bahawa ketiga-tiga pembentangnya bukan melayu terdiri daripada Dr Mavis Puthucheary, Pensyarah Sains Politik UKM, Dr Kua Kia Soong, Pengarah SUARAM dan seorang peguam, Tommy Thomas. Mereka ini kononnya adalah bersifat liberal dan adil. Apakah hak mereka untuk membincangkan atau mendebatkan perkara tersebut? Apakah yang mereka cuba tonjolkan? Apakah agenda mereka yang sebenarnya? Siapakah dibelakang mereka?

Kita semua tersedia maklum bahawa dalam Mjlis Peguam ini kebanyakannya mereka terdiri daripada golongan yang banyak memihak kepada pembangkang. Mereka bertopengkan hak asasi dan memperjuangkan liberalisme. Kebanyakan jawatankuasa tertinggi mereka terdiri di kalangan bukan melayu. Lantas mereka telah tersedia dengan resolusi dan jawapan sebelum program tersebut berlangsung pun.

Ingin sangat saya lihat apakah bentuk tindakan yang akan diambil oleh Melayu dalam PAS dan Melayu dalam PKR. Ingin saya lihat apa tindakan Peguam-Peguam Melayu dalam mahupun luar Majlis Peguam? Saya ingin juga melihat apa kata penyokong-penyokong pakatan rakyat berbangsa Melayu? Mereka pasti gembira dan akan buat kenduri besar-besaran meraikan penghinaan ini.

Saya yakin bahawa Majlis Peguam kini berani menunjukkan taringnya kerana mereka ada DSAI, Karpal Singh dan Lim Kit Siang. PAS pada pandangan mereka tak penting. Ada tak menambah, tak ada tak mengurang sedikitpun. Tambahan pula mereka melihat PAS sebagai rakan bodoh yang tak wujud dalam pakatan. Hanya layak untuk disuruh lakukan demonstrasi aje. Nak bagitau semua orang supaya tengok melayu tentang melayu.

Saya juga percaya bahawa mereka berani bertindak kurang ajar kerana rakan politik mereka daripada pakatan pembangkang baru dapat memerintah beberapa negeri dan mempunyai 82 wakil rakyat dalam parlimen. Justeru itu, rakan politik mereka akan melindungi dan mempertahankan tindakan mereka.

Sekiranya perkara ini dibiarkan berjalan dan tidak dibatalkan maka akan wujud lebih banyak lagi perdebatan dan perbincangan serta tindakan untuk menidakkan hak dan ketuanan melayu. Sedarlah orang melayu tanpa mengira apa ideologi politik kamu bahawa hari ini orang melayu disuruh bertelagah sesama sendiri. Sedarlah bahawa mereka dalam pakatan pembankang dan Majlis Peguam ini bergembira kerana masalah orang melayu kini dapat dibincangkan oleh mereka. Terbahak-bahak mereka melihat Raja dan Sultan Melayu dihina dan dikeji.

Apakah pandangan tuan dan apakah tindakan tuan?

Advertisements

11 Respons to “KETUANAN MELAYU DAN PERLEMBAGAAN DIPERKOTAK-KATIKKAN OLEH MAJLIS PEGUAM”

  1. Cheguman said

    Pemimpin Melayu lebih rela melihat bangsanya hancur daripada menurunkan egois mereka dengan cara bersatu. Apabila disyorkan penyatuan, UMNO kata orang PAS kena masuk UMNO dan org PAS kata orang UMNO kena masuk PAS. Nampaknya PAS dan UMNO sudah dianggap agama bagi mereka. Masing-masing merasakan mereka lebih Islam dari orang lain.

    bersambung di blog waadat

  2. Sulaiman Rejab said

    Saya akta Keselamatan dalam negeri (ISA) perlu dipakai walaupun ia dilihat sebagai kuku besi

  3. Desperado said

    Kenapa ketuanan melayu hendak diperdebatkan?

    http://www.pilihananda08.blogspot.com

  4. Sulaman said

    Papan tanda guna bahasa Mandarin, Tamil

    Ketika mengemukakan cadangan itu dalam mesyuarat penuh MPSP di sini hari ini, beliau berkata, perubahan itu perlu dibuat bagi memberi kemudahan kepada para pelancong khususnya dari China yang ramai berkunjung ke negeri ini.

    “Papan-papan tanda menggunakan bahasa Mandarin ini juga penting untuk memudahkan penduduk di kawasan-kawasan yang kebanyakannya dihuni oleh masyarakat Cina terutamanya di Bukit Mertajam,” katanya.

    Yang Dipertua MPSP, Farizan Darus yang mempengerusikan mesyuarat itu kemudiannya menjelaskan bahawa penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda adalah selaras dengan peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan.

    “Artikel 152 Perlembagaan dengan jelas menyatakan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, saya fikir dalam konteks (papan tanda) ini adalah selaras dengan peruntukan itu,” jelasnya.

    Seang Hooi yang juga bekas guru Bahasa Melayu kemudiannya mencelah dengan menegaskan, perlembagaan Persekutuan juga menyatakan bahawa penggunaan bahasa-bahasa lain juga digalakkan sejajar dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

  5. Sulaiman said

    Persoalan sekarang kenapa DSAI dan orang-orangnya melenting tentang laporan liwat sehinggakan beliau meminta pelindungan di Kedutaan Turki. Apakah dengan tuduhan tersebut beliau akan dihukum gantung sampai mati. Yang bersalah saja akan takut dengan bayang-bayangnya.

  6. zai said

    DSAI akan ditangkap itu yang penting tapi belaku salah atau tidak itu bukan persoalanya…yang penting bila berada dalam tahanan polis pelbagai kesalahan boleh dikaitkan padanya.
    cepat juga tindakan polis pada dia ek?? tapi kalau pada pemimpin lain berkajang2 laporan polis dibuat tapi tidak ada juga siasatan..ermmmmmm …adakah ular akan mematuk dua kali pada lubang yang sama?????..1)adakah nak mengalihkan perhatian rakyat pada isu akuan bersumpah Raja Petra yang memebabitkan Datin Rosmah dalam kes pembunuhan Altatunya??2)kenapa DSAI memilih pegawai khasnya untuk melakukannya ??? 3)adakah kerana ada faktor akan berlaku pendedahan besar2an tidak lama lagi tentang manipulasi bukti kes sodomi pada 1998 yang di lakukan oleh musa hasan dan gani patail..

    kerajaan BN mesti diselamatkan dan orang yang menggugat keselamatan pemimpin BN mesti ditahan.

  7. zai said

    Saiful, lelaki yang mengaku diliwat pernah dilihat berada dipejabat Najib dan ini menimbulkan banyak tanda tanya tentang hubungan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri itu. Rakyat mengetahui bahawa Najib juga merupakan individu yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan wanita mongolia, Altantuya.

    Jadi konspirasi menjatuhkan Anwar melalui tuduhan liwat sengaja dilakukan bagi memastikan peluang Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil dinafikan sekaligus menolak peluang Anwar menjatuhkan Kerajaan BN. Teori politik ini dibawa ketengah oleh ramai pemerhati yang begitu sangsi dengan cara dakwaan yang dibuat.

    Adakah benar Anwar mempunyai keinginan seks luar biasa atau cerita ini sengaja direka bagi membunuh karier politik beliau yang kembali bersinar.

    Dahulu, tuduhan liwat ke atas beliau dan Sukma Darmawan Sasmita Atmadja di tolak oleh mahkamah. Malah Mahathir sendiri mengesahkan bahawa apa yang berlaku pada Anwar pada tahun 1997 adalah suatu perancangan politik yang diluar kawalan.

    Kali ini dengan nafas yang kian sesak, pemimpin BN mengirimkan serangan yang begitu mengugat kredibiliti Anwar. Dan tidak mustahil, tak lama lagi akan ada VIDEO Rakaman terbaru berhubung kes ini yang dijadikan bahan bukti atau ada tilam lagi yang diusung turun naik mahkamah…tunggu episod yang seterusnya…..kita lihat siapa yang menipu…

  8. zai said

    Biro Penerangan PKR dalam kenyataan media mendakwa polis telah menahan Pembantu Khas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, SAIFUL BAHARI (Sabtu).

    Kenyataan itu juga mendakwa Saiful dipaksa buat kenyataan diliwat.

    katanya pimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

  9. Ari said

    “Mereka ini kononnya adalah bersifat liberal dan adil. Apakah hak mereka untuk membincangkan atau mendebatkan perkara tersebut? Apakah yang mereka cuba tonjolkan? Apakah agenda mereka yang sebenarnya? Siapakah dibelakang mereka?”

    Persoalan ini sebenarnya boleh dijawab dengan begitu mudah jika saudara bangun pagi dan menyertai forum tersebut yang sememangnya terbuka kepada masyarakat umum.

    Agenda Majlis Peguam hanyalah untuk menggalakkan semua lapisan masyarakat menyuarakan pendapat mereka secara terbuka dalam semua hal. Siapa yang tak puas hati, siapa yang tak faham, siapa yang percaya pada fakta yang silap, siapa yang ada alasan kukuh, sapa yang ada pendapat tersendiri. Semua orang ini hadir dalam forum tersebut.

    Hasrat Majlis Peguam adalah jika rakyat berbilang kaum di negara ini memahami masalah, perasaan dan alasan kaum yang lain, kita akan lebih toleransi dan lebih senang hidup dengan kaum yang lain.

    Bukankah itu yang kita mahu?

  10. ali said

    semua ni salah melayu yang tidak berpegang kepada aqidah yang betul, Nabi kata jangan berjuang atasdasar bangsa sebab bangsa arab berjuang atas dasar bangsa gagl dengan perjuangan Nabi selama 13 tahun dimekah dan 10 tahun di madinah

  11. memang betul kata ali dari segi berjuang tu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: