Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Kegiatan Agama Bukan Islam Tidak Di Pantau?

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 25 Jun 2008

Oleh: Salza Hedra

Sebelum PRU 12, isu agama seperti penggunaan perkataan ‘Allah’ yang diminta oleh gereja Kristian dalam makalah dan ‘sermon’ mereka dibenarkan dan masalah tuntutan HINDRAF digunakan untuk mmberikan tekanan kepada kerajaan. Selepas PRU 12, cadangan exco Selangor mengenai menambah perluasan rumah ibadat tanpa had dan dana yang melebihi RM3 juta pula cuba diketengahkan. Seperkara yang terlintas di fikiran penulis samada terdapatnya pemantauan terhadap hal-hal berkaitan agama selain Islam di Malaysia oleh pihak kerajaan?

Islam yang menjadi agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dipantau oleh kerajaan. Setiap aktiviti mesjid dan surau dipantau oleh jabatan agama negeri masing. Setiap khutbah dikeluarkan oleh jabatan agama Islam negeri. Penceramah-penceramah perlu mendapat pengesahan dan pentauliahan. Kandungan ceramah mestilah memberikan maklumat yang membina masyarakat. Dengan lain perkataan, terdapatnya pemantauan terhadap segala aktiviti yang dijalankan oleh mesjid dan surau juga Imam, Qadhi, AJK mesjid dan surau termasuklah pencermah-penceramah dan pendakwah-pendakwah bebas.

Melihat kepada apa yang berlaku sebelum dan selepas PRU 12 dalam konteks agama-agama selain Islam, kita dapati bahawa aktiviti-aktiviti mereka seolah-olah tiada pemantauan. Pergerakkan mereka bebas dan tuntutan-tuntutan mereka mencabar Perlembagaan dan institusi Islam. Seolah-olah wujudnya usaha dan unsur-unsur untuk menidakkan Malaysia ini sebagai sebuah negara Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Apakah ada kemungkinan hal ini ada kebenarannya? Penggunaan perkataan ’Allah’ itu sendiri memperlihatkan bahawa mereka sedang berusaha untuk berdakwah dan mengembangkan agama mereka kepada penganut agama Islam. Dalam Perlembagaan termaktub bahawa mereka bebas mengamalkan agama masing-masing dan berdakwah kepada penganut agama mereka. Memandangkan terdapatnya ’larangan’ terhadap mereka untuk berdakwah atau mengembangkan agama mereka kepada penganut agama Islam, maka dipercayai berkemungkinan golongan paderi dan pendakwah ini menggunakan saluran politik dalam memastikan usaha mereka berjaya.

Bagi HINDRAF, kuil yang dirobohkan hanyalah sebuah dua sahaja. Itupun disebabkan melangaar syarat dan tidak mengikut spesifikasi. Kalau kita lihat, jumlah kuil yang terdapat melebihi jumlah mesjid dan surau sedangkan jumlah penganut Islam lebih ramai. Mereka juga menggunakan saluran politik kerana mereka percaya dengan mendapatkan sokongan daripada parti politik pembangkang, maka kerajaan akan tunduk kepada kehendak mereka. Pelbagai usaha dilakukan ternasuklah demontrasi jalanan dan dakyah serta penipuan yang diperpanjangkan sehingga ke India dan tuntutan terhadap kerajaan British.

Sekiranya di amat-amati, menggunakan pengaruh atau jalan politik telah diambil oleh golongan atau organisasi tersebut amat jelas kelihatan. Di samping itu, parti politik pembangkang juga mengambil kesempatan ini bagi mendapatkan ’political milage’ bagi kempen mereka. Kita lihat sahaja di negeri Selangor, exco kerajaan negeri pakatan pembangkang telah mula mencadangkan keinginan untuk menambah keluasan tapak rumah ibadat tanpa had dan penambahan jumlah dana yang melebihi RM3 juta sebelum ini mahu dinaikkan kepada suatu angka yang tidak dimaklumkan. Rumah-rumah ibadat mereka mestilah sama atau lebih daripada Mesjid Negeri. Langkah ini merupakan cara ‘balas budi’ kerajaan pakatan pembangkang.

Dua senario dan peristiwa di atas melihatkan kepada kita bahawa seolah-olah tiada pemantauan dilakukan terhadap aktiviti agama bukan Islam. Kalau pun ada, mungkin ia hanyalah minimal. Isu sebenarnya yang ingin kita fikirkan bersama adalah: Apakah yang mereka sebarkan melalui ceramah dakwah dan ‘sermon’ mereka? Adakah rumah ibadat bukan Islam ini digunakan politik pembankang untuk memudahkan mereka merealisasikan tujuan politik mereka kerana tiada pihak yang akan menyedarinya? Apakah kegiatan-kegiatan selain daripada keagamaan yang dirancang berselindung disebalik aktiviti agama tersebut? Apakah yang sedang dan akan dilakukan mereka selepas ini? Mengapakah mereka sewenang-wenangnya membuat tuduhan dan tuntutan tanpa mengambilkira hak dan sensitiviti masyarakat Islam? Siapakah yang mendorong mereka sehingga sanggup mencemarkan hak dan Institusi Islam yang dilindungi Perlembagaan serta nama baik Malaysia di mata dunia?

Advertisements

Satu Respons to “Kegiatan Agama Bukan Islam Tidak Di Pantau?”

  1. londra said

    do you know any information about this in english?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: