Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Rakyat Sabah Kena Tolak Yong Teck Lee

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 23 Jun 2008

Oleh: Salza Hedra

SAPP merupakan sebuah parti komponen daripada Sabah yang sejak dahulu menjadi kumpulan pendesak dalam memastikan Sabah diberikan tumpuan dalam usaha pembangunan kerajaan pusat. Langkah bongkak Presiden SAPP, Yong Teck Lee, baru-baru ini telah menyatakan bahawa parti di bawah kepimpinannya akan menyokong usul undi tak percaya kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Apa sebenarnya yang cuba diketengahkan oleh Yong Teck Lee? Rakyat Sabah? Atau SAPP? Atau Dirinya sendiri?

Yong Teck Lee merupakan bekas Ketua Menteri Sabah semasa kerajaan Pusat di bawah kepimpinan Tun Mahathir. Dasar kerjaaan pusat pada ketika itu adalah melaksanakan kepimpinan negeri secara giliran di Sabah. Tun sedar bahawa untuk mendapatkan sokongan daripada Sabah, maka dasar ini perlu dilaksanakan. Yong melihat peluang terbuka luas untuk mendesak kepimpinan pusat pada masa itu untuk melantik beliau sebagai Ketua Menteri Sabah. Memandangkan tekanan dan desakan yang kuat serta keadaan politik Sabah pada masa itu, maka Tun tidak ada pilihan lain selain daripada melantik Yong sebagai Ketua Menteri. Mahu tak mahu giliran tersebut perlu diberikan kepada SAPP walaupun terdapat ‘tentangan senyap’ daripada parti komponen Sabah yang lain. Namun atas sifat kerjasama dan kepentingan bersama, maka perkara ini tidak dibesar-besarkan.

Setelah menjadi Ketua Menteri, Yong begitu rapat dengan kepimpinan pusat dan sentiasa memberikan kerjasama erat terhadap dasar kerajaan pusat. Pengaruh SAPP diluaskan dan kekuatan SAPP bertambah. Keyakinan rakyat dan kerajaan pusat terhadap SAPP tidak dipersoalkan. Bagi kerajaan pusat apa yang penting adalah pembelaan yang mesti dihalakan kepada rakyat Sabah secara keseluruhannya. Tapi benarkah Yong memimpin untuk kepentinga rakyat Sabah? Kalau dilihat daripada tindakan beliau yang menyokong usul undi tak percaya kepada Perdana Menteri baru-baru ini, maka ada keraguannya.

Semua mata terumpu kepada SAPP selepas YBM Tengku Razaleigh menyatakan bahawa akan ada parti BN akan keluar daripada BN, maka Setiausaha Agungnya, menafikan hal tersebut. Beliau mennegaskan bahawa perjuangan SAPP adalah membela kepentingan rakyat dan pembangunan negeri. Bagi beliau, SAPP melihat perkara tersebut kini sedang berjalan lancar. Tiada isu mengenai keluar daripada BN. Beliau menerangkan bahawa tindakan Yong selaku Presiden SAPP dan Eric Majimbun sebenarnya tidak mendapat sokongan sebulat suara ahli SAPP. Persoalan yang timbul adalah: Apakah sedang berlaku pergolakan dalam SAPP? Apakah pendapat ahli SAPP tidak diambilkira Yong?

Yong Teck Lee adalah seorang ahli politik opurtunis. Umum tahu bahawa BN Sabah banyak membantu terhadap kemenangan BN dalam PRU 12 lalu. Maka peluang ini perlu dieksploitasikan. Melihat timbulnya berlaku ‘kocakkan politik’ apabila dua orang YB daripada Sabah menolak jawatan Timbalan Menteri, maka desakan dan tekanan boleh beliau lakukan. Yong sebenarnya telah ditawarkan jawatan Senator sebelum PRU 12 kerana nama beliau tidak naik sebagai calon. Pada masa tu, beliau bersetuju. Namun selepas melihat situasi politik semasa maka ‘rasa gian’ nak jadi Ketua Menteri Sabah yang lama dipendam wujud semula.

Selepas PRU 12, DSAI kerap turun ke Sabah untuk mendapatkan wakil rakyat dari negeri tersebut untuk keluar BN dan bergabung dengan Pakatan Pembangkang. Apakah ada kemungkinannya beliau menemui Yong? Sekiranya ada, apakah yang dijanjikan oleh DSAI kepada beliau? DSAI kenal sangat Yong kerana masa perlantikan Yong, DSAI adalah Timbalan Perdana Menteri. Mungkinkah perlantikan Yong menjadi Ketua Menteri Sabah dahulu adalah atas cadangan dan sokongan DSAI? Mungkinkah Yong akan dilantik Ketua Menteri Sabah apabila Pakatan Pembangkang berjaya menubuhkan kerajaan pada September ini? Apakah ada kemungkinannya, Yong mahu memastikan UMNO di Sabah jatuh? Pada pandangan pemerhati politik Sabah, Yong mahu berkuasa semula di Sabah bukan untuk rakyat Sabah tetapi untuk dirinya sendiri.

Sekiranya hal ini benar-benar berlaku, maka rakyat Sabah perlu menolak Yong bukannya SAPP. Rakyat Sabah perlu memperlihatkan rasa tidak senang mereka dengan apa yang dilakukan oleh Yong. Rakyat Sabah perlu menolak Yong. Tindakan dan cadangan perlu diambil terlebih dahulu oleh kepimpinan negeri Sabah. Bukan terus melepaskannya kepada kepimpinan pusat. Penulis yakin Rakyat Sabah bijak dalam menilai apa yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat di Sabah hari ini. Kalau kepimpinan pusat terdahulu tidak banyak memberikan penekanan terhadap Sabah, kerajaan pusat hari (sejak 2004) telah mula memberikan hak pembangunan dan kemajuan kepada mereka.

Satu Respons to “Rakyat Sabah Kena Tolak Yong Teck Lee”

  1. giinbuagas said

    >>>Yong Teck Lee adalah seorang ahli politik opurtunis.<<<

    Setuju dengan perkataan sdri,

    Cuma, tunjukkan saya seorang pemimpin Sabah hatta pemimpin BN yang bukan opportunis, supaya saya boleh membandingkannya dengan penilaian yang sdri buat.

    Misalnya, kenapa sdri tidak mengesyorkan rakyat malaysia untuk menolak Tan Sri Muhammad Muhammad Taib? rekod beliau dalam pentadbiran negara pun bukannya baik sangat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: