Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Pengerusi Matematik Pusat Asasi Sains UM Memburuk-Burukan Petronas

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 16 Jun 2008

Oleh : Salza Hedra

Dalam maklum balas daripada artikel penulis mengenai DSAI, Harga Minyak Dan Amerika?? baru-baru ini, penghantar komen telah memaparkan tindakan Pengerusi tersebut menyebarkan dakyah dan hasutan mengenai Petronas. Penulis tidak langsung mengedit atau membuat sebarang pindaan terhadap komen tersebut seperti di bawah:

Komen yang diterima:

Pensyarah Pusat Asasi Sains yang menghasut orang supaya memboikot Minyak Petronas petikannya seperti di bawah:-

Forwarded email.

“Wahai warga Malaysia sekelian…. .hebahkanlah cerita benar ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas…. . Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi tuuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu….

Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu…. Sebenarnya kita ni duduk je Malaysia…tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan Srawak tu, kita tak penah pakai pun…Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A…Diulangi Minyak Gred A…….semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara…jadi petronas telah beli pulak minyak gred C…Diulang Gred C…..untuk digunakan dimalaysia dan diletak logo Petronas…. dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali…maklumlah minyak gred C.

Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B..Inilah yg rakyat malaysia tak tahu…kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan. Itu lah antara sebab2 nye…

Untuk pengetahuan anda semua…semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan “isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik”…Semua e-mail tersebut adalah mengarut.Anda semua kena tipu…..Minyak tetap naik jugak kan….Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas…sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas…bila makin besar untung…makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat…Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja…Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati…. Dasyat betul diorg menipu rakyat.mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagaihkan sama rata kepada rakyat….

Cerita ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di malaysia…masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap “bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)”dah la gaji dia rm 6+++…Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus….Pasal Peraduan Car Craze……yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas…apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze…Semua rakyat dapat rasa..ni tidak…dahla jual minyak gred C….Pas tu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu…aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.

Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk malaysia…tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex ,Mobil/Esso dan skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. .Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yg anda suka kerana duit tersebut adalah duit anda…”

“Apa perlu dibuat kepada pensyarah tersebut sedangkan beliau menjawat sebagai Pengerusi Bahagian Matematik di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya?” tanya beliau.

9 Respons to “Pengerusi Matematik Pusat Asasi Sains UM Memburuk-Burukan Petronas”

  1. Cheguman said

    Siapa dia ni? Tulisan kacau bilau. Pendapat tunggang langgang. Dah tu, buat ulasan merapu yang orang ramai dah tau. Nampaknya budak ni orang terakhir yang dapat maklumat ni. Kesian, yek… Dulu sekolah kat mana, dik?

  2. Cheguman said

    Ooo… budak ni “Pengerusi Matematik Pusat Asasi Sains UM”? Sebelum ni saya amat bimbang tentang masa depan negara. Selepas baca tulisan budak ni, saya lebih-lebih lagi risau. Macamana UM boleh lantik orang macam ni?

  3. penulis_cyber said

    siasat sampai ke lubang cacing ! menghasut produk negara sama dgn tidak patriotik…buang negeri ke apa kita nak buat ?

  4. mmm… tak paham laa… pusat asasi tu dengan pusat serenti sama ke?

    sejak minyak naik ni iq saya memang agak2 turun sikit. maaf ya.

  5. Cheguman said

    Saudara Nasron Al-Jauhari,
    Saya rasa saya ada tinggalkan sedikit respon dalam blog saudara. Kenapa saudara padam? Tak sudi berkongsi idea dengan saya? Barangkali sebab saya tak maki hamun kerajaan kot? Baik lah, lain kali saya akan tulis maki hamun kat situ. Cuma saya rasa kita sependapat dalam satu perkara: media perlu dikawal. Tak gitu?

  6. aiseh Cheguman, ni blog orang la. awak buat macam rumah sendiri jer. ni tuan rumah belum bising. minta maaf tuan tanah… err tuan rumah, saya tumpang lalu…

    Cheguman yang dicintai,

    Tak kenal maka tak cinta. Itu pepatah lama. Harap awak paham. Macam tu la jugak dengan blog seperti wordpress ni. Kalau setting komen kita setkan “moderation mode”, dia takkan terus appear kat ruangan komen di blog. Nanti bila tuan rumah alias tuan punya blog sahkan komen tu, baru dia muncul di ruangan komen. Awak juga kena faham, bukan semua blogger ni 24 jam ngadap komputer. Jadi bila dia sesekali update atau jenguk jer baru dia tengok komen2 yang tengah awaiting moderation tu.

    Saya tak padam pun komen awak tu. Saya baru jer online ni. Jadi saya baru tahu. Tiba2 kat ruangan “Komen Saya” terbaca posting awak ni. Geram jugak saya. Rasa nak jitat jer. Nasib baik awak jauh. Kalau tak, memang saya dah jitat. Hehehe.

    Saya harap awak faham dan mengerti duduk perkara sebenar. Kalau tak faham pun tak apa. Tapi janganlah hentam orang lain di blog orang lain pula. Lagipun perkara itu tiada kena mengena dengan mereka dan keluarga mereka. Tara baik itu macam tau…

    Akhir pesanan saya. Janganlah memaki hamun. Tak baik untuk kesihatan.

    Wassalam.

  7. Cheguman said

    Sori la tuan rumah… Tumpang lalu sikit tadi. Pengajaran daripada kes ini ialah, kalau terserempak bekas makwe atau musuh ketat kat rumah orang, jangan le menangis atau bertumbuk kat situ. Terima kasih. (moderator boleh le padam posting saya yang tak berkenaan ni).

  8. me said

    kenapa nak judge orang sesuka hati.. siapa awak cheguman? awak sempurna ke? kalo ye pn, siasat la dulu…
    orang macam awak pn sama juga memporak-perandakan negara..
    kita hidup bukan utk tujuan nak cari sape salah, bukan utk mencari perbezaan.. tapi carilah persamaan, di situ kita akan bertemu hikmahnya…

    ” janganlah hidup utk mbangga diri, hdplah sebagai seorang yg diteladani, jgnlah hdp utk gaya & pujian, hdplah bersederhana utk iman, jgnlah hdp utk kata2 yg sia2, hdplah utk Zikir pdNYA…”

  9. haidar said

    dia tu lacture ak……ak xtaw pon dia kata camtu…cheguman kau spa??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: