Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Sudah Sampai Masanya………………

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 11 Jun 2008

Oleh: Adijagat

Bahanapi kembali menjadi topik perbincangan hangat dewasa ini. Ramai yang begitu marah dengan kenaikan harga bahanapi sehingga ada yang hilang kewarasan di dalam bicara mereka. Mereka mula memaki hamun dan mencaruti pemimpin negara. Tidak kira bangsa, agama, jantina, usia sehinggakan orang yang tidak memiliki kenderaan sendiripun marah kepada kerajaan. Saya berjumpa dengan seorang wanita yang marah atas kenaikan harga bahanapi ini walaupun beliau belum memiliki kenderaan. Mungkin beliau merasakan kereta Proton BLM yang telah ditempahnya nanti akan menyebabkan poket beliau menjadi sentiasa nipis.

‘Kenapa buat macam ini? Aku tau kerajaan terpaksa naikkan harga minyak, tapi kenapa sekarang? Kan ke kata nak naikkan bulan lapan nanti…. Alih alih sekarang dah naik.’ Kata seorang kawan.

‘Bang, Petrol naik harga. Salah BN ke salah Pak Lah?’ bunyi sms yang saya terima pada hari rabu yang lepas sejurus Pak Lah mengumumkan kenaikan harga bahanapi tersebut.

‘Bang…… apa dah jadi ngan Pak Lah ni? Kalau nak naikkan harga minyakpun janganla sampai 70sen orang marah tau. Payah kita dibuatnya nak terangkan pada diaorang.’ Kata seorang kawan saya yang aktif dan berjawatan di dalam UMNO.

‘Aku marah betul! Memang betulla Pak Lah ni tak leh memerintah negara. Berapa banyak dia nak naik harga minyak ni???? Aku tak paham betul mana yang dia kata dia tau apa yang sensitif kepada rakyat! Minyak tu isu sensitif tu……..’ mungkin dia merasakan Proton Perdana V6nya akan menyebabkan dia terpaksa memotong belanja dapurnya.

Macam macam sebenarnya yang dinyatakan oleh orang ramai. Kalau dilihat dari keluhan yang diluahkan di dalam blog blog sudah barang pasti lebih banyak dan teruk telah diluahkan. Kerajaan perlu mendengar rintihan rakyat ini. Memang benar kerajaan telah lama bertahan di dalam soal pembiayaan subsidi minyak ini. Ramai yang sedar tentang hakikat ini tetapi lebih ramai lagi yang tidak faham sebenarnya mengenai subsidi ini. Kenapa kerajaan tidak dapat menanggung kenaikan harga minyak dunia ini sedangkan Malaysia merupakan negara pengeluar minyak. Kenapa harga minyak mesti dinaikkan sedangkan Petronas untung berpuluh puluh billion setiap tahun.

Bukanlah satu perkara yang mudah untuk kerajaan bagi menghadapi kemelut ini lebih lebih lagi dengan adanya petualang seperti Anwar Ibrahim yang cuba menangguk di air keruh.

Anwar sebenarnya sedar dan tahu kerajaan tidak akan dapat menanggung subsidi minyak ini selamanya. Beliau juga tahu mengambil sebahagian keuntungan Petronas untuk membiayai subsidi minyak bukanlah jawapan kepada permasalahan ini. Beliau tahu adalah mustahil kaedah pengambilan untung Petronas ini akan dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak dunia ini. Beliau juga tahu bahawa Malaysia hanya pengeluar minyak yang kecil yang tidak sampai 5% pengeluaran minyak dunia. Bagaimana kita boleh mengawal harga minyak dunia lebih lebih lagi menentukan harga minyak dunia.

Kerajaan sebenarnya telah lama memberi subsidi bahanapi kepada rakyat. Subsidi kerajaan sebanyak RM56 billion bukanlah satu jumlah yang sedikit dan jika dikaji sebahagian dari subsidi ini sebenarnya bukan dinikmati oleh rakyat Malaysia tetapi oleh rakyat Singapura dan Thailand. Ini bermakna kerajaan menanggung rakyat negara asing yang tidak banyak menyumbang kepada negara kita. Jika ada pun sumbangan mereka hanya dari perolehan pembelian barangan ketika mereka berada di negara ini.Bayangkan jika mereka menikmati subsidi ini hanya sebanyak 1% bermakna negara telah kehilangan sebanyak RM 560juta. Namun saya merasakan jumlahnya adalah lebih dari itu dan mencecah angka billion.

Jumlah subsidi yang dinikmati oleh rakyat asing ini adalah lebih baik jika disalurkan kepada pembangunan lain dan untuk faedah rakyat Malaysia. Kerajaan juga sebenarnya cuba berbuat sesuatu untuk menyelesaikan masalah ini. Pembayaran rebet sebanyak RM 625 bagi kereta yang kurang dari 2000 cc dan RM 150 kepada motosikal adalah salah satu daripada usaha kerajaan ini. Mungkin ianya tidak dapat menyelesaikan keseluruhan masalah dan bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat tetapi mungkin dapat meringankan sedikit. Kerajaan juga masih berusaha untuk membantu rakyat.

Ingatlah keputusan yang diambil oleh kerajaan bukanlah keputusan seorang Perdana Menteri sahaja tetapi telah ditentukan oleh mesyuarat yang dianggotai oleh jawatankuasa yang arif di dalam bidang ekonomi. Jawatankuasa tersebut antara lain dianggotai oleh Menteri Kewangan 2 Tan Sri Noor Mohamed Yaacob, Datuk Sharir Samad dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib. Mesyuarat ini juga dianggotai oleh beberapa orang pakar ekonomi yang lain. Pak Lah Cuma mengumumkan keputusan yang telah dipersetujui oleh jawatankuasa tersebut.

Keputusan yang dibuat ini sebenarnya telah mengambilkira semua kemungkinan yang boleh berlaku dan langkah langkah untuk mengatasinya juga telah dikenalpasti. Kerajaan tidak akan mahu melihat rakyat merana dan negara mereka menjadi negara yang miskin dan porak peranda.

2 Respons to “Sudah Sampai Masanya………………”

  1. penulis_cyber said

    ulasan mantap !

  2. cheguman said

    Mungkin ramai yang dah lupa Tun DrM pernah berbalah dengan DSAI atas dasar berikut:
    DSAI mati-matian mencadangkan agar subsidi minyak dimansuhkan (bagi memenuhi syarat pinjaman IMF) sedangkan Tun DrM bermati-matian mempertahankan subsidi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: