Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

DSAI, KENAIKAN HARGA MINYAK DAN AMERIKA??

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 11 Jun 2008

Oleh: Salza Hedra

Negara-negara Asia kini dilanda krisis ekonomi yang agak meruncing termasuklah Malaysia. Ramai yang merungut dan mengkritik dan ada di kalangan rakyat negera tertentu mengadakan demonstrasi jalanan untuk melahirkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap kenaikan ini. Namun di Malaysia, walaupun terdapat ura-ura bahawa pakatan pembangkang (DAP, PKR dan PAS) mengadakan mesyuarat sama ada perlu atau tidak mereka mengambil kesempatan ini untuk mengadakan demonstrasi jalanan bagi mendapat ‘political mileage’ dan memberi tekanan kepada kerajaan Persekutuan. Tujuan mereka jelas, untuk memastikan mereka mengambil alih pemerintahan kerajaan sekarang dan DSAI dilantik menjadi PM ke 6 Malaysia. Sedar atau tidak, mahu atau tak mahu, kita tidak dapat menafikan bahawa kenaikan harga minyak ini ada perkaitannya dengan dasar Amerika memperluaskan dan memperkukuhkan kekuasaan mereka di Asia yang kini sedang pesat membangun.

Dewasa ini, dasar hegemoni, neoimperialisme dan geopolitik Amerik tertumpu di Asia. Kehadiran mereka di Asia menggunakan pelbagai cara termasuklah tipu helah, peperangan, penjajahan, penggunaan proksi mahupun secara subversion. Peperangan Antiterorisme Global (PAG) dicetuskan melalui sebuah blueprint “Project For The New American Century” yang disediakan oleh golongan Neo-Conservative pro zionis seperti Dick Cheney, Paul Wolfowitz dan Donald Ramsfeld.

Mereka mewujudkan sekutu-sekutu baru dan mengeratkan sekutu-sekutu yang ada yang menjadi proksi mereka. Pendekatan PAG adalah melalui 3 cara. Pertama, mereka membentuk peperangan nuklear di mana musuh sebenarnya tidak wujud namun ratusan ribu rakyat tak berdosa dibunuh. Perkara ini dapat dilihat di Afghanistan. Kedua, peperangan nuklear dan penjajahan berpanjangan seperti yang berlaku di Iraq. Rejim pemerintahan ditukar kepada acuan mereka. Ketiga, melalui subversion, propaganda, sabotaj, adu-domba agama dan operasi hitam di mana ia banyak berlaku di Asia Tenggara. Pendekatan inilah yang jelas kelihatan digunakan ke atas negara-negara Asia Tenggara.

Dasar hegemoni Amerika dipakej melalui strategi ketenteraan yang berkait rapat dengan minyak. Mereka ingin menguasai telaga-telaga baru minyak dan gas yang telah dikenalpasti di Asia termasuk laluan maritim utama pengangkutan minyak yang strategik dari Asia Barat ke Asia Timur. Justeru itu, strategi menaikkan harga minyak supaya ia memberikan tekanan terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara di Asia.

Di Malaysia, dasar ini lebih tertumpu kepada pandangan Amerika (yang melihat melalui proksi mereka di seberang Selat Tebrau) sebagai negara yang perlu dikuasai mereka. Mereka perlu mempunyai pengaruh dalam kepimpinan negara ini. Dalam era pemerintahan Ybhg Tun Mahathir, mereka tidak berpeluang untuk mempengaruhi beliau. Lantaran itu, usaha dijalankan dengan mencari seseorang dan yang dikenalpasti mereka pada masa itu adalah seorang tokoh yang mempunyai potensi untuk memimpin Malaysia. Hubungan baik diwujudkan dan pelbagai bentuk bantuan dan sokongan diberikan agar tokoh ini dapat menggantikan Tun Mahathir. Namun usaha mereka terbantut kerana Tun sedar bahawa tokoh yang diasuh dan didik untuk menggantikan beliau ini dipengaruhi oleh golongan neo-conservative Amerika. Orang yang dimaksudkan oleh Tun pada masa itu adalah DSAI.

Apabila Tun menyerahkan pucuk pimpinan negara kepada Pak Lah, maka golongan ini melihat peluang mereka masih tipis kerana Pak Lah adalah Pengerusi OIC dan NAM. Namun apabila DSAI keluar dari tahanan, peluang mereka kembali cerah. DSAI membuat lawatan ke Amerika dan bertemu dengan mereka. Apa yang dibincangkan mestilah sesuatu yang besar. Takkanlah nak cerita kat mereka kisah dalam penjara pulak. Apa yang pasti rancangan yang tergendala perlu diteruskan dan DSAI mau tak mau mesti dijadikan PM menggantikan Pak Lah.

Bermulalah kempen meburuk-burukkan UMNO, Pak Lah dan kerajaan BN. DSAI dilihat seperti diarahkan untuk jadi mastermind kepada pakatan pembangkang kerana beliau tidak boleh bertanding. Mereka mahu memastikan kerajaan BN tumbang. Isu DEB, perkauman dan agama dijadikan senjata. Ketiga-tiga isu ini terdapat dalam laporan Jabatan Negara Amerika. Tapi nasib tak menyebelahi mereka. Di sebalik kegagalan itu, mereka berjaya menafikan 2/3 kerajaan BN dan dapat menawan 5 + 1 negeri.

Melihat bahawa mereka menghampiri kejayaan dan berpeluang untuk membentuk kerajaan sekiranya berjaya memujuk 30 orang wakil rakyat BN untuk lompat parti, maka DSAI segera mengeluarkan kenyataan bahawa beliau akan menjadi PM ke 6 Malaysia pada bulan September ini. Keraplah DSAI ke luar negara dan berbincang dengan punahsihat-punahsihatnya. Isu kenaikan harga minyak jadi modal jajaan beliau. Beliau dengan lantangnya menyatakan bahawa harga minyak akan diturunkan sekiranya beliau menjadi PM kelak.

Persoalannya sekarang, apakah kenaikan harga minyak ini dapat dikurangkan oleh beliau kerana beliau rapat dengan pemimpin-pemimpin neo-conservative Amerika atau ianya hanyalah janji manis. Adakah kesempatan yang diambil ini adalah untuk agenda yang lebih besar iaitu memastikan hasrat beliau dan puak neo-conservative Amerika di Malaysia tercapai?

Advertisements

3 Respons to “DSAI, KENAIKAN HARGA MINYAK DAN AMERIKA??”

  1. penulis_cyber said

    Hegemoni USA mesti disekat kerana ia proksi JEWish…dan JEWish musuhi semua bangsa agama kerana mereka anak ALLAH

  2. Sulaiman Bin Rejab said

    asma@um.edu.my

    Pensyarah Pusat Asasi Sains yang menghasut orang supaya memboikot Minyak Petronas petikannya seperti di bawah:-
    Forwarded email.
    Wahai warga Malaysia sekelian…. .hebahkanlah cerita benar ini kpd rakan2 anda sekelian mengapa perlu boikot minyak petronas…. .
    Sebenarnya semua warga malaysia kena tipu dengan dasar kenaikan harga minyak ni..baru2 ni kenaikan harga minyak sebanyak RM0.78.Tinggi tuuuuu.Mengapa kita perlu menaikkan harga minyak setinggi tuuuuuuu….
    Haaaaaa ini lah yang warga malaysia tak tahu…. Sebenarnya kita ni duduk je Malaysia…tapi minyak yang kita cari gali kat trengganu dan Srawak tu, kita tak penah pakai pun…Minyak yang kita gali tu ialah minyak Gred A…Diulangi Minyak Gred A…….semua minyak tersebut dijual keseluruhannya keluar negara…jadi petronas telah beli pulak minyak gred C…Diulang Gred C…..untuk digunakan dimalaysia dan diletak logo Petronas…. dalam kajian oleh syarikat2 kereta yg bukan keta nasional, bahawa minyak petronas ini adalah minyak paling kotor sekali…maklumlah minyak gred C.
    Minyak yang paling bersih adalah minyak Caltex @ Mobil/Esso @ Shell. Mengapa minyak tersebut lebih bersih??? Sebab minyak tersebut adalah dari gred B..Inilah yg rakyat malaysia tak tahu…kenaikan harga minyak disebabkan kenaikan harga minyak dunia yang dikawal oleh US yg mana setong hampir mencecah usd130.00..Semua orng tertanya-tanya mengapa kita negara peneluar minyak kena mengikut harga minyak dunia kan. Itu lah antara sebab2 nye…
    Untuk pengetahuan anda semua…semasa kenaikan harga minyak dari RM 1.62 kepada RM1.92 anda pasti pernah menerima E-mail yang mengatakan “isilah minyak petronas ramai-ramai. Jika semua rakyat malaysia isi minyak petronas, harga minyak tidak akan naik”…Semua e-mail tersebut adalah mengarut.Anda semua kena tipu…..Minyak tetap naik jugak kan….Sebenarnya yang untung paling besar adalah sebahagian orang2 besar kat atas tu dan org2 yang bekerja dengan petronas…sebab bila reramai isi minyak petronas, makin besar lah untung petronas…bila makin besar untung…makin besar lah bonus yang orang2 petronas dapat…Tahun lepas sahaja bonus org2 petronas dapat antara 6-13 bulan bergantung pada perkhidmatan. ..Tapi yang petronas istihar ialah 2 bulan bonus sahaja…Bonus yang selebihnya diletakkan atas nama saguhati…. Dasyat betul diorg menipu rakyat.mengambil untung dari hasil perut bumi yang ALLAH bagi tanpa mengagaihkan sama rata kepada rakyat….Cerita
    ini bukan rekaan tetapi cerita ini aku perolehi sendiri dari abg ipar aku yg bekerja di KLCC. Dia yg menguruskan sendiri Jualan minyak Gred A kita keluar dan membeli Minyak Gred C untuk di pakai di malaysia…masa aku dengar dia bercerita menyirap jugak darah aku bila dia cakap “bonus aku tahun ni 9 bulan (masa tu tahun 2007)”dah la gaji dia rm 6+++…Siapa yang keja kerajaan tahun 2007 mana ada bonus….Pasal Peraduan Car Craze……yang menang tu semua org yg senang2 dan ada contribute dgn petronas…apa salahnya kalau petronas kurangkan harga minyak RM 0.20 keee tapi takde pertandingan Car Craze…Semua rakyat dapat rasa..ni tidak…dahla jual minyak gred C….Pas tu nak tarik ramai orang isi minyak petronas dengan peraduan mcm tu…aku bukan nak kondem petronas tetapi aku rasa terkilan ditipu buta2 dengan cara demikian.Selama ni aku isi minyak petronas nak support produk malaysia…tetapi setelah aku tahu aku terus betukar ke minyak Caltex @
    Mobil/Esso dan skang ni sudah 7 bulan aku tak isi minyak petronas. dan aku dpat rasakan minyak tersebut lagi menjimatkan. .Terpulang pada anda untuk mengisi minyak yg anda suka kerana duit tersebut adalah duit anda…

    Apa perlu dibuat kepada pensyarah tersebut sedangkan beliau menjawat sebagai Pengerusi Bahagian Matematik di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya?

  3. Cheguman said

    Saya sering mempercayai bahawa adalah lebih baik menawan musuh dengan kelembutan dan bijaksana. Apatah lagi pensyarah tersebut belum tentu musuh kita. Barangkali pensyarah tersebut boleh kita panggil dan berdialog dengannya bagi melihat pandangan beliau. Sekiranya beliau masih berdegil dengan pendiriannya setelah beberapa kaedah digunakan maka saya fikir satu tindakan tegas perlu dilakukan bagi menyekat beliau daripada terus merosakkan minda masyarakat terutamanya para pelajarnya. Cuma saya melihat tulisan beliau amat tidak profesional dan mendatangkan curiga pada saya adakah benar beliau yang berjawatan begitu yang menulis sendiri email ini atau berlaku penyamaran di sini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: