Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Cadangan Exco Selangor Cabar Perlembagaan

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 9 Jun 2008

Oleh: Salza Hedra

Membaca ‘The Star’ semalam (7/06/08), pelbagai perkara bermain difikiran penulis. Belum lagi reda daripada kisah babi di Sepang oleh kerajaan Campuran Pembangkang di Selangor, exconya, YB Xavier Jayakumar dan YB Ronnie Liu berkata mereka akan mencadangkan agar peruntukkan kepada hal-ehwal agama bukan Islam RM3 juta oleh kerajan sebelum ini dinaikkan kepada satu angka yang lebih tinggi yang tidak mahu dimaklumkan. Selain itu, mereka juga mencadangkan penambahan keluasan tanah bagi rumah ibadat mereka yang sebelum ini 0.4 ha kepada keluasan tanpa had. Menurut mereka ini adalah kelangsungan daripada janji-janji yang dibuat semasa kempen PRU 12 yang lalu yang mesti dipenuhi serta merta. Apa yang ingin dicadangkan oleh Exco kerajaan Campuran Pembangkang Selangor ini bukan sesuatu yang baru. Selain daripada tentangan mereka megenai ‘Hak Keistimewaan Orang Melayu’ yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, mereka juga menggunakan kesempatan ini untuk membuat tuntutan tambahan terhadap hak keagamaan mereka.

Pakatan Pembangkang khususnya DAP sejak dahulu lagi telah melancarkan kempen untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan. Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Dengan kata lain, Islam adalah agama Malaysia. Islam bukan agama rasmi kerana tiada agama rasmi atau tidak rasmi termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Hanya Islam diperakui dalam Perlembagaan sebagai agama Malaysia. Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa agama lain boleh diamalkan oleh penganutnya. Perkara 153 inilah yang mahu dimansuhkan, manakala Perkara 3(1) digugurkan atau setidak-tidaknya ditambah dengan klausa ‘memberikan kesamaan hak ke atas agama-agama lain setaraf dengan agama Islam’.

Sejak dahulu lagi, kerajaan telah memberikan kebebasan mengamalkan anutan agama masing- masing. Tiada sekatan atau halangan yang dikenakan oleh kerajaan terhadap mereka. Atas dasar keprihatinan dan keterbukaan yang diiamalkan oleh kerajaan, maka sejumlah dana dan kawasan untuk agama-agama selain Islam disediakan walaupun ia bukannya sesuatu yang mesti dilakukan oleh kerajaan. Kita boleh lihat kuil, tokong dan gereja agama lain tersergam di setiap negeri di Malaysia. Ada yang menjadi daya tarikan pelancong ke Malaysia bagi lawatan biasa atau tujuan keagamaan. Kawasan-kawasan perkuburan besar juga kelihatan. Gereja, kuil dan tokong kecil di kawasan-kawasan perumahan juga wujud.

Gambaran seperti di Malaysia ini tidak terdapat di kebanyakan negara dunia. Mengambil contoh di Singapura sahaja, corong speaker mesti dihadapkan ke dalam masjid atau surau sahaja semasa muazzin melaungkan azan kerana dikatakan mengggangu ketenteraman awam. Jumlah mesjid dan surau amat sedikit dan kegiatan keagamaan Islam dihadkan. Amerika yang dikatakan mengamalkan demokrasi dan kebebasan hak asasi manusia juga tidak sewenang-wenangnya memberikan kelulusan untuk mendirikan masjid-masjid besar apatah lagi surau atau musolla. Pelbagai kekangan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dalam menegakkan syiar Islam di sana.

Namun apa yang cuba dicadangkan oleh exco ini merupakan suatu usaha dalam menafikan apa yang termaktub dalam Perlembagaan secara sedikit demi sedikit atau perlahan-lahan. Adalah tidak mustahil suatu hari kelak, Islam tidak akan lagi menjadi agama Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Ada juga yang berpandangan bahawa perkara ini ada kaitan dengan usaha pendakwahan. Penulis teringat tuntutan untuk mendirikan gereja terbesar di Asia yang mahu didirikan di Selangor beberapa tahun yang lalu. Maka logiknya, mereka mahu meneruskan usaha merealisasikan impian dan hasrat tersebut kerana kini mereka telah mempunyai kuasa di beberapa negeri. Ada juga yang berpendapat bahawa usaha ini adalah kesinambungan daripada tekanan dalam isu tuntutan HINDRAF mengenai Kuil Negeri dan tuntutan paderi- paderi Kristian untuk menggunakan perkataan ‘ALLAH’ dalam mana-mana makalah agama Kristian dan khutbah mereka di gereja.

Apa yang menjadi persoalan sekarang adalah apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid melihat perkembangan ini? Penulis yakin beliau tidak mampu berbuat apa-apa. Selain beliau mendapat tekanan daripada barisan exco negeri bukan Islam, exco Melayu/Islam seperti YB Yaakob Sapari, YB Dato’ Dr Hassan Ali termasuklah YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, juga akan memastikan beliau untuk bersetuju dengan cadangan ini. Beliau juga kena akur dengan perintah DSAI yang gusar sekiranya cadangan ini tidak dipenuhi, maka hasrat DSAI untuk jadi PM ke 6 Malaysia September ini akan dinafikan oleh pakatan pembangkang khususnya DAP.

Bagi mereka yang sentiasa menyokong dan membela kerajaan Campuran Pembangkang ini termasuklah yang beragama Islam, perkara ini bukannya satu hal yang besar sangat kerana mereka lebih rela menggadaikan segalanya. Mereka menghalalkan cara demi matlamat politik pemimpin besar mereka. Penulis yakin, Raja Petra Kamaruddin akan bermati-matian membantu usaha exco Selangor ini, termasuklah, pengubahan atau penambahan dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia melalui blognya ‘Malaysia Today’ dengan menulis artikel-artikel yang merendah-rendahkan orang Islam dan Melayu di Malaysia.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: