Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Keresahan Rakyat Terhadap Kenaikan Harga Minyak

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 6 Jun 2008

Oleh: Salza Hedra

Sejak dari tengahari hingga ke malam 5 Jun 08, berduyun-duyun kereta, motosikal dan kenderaan-kenderaan lain beratur di seluruh stesen minyak disebabkan oleh pengumumnan kerajaan akan menaikkan harga minyak daripada $1.92 sen kepada $2.70 sen. Hari ini tangki kenderaan mereka perlu diisi penuh. Setidak-tidaknya, mereka dapat menjimatkan sedikit wang saku kerana mulai esok mereka perlu membayar harga yang lebih mahal. Inilah bayangan keresahan pertama mereka. Ianya juga tindakan pertama mereka untuk merlakukan penjimatan dalam usaha menangani kesan kenaikan tersebut. 

Rakyat Malaysia pada secara umumnya peka terhadap perkembangan semasa dunia. Mereka tahu bahawa kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga minyak. Mereka juga faham bahwa lambat laun harga minyak akan naik juga disebabkan oleh kenaikan harga minyak dunia. Mereka juga mengerti bahawa kerajaan telah, sedang dan akan melaksanakan usaha-usaha gigih dalam mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana. Antara langkah awal yang telah dijalankan kerajaan adalah menaikkan gaji kakitangan awam dan kawalan terhadap harga barangan keperluan asas. Kerajaan juga telah memulakan industri biodiesel yang dijangkakan dapat sedikit sebanyak mengurangkan penggantungan kepada petrol pada masa akan datang.

Apabila Malaysia mengorak langkah daripada sebuah negara pertanian kepada negara industri, kemajuan mula terserlah. Malaysia kini menjadi salah sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah negara maju pada tahun 2020. Rakyat telah dimaklumkan bahawa kesan pembangunan dan kemajuan akan membawa kepada kenaikan kos sara hidup. Langkah-langkah proaktif telah rancang dan ada yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Kesan kenaikan harga minyak ini bukan sahaja dirasai oleh Malaysia malahan masyarakat dunia. Walaupun negara kita dan juga beberapa negara di Asia merupakan negara yang menghasilkan minyak, namun hampir kesemuanya mengimpot minyak dari luar.

Dua perkara yang menjadi keresahan dan kebimbangan keseluruhan rakyat Malaysia. Pertamanya adalah kenaikan harga barangan keperluan asas. Tindakan peniaga untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan mereka akan berlaku. Apa yang kita harapkan agar mereka tidak menaikkan harga tersebut sehingga membebankan pengguna. Penulis begitu optimis, bahawa langkah menaikkan harga keperluan tersebut dapat diimbangi oleh kuasa beli rakyat. Namun penulis juga percaya akan wujud golongan opurtinis yang akan meletakkan beban kenaikan yang ditanggung mereka kepada pengguna. Perkara ini harus dipantau oleh kerajaan dan kerjasama rakyat untuk membendung gejala ini amat-amat diharapkan.

Keduanya adalah kenaikan kadar inflasi. Menurut Ybhg Dato’ Dr Zeti, Gabenor Bank Negara, kadar inflasi akan meningkat pada kadar 4.2% daripada unjuran awal 2 – 3 % lewat tahun ini dan meningkat lagi kepada 5.2.% awal tahun hadapan. Ia merupakan kesan jangka pendek. Beliau menegaskan bahawa keadaan akan dapat dikawal melalui langkah dan pemantauan yang dibuat, kadar inflasi dijangka akan menurun kepada 3% lewat tahun depan.

Sebagai rakayat Malaysia, kita perlulah bersama-sama mengharungi saat-saat getir ini dengan bijaksana. Keyakinan terhadap usaha-usaha kerajaan dalam menangani dan mengurang kesan kenaikan ini perlu sentiasa ada dalam diri kita. Kita perlu melaksanakan tanggung jawab kita walaupun dengan hanya berjimat dalam perbelanjaan harian.

2 Respons to “Keresahan Rakyat Terhadap Kenaikan Harga Minyak”

  1. apaapele said

    jilat jgn tak jilat

  2. suh said

    apa kesan peningkatan harga minyak terhadap jumlah kenderaan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: