Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Kerajaan Campuran Pembangkang Hipokrit

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Mei 2008

Oleh: Salza Hedra

Pemerintahan kerajaan Campuran Pembangkang yang menghamiri umur 3 bulan di negeri-negeri yang dimenangi mereka juga berkocak. Mendengar kata-kata Saudara Ezam dalam sidang medianya semalam (29/0508), kita dimaklumkan bahawa terdapat keretakkan dan tiada kesefahaman di antara mereka. DAP dikatakan telah tidak hadir dalam mesyuarat Campuran Pembangkang. Apakah mereka tidak boleh duduk semeja lagi? Apa yang sebenarnya terjadi?

Apa yang dimaklumkan oleh Saudara Ezam telah pun penulis garapkan dalam artikel-artikel sebelum ini di mana pakatan mereka lebih bersifat sementara. Mereka hanya bersama tapi tidak bersatu. Sebab utamanya adalah hala tuju dan matlamat perjuangan mereka adalah berbeza. Kerjasama mereka kerana mahu menjayakan aspirasi parti masing-masing sahaja.

Dengar-dengar perbualan orang politik, mereka tidak bersepakat pasal desakan DSAI menyuruh DAP menjadi lebih fleksibel dan jangan terlalu menghentam Institusi Raja dan orang melayu. Buat sementara waktu ni jangan buat dasar atau perlaksanaan-perlaksanaan yang mengundang kontreversi dan sensitiviti masyarakat melayu. Perkara ini kelak akan membantutkan hasrat DSAI untuk menjadi PM pada bulan September ni kelak.

Umum mengetahui bahawa DAP merupakan sebuah parti politik yang lahir dari PAP yang memerintah Singapura sejak 1963. DAP memperjuangkan ”Malaysian Malaysia”. Dasar ini dilihat dipercayai diciplak daripada konsep ”We Are Singaporean” PAP. Dengar khabar, DAP sedang giat merancang Pelan Pembangunan Ekonomi Negeri. Pelan tersebut tertumpu kepada pembangunan sektor ekonomi yang rata-rata dikuasai secara majoritinya oleh usahawan dan ahli perniagaan bukan melayu. Secara tidak langsung, pelan pembangunan ini ’mengabaikan’ orang melayu Pulau Pinang. Kalau adapun, mungkin bilangan usahwan melayu yang akan menerimanya, jumlahnya pasti kecil. Lama – kelamaan dan secara senyap , pelan tersebut akan berjaya melenyapkan dasar DEB seperti hasrat yang disuarakan oleh Ketua Menteri baru Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng sejurus selepas DAP menguasai negeri tersebut.

Penulis masih ingat kata-kata YB Lim Kit Siang mengenai kerjasama mereka dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini bahawa kerjasama mereka hanyalah masa pilihanraya sahaja. Tujuannya hanya nak pastikan BN kalah dan DAP menang banyak kerusi. Kenalah tunjukkan kepada rakyat bahawa mereka berkerjasama kerana mereka mempunyai tujuan yang sama dalam perjuangan politik. Habis pilihanraya, DAP tidak perlu fikirkan pasal PKR atau PAS. Biarlah mereka dengan cara mereka dan DAP dengan cara DAP.

PKR, sebuah parti yang tidak mempunyai perjuangan yang jelas. Dulu tujuan utama mereka adalah nak bebaskan DSAI. Sekarang pulak nak pastikan DSAI jadi PM September ni. Pasal rakyat tak payah gusar. Nanti bila DSAI jadi PM semua orang akan senang. Karga minyak akan turun, harga barangan keperluan asas akan turun. Rakyat boleh jimat duit dan pergi bercuti ke Pulau Pinang. Sebab itulah, kelulusan kandang babi di Sepang oleh kerajaan BN dulu cepat-cepat mahu dilaksanakan oleh kerajaan Selangor pimpinan kerajaan Campuran Pembangkang. Langsung tak fikir nak batalkan, tangguhkan perlaksanaan atau alihkannya ke kawasan yang ramai penduduk bukan melayu.

Pasal DEB pula, PKR bersependapat dengan DAP bahwa DEB merupakan suatu dasar yang mempunyai unsur-unsur perkauman. Hanya menguntungkan melayu. Walaupun mereka mendakwa mempunyai suatu dasar yang lebih baik daipada DEB dan menguntung semua kaum seperti yang dinyatakan oleh MB baru Selangor YAB Tan Sri Khalid dan DSAI, namun sehingga hari ini langsung tiada pembentangan usul terhadap dasar baru itu.

PAS pula melalui YB Dato’ Dr Hassan Mohd Ali baru-baru ini lantang menyuarakan tidak akan melaksanakan konsep Islam Hadhari di Selangor. Menurut pandangan beliau dan juga merupakan pandangan PAS, Islam Hadhari adalah ajaran sesat. Pertaman-tamanya beliau sepatutnya memastikan kelulusan kandang babi di Sepang itu ditarik balik oleh kerajaan Campuran Pembangkang di Selangor. Tapi atas dasar nak jaga hati kerajaan Campuran Pembangkang khususnya DAP, buat-buat tak tau je. Beliau mahu dilihat lebih Islamik sehingga konsep Islam Hadhari yang selari dan selaras dengan ajaran Islam ditolak mentah-mentah atas dasar politik PAS yang sempit. Sama ada beliau sedar atau tidak, DAP akan tetap menolak perjuangan PAS. Seingat penulis, YB Karpal Singh ada mengutarakan tentangan DAP tersebut dengan menyatakan ”Over my dead body” (”Langkah mayat aku dulu”).

Kalau begitulah senarionya, kenyataan Saudara Ezam ada kebenarannya. Penulis yakin rakyat juga sedar bahawa permainan politik hipokrit Campuran Pembangkang tidak menguntungkan sesiapapun.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: