Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Islam Hadhari Haram.

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 30 Mei 2008

Oleh: Adijagat (adijagat.wordpress.com)

 

Kerajaan Baru Selangor telah mengharamkan semua program Islam Hadhari di negeri tersebut menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dato’ Dr Hassan Mohamed Ali.

 

Beliau dipetik telah berkata:

 

“Kita haramkan Islam Hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup.”

 

“Oleh yang demikian, kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari.” beliau dipetik sebagai berkata pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini. – http://www.malaysiakini.com/news/83455

 

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Dr. Hassan Ali ini amat mengelirukan kerana apa yang dikatakan oleh beliau seolah olah menyatakan bahawa Islam Hadhari adalah agama baru ciptaan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sesat. Tuduhan ini merupakan satu tuduhan yang amat berat dan Dato’ Dr. Hassan Ali mesti bertanggungjawab terhadap apa yang dikatakan olehnya.

 

Dato’ Dr. Hassan Ali perlu ingat bahawa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah menyatakan Islam Hadhari merupakan satu agama baru atau ajaran baru cuma apa yang diperkenalkan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hanyalah merupakan satu pendekatan untuk mengangkat ketamadunan Islam. Ianya merupakan satu PENDEKATAN bukan AGAMA BARU.

 

Apa yang dikatakan oleh Dato’ Dr. Hassan Ali iaitu selama 7 tahun konsep Islam Hadhari ini diperkenalkan , penerimaannya masih lagi tidak menyeluruh. Tetapi kenapa ini berlaku? Ini kerana pemahaman masyarakat terhadap Islam Hadhari masih tidak tepat malah ada yang beranggapan Islam Hadhari adalah ajaran baru atau Islam yang tidak tulen seperti juga pemahaman Dato’ Dr. Hassan Ali. Saya tidak hairan jika ada rakyat yang tidak belajar tinggi tidak dapat memahami konsep Islam Hadhari ini jika orang yang kononnya pandai seperti Dato’ Dr. hassan Ali pun tidak faham. Mungkin ada orang kampong yang lebih faham tentang Islam Hadhari berbanding dengan Dato’ Dr. Hassan Ali.

 

Keadaan di mana rakyat tidak memahami konsep Islam hadhari ini sebenarnya adalah kerana adanya orang orang yang berfahaman politik sempit seperti Dato’ Dr. Hassan Ali yang menyelewengkan apa yang disampaikan oleh kerajaan Barisan Nasional lebih lebih lagi UMNO sambil berselindung disebalik topeng Islam. Sejak mula konsep Islam Hadhari diperkenalkan, PAS sudah mencanangkan ke seluruh pelusuk negara bahawa Islam Hadhari adalah ajaran baru yang sesat dan perlu ditentang.

 

Di dalam hal ini saya lebih setuju dengan pandangan Mufti Perlis Dr. Mohd Asri di mana beliau berkata ramai orang salah anggap terhadap konsep Islam Hadhari kerana perkara Islam yang digandingkan dengan Hadhari. Jika nama Pendekatan Hadhari yang digunakan, kekeliruan ini besar kemungkinan dapat dielakkan tapi bukan soal ini yang ingin saya kupas di sini tetapi apa yang dinyatakan oleh Dato’ Dr. Hassan Ali.

 

Dato’ Dr. Hassan Ali di dalam akhbar Sinar Harian hari ini pula menyatakan bahawa beliau tidak pernah berkata untuk mengharamkan Islam Hadhari. Macamana ni Dato’? Sekejap haram sekejap tak haram…….

 

“Saya tidak pernah berkata untuk ‘mengharamkan’ Islam Hadhari tetapi menyebut untuk tidak mempromosikan di surau, masjid dan acara acara yang melibatkan orang beragama Islam. Perkataan Islam Hadhari itu sendiri tidak dinyatakan di dalam Al-Quran, sebab itu saya berani kata Islam Hadhari adalah rekaan,” katanya. – Sinar Harian, Selangor&KL@sinar m/s:N3, Jumaat 30 Mei 2008

 

YB Dato’ Dr. Hassan Ali kena ingat bukan Islam Hadhari sahaja yang tidak disebut di dalam Al-Quran, Parti Islam Semalaysia (PAS) juga tidak disebut di dalam Al-Quran. Mungkin PAS juga satu gerakan sesat……

 

 

adi.jagat@yahoo.com.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: