Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Pelan Tindakan Menangani Kenaikan Harga Minyak PR Suatu Satira

Posted by Sahabat MANTAP di Khamis, 29 Mei 2008

Oleh: Salza Hedra

Semasa penulis sedang bersarapan pagi tadi bersama seorang rakan, terdengar perbualan sekumpulan lelaki yang penulis kenal sedang membicarakan tentang kesan kenaikan harga minyak dunia terhadap kenaikan harga barangan keperluan rakyat. Kenaikan ini membebankan semua pihak termasuklah ahli perniagaan, pemilik kereta, penguasaha pengangkutan awam termasuklah orang biasa. Terlintas di fikiran penulis tentang janji-janji yang ditaburkan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk menurunkan harga minyak sekiranya mereka berkuasa.

Salah seorang daripada kumpulan lelaki tadi berkata bahawa dia telah undi PR kerana dalam manifesto PR banyak memperlihatkan keprihatinan terhadap rakyat. Tambahan pula dia dah bengang dengan YB-YB dalam kerajaan BN yang dik asyik membodek pemimpin dan kembongkan perut sendiri. Tapi hari ni dia nampak YB-YB PR macam tak buat apa-apa pun. Nampaknya kerajaan BN yang berusaha mencari jalan nak mengurangkan beban rakyat kesan dariapda kenaikan tersebut. Kerajaan BN meluluskan peruntukkan RM3b untuk penanaman padi di Sarawak sebab harga beras naik dan terbaru ni mencadangkan satu Pelan Pembaharuan Subsidi Minyak bagi membantu rakyat.

Kawannya yang seorang lagi kata, ”Kerajaan Pusat kenalah ambil tindakan macam tu sebab di pegang tampok pemerintahan negara. Lainlah kalau PR pegang. Pasti depa lagi baguih daripada BN”.

Penulis cuba ajukan persoalan kat depa. Masa kempen dulu PR kata depa boleh kurangkan harga minyak 30 sen. Kalau boleh cakap macam tu, pastilah depa dah ada kertas cadangan atau cara penyelesaiannya. Buat pe nak perap je cadangan tu. Betul tak?

Mamat yang sorang tu jawab. ”Takkan depa nak bagi kat BN. Nanti BN dapat nama. Biarlah ’orang tua’ tu pikir sendiri. Kan BN banyak orang pandai dan konsultan macam YB menantu PM, Kalimullah, anak PM dan rakan-rakan YB menantu PM kat tingkat 4”, ujar beliau.

Kawan yang bersarapan sama penulis mencelah dan kata bahawa persoalannya sekarang bukannya pasal politik tapi pasal rakyat. Kalau sayang dan prihatin kat rakyat, baik Wan Azizah ke, Lim Kit Siang ke, Haji Hadi ke sarankanlah kat Parlimen. Atau Menteri – Menteri Besar dan Ketua Menteri di negeri yang PR berkuasa laksanakanlah kat negeri masing-masing. Semua orang akan tau bahawa cadangan dan perlaksanaan tu datang dari PR. Atau suruh je bakal PM September ni mintak tolong kat rakan-rakan dia dari Amerika tu suruh OPEC turunkan harga minyak.

Hari ini PR mempunyai lima negeri di bawah pemerintahan mereka. Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor. Masa nilah kena tunaikan janji-janji mereka kat rakyat. Namun, apakah langkah-langkah yang sedang, akan dan telah diambil oleh mereka bagi menangani masalah ini? Penulis yakin jawapan mereka terhadap persoalan ini amat mudah. Sekadar untuk melepaskan diri daripada janji mereka sendiri. Mereka akan kata, Kerajaan Persekutuan masih lagi diperintah oleh BN. PR tak boleh buat apa-apa. Memang benar Kerajaan Persekutuan diterajui oleh BN, tapi apakah saranan-saranan bernas yang di bawa oleh PR dalam perbincangan di Parlimen mengenai isu ini? Jawapannya, Tiada!. Mereka sedang sibuk melakukan siasatan terhadap kerajaan negeri terdahulu.

Advertisements

3 Respons to “Pelan Tindakan Menangani Kenaikan Harga Minyak PR Suatu Satira”

  1. hafizuddin said

    mungkin mereka sedang merancangan idea ntok dibahaskan di parlimen nanti.
    kalau diorang cakap main lepas saja, pasti geng bn akan sembur habis2.
    sebab itu mereka kena kaji dulu kelemahan soalan mereka dan
    memperkukuhkan idea. lepas tu, insyaallah.
    saya yakin, akan ada mereka yang menyuarakan kenaikan harga minyak.
    cuma masa sahaja yang tentu.
    (kalo tak jugak, mapuh kawe.)

  2. lunchai said

    Adakah anda bersedia dengan keadaan ekonomi yang serba naik ini?

    Apakah langkah-langkah yang akan anda ambil untuk mengatasi kemelut ini?

  3. cheguman said

    Saya yakin DSAI ada cara nak selesaikan masalah ni. Bagaimana? Itu saya tak tau. Yang saya tau, DSAI mesti ada kaedah tertentu. Dia ‘kan ramai kenalan kat luar negeri? Isu kecik cam ni takkan kengkawan dia tak leh tolong. Dengar cerita dia jadi pensyarah di universiti luar negara (2-3 universiti). Kalau lah DSAI jadi PM… Tak yah la Paklah pening kepala nak jawab soalan rakyat. Paklah cuma perlu senaraikan soalan banyak-banyak dan suruh DSAI jawab. Kalau dia boleh jawab, Paklah cari soalan lain pulak. BUKAN SUSAH SANGAT NAK RUNTUHKAN NEGARA.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: