Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

‘Malaysian Malaysia’ DAP Jadi Perjuangan Utama Pakatan Rakyat

Posted by Sahabat MANTAP di Isnin, 26 Mei 2008

Oleh: Salza Hedra

Pakatan Rakyat yang di anggotai oleh PKR, DAP & PAS yang mempunyai dasar perjuangan yang berbeza telah bersama-sama bersetuju dalam usaha untuk merealisasikan konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang telah diperjuangkan oleh DAP untuk kesekian lamanya. Nampaknya, PKR & PAS bersedia untuk memastikan ‘Ketuanan Melayu’ dan perjuangan terhadap pembelaan nasib bangsa melayu melalui DEB dikunci dan dihumbankan jauh-jauh ke dalam longkang atas dasar mereka mahu mendapat kerjasama daripada parti DAP. Perkara ini terbukti melalui deklarasi persetujuan bersama mereka mengenai 13 Mei baru-baru ini.

Antara perkara yang di persetujui mereka adalah:

”……Kami menuntut sebuah Suruhanjaya Kebenaran dan Rekonsiliasi untuk mengkaji dan memaklumkan kepada semua fakta-fakta sebenarnya tentang Peristiwa 13 Mei dan menjadikannya satu peninggalan sejarah yang membolehkan kami menumpu perhatian dan menghargai nilai-nilai seperti demokrasi, keadilan dan kebencian terhadap rasuah, dengan tujuan menyatukan semua rakyat Malaysia dalam satu masyarakat majmuk yang boleh digelar ‘bangsa Malaysia’….”

”…..Kami menegakkan prinsip ‘ketuanan rakyat Malaysia’ dan nilai-nilai murni sejagat sebagai asas perpaduan rakyat Malaysia dan menolak tindakan-tindakan bersifat ekstremi atau aspek-aspek agama yang menyemarakkan api kemarahan di kalangan rakyat…..”

(sumber: Suara KeAdilan online)

”…bangsa Malaysia…” – Kini tidak ada lagi bangsa/keturunan Melayu, Cina, India, atau suku-suku kaum lain dalam Malaysia. Justeru itu, Perlembagaan Malaysia perlu digubal. Perkataan ’bangsa melayu’ dan ’bumiputera’ perlu digantikan dengan ‘bangsa Malaysia’. Hak keistimewaan Melayu dan bumiputera juga akan dikeluarkan atau digantikan dengan ’hak bangsa Malaysia’.

…ketuanan rakyat Malaysia…..’ akan menggantikan ’ketuanan Melayu’. Sekali lagi, Perlembagaan perlu digubal dengan memasukkan perkataan ’ketuanan rakyat Malaysia’ dan memadamkan perkataan ’ketuanan Melayu’. Institusi Raja Berpelembagaan yang menjadi teras Ketuanan Melayu berkemungkinan akan terhapus kerana telah digantikan dengan ketuanan rakyat Malaysia.

Kita telah lama mengetahui bahawa DAP mempromosikan konsep ‘Malaysian Malaysia’ ini untuk menghapuskan konsep Ketuanan Melayu. Mereka tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak dan parti politik khususnya UMNO/BN mahupun rakan kongsi mereka dalam PR selagi perjuangan mereka untuk memastikan Ketuanan Melayu terkubur menjadi kenyataan.

Dua peristiwa yang berlaku sebaik sahaja PR memenangi beberapa negeri dalam PRU 13 adalah contoh terbaik untuk kita renungkan bersama:

Perkara pertama yang disuarakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, YAB LimGuan Eng adalah Pulau Pinang tidak akan meneruskan dasar DEB. PKR khususnya dan PAS senyap. Apa yang diperkatakan oleh Guan Eng melibatkan hak dan keistimewaan orang melayu. Dasar ini telah terbukti mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan antara kaum di Malaysia. Mengapa tiada suara yang menentang unjuran Guan Eng. Mengapa mereka tidak berani berkata apa-apa. Apakah mereka baru sedar atau tersentak dari lamunan dan buaian kemenangan dalam PRU 13 kerana sebelum PRU 13 DAP tak cakap apa-apapun pasal perkara ni, Atau adakah kerana yang bersuara itu adalah rakan kongsi mereka dalam politik.

Setelah melihat reaksi orang melayu dan ditanya oleh pemberita, barulah Mursyidul Am PAS, YAB Dato’ Seri Nik Aziz Nik Mat dan beberapa tokoh utama PAS menyatakan bahawa DEB yang dibawa oleh UMNO/BN perlu dikekalkan kerana ia adalah sesuatu yang baik. Namun PKR masih senyap lagi. Mereka bersetuju agar DEB dihapuskan. Mereka kata mereka ada dasar yang lebih baik daripada DEB. Tapi sampai hari ini masih tidak lagi kedengaran sebarang perbincangan dan perbentangan mengenai dasar yang mereka katakan lebih baik daripada DEB itu.

Kedua, Pengerusi DAP, YB Karpal Singh, tanpa segan silu mempermainkan institusi Raja melalui kenyataan beliau bahawa kita bukan hidup dalam zaman feudal. Beliau merasa tidak puas hati terhadap teguran DYMM Sultan Perak terhadap tindakan MB Perak menamatkan khidmat Pengarah Agama Islam Perak. MB Perak dengan selambanya menyatakan bahawa itu adalah pandangan peribadi Karpal. Bukan dia tak tau bahawa kenyataan Karpal itu sememangnya dasar dan kehendak DAP sejak dari dulu lagi.

Kalau dulu DAP kena berkempen baik secara senyap atau melalui kempen Pilihanraya untuk memastikan impian merealisasikan konsep Malaysian Malaysia namun sekarang mereka tidak perlu lagi kerana rakan kongsi mereka dalam PKR & PAS termasuklah juak-juak mereka akan meneruskan perjuangan DAP.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: