Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Tindakan Tun Mahathir Bukan Langkah Pro Aktif.

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 21 Mei 2008

Oleh: Salza Hedra

Senario politik Malaysia khususnya dalam UMNO bergolak lagi. Tun Mahathir yang terkenal dengan imej sebagai seorang yang berani dengan tegasnya menyatakan bahawa beliau telah keluar dari UMNO dan akan kekal sebagai ‘non UMNO member’ selagi Pak Lah menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Keputusan ini adalah sesuatu yang megejutkan ramai pihak bukan sahaja ahli UMNO malahan parti komponen BN dan Pakatan Rakyat. Beliau megajak ahli UMNO bertindak seperti beliau jika mereka sayangkan UMNO. Tapi bagi yang mahu kekal, mereka masih sayang dan setia kepada Pak Lah bukannya UMNO. 

 Seronok juga kenyataan Tun kata kawan saya. Beliau mengimbau kembali kata-kata Tun masa UMNO diharamkan dahulu ( 1988 ) ”Kalau nak betulkan UMNO mesti dari dalam UMNO sendiri. Buat apa nak kecoh. Kalau nak parti kuat, kita kena ketepikan prinsip peribadi. Utamakan UMNO dan kukuhkan UMNO. Tak usah kita dok heboh dan hebahkan keburukan pada luar. Perbetul dari dalam dan kita pakat-pakat bincang sama-sama’.

Seorang lagi rakan saya mencelah. Masa Tengku Razaleigh tubuhkan Semangat 46, mantan Perdana Menteri Pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj ikut Tengku. Beliau terkeluar dari UMNO kerana tak daftar sebagai ahli UMNO Baru yang ditubuhkan oleh Tun. Masa tu Tun kata Tunku dah nyanyuk. La ni, Tun sendiri keluar parti. Tak seorangpun termasuk Pak Lah kata Tun nyanyuk.

Saya cuba jolok sikit. Saya kata, dulu lain senarionya. Dulu pasal nak pastikan kedudukan Tun tak tergugat sebagai Presiden UMNO. Masa tu panas dengan isu Tengku Razaleigh nak lawan jawatan Presiden UMNO. La ni, gerakan untuk menjatuhkan pemimpin dilakukan oleh Tun sejak sebelum PRU 12 lagi.

Memang la tak sama kata kawan saya yang mula-mula tadi. Kali ni lagi hangat. Tun dah biasa dengan krisis-krisis macam ni. Bagi Tun, Pak Lah tak kuat macam dia. Tambah Tun, ramai di kalangan ahli UMNO tak berani nak suarakan perasaan mereka. Jadi Tun sendiri mengambil langkah pertama dengan mengisytiharkan diri beliau keluar dari parti. Tun yakin tindakan beliau akan diikuti oleh ramai khususnya mereka yang bersama-sama beliau menganjurkan roadshow untuk memastikan Pak Lah melepaskan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Anak Tun, YB Dato’ Mukriz dan orang kuatnya YB Fuad Zakarshi tak pulak ikut langkah Tun. Kenapa pulak macam tu? Tanya kawan saya yang kedua tadi. Patutnya mereka juga keluar parti kalau mereka benar-benar percaya bahawa pandangan Tun itu mempunyai kebenarannya.

Saya mencelah lagi. Mana boleh macam tu. Mereka kena ada dalam parti. Mereka sedar kalau mereka keluar parti, majoriti BN akan berkurangan. Tambahan pula mereka tak mahu dikatakan orang yang tak menghargai undian dan kepercayaan yang diberikan oleh pengundi-pengundi mereka.

Bukan macam tu, kata kawan saya. Mereka sendiri tak dapat fikir apa yang Tun nak. Bagi mereka, dengan adanya Tun bersama, maka mereka dapat kukuhkan kedudukan mereka. Tambahan pula pemilihan parti akan diadakan pada hujung tahun ni. Masing-masing dah tentukan jawatan mana nak ditandingi. Biasalah tu.

Saya tanya kat kawan-kawan saya sama ada mereka dengar tak komen Tengku Razaleigh. Mereka kata, inikan peluang keemasan untuk mengukuhkan kedudukan beliau yang akan bertanding jawatan Presiden UMNO. Jadi tak mustahillah kalau peristiwa ini jadi nilai tambah kepada beliau. Masa nilah di nak tunjukkan bahawa beliau akan jadi penyelamat kepada UMNO, kata mereka.

Tun Musa kata ’duri dah keluar dari daging’ tu apa pulak maksudnya?, tanya saya. Takkan kau tak tau. Dulukan Tun selalu laga-lagakan beliau dengan Ku Li. Tun Musa terpaksa berlawan dengan Ku Li setiap kali pemilihan parti. Tun Musa lepaskan jawatan dalam parti dan sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana terpaksa sebab Tun Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Tapi beliau tak keluar parti pun. Tambahan pulak, beliau lebih arif tentang keadaan masa tu. Jadi daripada mengharu-birukan keadaan, lebih baik beliau jadi ’orang biasa je’.

Apapun perkara dah terjadi. Tun dah keluar parti. Anak Tun dan orang kuatnya takkan keluar parti. Desakan untuk Pak Lah akan diteruskan oleh Tun dan anaknya. Serangan akan dilakukan dari dalam (anak Tun dan kawannya dari Batu Pahat) dan luar (Tun sendiri). Ku Li akan lawan Pak Lah untuk jawatan Presiden.

Mahu tak mau, kita kena sama-sama kukuhkan parti. Kita kena pulihkan keyakinan rakyat terhadap UMNO. Kita tak akan dapat kukuhkan parti dan keyakinan rakyat kalau dok asyik berbalah macam ni. Tidak dapat dinafikan bahawa Tun adalah seorang negarawan yang telah banyak berjasa kepada negara dan telah membawa banyak kemajuan kepada Malaysia, namun pandangan Tun bukannya satu-satunya langkah untuk memastikan kedudukan UMNO dan BN dapat dipulihkan. Ada banyak lagi cara yang berkesan. Mungkin pandangan Tun itu merupakan cara terakhir namun tak semestinya ianya betul dan berkesan.

Advertisements

2 Respons to “Tindakan Tun Mahathir Bukan Langkah Pro Aktif.”

  1. ginjoy666 said


    Mustahil Orang Kristian Bisa Menjawab

    mustahil-kristen-bisa-menjawab.blogspot.com

  2. […] dan mengajak ahli ahli yang lain keluar sama, satu tindakan yang tidak pro-aktif ( seperti kata sahabat mantap )..Saya sendiri masih keliru apakah punca sebenar. Walaupun saya ada juga mengagak Tun sekadar […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: