Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Reaksi Terhadap Tindakan Tun Mahathir Keluar UMNO

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 21 Mei 2008

Oleh: Salza Hedra

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO, berkuat kuasa serta-merta. Bekas presiden UMNO selama 22 tahun antara 1981 dan 2003 itu dan merupakan antara ahli terawal parti itu sejak penubuhannya pada 1946 berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pak Lah menyatakan bahawa beliau tak akan tunduk desakan Mahathir. Banyak perkara dan kerja yang perlu dilaksanakan bagi memastikan rakyat yang memberikan mandat untuk kerajaan BN memerintah dibela dan membangunkan negara. PM meminta semua ahli UMNO bertenang dan menunjukkan kesetiaan kepada parti walaupun bekas presiden parti itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad bertindak keluar UMNO.

Kita perlu menjadi ahli UMNO yang taat setia kepada parti dengan memastikan parti kita terus menjadi parti yang kuat dan mampu meneruskan perjuangan seperti mana yang telah diasaskan sejak dahulu lagi. Mengulas tindakan Dr. Mahathir keluar parti, Presiden UMNO itu melahirkan rasa terkejut dengan tindakan nekad tersebut.

Timbalan Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak berkata, beliau sanggup berjumpa sekali lagi dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi membincangkan tindakan bekas perdana menteri itu keluar daripada UMNO. Najib juga menegaskan beliau akan terus berbincang dengan Presiden UMNO, DS Abdullah Ahmad Badawi mengenai usaha pengukuhan parti serta isu peralihan kepimpinan UMNO seperti yang telah dizahirkan oleh Abdullah sendiri. Sambil berharap semua anggota parti bertenang berikutan tindakan Dr. Mahathir itu, Najib meminta mereka terus memberi keyakinan kepada usaha memulih dan mengembalikan kekuatan UMNO yang menjadi tunjang Barisan Nasional.

Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’. Walaupun mengakui sedih dengan tindakan Dr. Mahathir itu, beliau melihatnya sebagai peluang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan kembali parti. Beliau berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih-lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang. Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang, tentu ada hikmahnya.

Pergerakan Pemuda UMNO mengarahkan semua ahlinya terus setia kepada parti dan menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan berhubung tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti. Ketuanya, DS Hishamuddin Tun Hussein meminta ahli Pemuda UMNO tidak mengambil tindakan terburu-buru. Selama ini, kata beliau, Pemuda UMNO sentiasa dididik untuk meletakkan kepentingan parti pada kedudukan paling utama. Beliau percaya Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa rasional. Beliau mengarahkan mereka terus berada dalam barisan yang kukuh sehingga arahan selanjutnya. Secara peribadi, Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan kita akan sentiasa mempertahankan kepentingan parti dalam apa jua keadaan dan mengharapkan agar kemelut ini ditangani segera secara bijaksana.

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir belum bersedia mengulas tindakan bapanya yang juga bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan keluar UMNO hari ini. Hari ini beliau (Mukhriz) tidak ada apa-apa komen. Namun hari ini (20/05/08) beliau mengisytiharkan tidak akan ikut jejak bapanya.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menepis khabar angin bahawa beliau akan mengikut jejak Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar daripada UMNO. Mengakui terkejut dengan keputusan bekas Perdana Menteri itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak akan berundur daripada UMNO kerana ingin melihat parti itu kembali kukuh dan berada pada landasannya. Sebagai ahli UMNO beliau mahu melihat supaya kita dapat memperbetulkan parti ini. Beliau tidak akan berundur sehingga tiada jalan keluar. Beliau yakin masih ada lagi peluang untuk kita membaiki UMNO.

Reaksi spontan Mursyidul Am PAS, DS Nik Aziz Nik Mat, belaiu menjadi antara orang paling bahagia apabila mengetahui pengumuman Tun keluar daripada UMNO. Ia memberi semangat dan perangsang kepada ahli Pas dan ahli UMNO sendiri supaya keluar parti kerana parti itu lebih membawa kepada kekusutan.

Parti pembangkang berpendapat tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad keluar Umno dan mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan presiden serta Perdana Menteri akan menjejaskan parti itu. Bagaimanapun, kebanyakan mereka menganggap tindakan Dr Mahathir itu mempunyai kaitan dengan laporan Suruhanjaya Diraja Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai Klip Video V K Lingam yang menamakan beliau bersama lima yang lain antara yang mempunyai pengaruh dalam pelantikan Ketua Hakim Negara.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa, berkata Pas lebih senang mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung tindakan Dr Mahathir keluar dari Umno dan mengalu-alukan jika Dr Mahathir berhasrat menyertai parti itu.

Tindakan memeranjatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang keluar daripada Umno semalam, bukan saja mengejutkan ahli parti itu, tetapi juga parti komponen BN yang bersedih mengenai tindakannya itu. Mereka berharap bekas Presiden Umno yang terkenal dengan jasanya membangunkan negara seperti dinikmati pelbagai lapisan masyarakat ketika ini supaya mengubah keputusan itu demi kebaikan BN dan negara. Setiausaha Agung MCA, DS Ong Ka Chuan meminta Dr Mahathir untuk memikirkan semula keputusannya kerana ia tidak memberi sebarang kebaikan kepada Umno dan BN. BN kini berdepan dengan cabaran besar dan keputusan Dr Mahathir itu tidak memberi sebarang keuntungan kepada Umno atau parti komponen BN lain

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar UMNO sebagai satu mesej yang mengelirukan ahli-ahli UMNO. Menurutnya, tindakan bekas Perdana Menteri itu bercanggah dengan konsep UMNO yang mengutamakan musyawarah dalam menyelesaikan masalah parti. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, tindakan tersebut boleh melemahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta menguntungkan parti pembangkang. Beliau melahirkan kebimbangan kemungkinan langkah itu dituruti oleh Ahli Parlimen UMNO. Kita tidak tahu apa kesannya nanti kerana jika Ahli Parlimen UMNO keluar BN dan menjadi Ahli Parlimen bebas, adakah mereka akan menyokong kerajaan atau pembangkang di Dewan Rakyat.

Dipetik daripada: Pemuda UMNO Malaysia

Advertisements

Satu Respons to “Reaksi Terhadap Tindakan Tun Mahathir Keluar UMNO”

  1. Salam

    Siapa taja Anwar PRU 12 ?

    Video 6- Siapa taja Anwar ?

    Video 5- Anwar Muslim Moderate ?

    Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS

    Sumber :
    http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: