Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Karpal Singh Kurang Ajar!

Posted by Sahabat MANTAP di Selasa, 13 Mei 2008

Oleh: Adik Lawyer UMNO

Memang kurang ajar singh ni!!!! Orang macam Karpal Singh ni tak patut ada dalam Malaysia. Orang yang jadi warganegara Malaysia kena faham dan menghayati adat resam budaya serta perlembagaan Malaysia. Karpal Singh yang berlagak sombang tu patut ingat dia bukan kuat sangat! Parti dia pun bukan kuat sangat! Parti dia menang pun bukan sebab orang sokong parti dia tapi sebab orang marah kat Barisan Nasional je….. kebetulan takde parti lain nak diundi jadi terpaksa la undi parti Karpal tu. Kalau adalah parti lain dah tentu parti Karpal tu tertonggeng tenggelam dan nama dia pun kena tukar dari Karpal Singh kepada Kapal Sink Sudah.

Apa hal pulak Karpal nak mempertikaikan titah DYMM Sultan Perak menitahkan Datuk Seri Nizar supaya menarik balik pertukaran Datuk Zamry! Apakah karpal yang dikatakan sebagai peguam yang pakar mengenai ‘Constitutional Matters’ telah lupa atau buat buat lupa tentang Perlembagaan Malaysia? Atau apakah Karpal mengatakan yang DYMM Sultan Perak tidak tahu tentang Perlembagaan Malaysia dan tidak tahu bidang kuasa baginda??? Karpal dah lupa ke yang DYMM Sultan Perak pernah menjadi Ketua Hakim Negara dahulu.

Rasanya Karpal tidak pernah lupa tentang semua itu tetapi Karpal merupakan seorang yang sombong, angkuh, berlagak dan kurang ajar. Dia rasa dia terlalu hebat dan memandang semua orang melayu separti hampas sahaja termasuklah Raja Raja Melayu! Karpal racist! Dia kata UMNO racist tapi kalua kita lihat isu isu yang dimainkan oleh Karpal jelas menunjukkan dialah sebenarnya yang merupakan seorang yang racist. Dia telah membangkitkan kemarahan semua rakyat Malaysia yang rasional yang sukakan kedamaian dan menghormati institusi Raja lebih lebih lagi kemarahan orang melayu.

Apakah Karpal mahu berlakunya kekacauan dan rusuhan kaum di Malaysia ini? Apakah dia tidak sedar yang orang Malaysia sekarang merupakan manusia yang terbuka yang sedang menuju kearah pembentukan bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan agama? Tetapi usaha kearah ini tidak akan tercapai sekiranya ada orang seperti karpal ini.

Karpal telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang begitu menyentuh sensitiviti orang melayu kebelakangan ini. Memang sejarah telah menunjukkan Karpal telah banyak kali membuat kenyataan yang menimbulkan kemarahan orang melayu tetapi akhir akhir ini lebih biadap manusia ini. Sudahlah mempertikaikan titah DYMM Sultan Perak, dia juga mempersoalkan tindakan Raja Raja Melayu seperti DYMM Sultan Terengganu, Selangor dan Raja Perlis.

Hari ini Karpal masih mempertahankan kenyataan kurang ajarnya itu dan dia kata walaupun ada 2000 laporan polis terhadap dia. Menteri Besar Perak pulak kata Karpal ada hak untuk membuat kenyataan yang menghina itu. Datuk Seri Nizar……. Ingatlah yang Karpal tu menghina Sultan Perak, Sultan Datuk Seri takkan disebabkan politik perkara yang tak betulpun Datuk Seri nak sokong jugak!

Bolehkah Karpal dikatakan menderhaka kepada negeri dan negara? Anda semua jawaplah sendiri tetapi kalau jawapannya ‘Ya’ hukuman yang amat berat perlu dijatuhkan terhadap Karpal ini.

Advertisements

2 Respons to “Karpal Singh Kurang Ajar!”

  1. jebat said

    “Kami nak deris natang” tu amende tu gamak nye ye….. 😀

  2. shukur said

    Utk Sdr Jebat: ungkapan “natang” tu terbit dari penyokong taksub yang kurang sopan-untuk pelobi. Tentunya bukan sekelas dg YB yg anda puja tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: