Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Rakyat Tertipu Oleh Sandiwara Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 7 Mei 2008

Oleh: Salza Hedra

Akhbar tempatan hari ini menyiarkan berita mengenai kerajaan negeri Selangor telah sebulat suara membuat keputusan tidak akan menunaikan janji mereka untuk menurunkan cukai sebanyak 20% seperti yang dilaung-laungkan pada kempen PRU 12 dulu. Alasan yang diberikan oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor adalah perkara tersebut amat mustahil dapat dilaksanakan kerana ia membabitkan soal pembangunan negeri secara keseluruhannya. 

Masa berkempen dulu bagai nak rak bersuara bahawa kerajaan BN tidak prihatin terhadap masalah rakyat. Kononnya apabila peluang diberikan kepada PR untuk menubuhkan kerajaan, konsep Negara Kebajikan yang prihatin terhadap bebanan yang ditangggung oleh rakyat akan dipikul dan diselesaikan oleh PR dengan kadar segera. Masa berceramah dulu mereka kata rakyat tidak akan dibebankan dengan cukai dan bantuan-bantuan khas seperti elaun bagi ibu-ibu tunggal dan ibu-ibu yang menghantar anak mereka untuk jagaan dan kelas tadika akan diberikan. Harga minyak dan barang-barang keperluan asas akan diturunkan dan macam-macam lagi.

Hal berkaitan dengan air juga seolah-olah melepaskan batuk ditanggga sahaja. Saman-saman yang dikenakan semasa kerjaan BN memerintah akan dihapuskan. Tapi ternyata mereka tak dapat laksanakan kerana ia melibatkan jumlah wang jutaan ringggit.

Semasa rakyat sedang menghadapi masalah kenaikan harga barangan keperluan asas seperti beras dan sebagainya, sepatutnya kerajaan PR berusaha untuk memastikan usaha meringankan bebanan rakyat. Namun sebaliknya mereka membuat kenyataan bahawa mereka tidak dapat menurunkan cukai seperti yang mereka janjikan dulu.

Ada kenalan penulis di Shah Alam bagitau masa Anwar Ibrahim, Tan Sri Khalid dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bertemu masyarakat India sejurus selepas kerajaan mereka dibentuk, Anwar dan Tan Sri Khalid cabut tinggalkan Khalid Samad bagi menjawab tentang janji mereka untuk membina dua kuil iaitu sebuah Kuil Negeri yang setaraf Masjid Negeri dan membina semula kuil yang dirobohkan ditapak yang sama.

Tambah beliau, ada seorang ADUN Wanita PR dalam sesi bertemu rakyat telah menyatakan bahawa PR tidak pernah sesekalipun dalam kempen ceramah mereka menyatakan bila janji-janji mereka akan dikotakan. Mereka cuma berjanji sahaja. Masa akan dilaksanakan tak tau bila. Kot-kot tunggu dekat–dekat PRU 13 nanti akan mula nak buat. Masa tu minta rakyat pilih mereka lagi kerana meraka akan beri sesuatu yang lebih manis daripada yang sebelum ini.

Nak kata mereka tak tau mentadbir negeri dan hal-hal berkaitan dengan masalah ekonomi susah jugak. Sebab, mereka mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Ada lulusan daripada universiti ternama dari luar negara. Ada juga di kalangan mereka merupakan tokoh korporat dan usahawan yang berjaya.

Itulah kalau hanya tahu cakap masa belum perintah negeri. Bila dapat kuasa mereka sendiri tercungap-cungap nak selesaikan masalah rakyat. Mereka dengan mudahnya memberikan alasan tanpa mencari jalan keluar atau mekanisme yang dapat membantu rakyat dalam suasana ekonomi yang agak gawat sekarang.

Rakyat pasti kecewa apabila mengetahui bahawa kerajaan PR yang mereka pilih hanya atas dasar janji manis yang dihamparkan tidak kotakan apa yang mereka kata. Dendangan janji manis PR hanya sedap ditelinga. Hanya pada masa mereka berceramah sahaja. Janji Tinggal Janji…… Itulah Budaya Pakatan Rakyat Sejak Dulu Lagi

Kita tunggu lagi makluman yang akan membuat kita menggaru dan menggelengkan kepala daripada kerajaan PR.

Satu Respons to “Rakyat Tertipu Oleh Sandiwara Kerajaan Pakatan Rakyat (PR)”

  1. ckasih said


    shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

    EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
    This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

    The full story is here: ckasih.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: