Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Grand Design Mahathir: Pengharaman UMNO.

Posted by Sahabat MANTAP di Rabu, 30 April 2008

Oleh : Adik Lawyer UMNO.

 

Ramai yang terkejut dengan apa yang dinyatakan oleh Abd Rahim Abd Rahman @ Rahim 11 dalam kenyataan media beliau baru-baru ini. Masih ramai sebenarnya yang kabur dengan apa yang dinyatakan oleh saudara Rahim 11 ini kerana kenyataan beliau itu masih menjaga adab dan masih berselindung mengenai apa yang dikatakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. Maklumlah Rahim 11 orang melayu, orang melayu terkenal dengan sopan santun dan bercakap secara berkias. ‘Pukul anak sindir menantu’ kata pepatah…….

 

Saya cuba untuk mendapatkan apakah yang sebenarnya berlaku ketika itu maklumlah kejadian tersebut telah berlaku hampir 20 tahun dahulu dan ketika itu saya masih tidak kenal politik lagi. Pencarian saya telah menemukan saya dengan artikel tulisan Datuk George Seah di dalam Aliran Monthly tahun 2004 di bawah tajuk ‘Crisis in the Judiciary’ dalam 5 bahagian.

 

Ternyata bahawa kumpulan 11 yang dituduh sebagai punca UMNO diharamkan hanya membuat tuntutan agar mahkamah menjatuhkan hukuman perhimpunan Agung UMNO 1987 tidak sah kerana terdapat lebih dari 30 cawangan di dalam lebih dari 4 bahagian adalah tidak sah. Ini sekaligus menyebabkan pemilihan yang diadakan pada perhimpunan tersebut juga tidak sah dan batal. Ini bermakna kemenangan ‘Team A’ yang dikepalai Tun Dr. Mahathir Mohamad (ketika itu Dato’ Seri) adalah terbatal dan satu pemilihan semula perlu diadakan.

 

Tuntutan tersebut dibuat kerana permohonan Kumpulan 11 kepada ibu pejabat UMNO tidak mendapat layanan. Tun Dr. Mahathir Mohamad mengetahui jika pemilihan semula dilakukan kemungkinan beliau akan kalah memandangkan Tengku Razaleigh  walaupun hanya mendapat lebih sedikit dari 20 pencalonan telah berjaya untuk meraih undi yang banyak dan hanya kalah 43 undi sahaja kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

 

Hakim Mahkamah Tinggi, Dato Harun Hashim mengumumkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang haram dan Kumpulan 11 sebagai ahli sebuah pertubuhan haram tidak mempunyai apa apa hak keatas pertubuhan haram tersebut. Mahkamah tidak dapat membantu plaintif (Kumpulan 11).

 

Walaubagaimanapun Kumpulan 11 telah merayu kepada Mahkamah Agung dan Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara ketika itu telah membuat keputusan untuk mendengar rayuan Kumpulan 11 dan memutuskan untuk melantik sembilan orang hakim Mahkamah Agung untuk mendengar rayuan tersebut. Ini merupakan sejarah pertama di mana korum penuh sembilan panel akan mendengar sesuatu rayuan kerana hubungkait kes ini dengan pemerintahan negara memandangkan sesiapa yang menang di dalam pemilihan UMNO akan menjadi Perdana Menteri dan seterusnya menentukan pentadbiran negara.

 

Keputusan tersebut talah diambil oleh Tun Salleh Abbas di Ipoh. Sehubungan dengan itu, Tun Salleh Abbas telah mengarahkan Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Agung untuk menyampaikan kepada peguam plaintif :

  • Untuk menyediakan tambahan enam Rekod Rayuan kepada Hakim tambahan,
  • Tarikh mendengar rayuan telah ditetapkan pada 13 Jun 1988, dan
  • Menghantar Notis Pendengaran rayuan kepada peguam  pihak pihak berkenaan.

Arahan ini telah diberikan pada 24 Mei 1988. Pada 27 Mei 1988 Tun Salleh Abas telah digantung dari menjalankan tugas tugas beliau berkuatkuasa mulai 26 Mei 1988. Ini menyebabkan Tun Salleh Abas tidak dapat mengepalai panel yang akan menghakimi rayuan Kumpulan 11 dan seterusnya negara tidak dapat menempa sejarah menyaksikan panel sembilan orang korum mengadili sesuatu rayuan.

 

Rayuan Kumpulan 11 akhirnya didengar oleh panel yang dianggotai oleh 5 orang hakim yang diketuai oleh Pemangku Ketua Hakim Negara ketika itu Tan Sri Abdul Hamid Omar (kini Tun) dan rayuan tersebut telah dibatalkan pada 9 Ogos 1988 sehari selepas Tun Salleh Abas dibuang secara rasmi dari tugas beliau. Saya yakin jika Tun Salleh Abas yang mengepalai panel sembilan orang hakim mendengar rayuan Kumpulan 11, keputusannya pasti akan berbeza. Adakah apa yang terjadi kepada Tun Salleh Abas satu konspirasi yang licik? Mungkin saya akan cuba mengupasnya di dalam posting yang lain pula.

 

Saya yakin Kumpulan 11 yang menyokong ‘Team B’ pada ketika itu tidak berniat untuk melihat UMNO diharamkan dan mereka tidak mendapat sebarang manfaat jika UMNO diharamkan. Walaubagaimanapun TMM berpeluang untuk menangguk di air keruh apabila UMNO diharamkan dengan mewujudkan UMNO BARU dan seterusnya melakukan ‘house cleaning’ apabila berjaya menapis permohonan ahli baru seterusnya memastikan musuh musuh beliau tidak dapat menyertai parti baru beliau ini.

Advertisements

3 Respons to “Grand Design Mahathir: Pengharaman UMNO.”

  1. andygoblin said

    ========
    ========

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
    (THEMENYA TERLAMPAU CANTIK & BOLEH PULA LETAK ADSENSE)

    ========
    ========
    ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik

  2. andygoblin said

    ========
    ========

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK SINI: http://www.leoxa.com/
    (THEMENYA TERLAMPAU CANTIK & BOLEH PULA LETAK ADSENSE)

    ========
    ========
    ramai yang telah berpindah daripada blog-blog lain ke blog Leoxa.com kerana theme yang sangat cantik

  3. ckasih said

    ================
    ================
    NOW AVAILABLE CHRISTIAN MADE IN MALAYSIA!!!
    ================
    ================
    EVERY CHRISTIAN NOW MUST LEARN ARABIC. THE FIRST LESSON IS SAY “ALLAH” AND NOT “GOD”.
    This is because English language not suitable anymore because the original bible is in Arabic.

    Get the full story here: http://ckasih.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: