Sahabat MANTAP

:: Memantapkan Minda Nasional ::

Kes Pengharaman parti UMNO & Pemecatan Ketua Hakim Negara dan Hakim-Hakim Kanan Tahun 1988

Posted by Sahabat MANTAP di Jumaat, 25 April 2008

Oleh: Salza Hedra

Baru-baru ini saya menhadiri sebuah program seminar di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Ramai di kalangan yang hadir adalah rakan-rakan lama saya dan peluang berjumpa serta bercerita mengenai politik semasa khususnya mengenai UMNO dan nasib orang melayu menjadi bual bicara di kalangan kami. Sahabat saya, saudara Abdul Rahim Bin Abd Rahman, menghulurkan Kenyataan Akhbar beliau dan meminta saya terbitkan dalam blog ini

Kenyataan Media

Saya ABDUL RAHIM BIN ABD RAHMAN ialah salah seorang daripada plaintif dalam kes tuntutan yang dibuat terhadap UMNO Malaysia pada tahun 1988. Dalam rekod Malaysia Law Journal (MLJ), kes tuntutan berkenaan disebut sebagai Mohd Noor bin Othman & Ors vs Mohd Yusof Jaafar & Ors (KL Civil Suit No. R8-22-28-1988). Mohd Noor Othman & Ors juga dikenali sebagai Kumpulan 11. 

Sebagai seorang ahli UMNO yang mempunyai tangggungjawab terhadap parti, saya berterima kasih atas beberapa usaha dan langkah yang telah diambil oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merangkap Presiden UMNO Malaysia untuk memulihkan keyakinan rakyat khususnya berhubung dengan kepercayaan terhadap sistem kehakiman Malaysia.

Selama hampir dua dekad, badan kehakiman negara mengalami kemelut campurtangan pihak eksekutif khususnya Mantan Perdana Menteri Malaysia (TMM). Selama dua dekad juga banyak sejarah atau fakta sejarah sama ada tidak ditulis dengan betul atau tidak diberitahu dengan betul oleh pihak mantan Perdana Menteri (TMM) khususnya mengenai;

1. Kes pengharaman parti UMNO

2. Kes pemecatan Ketua Hakim Negara dan juga Hakim-Hakim Kanan pada tahun 1988,

Sebagai ahli UMNO dan orang Melayu, selama duapuluh tahun juga saya mengambil pendirian tidak menulis sebarang buku atau memoir bagi tujuan menyanggah apa juga fakta atau kenyataan oleh pihak TMM dan UMNO kerana saya menaruh harapan tingggi bahawa UMNO akan pulih seperti sediakala terutama pada tahun 1966 bila mana UMNO Baru bertukar wajah dan kembali kepada asal dengan pembubaran Parti Melayu Semangat 46 dan UMNO kembali menjadi satu.

Walau bagaimanapun, harapan saya meleset apabila Mantan Presiden UMNO dan juag Perdana Menteri Malaysia (TMM) sama ada secara sedar atau sengaja membangkitkan banyak isu berkaitan kepimpinan Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, orang yang beliau tunjuk menggantikannya sebagai Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia.

Soalannya, apakah beliau merupakan “THE SAINT” yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa? Soalannya, apakah beliau lupa bahawa banyak kesalahan dan dosa beliau terhadap ahli-ahli UMNO dan juga rakyat masih belum ditebus?

Sejak kebelakangan ini TMM dengan lantang dan tanpa segan silu mempertikaikan, menyalahkan serta memomokkan segala perkara yang berlaku dalam UMNO, Barisan nasional dan juga Kerajaan Malaysia. Pada hemat saya, beliau sengaja melemparkan kritikan-kritikan pedas serta memperkecilkan YAB Perdana Menteri kerana tergugat oleh ketelusan YAB Perdana Menteri serta didorong rasa takut bahawa kesalahan-kesalahan beliau akan terdedah satu demi satu.

Isu terbaru yang semakin mendapat perhatian rakyat ialah kes berkaitan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan Hakim-Hakim Kanan lain pada tahun 1988. Terbaru pada 17 April 2008, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pembersihan (exoneration) krisis kehakiman 1988. Sejarah hitam inilah yang telah menyebabkan Kerajaan Malaysia sentiasa di anggap tidak telus dan tidak adil selama ini bukan sahaja oleh rakyatnya sendiri tetapi juga pada mata dunia.

Saya ingin menyorot peristiwa bagaimana bekas Ketua Hakim Negara dan Hakim-Hakim Kanan lain menjadi mangsa kerakusan kuasa TMM.

Apabila Kumpulan 11 merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat dan memohon pertimbangan terhadap beberapa kes di mana cawangan-cawangan dan perwakilan UMNO pada peringkat bahagian di dapati tidak sah, TMM selaku Presiden UMNO dan Tan Sri Sanusi Junid sebagai Setiausaha Agung UMNO bersikap amat tidak demokratik kerana semua rayuan tersebut tidak dilayan dan dijawab dengan betul. Semua kes tersebut dicatitkan dalam perbicaraan (sila rujuk penghakiman kes berkenaan). Sebelum itu tidak seorang pun berani mempertikaikan tingkah laku TMM dan juga Tan Sri Sanusi Junid yang dengan sewenang-wenangnya mentadbir parti mengikut acuan dan citarasa mereka.

Antara kes yang jelas ialah;

1. Penipuan Perwakilan Pemuda UMNO Malaysia yang melebihi had umur ke Perhimpunan Agung UMNO

2. Beberapa bahagian UMNO terutama Pasir Puteh dan Nibong Tebal yang dengan sendirinya telah mengeluarkan notis arahan supaya mesyuarat semula perhimpunan perwakilan bahagian tersebut diadakan, tetapi UMNO Malaysia menerima keputusan mesyuarat yang tidak sah itu sebagai sah hanya menerusi telegram.

3. Banyak cawangan dalam beberapa bahagian yang didapati tidak sah seperti Pekan dan Kuantan. Malah satu keputusan telah dibuat supaya Bahagian Kuantan mengadakan semula mesyuarat sedangkan Bahagian Pekan tidak perlu mengadakan semula mesyuarat. Kenapa?

Apabila Kumpulan 11 mengemukakan rayuan terhadap penghakiman Haki Harun Hashim, memohon satu deklarasi bahawa perhimpunan perwakilan ke 37 UMNO tersebut tidak sah dan supaya perhimpunan semuala perwakilan tersebut diadakan, TMM berasa amat gusar dan takut terhadap tuntutan tersebut. Di situlah bermulanya episode The “Grand” Design of Mahathir.

Seterusnya Kumpulan 11 telah merayu ke Mahkamah Agung supaya penghakiman pertama Hakim harun Hashim dibatalkan bagi mengelakkan UMNO diharamkan dan menuntut supaya pemilihan semula perwakilan diadakan. Malangnya, TMM selaku Presiden UMNO dan Tan Sri Sanusi Junid sebagai Setiausaha Agung UMNO pada ketika itu telah memohon supaya UMNO Malaysia diharamkan.

*Di sinilah bermulanya The “Grand” Design Mahathir untuk memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas beserta Hakim-Hakim Kanan lain yang berpunca daripada rasa takut tersebut. Ini kerana berdasarkan fakta-fakta kes, TMM telah diberitahu dan yakin bahawa Ketua Hakim Negara serta Hakim-Hakim Kanan lain akan membuat penghakiman membenarkan rayuan oleh Kumpulan 11 itu.

ABDUL RAHIM BIN ABD RAHMAN
Mewakili sahabat-sahabat lain.
Kuala Lumpur.
10.00 pagi
19 April 2008.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: